Wednesday, July 15, 2009

makan dengan beretika

Menari terlompat-lompat dan terkinja-kinja di ruang tamu rumah jiran sebelah. Penangan nasi kerabu yang melampau itu berjaya membawa aku ke alam hyperactive. Semua penghuni rumah itu pada mulanya tercengang dan membuat muka kurius tetapi menyambung suapan nasi bungkus masing-masing semula seketika kemudian tanpa memberi perhatian kepada aku.

Tarian dan lompatan sudah perlahan akibat daripada rampasan air tin gedegang dari tangan salah seorang penghuni rumah itu, Nada. Aku seperti melihat Nada terkumat-kamit bila ambil air dia balik. Dia terus minum laju laju sampai habis dan kemudian senyum dengan penuh sarkastik.

Hyperactive menyerang pada suapan kedua. Muka penghuni-penghuni rumah itu sudah bertukar hijau. Instin aku dapat merasakan sesuatu yang amat dasyat bakal berlaku lepas ini.

Gedegangg!! Pintu rumah itu dihempas kuat. Aku dapati aku sudah bersila di depan pintu. Nasi kerabu dah berterabur.

***

"Weh, boleh tak makan beretika sikit? Orang lain pun nak makan juga. Bising betul!" Satu suara garang sambil tangan yang penuh dengan nasi dihayun-hayunkan depan muka aku.

"Kau kalau setakat nak makan nasi kerabu yang tak pedas langsung tu lepas tu nak terkinja-kinja kat sini baik tak payah. Pergi balik rumah sendiri la hantu! Kau keluar sekarang. Datang balik esok." Satu lagi suara gerun bertempik.

Aku kaku. Air hidung mengalir pantas. Pedasss!!

No comments: