Monday, November 9, 2009

tak sedih lah

Aku tak suka bila benda yang buat aku jadi sedih terjadi ke atas orang lain. Aku akan cuba bagi orang-orang itu tidak bersedih dengan membuat sesuatu yang tidak sedih. Tapi kadang-kadang terlupa juga. Kadang-kadang aku yang buat orang lain sedih. Ah apa cerita sedih sedih ni??

***

Siapa sedih sekarang? Contact lah aku.

Wednesday, November 4, 2009

lu gua

Gua perasan gua lebih cenderung guna lu gua lu gua nowadays (omputih sikit). Gua nak try ai yu ai yu atau saya kamu saya kamu pula lepas ni. Tapi lidah gua berat ke arah lu gua jugak la.

berkasih sayangan

Gua rasa gua tak cukup kasih sayang la. Siapa nak bagi kasih sayang kat gua? Nak yang free je. Taknak yang ungkit-ungkit-di-kemudian-hari punya.

***

ps : Gua syak gua tak cukup beramal ibadat dengan sempurna. Sebab tu rasa tak cukup kasih sayang saja. Oh Tuhan, ampunkan gua.

ps2 : Gua rasa bapak gua pun dah tak sayang gua. Dia sayang Senah adik gua tu saja. Gua sedih. (Ini bukan gurauan)

psp : Gua iklan sekali lagi, siapa nak bagi kasih sayang kat gua ni sila isi borang di kaunter komen komen. (Borang tu pandai pandai buat sendiri la. Gua nak cungkil kreativiti lu orang)

Friday, October 30, 2009

mengada!

Gua singgah kejap saja ni. Sebab gua tahu gua dah lama tidak mengemaskini blog gua ini. Gua cuma nak bagitahu gua sedih sangat hari ini. Itu saja. Sedih akibat mengada-ngada yang teramat sangat. Gua tau gua ini tidak tahu bersyukur. Gua emo. Main suka-suka hati je melalak lalak depan orang. Tapi gua memang tak tahan tadi. Impian gua dari tahun 2007 tu tiba-tiba dimanipulasikan. Hati gua terusik. Cukup lah usik hati gua sekali hari itu. Acah-acah gua kata tak nak beli. Gua dah meraung sehabis mungkin dah hari itu. Hari ini, main acah-acah lagi. Gua penat la nak teriak teriak melalak depan orang. Ingat tak penat ke menangis menangis ni. Lain kali jangan bagi harapan tinggi sangat kat gua. Gua ini jenis letak high bid utk harapan tinggi menggunung. Last-last gua yang melalak sendiri bila tak dapat. Kan dah susah. Semua susah. Hati susah perasaan susah. Tak tenteram la gua. See, gua dah tak boleh tidur. Ayat gua pun dah berterabur habis. Lagi satu, tak perlu nak compare compare gua dengan siapa siapa. Gua dah tau dari kecil lagi. Ingatkan mentaliti akan berubah semakin bertambah usia. Heh, rupa-rupanya sama saja. Gua tau siapalah gua ini. Gua buat macam-macam nak bagi impress sikit bila lihat kat gua. Tapi satu pun tak jalan rupanya. Gua rasa macam gua ni bodoh gila. Tapi tak apa lah. Gua tahu gua pun salah. Asyik nak melawan je. Menagada-ngada tak payah cerita la. Gua memang mengaku gua mengada lebih. Tapi tu gua rasa gua buat untuk tarik perhatian saja. Sebab gua rasa dipinggirkan. Tak apalah. Gua memang macam ini. Gua nak sedarkan diri gua yang tak pernah sedar ini. Gua kononnya nak jadi tabah sikit lagi. Lu orang doakan untuk gua ye.


Lagi satu, gua sekarang tak ada perasaan lagi nak karang entry untuk besday gua yang sangat best haritu. Esok-esok gua post. Lu orang nak baca, baca. Tak nak baca sudah. Gua tetap sayang semua orang!

***

Sekejap je kan gua singgah?

Tuesday, October 20, 2009

main kasar

Sambutan raya kali ini kurang meriah aku rasa sebab tak dapat balik kampung. Kalau tahun lepas lain sikit. Tak dapat balik kampung pun rasa rileks sahaja sebab raya jatuh pada hari lahir aku yang ke-20. Perasaan terharu tu memang tak dapat nak diungkap dengan kata-kata lah. Kawan-kawan semua memang penambah semangat. SMS dekat seguni dapat. Segala macam wish dapat. Memang dramatik.

Tapi tahun ini agak suram sikit. Maruku pun dapat makan dalam tiga suap sahaja. Pagi-pagi bangun mencari open house tapi jumpe open house raya aidilfitri. Susah juga nak jumpa open house raya aku ni kan? Layan je la open house mana-mana pun, janji perut kenyang. Sepanjang hari memang seronok lah dapat luangkan masa dengan Kak Lilin dan Si Pujangga. Sepanjang hari memang asyik cerita pasal raya aku, pasal kelapa, pasal kalung bunga, pasal maruku, pasal santan kotak, pasal lembu-lembu dan tidak lupa juga pasal Batu Caves. Oh, indah sungguh hari itu.

Bila malam menjelma, kami tidak puas lagi beronggeng sana sini, jadi ambil keputusan beronggeng ke Carboot Sale MARDI. Nampak go-kart terus terkam dengan muka teruja. Budak-budak pramatang memang begini. Masa keemasan untuk aku membalas segala jasa baik mereka sepanjang hari meraikan hari raya. Pusingan-pusingan tu aku hadiahkan khas untuk kamu orang tau. Terima kasih bagi aku menang!

***

Kepada yang berkenaan, aku minta maaf la. Bukan sengaja nak main kasar masa go-kart. Tapi ade mandrem mana entah menyusup masuk dalam badan sampai main tak ingat dunia. Raya beb! Semangat dia lain macam sikit. Nasib baik tak buat tarian kemenangan je itu hari.

***

Oh lupa nak bagitahu, dah ada nama untuk kura-kura putih. RUFUS. Amacam? Macam celake..

Friday, October 16, 2009

hello you guys!!

Ah saya rasa sangat penat hari ini. Semalam saya tidur lambat sebab saya tak boleh tidur. Semalam sebelum tidur, saya berchatting dulu dengan kawan-kawan saya. Ada juga saya termaki termencarut serba sedikit. Ada juga kawan-kawan saya itu yang berbalas makian. Ada juga yang berbalas nasihat. Saya terima dengan hati terbuka. Pukul tiga pagi baru saya mencari selipar rumah merah saya yang gebu gebu itu untuk memulakan langkah kaki ke katil.

Pagi ini saya bangun lewat sedikit dalam pukul 8 lebih. Perjanjian untuk berjogging dengan The Wrestler macam perlu di batalkan akibat kelewatan ini. Tetapi setelah saya berfikir tiga puluh empat kali, saya membuat keputusan untuk berjogging juga walaupun matahari sudah bangkit dan bakal menghitamkan kulit saya yang sememangnya tidak cerah ini. Saya baru berjogging satu round, tapi mengah mengalahkan orang nak bersalin. Nampak sangat lemak lemak di bahagian pinggang dan pinggul beserta punggung sudah bersatu padu membentuk benteng yang kuat dan juga berat. Saya tak suka lah perasaan ini. Benci tau. Selebihnya saya hanya berjalan-jalan menguis-nguis rumput di hujung kaki. Saya nak buat sit-up tapi saya malu sebab saya rasa-rasa ada orang tengah usha saya. Sepangjang jogging saya senyum nak kontrol ayu.

Lepas jogging saya balik bilik. Roomate saya yang sedang tidur tiba-tiba bangkit pantas sambil bersin-bersin. Saya tanya dia ok ke? Dia tiba-tiba ambil kerusi dan panjat lalu membersihkan kipas bilik kami. Comel bukan? Roomate saya sangat rajin. Saya suka! Kalaulah saya boleh rajin macam dia, mesti saya comel juga bukan?

Minggu lepas saya ada beli perfume baru di Body Shop. Saya suka pakai Body Shop products sebab saya rasa macam saya lawa sentiasa. Tak kisah lah apa orang nak kata. Saya beli tiga jenis perfume. Satu bau macam coklat. Sedap betul. Satu lagi bau macam orang tua. Satu lagi bau sangat best. Sukanya saya. Hari ini saya pakai Chymara, bau yang best tu. Wanginya saya!

Saya rasa saya gemuk la. Mestilah gemuk, berat saya 60kg. 60kg ok! Macam badak sumbu sudah. Saya teringin badan macam Leighton Meester ataupun Mischa Barton. Barulah angan-angan saya untuk menjadi model akan tercapai. Mesti seronok kan kalau jadi model, semua orang suka saya nanti. Ah malu la, saya suka berangan lebih-lebih. Hihi.

Sekarang ini saya berada di makmal komputer Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan untuk menyiapkan lab report. Saya juga menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik-baiknya. Saya menulis blog. Yeay! Bukan senang tau nak menulis blog di saat-saat genting seperti ini di mana saya perlu sentiasa berhati-hati dengan pergerakan Dr. Sam. Saya tahu saya memang talented! Jangan la puji saya lebih-lebih. Saya malu la! (muka blushing blushing)

Oh malam ini ada jamuan raya. Hati saya begitu gusar memikirkan baju yang akan dipakai malam ini. Saya takut saya dapat Queen of the Night. Malu la saya nanti di atas pentas. Saya ni pemalu rupa-rupanya. Ahakss. Tapi saya tahu saya mesti cantik malam ini. Saya sudah biasa dengan pandangan-pandangan sinis rakan-rakan saya. Mereka selalu begitu. Tapi saya tidak kisah. Saya tahu siapa saya. Rambut saya cantik macam Shauvina. Body saya cantik macam Jessica Alba. Kaki saya kurus macam Beyonce. Mereka kata saya tipu. Tak apa saya tak kisah.

Ok guys. I better stop here. Seronok betul menulis hari ini. Sampai saya tidak sedar masa berlalu dengan pantas. Saya rasa excited betul menulis macam ini. Seronok juga kan kalau kita bersikap jujur dan tidak menipu. Ei, tak suka betul saya berkawan dengan orang yang tipu-tipu ini. Benci you! Ahakss. Ok la see you again. Mmmuahh. XOXO

***

Rasa macam nak penampar siapa-siapa tak lepas baca entry gua ni?? Gua nak pergi terajang-terajang Rufus sekejap!

Thursday, October 15, 2009

jangan percaya woi!

Ah sakit perut memang aku tak tahan-tahan lagi sudah. Aku baru nak letak kepala atas bantal bila masanya si Faizal Tahir muncul di belakang aku beserta bunyi 'poof' dan ade asap-asap sikit. Faizal Tahir pegang tangan aku bawa lari ke arah MPH Bookstore. Ada lagi seorang budak tarik tangan kiri aku. Mereka kata kita kena cepat. Sebelum fans Faizal Tahir sedar. Kami berlari dan teruskan berlari di dalam mall itu. Faizal Tahir ajak singgah Starbuck dulu mengeteh sepam dua. Aku akur. Tapi Faizal Tahir perlu menukar imej dahulu. Faizal Tahir tiba-tiba muncul semula dengan rambut kerinting-kerinting. Serupa afro pun ada. Aku cakap "I like!". Faizal Tahir senyum je.

Selesai mengeteh, tapi sebenarnya berat ke arah mengopi sebab aku minum Javachip, kami meneruskan pelarian kami. Faizal Tahir sekarang memakai cap. Agak hensem di situ dan jiwa raga bakul aku start mencair. Dah la lari-lari pegang tangan aku. Oh lupa nak bagitahu, budak kecil tadi tu adalah adik Faizal Tahir. Terlupa nak tanya nama sebab sibuk berlari. Mulutnya kepoh je berbicara. Layankan saja. Tiba-tiba aku berhenti. Semua berhenti. Aku pelik, kenapa berlari-lari? Nak menuju ke mana? Kenapa kena cepat? Kenapa aku kena ikut sekali?

Faizal Tahir dengan gaya kool menerangkan kepada aku satu persatu. Kami kena berlari untuk mengelak fans Faizal Tahir kerana ini urusan penting. Kami sebenarnya menuju ke sebuah private clinic untuk treatment Faizal Tahir. Untuk ke klinik ni kena tempuhi pelbagai ujian dan cabaran. Sebab tu klinik ni spesel sikit. Dan untuk soalan aku yang last tu, aku rasa macam tak percaya akan jawapannya.

" Eh you ni. You kan girlfriend I. You kenalah ikut sekali."

Berblushing juga muka aku, aku agak sajalah. Mana sempat nak tengok cermin bagai. Hati ni tak tahu lah berbunga sakan sudah. Rasa macam terbang terbang je. Badan jadi ringan. Bernafas bau wangi saja. Mata nampak semua bersinar-sinar sahaja. Oh lupa, lari tetap lari.

Kami masuk ke dalam MPH Bookstore. Macam-macam obstacle pula kena lalu. Ada monkey bar, ada yang gayut gayut macam tarzan tu, ada kena merangkak bawah kawad duri la. Ini macam nak pergi training FOMDEX la pula. Tak apa aku dah biasa. Faizal Tahir sentiasa memberi kata-kata semangat kepada aku. Memang betul-betul semangat lah apa lagi.

Sampai di penghujung, budak kecil itu tadi membuka satu pintu gergasi macam aku penah jumpa kat tadika perpaduan dulu tu. Besar betul pintu itu. Kuat juga tangan budak kecil tu ye. Sinaran cahaya yang menyilaukan pandangan kami semua begitu galak menerjah masuk. Mereka menarik lagi tangan aku. Di luar kelihatan ada sebuah tasik tenang. Di penghujung tasik itu ada sebuah cottage comel. Itu rupanya klinik istimewa itu. Kami melompat-lompat di atas kayu balak yang terapung-apung itu sambil mengimbangkan diri masing-masing. Ada dua tiga kali juga Faizal Tahir menyambut aku di kala aku hampir tergelincir. Oh, malunya!

Di pertengahan jalan aku terperasan sesuatu. Ada mata-mata berkelipan sedang memerhatikan kami. OMG! It's a crocodile! Eh bukan. Ada banyak! Aku dah menggelabah. Korang tau la kalau aku menggelabah macam mana kan. Serupa paria pun ada member aku cakap. Faizal Tahir tetap kool. Dia kata kita patah balik slow-slow supaya tak mengejutkan buaya buaya tu semua. Tiba-tiba banyaaaak sangat buaya semua datang ke arah kami. Semua dah perasan kami. Masing-masing air liur tengah meleleh-leleh. Melihat lauk tengah hari tengah terkedek-kedek berlari. Budak kecil tu rupa-rupanya dah sampai ke seberang sana. Pantas juga dia berlari. Aku tak ada toleh-toleh ke belakang lagi. Aku dah nampak pintu besar tadi makin hampir.

***

'Poof' bunyi itu di iringi cahaya terang menyilaukan mata. Faizal Tahir hilang. Klinik itu hilang. MPH hilang. Buaya semua hilang. Yang ada hanyalah bantal dan segulung selimut beserta peluh di dahi. Oh tidak. Cilakak! Mimpi je ke??

Inilah akibat tidur petang. Bangun je kepala ting tong.

Wednesday, October 14, 2009

qoutes of the day

"Kalau suka cakap suka. Kalau tak suka cakap tak suka. Bukan macam orang tu, suka tapi cakap tak suka." -Nadada-

"Kalau berani cubalah." -The Nazi-

"Weh, jodoh tu. JODOH!!" -Kak Lilin-

"Anakku, pulanglah ke kampung halaman. Muruku sudah menanti." -Ayahanda Helmy (sengal)-

"Ligan la ligan. Lekaih ligan!" -The Wrestler-

"Dah tepu. Dah tepu otak ni." -Dr. Mansor-

"Dude, you are the coolest girl i ever met. WTF??" -Albert Botak-

"Lu pehal?" -Syalala-

"Akak, lu balik tak minggu ni?" -Senah-

"Bodho la kau ni." -Nonon-

"Kalau hidup dekat universiti ni tak ada couple, memang bermasalah la orang itu." -En. Azhar-

***

Quote yang last tu betul betul menyentap perasaan aku. Siapa lagi yang tersentap angkat tangan!

Wednesday, October 7, 2009

sorytory

Pagi pagi aku dah gegar rumah depan mencari bahan untuk santapan mata. Oh lupa nak bagitahu, mataku tercedera pagi ini. So tak dapat la nak pergi ke kelas (alasan ini adalah rekaan semata-mata, tiada perkaitan antara yang hidup mahupun mati)

Aku dengan gaya ala-ala along (aku anak sulung pun) dengan begitu bengis dan garang terus minta bahan santapan mata. Tentulah daripada supplier tetap, Nazira. Nazira ni kadang-kadang boleh jadi The Nazi ikut keadaan. Nampak saja lembut. Cogan kata faveret beliau adalah "Kalau berani cubalah!". Oh lupa nak pesan. Jangan sesekali sebut pasal gigi depan setiap kali berjumpa dengan beliau ok. Nanti The Nazi akan muncul secara drastik.

Nazira merupakan supplier terhebat. Bayangkan, semua filem main panggung, semua ada dalam genggamannya. Minta saja cerita apa. Macam macam ada. Tapi tadi sebelum aku sound dia tanya pasal cerita aku, dia awal-awal lagi dah cakap;

"Weh, cerita kau tu tak ada. Tak keluar black market lagi. Ala cerita SoryTory tu."

Aku pandang serong ke arahnya sebentar. Bila masa pula aku minta cerita sorytorymory lah bagai tu dari dia. Nama pun dah pelik. Tiba-tiba aku teringat sesuatu.

"Oh! Cerita The Sorority Row tu ke?"

***

Nazira terus ambil telekung dan bersujud. Berguling juga lah aku gelak tadi.

expired date

Nak kata aku pergi buat chemotherapy, tak ada pula. Nak kata stress, orang lain pun stress. Tapi tak ada lah sampai gugur rambut smpai segenggam setiap pagi bangun tidur. Setiap hari cuci rambut, dua tiga genggam juga lah hasilnya. Kalau kumpul-kumpul dah boleh buat kostum gorila agaknya. Tapi yang peliknya, rambut aku tetap cantik macam rambut Shauvina, cuma kasar sikit saja. Kawan-kawan suka mempertikaikan kebenaran yang amat jelas ini. Aku sabar saja.

Aku stail beli borong barang-barang keperluan asas ni. Senang. Mudah. Murah. Macam mak-mak bukan? Suka aku la! Aku beli syampu ni botol besar stok untuk satu sem terus. Macam biasa lah aku begitu yakin dan tergoda dengan produk-produk hasil bidaah dari media masa. Wangi memang wangi. Tapi tadi aku tertarik nak baca segala tulisan yang tertancap di botol syampu itu. Aku baca sampai la ke part di mana tercatat Expired Date dia.

WTF!! Patut la rambut gua gugur. Nak botak dah ni wey!! Cilakak!! Macam gampang punya iklan rambut lembut la konon!!

***

Kelihatan budak-budak rumah aku bertempiaran lari menyorok bawah katil masing-masing bila aku keluar toilet. Ah peduli apa aku. Hati tengah panas. Minta maaf lah kawan-kawan semua.

***

Expired Date : 29/01/2009

Tuesday, October 6, 2009

menyirap sepanjang raya

Ah raya raya ni juga lah orang semua nak hidang air sirap!!

Monday, October 5, 2009

tersebutlah alkisah..

Sejak sepurnama yang lalu telah berlakulah satu sesi uji menguji bersama seekor binatang. Aku, Tipah, sebagai seorang manusia yang budiman seperti biasalah bertanyakan khabar serta soalan-soalan common seperti tinggal dimana, umur berapa serta bekerja apa kepada si binatang. Dalam mindaku telah tertanam peribahasa budi bahasa budaya kita. Maka berbudi bahasalah aku serba sedikit mana yang patut. Tetapi untuk menaruh kepercayaan adalah tidak mungkin kerana dia hanyalah seekor binatang yang tidak mempunyai akal.

Maka setelah sekian kali, si binatang mengajak aku untuk berjumpa. Setelah sekian lama saling hubung menghubungi tanpa bersua muka. Katanya, hanya untuk berkenalan lebih jauh. Di dalan benak fikiranku adalah tidak sanggup bersua muka dengan si binatang karena takut tiada dapat menahan rasa terjeluak jikalau berjumpa nanti. Ini adalah karena pada hematku, si binatang adalah satu makhluk yang sangat hodoh dan juga ugly. Walau bagaimanapun aku tetap mahu meneruskan ujian-ujian aku terhadapnya. Adakah dia akan memakai pakaian kaum manusia? Atau adakah dia akan cuma memakai topeng berwajahkan manusia? Tungguuu..

Nak dijadikan cerita, satu hari sebelum perjumpaan rasmi, muncul seorang ahli sihir baik dari celah-celahan rimba teknologi. Ahli sihir ku kira karena dia semacam tahu pelbagai macam benda serta sentiasa dengan nasihat menasihati. Ku agak ahli sihir ini penuh berpengalaman. Beliau telah mendedahkan satu perkhabaran yang tak berapa mengejut (sebab aku dah expect benda ini dari awal-awal lagi). Rupa-rupanya si binatang itu merupakan seekor BABI HUTAN!. What the fish??! Aku termencarut sekejap. Aku ingat kucing hutan ke ayam hutan ke syok juga buat haiwan peliharaan. Bila tiba masa lapang boleh juga ajak bergurau senda atau bahan kajian. Tetapi memikirkan betapa susahnya nak menghendel seekor BABI, aku putuskan untuk tidak berjumpa. Ah, macam mana nak samak nanti kalau tersentuh? BABI HUTAN ini pula bukan boleh bawa berbincang. Kerja nak sondol terus tanpa berfikir. BABI lah katakan. Mana ada akal.

Nasib baik kawan-kawan manusia ku telah membekalkan ilmu untuk menyelamatkan diri sekiranya tiba-tiba dikejar atau diserang BABI. Kamu lari straight dan kemudian belok ke kiri atau kanan (mengikut pilihan hati) secara tiba-tiba tanpa rasa ragu-ragu. Ini kerana BABI tiada leher, so susah nak buat drift. Apatah lagi si BABI HUTAN yang gemuk lagi buncit serta pendek itu. Aku absorb saja ilmu ini tapi aku tak tahu sejauh mana kebenarannya. Kalau berani cubalah.

Mungkin kerana sudah terkantoi atau sudah takut akan sumpahan atau mandrem yang akan aku berikan kepadanya, si BABI HUTAN terus tidak menghubungi aku lagi. Aku bersyukur tiada siapa-siapa dari kalangan manusia cedera sepanjang pengalaman bersama BABI HUTAN seekor ini. Aku ada juga terfikir nak pasang perangkap harimau yang tajam itu untuk menjerat si BABI. Kalau dapat sedap juga kawan-kawan Cina aku merasa daging BABI panggang. Aku tengah mencari-cari perangkap tu. Siapa-siapa ada maklumat bolehlah hubungi aku kemudian.

***

ps : Kawan aku cakap tak baik cakap BABI BABI ni. Cakap H1N1.

psp : Tak sempat nak Selamat Hari Raya dengan semua lagi. Selamat Hari Raya!

Wednesday, September 30, 2009

ulasan ringkas

Bowling bowling.
Gelak gelak.
Karok karok.
Azura sampai la ke Paling Comel.
Minum minum kat Anjung.
Borak borak.
Gelak gelak lagi.
Kuil la Deepavali lah cuti Deepavali lah orang sebelah lah kalung bunga lah.
Rambut bodoh lah.
Hahaha gelak lagi.
Dah cuak.
Minta maaf lah raya lagi ni.
Tak apa jangan risau dia memang macam ni tahan kutukan.
Gelak gelak gelak.
Bayar makan pun berkira.
Gelak lagi gelak.
Balik laju takut gate tutup.
Sampai kolej nasib baik pakgad baik.
Nampak katil terus tidur.

Seronok betul mereka ye!

***

I'm happy for you, Kak Lilin! Good Luck!

Saturday, September 26, 2009

menyirap sepetang

Ah lagi satu pasal sirap. Sirap betul-betul telah mengkhianati aku. Menyirap juga darah aku bila sirap mempermain-mainkan perasaan aku ni!

Mana lah aku tau sirap tu boleh buat sendiri pakai pewarna je. Aku ingat sirap tu buat dari bunga ros. Hambik kau. Kena bantai gelak satu kedai. Cilakak!

Tak habis-habis nak ungkit adik aku pun tau buat sirap. Ah aku maafkan je sempena hari raya ni. Lepas ni kalau aku masuk dapur tak perlu lah nak suruh aku buat sirap lagi. Aku takkan minum air sirap lagi!

Dah bye

***

Tak percaya,tanya Senah.

di kampung

Ah balik kampung je keluar la macam-macam cerita. Tukang karut memang pakar betul menyampaikan koleksi ceritera dongeng. Ada ke patut buat cerita pasal biskut siapa lah hangus hangit lepas tu gelak-gelak sampai nak pecah perut?

ps : Balik kampung seronok jika kita ketawa ketawa gembira gembira

Thursday, September 24, 2009

aku tak suka..

1. bila orang drive laju laju bawak passengers. kalau seorang diri tak apa la. tak perlu menaikkan implulse rate orang lain
2. perjalanan jauh yang sangat tension
3. bila Bobo berak dalam kereta
4. traffic jam
5.orang merokok di depan wanita dan kanak-kanak
6. orang yang marah-marah
7. selfishness
8. orang yang suka bangga diri
9. budak-budak yang mengada ngada
10. orang tua yang mengada ngada
11. kena buat kerja yang aku tak suka
12. bila diri sendiri menjadi pemalas
13. kuih raya lemau
14. family problem
15. nangis-nangis
16. rushing
17. bila Bobo kentut dalam kereta
18. bila lapar tapi taknak berhenti di R&R untuk melantak
19. tidur lewat
20. bangun awal

ps : Ah hari raya ni tak payah la tak suka tak suka. Maafkan saja semua

ps2 : Kau tak suka kau ingat semua suka kat kau ke??

psp : Apa pasal duit raya aku kurang tahun ini? Aku sekolah lagi la!

Sunday, September 20, 2009

salam aidilfitri 20092009


Ketupat feveret. Pertama kali tangkap pakai DSLR pinjam. Menggegel bai! Boleh la dalam 4 bintang.


Macam biasa bila hari raya menjelma, mesej-mesej raya pakat berebut-rebut nak daftar masuk telefon bimbit satu kaler aku. Tak larat nak delete mesej-mesej lama tapi peti masuk dah tak muat terpaksa juga gagahkan jari nak tekan-tekan butang telefon. Ada pelbagai bentuk mesej yang masuk tak kiralah ucapan ikhlas atau pantun lapan kerat. Aku baca juga buat santapan mata. Tapi ada satu mesej ni buat aku tak puas hati. Betul-betul mencabar kredibiliti aku sebagai wakil diri sendiri dalam acara berpantun peringkat tak tahu hala tuju. Mesej ini datang dari seorang member aku masa sekolah kat Perlis dulu. Tough badan dia. Kami panggil dia Wan Tuff!

Wan Tuff : Makan lemang makan kuih raya, Selamat Hari Raya!

Aku tak nak kalah. Laju pergi beli topup lepas tu reply;

Aku : Dua tiga kucing berlari, Selamat Hari Raya!

Amacam? Ada berani nak lawan pantun dengan aku?

Tuesday, September 8, 2009

kura-kuraku semakin femes!

Nampak gayanya kura-kura putih semakin menyerlah dari hari ke hari. Peminatnya bertambah-tambah mengalahkan owner dia. Tuan kura-kura pun tak banyak peminat macam dia. Agak kecemburuan di situ. Tak percaya klik sini. Cayalah kura-kuraku!

Tuesday, September 1, 2009

empat beg

Hari ini gua guna gua. Lu orang nak cakap apa lu punya suka. Kepulangan gua ke rumah ibu ayah gua diiringi bau sesak-sesak beserta asap bas di lengkapi juga dengan 2 kilo serunding daging yang gua nekad beli untuk ibu gua memang berbaloi-baloi. Itu pasal gua mau claim tiket balik KL.

Sampai rumah gua terus terpa ke arah tiket gua. Sungguh beradap bukan sikap gua? Ibu ayah gua hanya mampu geleng kepala. Dari jauh gua dengar adik gua Senah gelak-gelak sambil ulang ayat ini,
"Ketua rombongan esok. Hahaha!" Tangan dia asyik tala kat muka gua.

Gua tak faham dan gua malas nak faham. Gua syak adik gua kelaparan. Yang gua tau tiket balik esok dah ada dalam genggaman gua tanpa kesan renyuk sikit pun. Bas bertolak pukul 5.30pm hari Merdeka. Harini gua berbuka memang fabulous. Ibu gua memang memahami anak-anak beliau.

***

Gua bangun pagi Merdeka dengan begitu cara. Senah buat gaya 'lukenabeb' kat gua. Dia punya gelak memang galak. Datang adik paling kecil gua dengan inesennya tanya gua,
"Akak kalau bangun tidur memang mata merah ke? Macam hantu!"

Gua terus libas tuala dekat dinding. Gua sabar. Hari ini gua puasa.

Sudah selesai bersegak bergaya apa yang patut, adik gua tarik gua ajak pergi Giant. Gua akur dengan kerjaya gua bila di rumah. Gua pulas kunci kereta, tapi gua tak berani main minyak sebab kereta ayah gua. Gua pecut pergi Giant, membebel apa yang patut kat adik-adik gua, tapi gua yang hulur juga bila kat kaunter pembayaran. Gua pecut balik. Gua bagi arahan kat adik-adik gua bawa masuk semua barang-barang beli tadi. Biar rasa susah sikit, gua mendidik.

Sampai rumah ibu gua dah kung kang kung kang kat dapur. Gua syak ibu gua tak puasa. Tapi gua silap. Ibu gua tengah masak untuk gua. Gua rasa guilty. Gua duduk bersimpuh, tolong apa yang patut. Perghh! Gua buat kuih harini. Rekod!

Pukul 3 ibu gua dah siap masak. Ada juga 2-3 kali gua 'ter' rasa. Tak sengaja tak batal puasa. Ayah gua beransur hantar Senah balik sekolah. Gua hantar dengan pandangan ejekan. Tiba-tiba ibu gua tanya gua,
"Akak, lu janji lu nak buka puasa dengan kawan lu kan harini? Sekarang macam mana?"
"Nanti gua ekseplen kat dia. Gua mintak maaf untuk raya terus." Gua yakin dengan jawapan gua.

Gua terlelap tepan TV sampai pukul 5. Tidur bulan puasa ni pun dapat pahala. Gua tersedar bila ibu gua terkejutkan gua dengan suara animasi Spongebob. Kucar kacir gua siapkan beg gua. 4 beg?
"Apesal banyak sangat beg ni wahai ibuku?" Gua berdialog dengan ibu gua. Ibu gua senyum saja.

Ayah gua dah main-main minyak kat luar tu. Gua faham gua sudah lambat.Gua campak 4 beg bersama diri gua masuk ke dalam kereta ayah gua. Ibu gua membebel apa gua tak layan. Gua layan tudung gua dulu. Tadi tak sempat nak kasi pin sama dia.

Ini gua malas ni. Sampai je stesen bas, semua makhluk nak letak pandangan kat atas gua. Gua tau gua bawak 4 beg. Ibu gua tambah perisa bila beliau tanya gua,
"Apesal lu pakai selipar je ni? Mana kasut lu?"
Gua sengih. Alasan-alasan separa logik gua ketengahkan. Ibu gua membidas pantas,
"Macam indon nak jual barang!"

Gua sabar. Gua puasa hari ini.

Seperti yang dijanjikan, gua jadi ketua rombongan. Rombongan Lumut-KL. Cilakak punya Senah. Seat gua betul-betul seat ketua rombongan. Single seat paling depan. Apesal tak booking seat driver terus je untuk gua? Ini membuatkan gua rasa kredibiliti gua sebagai pemandu kura-kura terlatih agak tercalar sedikit. Gua text ayah gua,
"Ini memang ketua rombongan ni!"
Ayah gua reply laju,
"Lepas ni boleh berbincang dengan driver bus lokasi sesuai untuk berbuka puasa untuk ahli-ahli rombongan."

Gua sabar. Gua puasa hari ini.

Gua buka puasa lewat 15minit selepas azan. Gua tertidur. Ahli-ahli rombongan lain boleh tak kejut gua. Hormat terlebih agaknya. Naik highway gua dah cuak. Kenapa bas tak bergerak ni? Gua gunakan kemahiran mengagak gua. Gua agak harini jem. Masyarakat ramai balik ke ibu kota. Bila gua nak sampai ni? Bas metro Putrajaya-Puduraya mesti dah balik tidur dah ni. Gua usaha text kawan-kawan gua minta pertolongan. Seorang pun tak balas. Gua sambung tidur.

10.30pm gua sampai Pudu. Gua menapak ke hulu ke hilir cari bas metro gua tak jumpa. Gua givap gua cari train. Perkhidmatan train juga betul-betul menguji kesabaran gua. 4 beg yang gua pikul menambahkan daya keseimbangan gua dalam train. Sampai stesen KTM Serdang gua amat bersyukur. Gua masih ada kawan rupanya. Kawan gua terus pecut datang ambil gua walaupun dengan berbaju tidur. Gua terharu. Sebelum turun kereta dia sempat meninggalkan pesanan untuk gua,
"Big Apple satu set!"
Gua akur. Terima kasih tolong gua dengan begitu ikhlas wahai kawan.

***

Sampai rumah gua rebel. Gua baru teringat gua tak jamah apa-apa lagi. Dan tiba-tiba juga gua rasa bahu gua sakit. 4 beg bai!!

Saturday, August 29, 2009

sayu deyh!

akak..after berbuka smalam kami lepak2 dalam bilik wif ibu..
then tetbe ibu ckp "akak makan apelaa bebuke nih.."
pastu senah tanye la nape tetbe je?
ibu ckap"yela..kan susa nk carik makanan..ntah apela yang akak makan waktu berbuka tadik"
huhu..sayu deyh!

***

Wall post adikku Senah kat facebook aku. Pergh. Apasal dua tiga hari ini hati macam tak berapa kental? Rasa macam nak terbang sekarang juga. Bilik aku dah banjir. Hari ini berbuka puasa air kosong macam biasa. Oh lupa, ada roti gardenia semalam beli. Jadi lah. Syukur alhamdulillah. (tiada niat meniru mana-mana iklan)

fikir

Kadang-kadang kita terlupa.
Kadang-kadang kita terleka.
Biasalah manusia.
Perlukan manusia juga untuk saling ingat mengingati.

***

Bangun tidur baca ini sedas memang bergerak lancar juga sel-sel otak aku.

Thursday, August 27, 2009

seorang diri

Tengah sedap melayan tidur semalam di kala hujan ribut taufan melanda, tiba-tiba masuk satu SMS dengan nada dering polifonik telefon bimbit satu kaler aku itu. Oh adikku Munah rupanya. Potong stim betul. Nasib baik adik beradik. Nasib baik juga tengah bulan puasa ni. Kalau tak pandai-pandai lah agak apa yang akan berlaku. Malas nak cerita.

***

"Akak bila nak balik?"

"Akak tak boleh balik lagi minggu ini. Ada training."

***

Menetes air mata mereply SMS oh adikku Munah itu. Cilakak! Dan dan la time semua orang balik kampung nak ada training. Kosong rumah bai. Budak-budak semua dah awal-awal tempah tiket pesawat macam nak balik raya dah. Ini sudah dua kali delay balik kampung. Pesawat aku macam dah nak naik angin akibat dua kali tangguhan. Kalau tiga kali delay mau resign pilot tu agaknya.

Aku buka puasa seorang diri weekends ni. Harap jangan siapa-siapa cari gaduh. Jangan juga main lagu raya depan aku. Buruk padahnya. Kalau offer belanja buka puasa tak apa. Aku akan mampu tersenyum nanti. Jasamu dikenang.

Wednesday, August 26, 2009

petikan godaan

Ishh. Aku petik kau datang. Aku petik kau datang. Setiap malam nak tidur dengan aku. Jangan melekat lekat kat tangan aku lagi sudah. Dah berapa kali aku usir aku halau kau datang juga. Aku bukan macam orang lain. Aku tak ada pengalaman. Nak main pun rasa tak sedap. Tak puas. Kaku. Kau bising, nyaring. Suara kau sumbang. Jiran marah sebab pitching tinggi sangat. Sudahlah. Jangan lagi menggoda aku. Pergi jauh sikit. Suatu hari nanti aku dah cukup ilmu itu, aku cari kau balik. Aku main kau sepuas puasnya. Jangan kau pula merungut penat, letih. Aku pastikan suara yang kau keluarkan itu merdu dan nyaman sahaja. Tiada lagi dengusan-dengusan kasar. Hanya kepuasan yang kita dapat. Aku janji!

***







Jangan menggoda aku lagi please! Aku tak tahan godaanmu..

Monday, August 24, 2009

fashion disaster

Hello. Boleh tak jangan pakai baju darjah 6 kau tu lagi? Nak aku bagi pinjam baju aku ke? Perut buncit kau tu tak perlu la nak tayang-tayang kat semua. Malu la. Masa 1st time kau pakai aku ingat kau main cekau baju adik yang darjah 6 tu. Sebab kau dah lambat kot. 2nd time kau pakai baju yang sama, kening sebelah kanan aku terjungkit. Kali ketiga kau pakai.. Waatchaaaaa!!

Perlu ke kau pakai baju tu setiap hari? Woi, tu baju budak la. Kau tu dah boleh jadi bapak budak dah. Tak seswai ok. Agaknya kau rasa kau cute lebih kot bila pakai adik-adik ni. Kata professional. Takkan pakai baju macam tu lagi kot? Zaman mana ni? Kurang dah pahala 3 Ramadhan aku dok usha perut kau.

Esok sila datang bilik aku pinjam baju. Tawaran hebat ni. Aku tak pernah offer pinjam baju aku kat bapak budak. Baju aku banyak yang besar-besar. Ready untuk pakai lepas buka puasa. Biasalah perut boroi mesti mau cover bai..

Hah lagi satu. Gelang kat tangan kau tu. Buang saja lah. Tak pun pakaikan kat leher kucing (Oyen) lagi hensem. Sayang kalau buang. Kau tu dah tau muka jambu tak perlu la nak berangan muka metal nak pakai gelang macam tu. Indon cleaner pun tahu nak tergelak tengok kau. Ini sudah siriyes. Kene roger tok guru aku ni. Kau kena berguru dengan dia.

***

"Hello Beyonce. Esok turun Serdang. Ada orang nak kena diselamatkan dari kesesatan melampau. Aku tak boleh call lama-lama ni. Kredit tak banyak. Esok sampai kau roger aku. Aku ambil kat airport."

"Okay. I'll be there by tomorrow. Pasal kawan-kawan ni no hal lah. But please prepare for me two roti canai and one nasi lemak telur mata. Lama dah tak makan tu. Kat Hollywood ni asyik kena diet saja." Beyonce pun speaking berterabur!

"Puasa bai!" Senyap.

***

Cakap belakang memang berani dan yakin. Cakap di blog apatah lagi.

first trial

Berpusing ke kiri. Berpusing ke kanan. Dahi berpeluh. Ketiak apatah lagi. Amaran Nada semalam dengan nada yang gerun betul-betul buat aku gusar. Satu malam tak boleh tidur. Macam mana nak selesaikan ni? Macam mana macam mana pun aku kena selesaikan juga. Pantang kalah sebelum menyerah!

***

4.12 am

Selesai menghadap fesbuk kesayangan, aku kucar kacir di ruang tamu. Hati tak tentu hala. Kepala macam hilang punca. Jiwa rasa gelora. Mana satu nak buat dulu aku tak tahu. Segala peralatan dah tersusun rapi. Oh, baru teringat. Mula-mula kena potong bawang la dulu.

***

5.00 am

Ketung ketang memecah sunyi pagi. Nasib baik siap. Aku boleh menarik nafas lega. Amaran Nada sikit pun aku tak takut dah. Aku takbir sedas semua bingkas bangun. Ada juga yang liat kena bagi percik air sikit kat mata. Budak-budak biasalah. Rasa macam rancangan singgah sahur pula.

***

Ini baru percubaan pertama. Jangan nak berani komen lebih-lebih. Aku tau indah rupa dari khabar. Tawar bercampur pedas bercampur tiada-rasa-enak membuatkan budak-budak rumah semua buat muka masa makan. Pedulik la. Janji aku laksanakan tugas dengan berhemah. Kalau sakit perut aku dah ready kura-kura nak hantar semua pergi klinik.


Kan aku dah cakap indah rupa dari khabar. Siapa berani makan lah. Kat bawah hanyalah selingan semata-mata. Untuk melancarkan peredaran makanan ciptaan aku di atas ni ke dalam sistem pencernaan budak-budak.


***

Kampung tak kampung. Janji cara. Esok aku masak lamb chop. Jangan siapa ragu-ragu.

Friday, August 21, 2009

inggeris patah

"Babe, why you not reading the notes? Tomorrow got test kan?"

"Like my heart la!"

***

Suka kati kau la. Ini yang terjadi pada anak anak muda zaman sekarang yang tak melalui zaman PPSMI. Broken english. Tolong selamatkan kami?

Wednesday, August 19, 2009

zip

Ciss. Itu lah seronok sangat. Sampai pergi kelas pun tak zip seluar!

Monday, August 17, 2009

sticker

Kembangan hidung aku memang tak dapat diselamatkan lagi. Sepanjang perjalan kami (aku + kura-kura) senyuman tak lekang di bibir. Sampai lenguh pipi. Tapi senyum tetap maintain. Setiap gear yang masuk terasa kemas dan lancar sahaja hari ini. Kura-kura semacam saja senang hatinya, tuan dia apatah lagi. Perjalanan ke Pejabat Keselamatan UPM terasa begitu dekat. 20 minit berlalu dengan pantas. Time dekat gate pun pakgad boleh senyum-senyum. Hati riang gumbira memang tak terkata. Zassss aku parking kura-kura dengan begitu cara.

***

Tahniah cik. Permohonan sticker kenderaan cik telah diluluskan. Sila tampalkan sticker cik mengikut arahan ye.

***

YESSSS!! Tak ada siapa siapa lagi yang boleh saman kura-kura aku. Siapa saman aku karate! Hahahahhaahahahahahahahahha (Gelak penuh puas!)

***

Aku cadang nak letak nama la kat kura-kura. Dia dah bosan panggil kura-kura. Tak cute lah. Tak macho lah. Macam kampung lah. Siapa-siapa ada cadangan??

Thursday, August 13, 2009

berhenti

Aku rasa aku kena tutup mulut. Bukan pakai topeng. Tapi tutup mulut. Cover sikit bila nak bercakap. Fikir dulu sebelum berkata-kata. Jangan ikut suka hati bila nak berbicara. Aku dengar orang cakap kata-kata tu boleh jadi lebih tajam dari pedang. Aku pun selalu dengar orang cakap manusia ni selalu lupa. Lupa diri. Lupa daratan.

Aku juga ada mendengar ura-ura yang perang bakal berlaku. Tak tahu mana silap pentadbiran kerajaan princess, segala-gala akan musnah sekelip mata kalau perang tercetus. Hasil pemikiran para cendiakawan dan bijaksanawan kerajaan princess telah mencetuskan idea idea yang bercanggah di antara satu sama lain yang menyebabkan perang akan berlaku. Hasil salah faham diantara satu sama lain juga bakal membawa kepada percakaran dah perkelahian.

Oleh itu dengan ini aku umumkan bahawa aku akan berhenti. Berhenti mengutarakan kata-kata yang boleh membawa kepada percanggahan idealis-idealis. Berhenti dari mengemukakan pemikiran sendiri yang boleh disalah ertikan oleh siapa saja. Aku berhenti. Semoga dengan pemberhentian aku ini akan mengembalikan suasana kerajaan princess seperti sedia kala.

***

Berhenti tulis blog mungkin? Oh tidak!

Wednesday, August 12, 2009

princess

Ceh, princess konon. Selipar nak kaler pink. Cadar nak kaler pink. Tudung nak kaler pink. Baju nak kaler pink. Sepender pun tah-tah kaler pink. Suka sangat perasan princess. Sikit-sikit princess. Siap suruh orang panggil princess pula tu. Apa jadah semua nak princess??

Woi, gila baba kalau askar pun nak princess-princess. Ingat aku nak layan ke princess ko tu? Segala-gala nak pink. Berpinar mata aku tengok hari-hari. Boleh pula ajak aku join the club. Hello! Aku berjiwa kental. Tak askar lah princess princess. Apa barang pink pink princess ni??

***

Hambik kau. Bunga nak kaler pink juga! Bunga beb. BUNGA!


Ceh kental konon. Siapa tah suruh aku beli bunga kat pesta konvo tadi?
Dalam hati aku semuanya princess. Askar tak askar. Teringin jugak pink pink ni. Cilakak!

***

Aku sangat jatuh cinta dengan bunga ini. Malam ni aku mimpi indah bersama bunga. Jangan siapa-siapa berani nak komen apa-apa.

eksiden

Harini aku bangun awal. 5.30 pagi dah celik mata. Semangat betul pagi-pagi ni. Berkobar semacam je di dada. Tengok cermin masa gosok gigi pun boleh gelak-gelak gumbira. Setelah selesai siap pakai uniform pakai wangi-wangi, aku capai kasut. Wah, tak shine pun boleh berkilat! Ajaib. Aku senyum girang. Seronok betul pagi ini. Macam pagi orang kaya-kaya pula.

Oppss. Patah balik ambil kunci kura-kura putih. Macam biasa, aku ditemani kura-kura putih akan bergerak ke KOSASS pagi-pagi rabu. Adalah perhimpunan haram sikit. Tak boleh kecoh-kecoh. Pagi-pagi dah kena berhimpun baru true.

Keletuk keletak bunyi tapak kasut tumit tinggi aku. Sesekali terpelecoh nasib baik tak ada orang nampak. Buat malu je kalau ada pakwe hensem terlihat. Mulut rancak juga la nyanyi lagu semboyan angkatan laut kita. Kepala kasi angguk-angguk sikit. Macam kat kelab. Perjalanan ke tempat park kura-kura rasa nyaman. Embun pagi. Segar. Kembang kuncup hidung aku sedut udara yang agak tercemar juga tu. Feel habis.

Kura-kura suka meragam sikit pagi-pagi. Dia malas nak bangun. Macam tuan dia juga masa sekolah rendah dulu. Ok la tuh, memang tahap dia. Kura-kura baru umur 17 tahun. Budak-budak lagi. Kena deal baik-baik dengan budak-budak. Aku baca bismillah sekali, terus terjaga dia. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi, senang kerja betul hari ini.

Bergerak perlahan menyusuri jalan yang tenang pagi-pagi ini memang feel betul. Tapi hati ragu-ragu juga nak sampai ke kawasan MARDI sebelah ini. Ada satu part tu tak ada lampu jalan. Gelap gelita. Agak seram. Tapi dengan adanya kura-kura di sisi, aku kental! Kami meneruskan perjalanan. Lagu I'm Taking Back My Love kura-kura siulkan. Aku turut angguk-angguk tanda feel. Kura-kura memang memahami jiwa muzik aku. Kami serasi.

Ciss, orang depan beam light! Woit! Aku silau la. Ingat kau seorang saja ke yang pakai jalan??

***

Gedegang!!Pelepoww!!

Eh..eh. Apesal kura-kura senget pulak ni?

***

Aku bersama kura-kura landing baik atas divider jalan yang tiba-tiba muncul kat tengah-tengah jalan di kala gelap malam. Lepas melelong 2-3 kali disertai drift yang hambar aku berhenti kat tengah-tengah jalan. Nasib baik tak terbalik kura-kura tadi rasa macam dah senget habis. Kalau ada kereta ikut belakang rasanya dah hancur bontot kura-kura kena tibai. Nasib baik. Alhamdulillah.

Suasana cemas tadi aku dapat hendel dengan baik sekali. Tiada jeritan atau lolongan yang kedengaran. Cuma selawat dan istighfar yang ke udara. Tayar kanan meletop kencang. Aku gagahkan kura-kura untuk berjalan balik juga sebab gelap sangat kat situ kalau nak tukar tayar pun sure skru hilang punya. Rim cover dua-dua hilang belah kanan. Aku rasa macam nak pergi cari balik la petang sikit.

Perjalanan 1km dari tempat kejadian ke kolej aku mengambil masa selama 47minit. Aku bermonolog bersama kura-kura sepanjang perjalanan sambil review kejadian tadi di ikuti gelak tawa. Kura-kura menyalahkan aku. Dia kata aku mabuk pagi.

***

Ciss punya divider! Tengah-tengah jalan selekoh kau nak muncul. Dah la tak ada lampu jalan. Turun bukit pula tu. Memang cari nahas siapa-siapa yang tak pernah lalu jalan tu tapi bawak laju gila baba. Mau terbalik kereta. Mana aku nak kasi report ni??

Monday, August 10, 2009

sila jauhi aku

Woi, apa pasal kau suka sangat kacau hidup aku? Kenapa suka sangat gigit-gigit kaki aku? Ada aku kacau hidup kau ke? Ada aku gigit kau? Aku ke sini dengan tujuan nak sidai baju saja. Tak ada niat pun nak usik kau. Ganggu rumah tangga kau memang tak ada dalam list fikiran aku.

Ok la. Aku mintak maaf. Memang aku tak sengaja. Tak sengaja terpijak rumah kau. Tapi tu bukan salah aku. Itu lah siapa suruh kau camouflage time buat rumah. Kau ingat ini kem ke nak menyamar pulak. Aku dah la rabun. Pagi-pagi spek aku berkabus sikit. Kan dah terpijak. Tak perlu lah nak serang aku ramai-ramai gigit aku. Sekarang ni dah terpakse delay sidai kain baju yang berlambak ni. Pasukan perubatan terpaksa aku hubungi. Minyak gamat Langkawi nasib baik tiba tepat pada masanya.

***

Kepada warga komuniti semut api kat belakang rumah aku tu, kalau boleh baca blog aku ni, sila jauhi aku. Lepas ni kalau kau buat serangan aku bakar terus rumah kau. Aku dah bagi amaran ni. Sekian.

seksaan

Cukuplah tu. Cukup semua ini. Tak perlu lagi kamu nak siksa aku lagi. Cukuplah dengan semua itu. Tak puas lagi ke apa yang kamu dah buat kat aku selama 3 tahun ni? Masih menggunung ke perasaan hasad dan dengki kamu tu terhadap aku? Apa lagi yang kamu nak aku buat? Aku betul-betul dah lemah kali ini. Dulu aku boleh berontak-berontak kecil lagi. Sekarang ini aku dah tak mampu nak berbuat apa-apa sudah. Aku kecundang. Lihatlah list di bawah ini. Ini semua perbuatan-perbuatan kejam kamu kepada aku.

1. Saman kura-kura aku. Parking kat tengah jalan. Block kereta nak lalu.

2. Saman lagi kura-kura aku. Tak ada sticker pelajar. (Macam mana nak ada sticker? Aku apply tak pernah nak approve. Lepas tu marah-marah aku cakap 1st year student tak boleh bawak kereta. Aku kata aku bawak kura-kura je.)

3. Saman lagi macam nombor 2. Kali ini kamu ugut nak clamp. Laju-laju aku lari menyorok kat belakang tangki air dengan kura-kura.

4. Tahan aku masa balik kolej pukul 3.30 pagi. Aku tak larat sangat nak overnight kat luar. Takkan la pasal tu pun nak saman jugak?

5. Tahan aku kat depan budak-budak junior tanya mana kad nama aku. Ciss aku terlupa bawa pun nak kecoh kat situ. Jatuh pride aku beb.

6. Sekali lagi kena tahan sebab tak ada sticker. Kamu bagi lecture kat situ selama 1jam 24minit. Kamu ingat kami tak sembahyang maghrib ke?

7. Yang ini paling sakit sekali. Adakah patut kamu yang paling hensem tu boleh bagi senyuman paling manis kat aku??? Berbuih mulut pengsan kat situ jugak aku!

***

Banyak lagi sebenarnya seksaan kau buat kat aku. Tapi yang ini saja aku boleh senaraikan untuk menjaga kemaslahatan pelbagai pihak yang berkenaan. Kepada pakgad yang hensem tu (yang ini betul-betul hensem pakai myvi putih,bukan perlian), tolong la jangan seksa aku lagi dengan pandangan menggoda kamu itu. Masa malam tu kamu dengan kawan-kawan kamu ambil air kat water cooler untuk pergi main futsal, itu saat memang buat aku cair. Kamu boleh pula tegur aku. Tak bernafas 5saat aku tau. Siap boleh buat-buat patah balik nak pergi ambil barang kat kura-kura. Nak buat muka konon-konon ayu memang susah. Tolong jangan seksa aku lagi ok.

kawad

Ciss. Tak ajak aku Kawad Konvo. Kawad buka sesi pun boleh terlepas??! Ini tidak adil, Your Honour! Esok aku bubarkan parlimen baru tau. Ini adalah satu ugutan rasmi. Tahun depan aku nak pakai pedang berkilat punya. Siapa-siapa halang aku pancung bulu hidung dia. Sentiasa bersedialah korang.

***

Dinner fakulti mengkucar kacirkan hati dan perasaan aku.

Saturday, August 8, 2009

rempit sejati

Cilakak!! Bersepai air liur aku kat belakang ni. Kalau motor ni bawa 3 orang kompem basah muka orang belakang aku kene air liur. Bawa motor macam minah rempit sejati. Sengaja nak jatuhkan reputasi aku sebagai pemandu terbilang yang penuh etika. Pertama kali dalam hidup aku naik motor rasa macam nak gugur jantung. Sebelum ni aku naik dengan Mumu slow mengalahkan kura-kura aku. Naik bukit je mati. Kat tengah-tengah highway boleh mati memang aku bagi luku helmet sedas. Buat malu kaum je. Nasib baik Mumu dah tukar motor power sikit. Tapi yang baru tu aku tak berani nak sentuh. Dengan Kak Lilin dia siap boleh potong BMW rilek je. Menyeringai jantung aku. Turun motor aku dah prepare skrip baik punye untuk Kak Lilin selaku driver motor. Aku nak bagi sedas sampai dia terdiam. Tazkirah-tazkirah terbaik dah bersusun dalam kepala.

***

Turun-turun motor je lutut aku lembik. Kak Lilin gelak guling guling atas tanah sambil merepek ape tak tahu. Yang aku dapat dengar dia cakap aku baca mantera apa sepanjang perjalanan 5 minit tadi? Mulut tak diam. Cilakak!

***

Orang kata naik motor kali kedua dengan Kak Lilin dah pandai ejas. Aku balik dengan muka rilek walaupun air liur bersepai jugak.

Wednesday, July 29, 2009

debaran

UPM tutup seminggu. Selsema binatang tu la. Ini bermakna aku kena balik Manjung. Berat hati nak balik. Berat kaki aku nak tekan pedal kura-kura putih. Berat tangan aku nak kona kona stereng. Berat mata aku nak fokus kat jalan. Berat punggung aku nak landing lama-lama atas seat. Sungguh berat kepala aku nak fikirkan semua nih.

***

Berat berat pun aku pergi juga cek kura-kura putih. Bagi minum air sikit bagi makan angin sikit. Esok pagi pagi aku ajak dia gerak. Dalam 5 jam kami sampai la. Doakan aku selamat sampai. Entri ini ada berbaur sirius. Tak tahu kenapa.

***

Berdebar menanti dugaan dan cabaran sepanjang berada di Manjung. Aku harap aku dan Tokei akan kembali seperti dulu.

Tuesday, July 28, 2009

membelit

"Woi kawan-kawan, night rig kena pakai stokin hitam ke coklat ni?"

Sedang aku terkucar kacir mencari stokin lagi sebelah, ada suara di sebalik pintu berbunyi macam ni;

"Kuat membelit ni budak ni. Sampai jadi senior pun tak tahu apa lagi. Siap kau. Lepas balik Angkasapuri ni kau datang bilik aku. Kita beramah mesra." Jemputan seorang subby yang terdengar perbualan aku dengan member aku tadi. Kecut perut.

***

Ciss, sakit habis semua otot otot badan aku yang manja ini. Dah lama aku tak suruh otot bergerak aktif tapi malam ni semua terkejut masa sesi ramah mesra tadi. Pagi-pagi tadi dah mengaum sebab kaki cramp.

***

Mai sini seorang tok guru handalan tolong bagi training tahap panglima kat aku. Jum bertapa sebulan. Tolong ajar aku complete set jadi panglima terus boleh? Siapa ajar aku ajaran sesat aku tempeleng.

Monday, July 27, 2009

gasoline

"Jom pergi makan Gasoline!"

"Kau nak mampus ke makan minyak gas??!"

***

Gambar tak lawa pakai camera handphone zaman kanak kanak dulu.

sayang punya pasal

"Woi akak! Selasa ni hari jadi Senah. Jangan buat buat tak ingat pula. Cepat pos hadiah. Murah-murah tak main ok! Ok chow. Tuuuuut.."

Budak-budak zaman sekarang memang berfikiran millenium bak kata brader PdausAhmad ni. Hadiah hari jadi pun nak kena minta dengan gaya Yakuza kutip hutang ke? Ok Senah, aku pos kat kau Mini Cooper sebijik. Esok sampai. Aku tak berkira sangat dengan adik beradik ni. Selamat Hari Lahir yang ke-17 Senah. Aku tetap sayang adik adik aku.

***

"Hello akak. Munah ni. Munah dapat nombor 3 exam percubaan UPSR haritu. Bak sini handphone satu! Ok bye."

Kes kedua budak budak millenium. Woi kamu semua ingat aku ni cop duit ke?? Dah la aku belajar lagi. Bukannya ada bisnes sendiri, duit sentiasa masyuk. Duit pun pinjam kat Encik Pt. Tapi semua tu aku jerkah dalam hati saja. Handphone dah pergi survey dah pun semalam. Kejap lagi nak pergi angkat satu. Congrats Munah! Aku tetap sayang adik adik aku.

***

"Assalamualaikum akak. Gayah tak ada apa nak bagitahu tapi Gayah nak cakap yang Gayah pun nak handphone juga. Sebab Munah dapat, Gayah nak juga. Tak kira macam mana sekali pun. Ok bye!"

Ok. Ini memang kritikal. Aku dulu darjah tiga tak reti apa pun. Mentaliti budak budak zaman sekarang memang kena dibetulkan. Balik hometown nanti siap, aku basuh sorang-sorang. Kejap lagi aku kena keluarkan duit lebih sikit sebab nak angkat dua handphone. Ciss, untung besar tokei kedai handphone tu. Aku akan start berpuasa setiap hari lepas ni. Aku tetap sayang adik adik aku.

Sunday, July 26, 2009

cool!!

Ok. Pekan Frinjan memang cool. Khabar-khabar angin beserta gosip panas itu semua betul. Berpandukan GPS manual, kami selamat sampai ke menara jam yang begitu gah sekali. Jam dia sebijik macam jam kat rumah aku. Setelah setengah jam mencari car park, kami terdiri daripada aku, Kak Lilin, Sang Bobo dan juga Tokcu Afique bersesat-sesat pula di dalam bangunan Plaza Alam Sentral yang macam kedai runcit kampung aku. Nasib baik nampak ada seorang budak kecil sesat menangis kat depan main entrance. Kalau tidak, tak tahu la nak pusing ke mana lagi nak cari exit.



GPS manual kami. Dari Hospital Serdang sampai Masjid Shah Alam. Hebat juga aku dapat baca GPS ni dengan tepat sekali.

Keluar je terus menerjah ke arah menara jam. Sebelah menara jam ada booth untuk orang bersuara merdu dan enak nyanyi-nyanyi dan puisi-puisi. Di bahagian kanan pula booth jualan live. Belakang booth ada kedai minum. Dari jauh nampak si Pipi. Yang aku kenal pun dia seorang saja la. Aku usya dia, dia usya awek lain. Tak apa lah. Aku teruskan kepada usyaan buku buku dan baju baju. Maghrib kami sekali lagi bersesat-sesatan dalam mall tu nak cari surau.

Lepas maghrib kami makan lepas tu bersila kat tepi kolam tengok orang nyanyi-nyanyi dan puisi-puisi. Nak pergi sembang dengan Pipi aku takut makwe makwe lain jeles pula. Aku pergi berdiri sebelah dia saja cukuplah. Untuk aku yang baru first time datang memang rasa nak lompat-lompat je. Excited sikit. Tapi orang lain macam santai je so aku cover la juga. Aku rasa aku dah jatuh cinta kat brader yang nyanyi sorang-sorang tu pakai t-shirt dengan seluar kargo. Ternganga aku tengok dia nyanyi. Macam nak pergi duduk kat depan dia je. Suara memang style! Crowd dah ramai bersantai kat depan tu. Ada seorang tu baca puisi bawa anak kecil sangat comel.


Barang barang aneh yang sempat aku curi di situ.

Aku akan bawa duit lebih lepas ni untuk borong semua buku buku kat situ. Semalam aku bawa duit cukup cukup untuk tambang flight pergi Pekan Frinjan tu. Menyesal tak sudah. Bukan senang nak cari buku buku tu kat Manjung. Next event aku bawa dalam 2 riban cukup tak agak-agak? Aku tak ingat nama dan tak kenal sangat penghulu serta komuniti masyarakat pekan ini tapi apa yang pasti Pekan Frinjan sangat COOL! Lepas ni aku takkan miss.

***

Tapi member-member aku ajak main batu seremban kat tengah-tengah tu pula. Layan saja lah. Seronok juga main batu seremban dalam gelap. Beberapa kali juga batu landing baik atas dahi aku. Pencapaian terbaik aku dapat 8 markah.


Kami. Aku tak mampu mendongak akibat tergeliat leher bermain batu seremban.

Tuesday, July 21, 2009

pekan frinjan??

Aku ada dengar gosip gosip panas pasal Pekan Frinjan. Apa jadahnya pun aku tak tahu. Tapi hati aku macam berminat ke arah situ. Kat mana dan bila masa pun aku tak dapat info. Siapa-siapa yang terlebih ilmu pengetahuan pasal Pekan Frinjan tu jangan malu dan segan untuk membuat presentation slide show depan aku. Aku belanja air kelapa 5 bungkus. 5 bungkus tu beb!! Peluang keemasan apa tunggu lagi.

fit

Aku sudah pulang. Tok guru yang khabarnya sangat hebat hanyalah bahan gurauan semata-mata. Ilmu beliau sekadar runcitan biasa sahaja. Aku cancel program pertapaan. Kalau setakat nak bagi ceramah cinta, aku beli dvd pasang kat rumah goyang kaki sambil minum iced lemon tea tengok lagi sedap.

Masa di gua haritu, ada juga aku buat yoga seround dua. Tok guru punya pasal la ni sampai aku boleh sangkut kaki kat leher. Balik kolej, aku nak try test tahap kecargasan badan aku. Setakat yoga-yogi tu semua orang boleh buat. Slo-mo je. Aku kasi up sikit dengan mencabar badan sendiri untuk berlari lari di sekitar kolej. Kasi kencang sikit paru-paru bergerak. Baru la remaja beb!

Roomate aku gerak bangun Subuh dah dekat pukul 7. Terima kasih diucapkan kerana jikalau tiada gerakan dan sentuhan kasar beliau aku pasti burn je Subuh tu. Lepas Subuh aku termenung sekejap untuk memotivasikan diri. 2 minit aku siap berpakaian ala Son of Rambow sambil cucuk earphone kat telinga buka lagu kuat kuat untuk memastikan kadar pendengaran aku bertambah mantop 20 tahun akan datang. Kasut aku pilih yang 'luck'. Kasut Power kesayangan. Mahal jugak aku beli haritu. Dalam 40riban.

Sudah stretch up apa yang patut, aku mulakan langkah dengan Bismillah. Barulah berkat. Langkahan pertama memang selalu terrbaik. Start langkah kedua rasa lain macam. Langkah ketiga tiba-tiba rasa sayu. Langkah kelima kaki dah lembik! Ciss, tok guru mana bagi ajaran sesat kat aku sampai kaki asyik nak naik ke leher saja ni??!

***

Badan dah tak fit. 2bulan setengah terperap kat rumah tanpa aktiviti lasak membuatkan aku jadi malas. Gemuk jangan cakap. Tahap anak gajah sudah. Esok aku marathon dari Serdang sampai Lumut. Tengok fit tak fit punya berangan!

Monday, July 20, 2009

tiada apa

Tiada entry baru buat seketika. Aku away pergi bertapa di sebuah gua di hujung kampung menuntut ilmu mengusya pakwe dengan lebih berkesan. Siapa-siapa ada pesanan sila tinggalkan selepas bunyi tuuut walaupun aku tahu tak ada siapa nak pesan apa-apa. Tuuuut!

Wednesday, July 15, 2009

budi bahasa budaya kita

Aku : Lu pehal??

Member aku : Kau kenapa?? (Lepas tu dia merepek meraban apa aku buat tak dengar. Sorry la kak.)

***

Ok. Bahasa aku agak tak stabil. Bercakap dengan orang-orang yang lebih tua perlu beretika tinggi.

i'm taking back my love

Sesi YM dengan member sekolah pagi tadi. Ikuti butir bicara kami.

Ulip : I'm taking back my love?

Aku : Yup. Tu yang tercatat kat caption aku.

Ulip : Taking back from who?

Aku : Enrique Iglesias. Hahaha

Ulip : Then nak bagi kat siapa love tu?

Aku : Nak simpan dulu. Berehat sebentar. Penat la asyik giving love. Hahaha

Ulip : Betul tu. Relax dulu. Tak lama nanti ada la orang yang kau boleh bagi. Chill.

Aku : Yeah right.. Huhuhu

***

Poyo bukan? Ok. Aku tahu aku akan kena kutuk esok kat kelas. Tak rock la beb! Apa barang jiwang jiwang??!

makan dengan beretika

Menari terlompat-lompat dan terkinja-kinja di ruang tamu rumah jiran sebelah. Penangan nasi kerabu yang melampau itu berjaya membawa aku ke alam hyperactive. Semua penghuni rumah itu pada mulanya tercengang dan membuat muka kurius tetapi menyambung suapan nasi bungkus masing-masing semula seketika kemudian tanpa memberi perhatian kepada aku.

Tarian dan lompatan sudah perlahan akibat daripada rampasan air tin gedegang dari tangan salah seorang penghuni rumah itu, Nada. Aku seperti melihat Nada terkumat-kamit bila ambil air dia balik. Dia terus minum laju laju sampai habis dan kemudian senyum dengan penuh sarkastik.

Hyperactive menyerang pada suapan kedua. Muka penghuni-penghuni rumah itu sudah bertukar hijau. Instin aku dapat merasakan sesuatu yang amat dasyat bakal berlaku lepas ini.

Gedegangg!! Pintu rumah itu dihempas kuat. Aku dapati aku sudah bersila di depan pintu. Nasi kerabu dah berterabur.

***

"Weh, boleh tak makan beretika sikit? Orang lain pun nak makan juga. Bising betul!" Satu suara garang sambil tangan yang penuh dengan nasi dihayun-hayunkan depan muka aku.

"Kau kalau setakat nak makan nasi kerabu yang tak pedas langsung tu lepas tu nak terkinja-kinja kat sini baik tak payah. Pergi balik rumah sendiri la hantu! Kau keluar sekarang. Datang balik esok." Satu lagi suara gerun bertempik.

Aku kaku. Air hidung mengalir pantas. Pedasss!!

Tuesday, July 14, 2009

jangan pandang belakang

Sesi berjalan hujung minggu aku laksanakan dengan jayanya minggu ini. Seperti biasa aku lone ranger je. Penat pusing satu mall sampai kaki rasa lembik, aku ambil port baik nak rehatkan punggung sambil mengusha pakwe pakwe yang lalu lalang. Ada yang hensem, ada yang muka baik tak kurang juga ada yang membuatkan mata aku kebas kebas bila tengok. Tapi aku teruskan aktiviti ini dengan berhemah. Sesekali buat buat seperti sedang membalas mesej padahal haram siapa pun tak mesej. Sekali sekala buat buat gelak, tak ada siapa berani nak duduk kat seat sebelah. Tiba tiba aku kaku. Ada seorang pakwe kat bangku kat depan tengah pandang tepat ke arah aku. Aku bab-bab eye contact ni memang gagal sikit. Dari dulu tak pernah pass with flying colors bak kata orang putih. Aku melarikan pandangan mata aku yang ayu ini ke arah kaki aku. Tunduk. Cis, kasut kotor la pulak. Dah tiga tahun tak pernah basuh. Tak enak langsung untuk jamahan mata aku yang ayu ni.

Aku pandang ke atas semula. Kononnya nak double check. Dalam hati berdebar juga tapi muka maintain cool. OMG! Pakwe tu pandang aku lagi la.

Aku tunduk. Sengih sengih kucing. Sah la dia tengah usya aku. Malu la pula. Tak boleh kalah ni. Aku pandang dia balik. Dia pandang aku balik. Senyum pula! Tiba tiba rasa macam elektrik dari mata ke mata macam dalam drama cina dulu-dulu tu. Orang orang macam berhenti statik. Tak bergerak. Jam di tangan pun berhenti. Kaku.

Dua saat lepas tu baru lah orang orang bergerak seperti biasa. Tak larat la aku nak tahan nafas lama lama. Keadaan sekeliling menjadi normal seperti biasa. Baru aku rasa macam nak kucar kacir. Beg kat tangan dah habis dipintal pintal. Peluh bukan main. Aku hapuskan syak wasangka aku cepat cepat. Aku yakin zip seluar aku ok, butang baju ok, tudung tak senget, seluar tak singkat sebelah, kasut aku sepasang sama, maskara tak comot, kuku dah potong pendek, aku pakai perfume aku harini bukan perfume ayah aku, senang cerita, dress up terbaik la harini. Tak perlu diragui lagi. Aku cuba nak tengok pakwe tu lagi. Nak buat conformation sikit. Pakwe tu pandang aku lagi! Haishh, rasa macam tengah terbang.

Tiba tiba pakwe tu bangun dari bangku. Perlahan-lahan dia menapak. Aku syak dia nak blah tapi kenapa makin lama makin dekat dengan aku pula. Dalam kepala aku tengah rewind nombor telefon 74 kali dah. Takut terlupa. Parkinson pun macam bagi signal nak menyerang je. Aku plan nak jerit je nombor telefon aku lepas tu terus lari. Malu la beb kalo nak bersembang tapi Parkinson menyerang. Mulut pun gigil. Dia makin dekat. Dekat sangat dah ni. Aku pejam mata. Ready nak kasi jerit. 1 2 3...

Aku buka mata. Kenapa senyap? Kenapa tiada suara say hi? Pakwe hensem dah hilang.

***

Aku pandang belakang air mata aku berguguran. Pakwe hensem tengah berkepit dengan makwe cun dan blah sambil gelak gelak syaitan kedengaran samar-samar. Ni yang aku malas prank prank jalanan ni. Runcit runcit pun aku boleh terkena? Tipah tertipu. Lain kali jangan pandang belakang.

Friday, July 10, 2009

sailormoon

1995, Kelas 1B

Cikgu Rubiah tak masuk kelas lagi. Inilah saat paling indah bagi murid-murid kelas 1B sebab boleh buka cerita pasal Sailormoon semula. Aku seperti biasa dengan geng Sailormoon rancak memilih gaya serangan terbaru menentang musuh. Tapi harini aku rasa lain macam. Feeling nak bergaya dah lari. Dari bahagian kiri kelas kelihatan si Apek dah mendengus kasar. Buku-buku conteng di atas meja habis semua dilemparkan ke sana sini. Aku syak ini mesti ada kaitan dengan si Jefriden kat belakang. Sekilas pandang aku lihat Jefriden dah mencicit menyorok bawah meja. Apek bangkit tangkas sambil mengangkat tegak kolar baju sekolah putih dia itu, berjalan dengan penuh amarah ke arah Jefriden. Tangan dah genggam jadi penumbuk yang kecil saja. Member-member lain buat tak ambil port. Sembang kuat gelak kuat pasal Sailormoon lagi best.

Dalam beberapa saat kemudian, kedengaran suara Jefriden mengaduh. "Aduh!" dan "Auuw!" dan juga "Ouchh!". Suara si Apek pula begitu lancar menuturkan carut carut darjah satu. Aku tengok si Jefriden dah terkulai tak berdaya. Si Apek masih laju menumbuk-numbuk perut dan pipi Jefriden tanpa belas kasihan.

Panas. Badan aku tiba-tiba rasa panas. Tangan kecil aku tiba-tiba membesar dan berketul-ketul menggenggam penumbuk dengan mantap. Sebelah lagi pegang tongkat sakti. Kaki aku menjadi panjang, aku membesar secara tiba-tiba. Ala-ala Hulk tetapi lebih bergaya dengan memakai pinafore. Aku yakin dan pasti bahawa aku telah diberi kuasa itu. Ya! Kuasa Sailormoon sudah menyerap dalam diri. Laju berlari ke belakang kelas, mendepakan tangan mengambil tempat di antara Apek dan Jefriden, seraya berkata,

"Dengan kuasa bulan, aku menghukum kau. Jangan pukul Jefriden lagi!"

Gedebushh!

Aku terduduk. Tangan dan kaki mengecil dengan laju. Balik ke bentuk asal. Tongkat sakti bertukar kepada pembaris 20sen. Ada tapak kasut di perut. Suara tak mampu dikeluarkan lagi. Senak. Nak bangun pun menggigil lutut. Butir-butir mutiara sudah bertakung di mata.

"Kau duduk diam-diam. Ini urusan budak lelaki macho saja. Kau tu perempuan. Jangan masuk campur!" Jerkah si Apek betul-betul depan muka aku. Aku boleh nampak anak tekak dia bergerak-gerak. Dalam hati aku berikrar takkan kawan dengan Apek sampai bila-bila. Tak nak kawan! Petang ni nak pergi rumah Cik Nor nak mengadu pasal anak dia terajang perut aku. Cik Nor selalu menangkan aku.

Cikgu Rubiah masuk kelas. Apek dan Jefriden sudah bersurai duduk tempat masing-masing. Cikgu Rubiah terus mengajar eja perkataan 'SAKIT'. S A K I T. Air mata aku berguguran. Cikgu Rubiah panik.

***

Balik rumah aku terus minta mak aku beli seluar biru gelap. Esok nak pakai seluar dengan kemeja pergi sekolah. Rambut minta potong pendek.

***

Sampai sekarang aku still contact dengan Apek. Bestfriend lagi tu. Jefriden pula buat-buat tak kenal haritu jumpa dekat bank. Dia mungkin dah lupa siapa itu Sailormoon Kelas 1B. Dan satu lagi, semua cikgu aku panggil Cikgu Rubiah masa darjah satu.

Wednesday, July 8, 2009

pakgad

Pakgad Hensem itu babai aku??!

Adakah ini mimpi atau ilusi atau hanya mainan minda atau prank edisi terbaru pakgad?

Tapi yang pastinya pakgad itu babai kat aku tadi. Bukan bayangan.

***

Sem 2 Tahun Pertama, 2008

Aku tengah menggelabah biawak sebab lambat untuk berbaris kat kolej KOSASS. Ada muster pula. Perjalanan naik kura-kura putih aku akan mengambil masa dalam 20minit untuk bergerak dari kolej K-17 ke kolej KOSASS. Aku amat pasti rakan-rakan seperjuangan aku tengah berada dalam keadaan push-up sementara menantikan kehadiran aku sambil beramai-ramai memaki seranah aku. Sorry la member, aku bukan sengaja lambat. Ada kelas tadi.

Nak ke kolej KOSASS kena menempuh pelbagai halangan dan dugaan. Terutama sekali pakgad gate area dekat stadium. Pakgad pakgad situ bukan calang-calang pakgad. Pakgad terbaik punya. Jangan sekali-kali sebut gaji buta depan mereka. Buat muka tak cukup sen pun jangan harap nak layan. Sekali kena tahan jangan harap nak lepas tanpa saman. Sampai saja kat gate, aku arahkan kura-kura slow down. Nak pecut tak boleh pula, ada tiga bonggol. Mau terbalik kura-kura ni. Pakgad aku tengok dari jauh dah ready pegang lampu kelip-kelip merah. Makin dekat makin laju pula kelipan lampu tu. Komfem kena punya. Aku pun berhenti sambil mengayuh pedal tingkap laju. Sistem stereo gempak aku kasi off terus. Riak muka automatik berubah mode sen-sen. Pakgad muda menghampiri. Hensem juga orangnya. Ok itu adalah ayat bodek.

Pakgad Hensem : Assalamualaikum. Student ke ni?

Aku : Waalaikumsalam. Ye saya student.

Pakgad Hensem : Student tahun berapa ni?

Aku : First year encik.

Pakgad Hensem : Awak tahu kan yang student tahun pertama tak dibenarkan bawa kenderaan.

Aku : Tahu encik.

Pakgad Hensem : Habistu kenapa bawa? Awak ada lesen? Kalau nak bawa kenderaan kena ada sticker.
Pelajar tahun akhir saja yang dibenarkan membawa kereta. Awak ni baru tahun pertama dah bawa kereta. Ini peraturan keselamatan universiti. Saya boleh saman awak ni.

Aku : Err. Sebenarnya encik, ini kereta makcik saya. Saya pinjam sebab saya dah terlambat nak ke KOSASS. Saya ada perbarisan. Saya memang tak berniat pun nak susahkan pihak encik. Tapi ni sebab saya ada hal penting. Kalau naik bas memang dah tak sempat ni. Saya minta maaf sangat-sangat. Kali ini saja saya masuk. Lepas ini saya tak buat lagi.

Pakgad Hensem: Oh,awak ada training ke? Bukan apa, saya hanya menjalankan tugas. Saya faham tapi lepas ini jangan buat lagi tau. Parking kereta awak ni kat tempat yang dibenarkan sahaja. Kalau saya jumpa park kat tepi-tepi jalan saya clamp. Ok. Bawa kereta elok-elok.

Aku : Terima kasih encik. Jasamu dikenang!

Dengan muka kasi up riban-riban sikit aku bergerak teruskan perjalanan. Ketawa aku simpan dalam hati. Nanti jumpa rakan-rakan seperjuangan baru la seronok bergelak. Kereta makcik jadahnya, makcik aku mana ada extra kereta nak sedekah kat aku pula. Oh lupa nak bagitahu, sebelum ni aku masuk gate guna identiti pelawat, siap isi borang pelawat. Alamat rumah No. 13, Bandar Baru Kajang. Ada ke? Rumah siapa-siapa aku hentam tulis. Aku yakin pakgad tak ambil port pun bab-bab alamat. Tapi hari ini aku dah lambat. Pakai uniform pula tu. Tak menarik langsung kalau nak menyamar jadi pelawat. Dialog aku dengan pakgad tu aku dah ringkaskan untuk menjimatkan tenaga mata anda semua. Janji aku lepas gate.

Sampai di KOSASS, aku tengok kosong je dataran. Mana rakan-rakan aku? Yang kelihatan adalah kelibat seorang Leftenan Muda yang gerenti ketar lutut kalau tengok muka dia. Aku saspek malam ni malam menarik. Memang habuan lumayan aku la malam tu, berguling la aku seorang kat dataran sampai muntah. Rakan-rakan seperjuangan hanya sengih melihat dari jauh. Leftenan Muda itu tersenyum puas dapat melaksanakan aktiviti menaji terbaik malam ni.

***

Sem 4 Tahun Kedua, 2009

Aku sebagai driver kura-kura tanpa sticker tegar meluncur dengan penuh bangga setiap kali tiba di gate-gate kolej. Semua pakgad dah cam muka aku. Tiada lagi lampu kelip-kelip merah menghantui perjalanan merentasi gate. Apa yang ada hanyalah green light. Ini memang indah bagi student seperti aku. Masuk kolej pukul 3pagi lepas lepak uptown pun tak kena tahan beb. Memang aku respek dengan dedikasi para pakgad kolej aku. Aku tahu mereka memberi kepercayaan mereka kepada aku. Akan aku jaga kepercayaan itu dengan baik. Tak mahu la buat benda-benda tak elok. Dress up ala sekretari. Berbaju kurung paling terbaik. Jangan sesekali bergaya ala minah rempit.Sekali tercalar reputasi aku, macam mana nak dapat green light lagi?

Satu hari yang indah, tiba-tiba ada call untuk berbaris. Dalam mode on-call, aku berlagak steady dalam kencang bersiap untuk ke KOSASS la mana lagi. Seperti biasa di gate aku buat muka berlagak macam biasa. Dah ready senyuman untuk pakgad beruniform saja. Yang pakai lekeh jangan harap. Sampai je di gate nak keluar dari kolej aku, aku baru perasan ade lampu kelip-kelip merah. Takkan kena tahan kot? Pakgad nak cari nahas ke ni? Dua orang pakgad menghampiri kura-kura putih. Kura-kura dah slow sikit bunyi, takut agaknya.

Pakgad 1 : Aku kenal budak ni!

Pakgad 2 : Aku tahu. Budak ni la ni. Betul la dia.

Aku (dalam hati) : Apa jadah pula ni? Aku tak kenal seorang pun. Eh, Pakgad Hensem! Aduh, jangan la kena lagi.

Baru aku teringat. Pakgad Hensem yang pernah tahan aku setahun lepas. Macam mana dia boleh ingat kat aku lagi? Punya lah ramai student kat sini, macam mana muka aku boleh kena tag?

Pakgad Hensem : Awak lagi. Saya pernah tahan awak kan? Mana sticker awak?

Aku : Err, saya tak apply sticker lagi. Lagipun saya pinjam je kereta ni. Saya nak pergi training ni tapi dah terlambat tu yang saya pinjam sekejap kereta. Lepas ni saya hantar balik kereta ini kepada makcik saya.

Pakgad Hensem : Haha. Dah berapa lama awak pinjam kereta ni? Hari-hari saya tengok kereta ni ada dalam kolej. Bila awak nak apply sticker ni? Kali ni betul-betul nak kena saman ni.

Aku : Encik saya dah terlambat ni, ada training. Boleh tak encik lepaskan saya. Saya janji tak bawa lagi kereta ni. Lepas ni saya terus pulangkan. Boleh la encik.

Pakgad Hensem : Ok saya lepaskan. Tapi ingat, kali ini saja. Saya bagi tempoh sebulan dari sekarang. Sebulan lepas ni saya cek kereta awak. Kalau tak ada sticker saya saman terus. Ok?

Aku : Baik encik! (sambil salute 1231!)

Parkinson aku dah berkurangan berbanding masa dengar perkataan saman dari mulut pakgad tu tadi. Sudah boleh tukar gear tak sangkut. Tadi sangkut 3 kali masa nak mula gerak, menggigil beb. Boleh pula kena tahan hari ini. Aku saspek ada unsur tidak puas hati dari pakgad tersebut. Maklumlah, aku baru je basuh kereta. Kilat bukan main. Aku akan ingat muka pakgad tu sampai bila-bila. Kalau jumpa kat jalan memang aku kasi race sama dia. Jangan main-main dengan kuasa kura-kura aku tu. Tapi jangan bagi bukit. Paling ekstrim pun 40 km/j je dapat.

Sampai je KOSASS aku kena guling. Immune sudah.

***

Sem 5 Tahun Ketiga, 2009

Aku dari KOSASS ada program berdialog dengan pegawai koordinasi baru. Jam dah menunjukkan pukul 11.26 pm. Seperti biasa kura-kura bergerak lancar sambil kadang-kadang tersedak bila langgar lopak. Aku berkira-kira nak tunjuk skill drift kat pakgad bila sampai kat gate kolej aku nanti. Baru la up sikit reputasi. Sampai je di gate, aku lihat sesusuk tubuh seorang yang amat dikenali. Oh demm! Pakgad Hensem! Angan-angan aku terkubur. Kura-kura terpaksa di slow kan. Aku amat pasti dan yakin aku dalam tahanan lagi malam ni.

***

Pakgad Hensem itu babai aku??!

Adakah ini mimpi atau ilusi atau hanya mainan minda atau prank edisi terbaru pakgad?

Tapi yang pastinya pakgad itu babai kat aku tadi. Bukan bayangan.

***

Esok aku nak pergi apply sticker cepat-cepat!

rindu

Baru balik Serdang 4 hari dah terasa rindu kat Tokei. Cis masa kat rumah panas punggung la sangat. Bosan la. Boring la. Jemu la.Siap ber'wrestling' lagi dengan Tokei. Sekarang padan muka dah rindu.

Sunday, July 5, 2009

kepulangan

4 Julai 2009

6.30 a.m.
Awal gile aku bangun harini. Semangat nak balik kolej membuak-buak di dada. Ok tu aku tipu je. Punya lah liat kaki nak bergerak ke bilik air. Tangan tak payah cakap. Barang-barang jangan harap la nak packing elok-elok. Semua campak je dalam kereta. Tak payah la beg-beg macam nak pergi naik kapal terbang. Plastik sampah hitam tu pun dah cukup bagus buat isi baju-baju. Selesai dengan baju, kura-kura putih (kereta) aku tu pula kene check. Nasib baik ayah dah tolong pergi hantar servis semalam. Nak harap kat aku, enjin pun aku tak tahu kat mana letaknya. Haritu ade bunyi pommm sikit aku dah menggelabah call kedai kereta. Padahal bunyi belon adik aku letak kat seat belakang meletop. Sengaja nak dajal kot. Sebelum balik kene singgah kat si Senah pula di sekolah SEMESTI. Bawa pusing-pusing Teluk Intan dua tiga round cukup lah. Kalau tak singgah nanti dia menangis lagi. Nak pujuk bukan senang. KFC atau McD kena dibawa menghadap. Tak apa aku sayang adik-adik aku.



9.30 a.m.
Baru nak check air kura-kura putih. Demm boleh pula tertidur. Pukul berapa nak sampai Serdang ni? Kelam kabut campak saki baki mee goreng ke dalam perut kura-kura putih, main minyak dua tiga pam, terus pecut. Woii! Tak salam mak ayah dulu ke? Aku buat drift macam biasa la kat depan surau. Patah balik salam peluk cium semua cekau duit 2-3sen masuk poket terus jalan. Senah dah call 48 kali suruh singgah. Dengan nak round Teluk Intan lagi dah habis berapa jam. Kura-kura putih aku kasi order suruh pecut paling laju. Memang terangkat juga lah bukan selalu kasi laju-laju ni. Dengan 68 km/j aku memecut hebat di jalan raya. Nasib baik trafik lancar.

10.30 a.m.
Sampai sekolah Senah. Ciss dia ada kelas pula. Boleh outing pukul 11. Ini bikin panas punggung. Aku dah main aci sep tiang seorang-seorang. Senah dah habis kelas aku terus pecut. Nasib baik makgad harini tak kejar. Selalunya kena kejar sebab tak hantar kad outing kat pondok dia. Harini betul-betul lancar. Terpesona sekejap. Pusing Teluk Intan seround je, beli ayam kat Giant, beli kopi kat OldTown, hantar Senah balik sekolah. Oh lupa nak bagitahu, kami ada beli roti Giant kat makgad atas budi baik dia harini.

2.00 p.m.
Ciss dah pukul 2 baru nak gerak,pukul berapa nak sampai Serdang? Karenah birokrasi kolej dah terbayang-bayang dalam kotak fikiran. Aku target sebelum pukul 5 mesti kena sampai kolej kalau tak mesti kena dengan makcik-makcik admin kolej nanti. Kura-kura putih aku pujuk suruh laju sikit lagi. Dapat la pecut dalam 70 km/j. Tu kira pencapaian terbaik kura-kura aku buat masa ni. Respek! Dua tiga kali melelong juga sebab mengantuk. Panas tak payah cakap. Air-cond memang out. Tak apa aku tetap sayang kat kura-kura putih aku ini.


Kura-kura Putih Kesayangan
(Gambar dua tahun lepas, tapi sekarang pun sama je. Habuk je bertambah banyak. Karat apatah lagi.)

4.45 p.m.
Sampai je terus drift masuk parking. Lari-lari anak pergi ofis kolej. Demm dah tutup. Mana mahu tidur malam ni? Aku nampak seorang makcik melenggang dari jauh. Operasi dimulakan.

"Makcik,tolong saya makcik. Tolong la saya. Saya tiada tempat untuk beradu malam ni. Macam mana ni makcik. Boleh la bagi saya daftar. Saya seorang saja ni. Makcik tolong la saya." Agak dramatik juga la aku berlakon. Ok boleh masuk audition Anak Wayang.

"Yang kamu balik lambat siapa suruh? Padan muka ofis dah tutup. Datang esok je la. Dah la tu saya dah penat. Cukup la pendaftaran hari ini sampai sini saja. See you tomorrow!" Ciss dia boleh speaking pula. Ini tak boleh jadi. Aku taknak tidur kat koridor raya.

"Makcik tolong la saya. Mak bapak saya hantar saya dengan penuh harapan agar saya jadi anak bangsa berguna. Dengan penginapan kolej yang bagus,pelajaran saya tidak terganggu. Boleh la saya berjuang membangunkan bangsa dan negara. Kalau result saya jatuh, makcik tak rasa bersalah ke? Konsentrasi saya agak terganggu dengan tak ada tidur dan rehat yang mencukupi. Saya tak mahu makcik berasa guilty di masa hadapan. Makcik tolong la saya. Dengan pertolongan makcik, sebenarnya makcik juga telah menyumbang ke arah pembangunan anak bangsa dan negara makcik sendri tau. Boleh la makcik bagi kunci bilik saya ye?" Penat juga berlakon. Patut la artis-artis demand. Baru aku tahu betapa susahnya menjadi seorang pelakon yang penuh penghayatan.

"Ambil lah ni. Malas nak melayan kamu ni." Bersinar-sinar cahaya dari muka makcik tu aku tengok. Dia ikhlas la tu. Yang penting aku dapat kunci bilik. Yess!!

6.30 p.m.
Buka pintu bilik debuuummm tido terus atas katil. Tak kira la habuk ke apa. Mata dah tak larat nak buka. Tiba-tiba telefon nada dering polifonik bergetar dan berbunyi dengan nyaring. Oh man! Terlupa bekalan untuk Aunty Yana. Goreng pisang dan ubi getuk. Orang mengandung memang teringin macam-macam. Goreng pisang dari Perak pun boleh order sampai ke Nilai. Tak apa aku tetap sayang aunty aku.

9.00 p.m.
Balik dari Kajang makan sate dengan aunty and uncle. Tiba-tiba mata jadi fresh. Baru teringat, aku seorang je kat dalam rumah ni. Yang lain smua balik esok. Demm. Cari penyapu letak sebelah katil baru rasa selamat sikit kot. Tiba-tiba aku rasa macam kat dalam dunia lain. Oh dah mimpi la tu.

***

Lega sebenarnya dapat balik kolej. Banyak sangat buat konflek kat rumah. Tak apa aku tetap sayang ibu dan ayah aku.

Wednesday, July 1, 2009

27 oktober 2008

Cuba anda semua semak semula kalendar anda untuk tarikh di atas.

Tarikh ini merupakan satu tarikh keramat dan memberi makna yang amat mendalam pada diri aku. Tarikh ini juga telah menduga tahap kesabaran dan keimanan aku. Tarikh puaka ini jugalah yang menguji tahap ketahanan mental dan fizikal apatah lagi spiritual aku. Tarikh tersebut juga membuatkan kusyen kereta aku koyak untuk kali yang pertama. Tarikh itu juga yang membuatkan aku menyedari siapa diri aku sebenarnya. Apa banyak tarikh daa..

27 Oktober 2008. Aku genap hidup di dunia ni 20 tahun. Buat dosa saja 19 tahun setengah.

***

Pagi-pagi aku bangun dengan penuh semangat. Dalam kepala dah start kira-kira hadiah dah. Aku tau housemates aku ingat punya. Mereka selalu buat-buat tak tahu sampai la dah nak dekat malam baru nak wish dan bagi hadiah. Rasa teruja memang tak bolah nak cakap dah. Tapi aku stay cool. Apa barang nk gelabah tak tentu pasal. Rilek sudah. Aku bagi senyuman paling manis kepada orang pertama yang aku lihat. Ada kat dalam cermin tu. Housemates aku tidur lagi. Biasalah hari Isnin. Hari-hari biasa memang mereka bangun pukul 10. Kalau hujung minggu mereka bangun awal. Mandi wangi-wangi dress up lawa-lawa pergi dating la apa lagi.

Aku siap mandi wangi-wangi dress up ala komunis dan bersedia untuk pergi ke kelas. Tapi pelik kenapa housemates aku tak bangun-bangun lagi. Woi kelas pukul 8 la harini! Aku jerit dalam hati. Aku pergi kat bilik member, ketuk dua tiga harakat terus masuk. Oopss. Nasib baik tidur pakai baju. Aku kejutkan seorang-seorang. Masing-masing buat liat. Gedeganggg!! Aku sepak katil pakai spike boot aku, baru nak terhegeh-hegeh bangkit tenyeh mata.

"Woi, kau apehal?" Zira dengan air liur basi penuh kat pipi terus sound aku.

"Bangunlah sayang. Kelas harini pukul 8. Sekarang dah pukul 8.26 dah." Aku berlembut untuk memujuk hamba-hamba Allah ini bangun. Aku kena berlembut ini hari untuk memastikan hadiah aku cukup bila aku kira nanti.

"Tipah, hari ini kan cuti sayang. Lupa ke?" Kaka yang masih berbungkus kemas dalam selimutnya itu bijak menyusun ayat.

Aku start berlari-lari sambil mengundur masuk ke bilik aku. Kotak tak ada pula nak buat tutup muka. Cepat-cepat tukar baju ala drakula untuk sambung tidur balik. Cilakak macam mana aku tak tahu hari ini cuti?

Tiba-tiba dari luar bilik aku dengar kecoh-kecoh. Apahal pula ni? Aku dengar orang berbisik-bisik. Kejap-kejap gelak. Kejap-kejap bisik lagi. Lepas tu gelak. Kali ini aku dengar makin ramai yang join kelab gelak tu. Aku dengar semua suara housemates aku. Aku bermimpi kot. Layan saja la.

Gedegannggg!!

Kurangasam punye member! Mereka terajang pintu bilik aku sambil gelak-gelak. Memang nak kena sembelih seorang-seorang. Tak ada manner betul.

"Woi Tipah bangun! Bangun!"

Cilakak! Menggigil satu badan aku terkejut. Aku memang hangin kalau bab-bab terkejut ni. Parkinson cepat je menyerang. Aku kalut betulkan rambut dan pakaian agar tampak segak.

"Kau apehal??!" Aku sound direct kat semua. Sunyi sebentar. Tadi siapa suruh buat kat aku. Kan dah kena balik. Puas hati.

"Woi cepatlah dress up baik punya. Harini hari besar. Ramai orang nak celebrate untuk kau ni. Cepat lah siap!" Kaka memberi arahan. Entah kenapa aku ikut saja. Suka pun ada. Mereka nak buat surprise kat aku. Teruja betul!

Selesai dress up baik punya aku pun tunggu la kat ruang tamu. Aku tengok member-member aku semua rilek pakai pijama lagi. Kaka datang kat aku.

"Tipah, kenapa tak pakai sari?" Apa dajal minah ni suruh aku pakai sari?

"Woi harini Deepavali la. Cepat siap pergi kuil sana. Ramai geng kau dah tunggu nak sambut kau tu. Kalung bunga bukan satu. Dah berlori aku tengok dari semalam mereka angkut. Warghkakakakakakakakkakakakaakakakah!!!" Zira si kecik bersuara di ikuti gelak syaitan satu rumah.

"Aku rasa mak kau tertukar anak la masa kat hospital beranakkan kau. Dia terambil anak meenachi mana wey? Kahkahkah!" Lagi satu gelak syaitan berkumandang.

"Tarikh cantik la harini. Memang sesuai untuk birthday kau. Congrats!" Macam celaka.

SMS kat telefon dah banyak masuk. Bloodyhell! Semua wish "Happy Deepavali" sambil letak smiley kat hujung.

***

Demmit!! Satu hadiah je aku dapat. Kalung bunga melur. Air mata menitis selari dengan titisan embun pagi kat cermin kereta. Aku tetap sayang kawan-kawan aku.


(Sorry kawan-kawan. Banyak word kasar entry ni. Have a nice day!)

Monday, June 29, 2009

relax

Aku bangun awal pagi hari ini luar dari kebiasaan. Aku betul-betul bersemangat nak bekerja hari ini. Biasalah hari Isnin, hari paling aku bersemangat lepas dua hari minggu yang amat relax melepak di rumah sambil menggoyang-goyang ibu jari kaki tidak membuat apa-apa. Bosan sebenarnya kalau tak buat apa-apa. Rasa panas punggung.

Aku bangun pagi ini dengan senyuman. Setelah siap apa yang patut,dress up baik punya ala-ala pegawai daerah, dengan langkah segak mendepangkan dada aku menuju pantas ke dapur untuk urusan menyiapkan bahan-bahan mentah. Aku rasa hari ini lain macam sikit lah. Dapur sunyi je. Kelibat Tokei tak kelihatan. Selalunya pagi-pagi Tokei dah kung kang kung kang kat dapur. Yang kedengaran adalah bunyi mesin jahit kesayangan Tokei.

Dalam hati aku dah berbunga. Tokei bagi aku relax harini. Dia nampak kesungguhan aku la tu tiap-tiap hari Isnin. Cubaan aku membodek telah menampakkan hasil. Mesti Tokei dah siapkan semua, apa yang perlu aku buat hanyalah kelam kabut kat gerai je nanti. Wah, hari Isnin yang indah!

Aku menjenguk Tokei kat stor jahitan. Sengih. Tokei sengih balik. Malu-malu aku bertanya,

"Ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu Tokei?" Aku tak sabar nak dengar Tokei suruh relax.

"Pi sidai baju,basuh pinggan,lipat baju yang berlungguk tu,sapu kat depan pastu basuh kereta sekali." Laksana pakcik polis Tokei memberi arahan.

"Habistu pisang siapa nak belah ni?" Aku terpaksa bertanya untuk memastikan tanggungjawab yang jawatan aku galas ni tidah diperkotak-katikkan nanti.

"Hari ini tak meniaga la sayang."

***

Sudah semestinya aku takkan dapat komisyen hari ini apatah lagi gaji. Relax.. (punggungku panas lagi)

Sunday, June 28, 2009

award..?thanks!


Terima Kasih Daun Pandan To : RobinHood Sebab Bagi Award Nie Kat Syalala!

Setiap blogger mesti menyatakan 10 "AUTA" diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya :

1. aku tak sabar-sabar nak balik kolej next week

2. aku lebih suka orang hipokrit dari orang yang jujur

3. aku selalu mengharap komisyen dari Tokei.setiap hari aku pastikan aku akan bodek baik punya

4. ada orang cakap muka aku macam Elyana tapi versi kegelapan dan aku amat bersetuju (haktuih!)

5. aku memang layan habis la konsert-konsert realiti melayu kat tv tuh. siap dress up baik punya sambil pegang sepanduk

6. aku rajin memasak, kemas rumah, lipat baju

7. aku teramat suka bila keluar dengan member-member tapi semua aku support (minyak kereta aku,makan aku belanje,tiket wayang aku bayar,jajan pun aku belikan)

8. aku suka sangat berkawan dengan backstabbers! demn suka gila!

9. aku memang berani buat kenyataan-kenyataan panas kat kawan-kawan aku. tak takut kene pukul pun

10. aku paling suka sekali bila aku jadi mangsa prank. memang heaven!

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

1. nada
2. quistina
3. sapik
4. siapa-siapa saja.aku hadiahkan untuk semua!

tu je la kot.aku tak ramai kawan.hahah siapa-siapa lagi mahu award ni boleh claim dari aku ye. banyak lagi auta nak tulis tapi boleh tangkap muat 10 je nak buat macam mana. haha have a nice day!

Wednesday, June 24, 2009

lengkong ke cincau?

Aku tengah kelam-kabut. Dress up dah cincai habis. Tudung dah senget benget. Aku baru perasan selipar aku sebelah kaler lain masa dalam kereta. Aku terus buat drift kat depan surau kampung aku sambil terdengar bunyi sreeeetttt kat bonggol tu. Melambung aku. Kepala cecah bumbung. Aku syak bawah kereta aku dah macam tapak selipar adik aku ni. Aku sempat menjeling kat Pak Imam kat surau tu, dia terkumat-kamit jampi apa tak tahu la sambil urut dada. Nanti raya aku pergi minta maaf.

Tadi Tokei call cakap dengan dialog yang agak menyentap jiwa tapi di'translate'kan dengan ayat yang lebih mudah difahami macam ni la,

"Hang nak datang pukul berapa ni? Aku tengah kalut macam lipas hilang anak, hang boleh pula buat datang lambat-lambat? Gaji potong! Nanti singgah beli cincau satu bungkus. Jangan lupa tu!" Pap terus dia letak. Tak sempat aku nak bagi salam. Nak tergelak pun ada, boleh pula dia buat lawak peribahasa.

Sampai kat kedai runcit sebelah Kedai Pak Man Kudung, aku terus tarik handbreak. Perghh bunyi mengancam siut. Sreeeeeeeeeetttttttttt. Kali ni panjang lagi. Aku terus masuk dengan terkocoh-kecah sambil mengorder dari jauh.

"Bagi cincau satu!"

"Cincau tak ada. Dah pi balik la."

Oh man! Kat mana lagi aku nak cari cincau ni. Jam dah pukul berapa. Kat gerai nanti aku pasti kena kaw-kaw punya dengan Tokei. Nak menggigil pun ada. Kedai lain ambil masa 8 minit. 8minit beb. Time is money!

"Cincau tak ada. Lengkong ada la. Nak satu ke?" Pak Sood bersuara tiba-tiba diiringi gelak hinggut-hinggut.

Aku patah balik pergi ke kereta. Buka semua laci yang ada. Cari bawah tikar getah lapik kaki, kotak kecil macam ashtray kat pintu, kat dalam kereta hot wheels 4 biji kat atas dashboard. Semua aku kutip. Satu pun aku tak tinggal.

Pelepaaanngg! Aku baling duit syiling sepuluh sen penuh, ada la dalam seringgit setengah kat meja Pak Sood. Nak mencarut tak baik pulak Pak Sood dah tua. Lagipun aku tau dia nak bergurau. Apa yang mampu aku cakap,

"WTF!!" Tapi dalam hati je la. Aku start kereta, main-main minyak sikit bagi berasap satu kedai pastu pecut. Tapi pelik kenapa slow je.

Dem! Aku tak turunkan handbreak!

Sepanjang perjalanan semua orang pandang-pandang aku. Lagi-lagi kat trafik light. Peduli apa aku. Kusyen seat co-pilot dah hancur aku cakar. Stereng dah agak bengkok. Aku pun tau bengang jugak.

***

Sampai kat gerai Tokei diam je tak berani cakap sepatah lepas tengok kereta aku jadi macam tu. Siap hulur air kelapa segelas. Nasib baik ada Tokei yang berjiwa memahami.

taktik

Hari ini aku pergi ke gerai dengan semangat berkobar-kobar. Kenapa tak tahu la dari pagi tadi lagi rase macam berdebar-debar je. Tak senang duduk. Kerja-kerja prepare barang kat rumah laju je aku siapkan. Tapak tangan rasa gatal-gatal je. Tokei cakap kalau gatal tapak tangan, nak dapat banyak duit tuh. Lagi bersemangat aku dengar kata-kata Tokei tu.

Sampai je di gerai semua benda aku setel laju-laju. Tokei pun macam impress je tengok ketangkasan dan keazaman aku.

"Eh, PTI!" Kuat jugak aku cakap. Aku buat-buat terkejut. PTI stands for Physical Training Instructor tak silap aku.

"Kau ni siapa?" PTI buat-buat muka hairan. Eh PTI ni, jangan la sabotaj aku pula hari ni.

"Ala PTI ni, takkan tak ingat kat saya ni? Saya haritu training kt KDSI. PTI la yang bagi exercise cangkung lejang tanpa henti-henti tu. Macam nak mati rasanya. Nasib baik ada lagi ni. PTI beli la banyak sikit pisang goreng ni."

Ayat akhir tu aku tekan sikit. Pitching baik punya. Bersungguh-sungguh aku cuba mengembalikan memori PTI. Yes! Aku amat pasti tanpa was-was lagi aku bakal merasa komisyen lebih dari Tokei kali ni. Senyuman aku teramat lebar.

"Alamak, saya tak perasan la kat kamu. Ramai sangat PALAPES datang training haritu. Saya kerja bagi je exercise sampai ada sorang dua yang tumbang.Haha seronok betul! Mana la saya nak ingat muka sorang-sorang." PTI gelak jahat.

PTI hulur not RM2 kat Tokei. RM2 je?

***

Ciss..tak menjadi pulak taktik aku harini. Tak apa, esok aku pasang strategi baru. Tokei senyum lebar.