Sunday, July 5, 2009

kepulangan

4 Julai 2009

6.30 a.m.
Awal gile aku bangun harini. Semangat nak balik kolej membuak-buak di dada. Ok tu aku tipu je. Punya lah liat kaki nak bergerak ke bilik air. Tangan tak payah cakap. Barang-barang jangan harap la nak packing elok-elok. Semua campak je dalam kereta. Tak payah la beg-beg macam nak pergi naik kapal terbang. Plastik sampah hitam tu pun dah cukup bagus buat isi baju-baju. Selesai dengan baju, kura-kura putih (kereta) aku tu pula kene check. Nasib baik ayah dah tolong pergi hantar servis semalam. Nak harap kat aku, enjin pun aku tak tahu kat mana letaknya. Haritu ade bunyi pommm sikit aku dah menggelabah call kedai kereta. Padahal bunyi belon adik aku letak kat seat belakang meletop. Sengaja nak dajal kot. Sebelum balik kene singgah kat si Senah pula di sekolah SEMESTI. Bawa pusing-pusing Teluk Intan dua tiga round cukup lah. Kalau tak singgah nanti dia menangis lagi. Nak pujuk bukan senang. KFC atau McD kena dibawa menghadap. Tak apa aku sayang adik-adik aku.



9.30 a.m.
Baru nak check air kura-kura putih. Demm boleh pula tertidur. Pukul berapa nak sampai Serdang ni? Kelam kabut campak saki baki mee goreng ke dalam perut kura-kura putih, main minyak dua tiga pam, terus pecut. Woii! Tak salam mak ayah dulu ke? Aku buat drift macam biasa la kat depan surau. Patah balik salam peluk cium semua cekau duit 2-3sen masuk poket terus jalan. Senah dah call 48 kali suruh singgah. Dengan nak round Teluk Intan lagi dah habis berapa jam. Kura-kura putih aku kasi order suruh pecut paling laju. Memang terangkat juga lah bukan selalu kasi laju-laju ni. Dengan 68 km/j aku memecut hebat di jalan raya. Nasib baik trafik lancar.

10.30 a.m.
Sampai sekolah Senah. Ciss dia ada kelas pula. Boleh outing pukul 11. Ini bikin panas punggung. Aku dah main aci sep tiang seorang-seorang. Senah dah habis kelas aku terus pecut. Nasib baik makgad harini tak kejar. Selalunya kena kejar sebab tak hantar kad outing kat pondok dia. Harini betul-betul lancar. Terpesona sekejap. Pusing Teluk Intan seround je, beli ayam kat Giant, beli kopi kat OldTown, hantar Senah balik sekolah. Oh lupa nak bagitahu, kami ada beli roti Giant kat makgad atas budi baik dia harini.

2.00 p.m.
Ciss dah pukul 2 baru nak gerak,pukul berapa nak sampai Serdang? Karenah birokrasi kolej dah terbayang-bayang dalam kotak fikiran. Aku target sebelum pukul 5 mesti kena sampai kolej kalau tak mesti kena dengan makcik-makcik admin kolej nanti. Kura-kura putih aku pujuk suruh laju sikit lagi. Dapat la pecut dalam 70 km/j. Tu kira pencapaian terbaik kura-kura aku buat masa ni. Respek! Dua tiga kali melelong juga sebab mengantuk. Panas tak payah cakap. Air-cond memang out. Tak apa aku tetap sayang kat kura-kura putih aku ini.


Kura-kura Putih Kesayangan
(Gambar dua tahun lepas, tapi sekarang pun sama je. Habuk je bertambah banyak. Karat apatah lagi.)

4.45 p.m.
Sampai je terus drift masuk parking. Lari-lari anak pergi ofis kolej. Demm dah tutup. Mana mahu tidur malam ni? Aku nampak seorang makcik melenggang dari jauh. Operasi dimulakan.

"Makcik,tolong saya makcik. Tolong la saya. Saya tiada tempat untuk beradu malam ni. Macam mana ni makcik. Boleh la bagi saya daftar. Saya seorang saja ni. Makcik tolong la saya." Agak dramatik juga la aku berlakon. Ok boleh masuk audition Anak Wayang.

"Yang kamu balik lambat siapa suruh? Padan muka ofis dah tutup. Datang esok je la. Dah la tu saya dah penat. Cukup la pendaftaran hari ini sampai sini saja. See you tomorrow!" Ciss dia boleh speaking pula. Ini tak boleh jadi. Aku taknak tidur kat koridor raya.

"Makcik tolong la saya. Mak bapak saya hantar saya dengan penuh harapan agar saya jadi anak bangsa berguna. Dengan penginapan kolej yang bagus,pelajaran saya tidak terganggu. Boleh la saya berjuang membangunkan bangsa dan negara. Kalau result saya jatuh, makcik tak rasa bersalah ke? Konsentrasi saya agak terganggu dengan tak ada tidur dan rehat yang mencukupi. Saya tak mahu makcik berasa guilty di masa hadapan. Makcik tolong la saya. Dengan pertolongan makcik, sebenarnya makcik juga telah menyumbang ke arah pembangunan anak bangsa dan negara makcik sendri tau. Boleh la makcik bagi kunci bilik saya ye?" Penat juga berlakon. Patut la artis-artis demand. Baru aku tahu betapa susahnya menjadi seorang pelakon yang penuh penghayatan.

"Ambil lah ni. Malas nak melayan kamu ni." Bersinar-sinar cahaya dari muka makcik tu aku tengok. Dia ikhlas la tu. Yang penting aku dapat kunci bilik. Yess!!

6.30 p.m.
Buka pintu bilik debuuummm tido terus atas katil. Tak kira la habuk ke apa. Mata dah tak larat nak buka. Tiba-tiba telefon nada dering polifonik bergetar dan berbunyi dengan nyaring. Oh man! Terlupa bekalan untuk Aunty Yana. Goreng pisang dan ubi getuk. Orang mengandung memang teringin macam-macam. Goreng pisang dari Perak pun boleh order sampai ke Nilai. Tak apa aku tetap sayang aunty aku.

9.00 p.m.
Balik dari Kajang makan sate dengan aunty and uncle. Tiba-tiba mata jadi fresh. Baru teringat, aku seorang je kat dalam rumah ni. Yang lain smua balik esok. Demm. Cari penyapu letak sebelah katil baru rasa selamat sikit kot. Tiba-tiba aku rasa macam kat dalam dunia lain. Oh dah mimpi la tu.

***

Lega sebenarnya dapat balik kolej. Banyak sangat buat konflek kat rumah. Tak apa aku tetap sayang ibu dan ayah aku.

6 comments:

Anonymous said...

haha.

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

sungguh misteri. hanya haha. siapakah?

Nadirah said...

hahaha!! lawak arr ko ni sya... besok citer psl mentor kesygan plak k? haha

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

hihi. esok cerita encik din akan terpapar. nantikaannnn. hahahahah

RobinHood said...

sayalala...
taruk la shoutmix 1.....

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

saya tak reti buat :(

tulun ajarkan saya wahai robinhood