Tuesday, August 31, 2010

sweet!

Aku pergi ke Mines seorang diri hari ini. Sekali lagi. Semata-mata mahu makan Subway. Yup, I've been craving it for the whole day. Budak-budak rumah offer nasi, aku tolak mentah-mentah. Ya, aku kan orang Mencester. I'm sorry guys!

With a plain black t-shirt and a pair of seasoned jeans and of course the gray shawl, I drove to the Mines with Scott. Scott tak pernah hampakan aku, buat masa ini lah. Aku baru bercerita dengan Kak Lilin tentang makan berseorangan. Yeah, I admit it. It is so pathetic to eat out alone. Tapi kenapa hari ini aku rasa aku mahu berseorangan.

Seorang diri naik lif. Seorang diri beratur. Seorang diri duduk. Seorang diri makan. But for today, I don't feel like pathetic. Sebelum makan, aku telefon adik aku. Dua belah tangan pegang sandwich. Kepala lentok tekap telefon. Gelak-gelak. Pelepuk! Telefon jatuh. Gelak kuat! Orang sekeliling semua pandang. Aku senyum.

Usai bersembang, aku perhatikan orang. Nasib baik dapat meja cantik. Wide view. Macam-macam orang. Macam-macam ragam. Thanks for making me laugh watching you guys. Ada yang muka kelakar. Ada tiga orang lesbian. Salah seorang tu asyik pandang aku. Aku rasa lah. Ada mat mat arab. Sekali lalu meniggalkan bau yang boleh buat aku berhenti makan. Ada pasangan-pasangan romantis. Ada pasangan-pasangan tak berapa romantis. Ada pasangan yang lelaki lagi rendah dari teman wanitanya. Ada ibu bapa bersama anak kecil yang teruja melihat bot-bot Mines Cruise.

Semua itu membuat aku tergelak. Kecuali yang satu ini. Seorang bapa muda yang membawa dua orang anak perempuan yang kecil-kecil lagi. Tak ada kerja, aku ikut mereka dari belakang.


Sweet!

Sunday, August 29, 2010

master pedas

Gua mulakan dengan Bismillah. Kali pertama, okay lagi. Kali kedua, lidah mula rasa panas. Kali ketiga, peluh jantan betina mula menitik membasahi baju SindiketSoljah gua. Kali keempat, air hidung air mata semua berjejehan keluar. Kali yang seterusnya, pandai-pandai agak la apa yang jadi.

Berbuka puasa hari ini memang terbaik la. Makan masakan orang Jawa ni kena bersabar sikit. Dia punya pedas lain macam punya kick. Gua balun air kelapa muda nak dekat satu jug jugalah tadi. Berani pulak tangan gua capai sambal belacan dia. Saja nak try test tengok sejauh mana level gua. Perghh berdesup gua togok ais.

Apa yang gua nak cakap sebenarnya, gua rasa gua dah master makan benda pedas pedas ni. Tak macam dulu. KFC pun makan yang original flavor je. Kehkehkeh.

Terima kasih Kak Lilin bawak gua makan free. Okay gua akhiri dengan Alhamdulillah.

Friday, August 20, 2010

music of my life

Aku sakit bila Ibu sakit.
Aku sakit bila Ayah sakit.
Aku sakit bila Ain sakit.
Aku sakit bila adik-adik sakit.
Aku sakit bila TokJah sakit.
Aku sakit bila kawan baik, kawan sangat-sangat baik sakit.




Tolong jangan sakit. Aku tak suka kamu sakit. Aku mahu muzik yang ceria setiap hari. Boleh?

Wednesday, August 18, 2010

balik Mencester

Minggu ni gua plan baek punya nak balik Mencester. Gua rasa macam nak revenge pasal minggu lepas gua tak dapat balik. Adik gua punya gurau kasar jugak minggu lepas time dia balik Mencester. Siap esemes bagitahu semua jenis lauk pauk nak berbuka. Sahur pun sama. Tak ke menangis gua berbuka seorang kat perantauan ni.

Gua punya semangat nak balik memang melampau kali ini. Kain baju semua dah siap masuk beg hari Isnin lagi. Gua punya schedule untuk aktiviti kat rumah semua dah siap draft elok-elok dalam buku nota kecil. Otak gua dah tune feeling balik kampung. Radio Scott gua dah pasang frekuensi radio radio Melayu. Nak dengar lagu raya stail macam kat pasar raya sekarang ni.

Dari minggu lepas gua dok call Ibu gua hari-hari bagitau yang gua nak balik Mencester minggu ni. Ibu gua sampai dah hafal skrip gua. Gua siap buat list-to-do yang sangat sangat rare bagi seorang gua. Punyalah semangat nak balik macam esok nak raya sangat dah.

Ni baru sikit. Belambak lagi gua tak list down. Macam tak balik setahun!


Gua cadang nak buat dokumentari perjalanan gua sepanjang nak balik Mencester ni. Lepas tu tambah lagi dengan aktiviti aktiviti menarik sepanjang gua di sana. Nak buat ala-ala blog HapaCrita. Macam syiok je dia buat. Gua teringin jugak. Kehkehkeh.

Lagi satu, doakan gua selamat sampai dan selamat kembali. Minggu depan gua nak balik lagi. Weehoooo!


***

Celah mana dapat nama Mencester? Lu orang bacalah blog Nado.

kamera muncung

Ok. Harini betul-betul buat aku sedih. Memang kalau sekali kena bidas dengan ibu memang tak boleh cakap apa dah. Duk sengap ja la tepi pintu.

Mukadimah aku memang tak berapa nak kaw. Aku dah plan lama sudah nak beli kamera muncung tuh. Sejak 2-3 tahun lepas lagi aku dah pandai pasang angan angan ni. Dua tahun lepas, masa aku sedang asyik mengemas rumah, aku terjumpa kamera muncung ayah aku yang terlalu rare modelnya. Aku punya eksaited jangan cakap, aku dok galas kamera tu ke hulu ke hilir buat macam curi curi ambil gambar orang. Ada seorang budak sekolah sedang tunggu bas kelihatan tersenyum-senyum ketika aku menghalakan muncung kamera ke arah dia. Klik. Aku tekan. Kasihan budak sekolah itu. Dan ramai lagi. Setiap customer yang datang gerai aku snap. Kasihan juga. Ada yang cuba untuk mengelak. Ada yang tersenyum simpul. Kasihan meraka. Semua terpedaya. Kamera itu memang tidak boleh berfungsi. Kasihan aku (sebenarnya).

Sejak hari itu, hari hari terdengar rengekan 'nak kamera' 'nak kamera' dari aku. Ibu macam biasa, sudah ready dengan jawapan dia. "Nanti nanti la akak." Tapi aku tatap merengek juga. Cuma kadang-kadang sengap sat sebab nak kat benda lain pulak.

Yang buat aku dok pikiaq balik pasai kamera ni bila budak kelas aku beli kamera hat stail muncung jugak. Perghh nak mengangis aku tengok aksi aksi dia dok shot sana sini. Lepas itu, Nado pulak bawak kamera muncung ayah dia punya. Menggigil kot aku nak pegang kamera tu. Lepas pada tu, aku start la ikat perut. Tahan nafsu shopping. Konon-konon nak kumpui duit la. Orang ajak pi sana sini semua aku ignore.

Tapi pagi ni betui betui buat aku sedih la. Aku call ibu nak tanya pasal surat. Alasan je tu. Lepas tu terus memulakan rengekan 'nak kamera' 'nak kamera'. Ibu cakap;

"Ibu dah tau. Ain dah habaq kat ibu pasai akak nak beli kamera tu. Dah tak dan dan sangat dah. Nanti-nanti la akak. Nanti ibu tanya ayah dulu. Simpan la dulu duit tu."

Ibu kata nanti lepas raya lah tengok balik kamera. Aku fikir kalau lepas raya mesti duit dah takdak. Takpa la..

Plan nak pergi usha kamera harini macam nak terbatal je. Tapi NizamSani suggest kedai kat aku. Rasa macam nak pi tengok la pulak. Kehkehkeh.

Ok. Sekali lagi aku bersedih la sekejap. Esok ok balik.


Friday, August 6, 2010

keep laughing

I always laugh to someone else’s weaknesses.


I laugh when I see someone fell down. I laugh when I see people dressed up funnily. I laugh when they make faces. I laugh when people posted something stupid on facebook, cursing their exes for example. I laugh when I see someone else being scolded. I laugh when people say they are afraid of ghosts. I laugh when people try to do stupid things, watching stupid movies for instant. I laugh when people cursing and regretting their past. I laugh when they do stupid little things for their partners. I laugh when I see people being plain stupid when deeply in love. I laugh when I see people crying for a Japanese or Korean ‘mellowdrama’. I laugh when people cursing and get angry when stuck in the traffic jam. I laugh when people just get angry with no reason. I laugh when they get tongue twisted. I laugh when people are trying so hard to be the centre of attraction.


Why I laugh so much?


Because I’ve been on those situations before. Trust me. Ha-ha.