Tuesday, July 14, 2009

jangan pandang belakang

Sesi berjalan hujung minggu aku laksanakan dengan jayanya minggu ini. Seperti biasa aku lone ranger je. Penat pusing satu mall sampai kaki rasa lembik, aku ambil port baik nak rehatkan punggung sambil mengusha pakwe pakwe yang lalu lalang. Ada yang hensem, ada yang muka baik tak kurang juga ada yang membuatkan mata aku kebas kebas bila tengok. Tapi aku teruskan aktiviti ini dengan berhemah. Sesekali buat buat seperti sedang membalas mesej padahal haram siapa pun tak mesej. Sekali sekala buat buat gelak, tak ada siapa berani nak duduk kat seat sebelah. Tiba tiba aku kaku. Ada seorang pakwe kat bangku kat depan tengah pandang tepat ke arah aku. Aku bab-bab eye contact ni memang gagal sikit. Dari dulu tak pernah pass with flying colors bak kata orang putih. Aku melarikan pandangan mata aku yang ayu ini ke arah kaki aku. Tunduk. Cis, kasut kotor la pulak. Dah tiga tahun tak pernah basuh. Tak enak langsung untuk jamahan mata aku yang ayu ni.

Aku pandang ke atas semula. Kononnya nak double check. Dalam hati berdebar juga tapi muka maintain cool. OMG! Pakwe tu pandang aku lagi la.

Aku tunduk. Sengih sengih kucing. Sah la dia tengah usya aku. Malu la pula. Tak boleh kalah ni. Aku pandang dia balik. Dia pandang aku balik. Senyum pula! Tiba tiba rasa macam elektrik dari mata ke mata macam dalam drama cina dulu-dulu tu. Orang orang macam berhenti statik. Tak bergerak. Jam di tangan pun berhenti. Kaku.

Dua saat lepas tu baru lah orang orang bergerak seperti biasa. Tak larat la aku nak tahan nafas lama lama. Keadaan sekeliling menjadi normal seperti biasa. Baru aku rasa macam nak kucar kacir. Beg kat tangan dah habis dipintal pintal. Peluh bukan main. Aku hapuskan syak wasangka aku cepat cepat. Aku yakin zip seluar aku ok, butang baju ok, tudung tak senget, seluar tak singkat sebelah, kasut aku sepasang sama, maskara tak comot, kuku dah potong pendek, aku pakai perfume aku harini bukan perfume ayah aku, senang cerita, dress up terbaik la harini. Tak perlu diragui lagi. Aku cuba nak tengok pakwe tu lagi. Nak buat conformation sikit. Pakwe tu pandang aku lagi! Haishh, rasa macam tengah terbang.

Tiba tiba pakwe tu bangun dari bangku. Perlahan-lahan dia menapak. Aku syak dia nak blah tapi kenapa makin lama makin dekat dengan aku pula. Dalam kepala aku tengah rewind nombor telefon 74 kali dah. Takut terlupa. Parkinson pun macam bagi signal nak menyerang je. Aku plan nak jerit je nombor telefon aku lepas tu terus lari. Malu la beb kalo nak bersembang tapi Parkinson menyerang. Mulut pun gigil. Dia makin dekat. Dekat sangat dah ni. Aku pejam mata. Ready nak kasi jerit. 1 2 3...

Aku buka mata. Kenapa senyap? Kenapa tiada suara say hi? Pakwe hensem dah hilang.

***

Aku pandang belakang air mata aku berguguran. Pakwe hensem tengah berkepit dengan makwe cun dan blah sambil gelak gelak syaitan kedengaran samar-samar. Ni yang aku malas prank prank jalanan ni. Runcit runcit pun aku boleh terkena? Tipah tertipu. Lain kali jangan pandang belakang.

4 comments:

Amri said...

aku dah lame bace blog ko walaupun baru buat dlm beberape bulan ni, baru aku dapat membuat kesimpulan,bm A1 ye dulu?

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

hahah..terima kasih sebab sudi baca blog saya.

terima kasih juga di atas pujian yang berjaya mengembangkan serba sedikit hidung saya. tetapi ade berbaur unsur keperlian disitu..hahahaha

p/s:spm saya pun tak pass la bro..ahahahah

jo said...

ahhaha...
kau patut lebih bertenang dalam mengusya pakwe...

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

jo..kau kene jadi sifu aku la macam ni..hehe