Wednesday, October 7, 2009

sorytory

Pagi pagi aku dah gegar rumah depan mencari bahan untuk santapan mata. Oh lupa nak bagitahu, mataku tercedera pagi ini. So tak dapat la nak pergi ke kelas (alasan ini adalah rekaan semata-mata, tiada perkaitan antara yang hidup mahupun mati)

Aku dengan gaya ala-ala along (aku anak sulung pun) dengan begitu bengis dan garang terus minta bahan santapan mata. Tentulah daripada supplier tetap, Nazira. Nazira ni kadang-kadang boleh jadi The Nazi ikut keadaan. Nampak saja lembut. Cogan kata faveret beliau adalah "Kalau berani cubalah!". Oh lupa nak pesan. Jangan sesekali sebut pasal gigi depan setiap kali berjumpa dengan beliau ok. Nanti The Nazi akan muncul secara drastik.

Nazira merupakan supplier terhebat. Bayangkan, semua filem main panggung, semua ada dalam genggamannya. Minta saja cerita apa. Macam macam ada. Tapi tadi sebelum aku sound dia tanya pasal cerita aku, dia awal-awal lagi dah cakap;

"Weh, cerita kau tu tak ada. Tak keluar black market lagi. Ala cerita SoryTory tu."

Aku pandang serong ke arahnya sebentar. Bila masa pula aku minta cerita sorytorymory lah bagai tu dari dia. Nama pun dah pelik. Tiba-tiba aku teringat sesuatu.

"Oh! Cerita The Sorority Row tu ke?"

***

Nazira terus ambil telekung dan bersujud. Berguling juga lah aku gelak tadi.

5 comments:

kak lilin said...

nazir ,
xpe2...aku pun slalu ckp salah2..
elek la...

Manusia said...

takde laie r citer tue maknanya...

albert botak said...

sorry tory...terlalu ghairah bunyinye..hehehe

Melancholic Fool said...

hahaha...

betul ke ko sakit mata?

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

kak lilin : korang faham bahasa korang kan

manusia : cerita tu bakal muncul kot. pengarah dia The Nazi. hahahah

albert : ko semua nk bunyi ghairah saje

azha : mata aku betul2 cedera akibat daripada tindak balas pemicitan jerawat.sehari mc x dpt pg klas