Wednesday, August 12, 2009

eksiden

Harini aku bangun awal. 5.30 pagi dah celik mata. Semangat betul pagi-pagi ni. Berkobar semacam je di dada. Tengok cermin masa gosok gigi pun boleh gelak-gelak gumbira. Setelah selesai siap pakai uniform pakai wangi-wangi, aku capai kasut. Wah, tak shine pun boleh berkilat! Ajaib. Aku senyum girang. Seronok betul pagi ini. Macam pagi orang kaya-kaya pula.

Oppss. Patah balik ambil kunci kura-kura putih. Macam biasa, aku ditemani kura-kura putih akan bergerak ke KOSASS pagi-pagi rabu. Adalah perhimpunan haram sikit. Tak boleh kecoh-kecoh. Pagi-pagi dah kena berhimpun baru true.

Keletuk keletak bunyi tapak kasut tumit tinggi aku. Sesekali terpelecoh nasib baik tak ada orang nampak. Buat malu je kalau ada pakwe hensem terlihat. Mulut rancak juga la nyanyi lagu semboyan angkatan laut kita. Kepala kasi angguk-angguk sikit. Macam kat kelab. Perjalanan ke tempat park kura-kura rasa nyaman. Embun pagi. Segar. Kembang kuncup hidung aku sedut udara yang agak tercemar juga tu. Feel habis.

Kura-kura suka meragam sikit pagi-pagi. Dia malas nak bangun. Macam tuan dia juga masa sekolah rendah dulu. Ok la tuh, memang tahap dia. Kura-kura baru umur 17 tahun. Budak-budak lagi. Kena deal baik-baik dengan budak-budak. Aku baca bismillah sekali, terus terjaga dia. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi, senang kerja betul hari ini.

Bergerak perlahan menyusuri jalan yang tenang pagi-pagi ini memang feel betul. Tapi hati ragu-ragu juga nak sampai ke kawasan MARDI sebelah ini. Ada satu part tu tak ada lampu jalan. Gelap gelita. Agak seram. Tapi dengan adanya kura-kura di sisi, aku kental! Kami meneruskan perjalanan. Lagu I'm Taking Back My Love kura-kura siulkan. Aku turut angguk-angguk tanda feel. Kura-kura memang memahami jiwa muzik aku. Kami serasi.

Ciss, orang depan beam light! Woit! Aku silau la. Ingat kau seorang saja ke yang pakai jalan??

***

Gedegang!!Pelepoww!!

Eh..eh. Apesal kura-kura senget pulak ni?

***

Aku bersama kura-kura landing baik atas divider jalan yang tiba-tiba muncul kat tengah-tengah jalan di kala gelap malam. Lepas melelong 2-3 kali disertai drift yang hambar aku berhenti kat tengah-tengah jalan. Nasib baik tak terbalik kura-kura tadi rasa macam dah senget habis. Kalau ada kereta ikut belakang rasanya dah hancur bontot kura-kura kena tibai. Nasib baik. Alhamdulillah.

Suasana cemas tadi aku dapat hendel dengan baik sekali. Tiada jeritan atau lolongan yang kedengaran. Cuma selawat dan istighfar yang ke udara. Tayar kanan meletop kencang. Aku gagahkan kura-kura untuk berjalan balik juga sebab gelap sangat kat situ kalau nak tukar tayar pun sure skru hilang punya. Rim cover dua-dua hilang belah kanan. Aku rasa macam nak pergi cari balik la petang sikit.

Perjalanan 1km dari tempat kejadian ke kolej aku mengambil masa selama 47minit. Aku bermonolog bersama kura-kura sepanjang perjalanan sambil review kejadian tadi di ikuti gelak tawa. Kura-kura menyalahkan aku. Dia kata aku mabuk pagi.

***

Ciss punya divider! Tengah-tengah jalan selekoh kau nak muncul. Dah la tak ada lampu jalan. Turun bukit pula tu. Memang cari nahas siapa-siapa yang tak pernah lalu jalan tu tapi bawak laju gila baba. Mau terbalik kereta. Mana aku nak kasi report ni??

5 comments:

nada said...

wehhh..terkejut aku pagi2 bute ni bace kisah ko. baru pagi tadi aku terdengar suare ko yg kecoh2 kat bilik aku semangat nak gi kosas. aku yg tgh tido pun boleh tersedar sebab semangat ko terlalu kuat.tak sangka boleh jadi cmni.semalam elok je boleh gi pasar malam.

mynameisyusri said...

uish!!
dahsyat ni
ko ok yek sya??
de perlukan sesi kaunseling ke??
a'ah la..
nk lapor kt mne ni??
dekan??pak guard??en.azhar??kak nor??
haha
smoge kure2 ko kmbali sihat

h0uRi hEaVeN said...

aku kene berhati2 supaya kucing aku x jadi cam kura2 ko...
cian...semoga kura2 cpt2 dihantar ke hospital

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

nada : tu la benda dah nak jadi. hehe kopak lagi la duit aku

yusri : ohsms?haha

yana : sentiasa beringat ketika memandu kucin ko ok


aku baru dapat tau kat spot tu mmg ramai orang eksiden..woo~

Sharifah Nadirah Bt Syed Ahmad Alhabshi said...

ctu mmg area accident... td baru jer syazwani accident... slmt ok... tp trok gk arr luka dier... lepasni hati2 lar yek dgn kura2 ko...