Saturday, August 29, 2009

sayu deyh!

akak..after berbuka smalam kami lepak2 dalam bilik wif ibu..
then tetbe ibu ckp "akak makan apelaa bebuke nih.."
pastu senah tanye la nape tetbe je?
ibu ckap"yela..kan susa nk carik makanan..ntah apela yang akak makan waktu berbuka tadik"
huhu..sayu deyh!

***

Wall post adikku Senah kat facebook aku. Pergh. Apasal dua tiga hari ini hati macam tak berapa kental? Rasa macam nak terbang sekarang juga. Bilik aku dah banjir. Hari ini berbuka puasa air kosong macam biasa. Oh lupa, ada roti gardenia semalam beli. Jadi lah. Syukur alhamdulillah. (tiada niat meniru mana-mana iklan)

fikir

Kadang-kadang kita terlupa.
Kadang-kadang kita terleka.
Biasalah manusia.
Perlukan manusia juga untuk saling ingat mengingati.

***

Bangun tidur baca ini sedas memang bergerak lancar juga sel-sel otak aku.

Thursday, August 27, 2009

seorang diri

Tengah sedap melayan tidur semalam di kala hujan ribut taufan melanda, tiba-tiba masuk satu SMS dengan nada dering polifonik telefon bimbit satu kaler aku itu. Oh adikku Munah rupanya. Potong stim betul. Nasib baik adik beradik. Nasib baik juga tengah bulan puasa ni. Kalau tak pandai-pandai lah agak apa yang akan berlaku. Malas nak cerita.

***

"Akak bila nak balik?"

"Akak tak boleh balik lagi minggu ini. Ada training."

***

Menetes air mata mereply SMS oh adikku Munah itu. Cilakak! Dan dan la time semua orang balik kampung nak ada training. Kosong rumah bai. Budak-budak semua dah awal-awal tempah tiket pesawat macam nak balik raya dah. Ini sudah dua kali delay balik kampung. Pesawat aku macam dah nak naik angin akibat dua kali tangguhan. Kalau tiga kali delay mau resign pilot tu agaknya.

Aku buka puasa seorang diri weekends ni. Harap jangan siapa-siapa cari gaduh. Jangan juga main lagu raya depan aku. Buruk padahnya. Kalau offer belanja buka puasa tak apa. Aku akan mampu tersenyum nanti. Jasamu dikenang.

Wednesday, August 26, 2009

petikan godaan

Ishh. Aku petik kau datang. Aku petik kau datang. Setiap malam nak tidur dengan aku. Jangan melekat lekat kat tangan aku lagi sudah. Dah berapa kali aku usir aku halau kau datang juga. Aku bukan macam orang lain. Aku tak ada pengalaman. Nak main pun rasa tak sedap. Tak puas. Kaku. Kau bising, nyaring. Suara kau sumbang. Jiran marah sebab pitching tinggi sangat. Sudahlah. Jangan lagi menggoda aku. Pergi jauh sikit. Suatu hari nanti aku dah cukup ilmu itu, aku cari kau balik. Aku main kau sepuas puasnya. Jangan kau pula merungut penat, letih. Aku pastikan suara yang kau keluarkan itu merdu dan nyaman sahaja. Tiada lagi dengusan-dengusan kasar. Hanya kepuasan yang kita dapat. Aku janji!

***







Jangan menggoda aku lagi please! Aku tak tahan godaanmu..

Monday, August 24, 2009

fashion disaster

Hello. Boleh tak jangan pakai baju darjah 6 kau tu lagi? Nak aku bagi pinjam baju aku ke? Perut buncit kau tu tak perlu la nak tayang-tayang kat semua. Malu la. Masa 1st time kau pakai aku ingat kau main cekau baju adik yang darjah 6 tu. Sebab kau dah lambat kot. 2nd time kau pakai baju yang sama, kening sebelah kanan aku terjungkit. Kali ketiga kau pakai.. Waatchaaaaa!!

Perlu ke kau pakai baju tu setiap hari? Woi, tu baju budak la. Kau tu dah boleh jadi bapak budak dah. Tak seswai ok. Agaknya kau rasa kau cute lebih kot bila pakai adik-adik ni. Kata professional. Takkan pakai baju macam tu lagi kot? Zaman mana ni? Kurang dah pahala 3 Ramadhan aku dok usha perut kau.

Esok sila datang bilik aku pinjam baju. Tawaran hebat ni. Aku tak pernah offer pinjam baju aku kat bapak budak. Baju aku banyak yang besar-besar. Ready untuk pakai lepas buka puasa. Biasalah perut boroi mesti mau cover bai..

Hah lagi satu. Gelang kat tangan kau tu. Buang saja lah. Tak pun pakaikan kat leher kucing (Oyen) lagi hensem. Sayang kalau buang. Kau tu dah tau muka jambu tak perlu la nak berangan muka metal nak pakai gelang macam tu. Indon cleaner pun tahu nak tergelak tengok kau. Ini sudah siriyes. Kene roger tok guru aku ni. Kau kena berguru dengan dia.

***

"Hello Beyonce. Esok turun Serdang. Ada orang nak kena diselamatkan dari kesesatan melampau. Aku tak boleh call lama-lama ni. Kredit tak banyak. Esok sampai kau roger aku. Aku ambil kat airport."

"Okay. I'll be there by tomorrow. Pasal kawan-kawan ni no hal lah. But please prepare for me two roti canai and one nasi lemak telur mata. Lama dah tak makan tu. Kat Hollywood ni asyik kena diet saja." Beyonce pun speaking berterabur!

"Puasa bai!" Senyap.

***

Cakap belakang memang berani dan yakin. Cakap di blog apatah lagi.

first trial

Berpusing ke kiri. Berpusing ke kanan. Dahi berpeluh. Ketiak apatah lagi. Amaran Nada semalam dengan nada yang gerun betul-betul buat aku gusar. Satu malam tak boleh tidur. Macam mana nak selesaikan ni? Macam mana macam mana pun aku kena selesaikan juga. Pantang kalah sebelum menyerah!

***

4.12 am

Selesai menghadap fesbuk kesayangan, aku kucar kacir di ruang tamu. Hati tak tentu hala. Kepala macam hilang punca. Jiwa rasa gelora. Mana satu nak buat dulu aku tak tahu. Segala peralatan dah tersusun rapi. Oh, baru teringat. Mula-mula kena potong bawang la dulu.

***

5.00 am

Ketung ketang memecah sunyi pagi. Nasib baik siap. Aku boleh menarik nafas lega. Amaran Nada sikit pun aku tak takut dah. Aku takbir sedas semua bingkas bangun. Ada juga yang liat kena bagi percik air sikit kat mata. Budak-budak biasalah. Rasa macam rancangan singgah sahur pula.

***

Ini baru percubaan pertama. Jangan nak berani komen lebih-lebih. Aku tau indah rupa dari khabar. Tawar bercampur pedas bercampur tiada-rasa-enak membuatkan budak-budak rumah semua buat muka masa makan. Pedulik la. Janji aku laksanakan tugas dengan berhemah. Kalau sakit perut aku dah ready kura-kura nak hantar semua pergi klinik.


Kan aku dah cakap indah rupa dari khabar. Siapa berani makan lah. Kat bawah hanyalah selingan semata-mata. Untuk melancarkan peredaran makanan ciptaan aku di atas ni ke dalam sistem pencernaan budak-budak.


***

Kampung tak kampung. Janji cara. Esok aku masak lamb chop. Jangan siapa ragu-ragu.

Friday, August 21, 2009

inggeris patah

"Babe, why you not reading the notes? Tomorrow got test kan?"

"Like my heart la!"

***

Suka kati kau la. Ini yang terjadi pada anak anak muda zaman sekarang yang tak melalui zaman PPSMI. Broken english. Tolong selamatkan kami?

Wednesday, August 19, 2009

zip

Ciss. Itu lah seronok sangat. Sampai pergi kelas pun tak zip seluar!

Monday, August 17, 2009

sticker

Kembangan hidung aku memang tak dapat diselamatkan lagi. Sepanjang perjalan kami (aku + kura-kura) senyuman tak lekang di bibir. Sampai lenguh pipi. Tapi senyum tetap maintain. Setiap gear yang masuk terasa kemas dan lancar sahaja hari ini. Kura-kura semacam saja senang hatinya, tuan dia apatah lagi. Perjalanan ke Pejabat Keselamatan UPM terasa begitu dekat. 20 minit berlalu dengan pantas. Time dekat gate pun pakgad boleh senyum-senyum. Hati riang gumbira memang tak terkata. Zassss aku parking kura-kura dengan begitu cara.

***

Tahniah cik. Permohonan sticker kenderaan cik telah diluluskan. Sila tampalkan sticker cik mengikut arahan ye.

***

YESSSS!! Tak ada siapa siapa lagi yang boleh saman kura-kura aku. Siapa saman aku karate! Hahahahhaahahahahahahahahha (Gelak penuh puas!)

***

Aku cadang nak letak nama la kat kura-kura. Dia dah bosan panggil kura-kura. Tak cute lah. Tak macho lah. Macam kampung lah. Siapa-siapa ada cadangan??

Thursday, August 13, 2009

berhenti

Aku rasa aku kena tutup mulut. Bukan pakai topeng. Tapi tutup mulut. Cover sikit bila nak bercakap. Fikir dulu sebelum berkata-kata. Jangan ikut suka hati bila nak berbicara. Aku dengar orang cakap kata-kata tu boleh jadi lebih tajam dari pedang. Aku pun selalu dengar orang cakap manusia ni selalu lupa. Lupa diri. Lupa daratan.

Aku juga ada mendengar ura-ura yang perang bakal berlaku. Tak tahu mana silap pentadbiran kerajaan princess, segala-gala akan musnah sekelip mata kalau perang tercetus. Hasil pemikiran para cendiakawan dan bijaksanawan kerajaan princess telah mencetuskan idea idea yang bercanggah di antara satu sama lain yang menyebabkan perang akan berlaku. Hasil salah faham diantara satu sama lain juga bakal membawa kepada percakaran dah perkelahian.

Oleh itu dengan ini aku umumkan bahawa aku akan berhenti. Berhenti mengutarakan kata-kata yang boleh membawa kepada percanggahan idealis-idealis. Berhenti dari mengemukakan pemikiran sendiri yang boleh disalah ertikan oleh siapa saja. Aku berhenti. Semoga dengan pemberhentian aku ini akan mengembalikan suasana kerajaan princess seperti sedia kala.

***

Berhenti tulis blog mungkin? Oh tidak!

Wednesday, August 12, 2009

princess

Ceh, princess konon. Selipar nak kaler pink. Cadar nak kaler pink. Tudung nak kaler pink. Baju nak kaler pink. Sepender pun tah-tah kaler pink. Suka sangat perasan princess. Sikit-sikit princess. Siap suruh orang panggil princess pula tu. Apa jadah semua nak princess??

Woi, gila baba kalau askar pun nak princess-princess. Ingat aku nak layan ke princess ko tu? Segala-gala nak pink. Berpinar mata aku tengok hari-hari. Boleh pula ajak aku join the club. Hello! Aku berjiwa kental. Tak askar lah princess princess. Apa barang pink pink princess ni??

***

Hambik kau. Bunga nak kaler pink juga! Bunga beb. BUNGA!


Ceh kental konon. Siapa tah suruh aku beli bunga kat pesta konvo tadi?
Dalam hati aku semuanya princess. Askar tak askar. Teringin jugak pink pink ni. Cilakak!

***

Aku sangat jatuh cinta dengan bunga ini. Malam ni aku mimpi indah bersama bunga. Jangan siapa-siapa berani nak komen apa-apa.

eksiden

Harini aku bangun awal. 5.30 pagi dah celik mata. Semangat betul pagi-pagi ni. Berkobar semacam je di dada. Tengok cermin masa gosok gigi pun boleh gelak-gelak gumbira. Setelah selesai siap pakai uniform pakai wangi-wangi, aku capai kasut. Wah, tak shine pun boleh berkilat! Ajaib. Aku senyum girang. Seronok betul pagi ini. Macam pagi orang kaya-kaya pula.

Oppss. Patah balik ambil kunci kura-kura putih. Macam biasa, aku ditemani kura-kura putih akan bergerak ke KOSASS pagi-pagi rabu. Adalah perhimpunan haram sikit. Tak boleh kecoh-kecoh. Pagi-pagi dah kena berhimpun baru true.

Keletuk keletak bunyi tapak kasut tumit tinggi aku. Sesekali terpelecoh nasib baik tak ada orang nampak. Buat malu je kalau ada pakwe hensem terlihat. Mulut rancak juga la nyanyi lagu semboyan angkatan laut kita. Kepala kasi angguk-angguk sikit. Macam kat kelab. Perjalanan ke tempat park kura-kura rasa nyaman. Embun pagi. Segar. Kembang kuncup hidung aku sedut udara yang agak tercemar juga tu. Feel habis.

Kura-kura suka meragam sikit pagi-pagi. Dia malas nak bangun. Macam tuan dia juga masa sekolah rendah dulu. Ok la tuh, memang tahap dia. Kura-kura baru umur 17 tahun. Budak-budak lagi. Kena deal baik-baik dengan budak-budak. Aku baca bismillah sekali, terus terjaga dia. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi, senang kerja betul hari ini.

Bergerak perlahan menyusuri jalan yang tenang pagi-pagi ini memang feel betul. Tapi hati ragu-ragu juga nak sampai ke kawasan MARDI sebelah ini. Ada satu part tu tak ada lampu jalan. Gelap gelita. Agak seram. Tapi dengan adanya kura-kura di sisi, aku kental! Kami meneruskan perjalanan. Lagu I'm Taking Back My Love kura-kura siulkan. Aku turut angguk-angguk tanda feel. Kura-kura memang memahami jiwa muzik aku. Kami serasi.

Ciss, orang depan beam light! Woit! Aku silau la. Ingat kau seorang saja ke yang pakai jalan??

***

Gedegang!!Pelepoww!!

Eh..eh. Apesal kura-kura senget pulak ni?

***

Aku bersama kura-kura landing baik atas divider jalan yang tiba-tiba muncul kat tengah-tengah jalan di kala gelap malam. Lepas melelong 2-3 kali disertai drift yang hambar aku berhenti kat tengah-tengah jalan. Nasib baik tak terbalik kura-kura tadi rasa macam dah senget habis. Kalau ada kereta ikut belakang rasanya dah hancur bontot kura-kura kena tibai. Nasib baik. Alhamdulillah.

Suasana cemas tadi aku dapat hendel dengan baik sekali. Tiada jeritan atau lolongan yang kedengaran. Cuma selawat dan istighfar yang ke udara. Tayar kanan meletop kencang. Aku gagahkan kura-kura untuk berjalan balik juga sebab gelap sangat kat situ kalau nak tukar tayar pun sure skru hilang punya. Rim cover dua-dua hilang belah kanan. Aku rasa macam nak pergi cari balik la petang sikit.

Perjalanan 1km dari tempat kejadian ke kolej aku mengambil masa selama 47minit. Aku bermonolog bersama kura-kura sepanjang perjalanan sambil review kejadian tadi di ikuti gelak tawa. Kura-kura menyalahkan aku. Dia kata aku mabuk pagi.

***

Ciss punya divider! Tengah-tengah jalan selekoh kau nak muncul. Dah la tak ada lampu jalan. Turun bukit pula tu. Memang cari nahas siapa-siapa yang tak pernah lalu jalan tu tapi bawak laju gila baba. Mau terbalik kereta. Mana aku nak kasi report ni??

Monday, August 10, 2009

sila jauhi aku

Woi, apa pasal kau suka sangat kacau hidup aku? Kenapa suka sangat gigit-gigit kaki aku? Ada aku kacau hidup kau ke? Ada aku gigit kau? Aku ke sini dengan tujuan nak sidai baju saja. Tak ada niat pun nak usik kau. Ganggu rumah tangga kau memang tak ada dalam list fikiran aku.

Ok la. Aku mintak maaf. Memang aku tak sengaja. Tak sengaja terpijak rumah kau. Tapi tu bukan salah aku. Itu lah siapa suruh kau camouflage time buat rumah. Kau ingat ini kem ke nak menyamar pulak. Aku dah la rabun. Pagi-pagi spek aku berkabus sikit. Kan dah terpijak. Tak perlu lah nak serang aku ramai-ramai gigit aku. Sekarang ni dah terpakse delay sidai kain baju yang berlambak ni. Pasukan perubatan terpaksa aku hubungi. Minyak gamat Langkawi nasib baik tiba tepat pada masanya.

***

Kepada warga komuniti semut api kat belakang rumah aku tu, kalau boleh baca blog aku ni, sila jauhi aku. Lepas ni kalau kau buat serangan aku bakar terus rumah kau. Aku dah bagi amaran ni. Sekian.

seksaan

Cukuplah tu. Cukup semua ini. Tak perlu lagi kamu nak siksa aku lagi. Cukuplah dengan semua itu. Tak puas lagi ke apa yang kamu dah buat kat aku selama 3 tahun ni? Masih menggunung ke perasaan hasad dan dengki kamu tu terhadap aku? Apa lagi yang kamu nak aku buat? Aku betul-betul dah lemah kali ini. Dulu aku boleh berontak-berontak kecil lagi. Sekarang ini aku dah tak mampu nak berbuat apa-apa sudah. Aku kecundang. Lihatlah list di bawah ini. Ini semua perbuatan-perbuatan kejam kamu kepada aku.

1. Saman kura-kura aku. Parking kat tengah jalan. Block kereta nak lalu.

2. Saman lagi kura-kura aku. Tak ada sticker pelajar. (Macam mana nak ada sticker? Aku apply tak pernah nak approve. Lepas tu marah-marah aku cakap 1st year student tak boleh bawak kereta. Aku kata aku bawak kura-kura je.)

3. Saman lagi macam nombor 2. Kali ini kamu ugut nak clamp. Laju-laju aku lari menyorok kat belakang tangki air dengan kura-kura.

4. Tahan aku masa balik kolej pukul 3.30 pagi. Aku tak larat sangat nak overnight kat luar. Takkan la pasal tu pun nak saman jugak?

5. Tahan aku kat depan budak-budak junior tanya mana kad nama aku. Ciss aku terlupa bawa pun nak kecoh kat situ. Jatuh pride aku beb.

6. Sekali lagi kena tahan sebab tak ada sticker. Kamu bagi lecture kat situ selama 1jam 24minit. Kamu ingat kami tak sembahyang maghrib ke?

7. Yang ini paling sakit sekali. Adakah patut kamu yang paling hensem tu boleh bagi senyuman paling manis kat aku??? Berbuih mulut pengsan kat situ jugak aku!

***

Banyak lagi sebenarnya seksaan kau buat kat aku. Tapi yang ini saja aku boleh senaraikan untuk menjaga kemaslahatan pelbagai pihak yang berkenaan. Kepada pakgad yang hensem tu (yang ini betul-betul hensem pakai myvi putih,bukan perlian), tolong la jangan seksa aku lagi dengan pandangan menggoda kamu itu. Masa malam tu kamu dengan kawan-kawan kamu ambil air kat water cooler untuk pergi main futsal, itu saat memang buat aku cair. Kamu boleh pula tegur aku. Tak bernafas 5saat aku tau. Siap boleh buat-buat patah balik nak pergi ambil barang kat kura-kura. Nak buat muka konon-konon ayu memang susah. Tolong jangan seksa aku lagi ok.

kawad

Ciss. Tak ajak aku Kawad Konvo. Kawad buka sesi pun boleh terlepas??! Ini tidak adil, Your Honour! Esok aku bubarkan parlimen baru tau. Ini adalah satu ugutan rasmi. Tahun depan aku nak pakai pedang berkilat punya. Siapa-siapa halang aku pancung bulu hidung dia. Sentiasa bersedialah korang.

***

Dinner fakulti mengkucar kacirkan hati dan perasaan aku.

Saturday, August 8, 2009

rempit sejati

Cilakak!! Bersepai air liur aku kat belakang ni. Kalau motor ni bawa 3 orang kompem basah muka orang belakang aku kene air liur. Bawa motor macam minah rempit sejati. Sengaja nak jatuhkan reputasi aku sebagai pemandu terbilang yang penuh etika. Pertama kali dalam hidup aku naik motor rasa macam nak gugur jantung. Sebelum ni aku naik dengan Mumu slow mengalahkan kura-kura aku. Naik bukit je mati. Kat tengah-tengah highway boleh mati memang aku bagi luku helmet sedas. Buat malu kaum je. Nasib baik Mumu dah tukar motor power sikit. Tapi yang baru tu aku tak berani nak sentuh. Dengan Kak Lilin dia siap boleh potong BMW rilek je. Menyeringai jantung aku. Turun motor aku dah prepare skrip baik punye untuk Kak Lilin selaku driver motor. Aku nak bagi sedas sampai dia terdiam. Tazkirah-tazkirah terbaik dah bersusun dalam kepala.

***

Turun-turun motor je lutut aku lembik. Kak Lilin gelak guling guling atas tanah sambil merepek ape tak tahu. Yang aku dapat dengar dia cakap aku baca mantera apa sepanjang perjalanan 5 minit tadi? Mulut tak diam. Cilakak!

***

Orang kata naik motor kali kedua dengan Kak Lilin dah pandai ejas. Aku balik dengan muka rilek walaupun air liur bersepai jugak.