Thursday, September 30, 2010

marah ke?

Tolong jangan tegur aku ketika kau sedang marah.






Paranawei mahu? Kahkahkah!

Wednesday, September 29, 2010

sarcasm is killing me

"Did you ever know how annoying you are whenever you make me look so stupid."

Tuesday, September 28, 2010

a piece of thought

Dunia ini sendiri mengandungi pelbagai jenis, bentuk, gaya dan ragam manusia.

Ada orang kurang bersyukur. Bukan tak bersyukur, tapi jarang bersyukur. Sentiasa rasa tidak cukup dengan apa yang mereka ada. Semakin banyak mereka dapat, semakin tak cukup mereka rasa. Elemen tamak suntikan syaitan ini biasa menghantui siapa-siapa juga. Sebagai contoh, lepas parents bagi kereta, handphone pun nak tukar baru juga. Iphone atau Blackberry saja yang ada dalam list. Tengok orang lain pakai DSLR Camera, kita pun nak juga. Lepas tu mula nak create hobby macam orang kaya kaya. Nak kena beli full set gear pula nak main. Lepas tu, macam macam lagi. Ada yang bekerja gaji sampai cecah 50ribu sebulan masih cakap tak cukup. Nak bayar itu, nak bayar ini, nak simpan pun tak dapat. Takkan cukup.

Ada juga orang yang terlalu cepat menilai orang lain. Tanggapan-tanggapan tipikal memang selalu berlegar-legar di ruang diskusi mereka. Sebagai contoh, manusia yang berupa paras cantik, jelita, comel, handsome, manis, seringkali dikatakan baik, sopan, pemalu dan juga peramah. Dipuji sehingga melambung. Sebaliknya kepada golongan yang tak berapa cantik, tak berapa jelita, tak berapa comel, tak berapa handsome, tak berapa manis pula pelbagai andaian jahat dan nakal dilemparkan. Tak ada rupa, sombong, jahat, penyeluk saku, gengster kawasan dan pelbagai kutukan lain. Yang tak bersalah, disalahkan.

Ada orang yang cepat mengeluh. Suka mengeluh. Suka? Yes! Suka mengeluh. Tak ada benda yang sempurna di mata mereka. Hidup tak sempurna, katanya. Selalu mengeluh tentang benda yang tak ada. Yang ada di depan mata, tak nak pula hargai. Selalu mengeluh tentang zaman lampaunya. Kalau nak berborak, tak ada point lain melainkan kenangan-kenangan lepas yang menyedihkan. Kalau bercerita tentang kegembiraan tak apa juga. Kemudian mula menyalahkan individu lain. Kemudian mula memaki-maki individu lain. Emosi mula memenuhi atmosfera. Dude, yang dah lepas tu, lepas la. Move on okay?

Ada juga orang yang kuat semangat. Kuat. Mereka ini tak mudah mengalah. Kalau jatuh, cepat mereka bangun. Mungkin ada darah pahlawan dahulu kala yang mengalir dalam badan, mungkin juga sifat yang dipupuk diri sendiri yang dipengaruhi oleh alam sekeliling. Mereka akan membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Rajin. Walau dalam keadaan genting sekalipun, mereka takkan menyerah kalah. Mereka juga membantu manusia sekeliling untuk bangun sekali. Aura positif mengelilingi hidup mereka. Mereka merupakan juara dalam hidup mereka. Aku perlukan golongan ini ramai dalam hidup aku. Kerana aku tak kuat.


Dunia ini sendiri mengandungi pelbagai jenis, bentuk, gaya dan ragam manusia.

Kita mempunyai kuasa untuk memilih menjadi golongan yang mana. Banyak lagi golongan-golongan di luar sana. Terlalu banyak. Aku hanya menzahirkan secebis pandangan akalku. Tiada niat mempersendakan atau menyakiti jiwa sesiapa. Hanya pesanan buat diri sendiri.









Why so serious? Kah kah kah!

Monday, September 27, 2010

dia datang lagi

Padan muka siapa suruh sendiri galok nak pakai sweater pergi ke kelas bila matahari tengah perform baik punya. Lepas tu boleh pula main lari lari kesana sini. Hambek kau! Kan dia dah datang balik.

Ah badan ni pun satu. Nak berpeluh sikit pun tak boleh. Mengada betul. Patut la gemuk je heh!

Tak larat nak tahan gatal la woi! Kalau sikit sikit boleh tahan lagi. Ini sampai seluruh badan berbintat apa cerita ni?


***


Cek dapat mana ntah link ini. Tapi nak share kot kot la hangpa pun ada problem macam cek. Klik je la apa susah.

Friday, September 17, 2010

sideburn


Gua kurius betul pasal satu benda. Kucar kacir juga fikir apa benda namanya tu. Adik beradik semua perempuan membuatkan gua naif dalam hal hal lelaki ni. Gua tak tahu banyak benda, banyak istilah. Banyak perkara yang terlalu asing bagi diri naif ini.

Tapi ada satu benda yang buat gua betul betul tak tentu arah. Gua nak tahu juga apa namanya. Gua try tanya mak gua. Macam-macam style dah gua buat. Gua tanya lagi dan lagi dan lagi.


Akhirnya setelah berpuluh kali mencuba, mak gua dapat juga pembayang kata.

"Owh, yang itu namanya SIDEBURN!"


saedben
***


Gua dah cakap gua duduk Mencester. Mak gua memang biasa cakap loghat sana.




Gua nak tanya Bahasa Melayu dia apa. Bauk la bauk! Kehkehkeh,

Thursday, September 16, 2010

prebet jamilah

"Apa apa pun, awak boleh kawan dengan saya tapi tolong jangan jatuh cinta dengan saya. Okay?"



Kahkahkah best pula quote ni. Bertambah koleksi quote gua.

Tuesday, September 14, 2010

think positive

Harini punya tune agak lari sikit. Gua dari semalam tak berapa sedap hati. Pagi-pagi gua bangkit tidoq nak pergi mandi tengok-tengok air pula tak ada. Gua rebelkan diri sambung tidur ayam kat ruang tamu sambil mata sebelah buka tengok tivi.

Pukul 12 mak gua suruh pergi kedai beli spegeti. Kata Mencester, spegeti memang makanan ruji. Gua kucar kacir cari bilik air yang ada air. Nasib baik bilik air kat master bedroom boleh pakai. Gua mandi sapu deoderant pakai contact lense terus cabut dengan Scott. Muka memang chor habis la. Kata mood lari tune!

Sedang gua emo mencari barang barang, tiba-tiba gua terpandang selonggok baju murahan. Gua semacam kena pukau, laju tangan gua capai satu baju. Gua tersenyum. Baju ini betul betul buat mood gua mari! Gua terus hempas kat kaunter sambil keluar duit seringgit seringgit enam keping. Duit raya sedara gua kasi. Cekidaut!


Amacam? Think positive la beb! Kahkahkah!

favourite quote

"Everyone is running away from me. Perhaps, I shouldn't let them come closer earlier."




Hidup ini banyak gurauan.
Kadang-kadang kita hanya perlu berdiam diri.Patungkan diri. Walaupun banyak perkara perlu dijelaskan.
Kadang-kadang kita hanya perlu tersenyum. Meriahkan diri. Walaupun dalam hati menangis kesakitan.




Pehh, susah jugak ye jadi patung jadi robot ni ye?

Wednesday, September 8, 2010

white kebaya

Raya punya feel dah sampai. Sebelum ni gua rasa macam tak ada nak sambut apa-apa pun. Dengan baju raya tau tahu status, kasut raya tak ada, tudung raya pakai tahun lepas punya dan macam-macam lagi. Hanya kamera raya pengubat jiwa. Gua cadang pagi raya gua nak duduk dalam bilik rumah TokJah gua tangkap gambar labah-labah kat dinding.


Tapi petang tadi ibu gua ajak pergi cari baju raya. Dapat sepasang, gua terus meloncat! Dia punya eksaited jangan cakap. Gua pun tak tau kenapa lain macam punya seronok dapat baju raya. Ibu gua offer kasut raya pula. Gua dengan merendah dirinya menolak tawaran ibu. Gua cakap gua pakai kasut tahun lepas sudah. Gua tahu, ibu gua terharu.


Plan nak tangkap gambar labah-labah gua dah tukar. Gua cadang gua taknak pegang pun kamera. Nanti gambar gua tak ada. Baik gua bagi adik gua. Dia tengah berkobar-kobar tu. Kehkehkeh.


***

Gua jarang ada kebaya. Tak pandai. Selalunya tipikal baju kurung saja.

Tuesday, September 7, 2010

sakit kepala

Dia punya sakit, memang tak ingat! Sekali datang, aku terpaksa telan chemicals pembunuh sakit itu. Literally. Aku bukan takut makan ubat. Aku tak suka bila fikir aku tak kuat nak lawan sakit tu sendiri. Ubat sebagai alasan.


Tapi kepala aku tengah sakit gila ni woi! Macam mana cerita ni?