Tuesday, December 27, 2011

blanket






I have a smiley on my blanket. 










I am not alone...





Saturday, December 24, 2011

perfect weekend



Tak ada kereta. Tak ada duit. Tak ada kredit.




Harap harap aku boleh survive sampai habis weekend ni. Chill :)




Sunday, December 18, 2011

larian kitar semula



First time gua masuk marathon macam ni. Penat macam nak mati.
Yang pasti gua akan masuk lagi. Jyeah!



Monday, November 21, 2011

mastercep



Rasa nak main masak masak macam dulu dulu. Tapi dapur tak ada.



Sunday, November 13, 2011

kakak besar




Hari ini teringin makan American Breakfast. Rindu masakan kampung halaman lah katakan. Gua ajak member gua melantak di Oldtown Bangi. Gua order set American Breakfast la apa lagi kan beserta xi mut tea kegemaran gua. Sebenarnya gua tak berapa berkenan sangat nak makan kat kopitiam kopitiam ni. Mahei sangat. Masak sendiri lagi berbaloi baloi kot. Tapi disebabkan keterbangunan lambat beserta kelaparan terpaksa juga mengorder je semua.

Baru dua tiga suap, perut gua dah pandai main mainkan perasaan gua. Ada juga melepaskan angin angin lalu tapi jangan bimbang sebab angin tersebut tak membawa kepada sebarang syak wasangka. Suapan keempat, gua minta excuse untuk ke toilet. Hehe.

Gua rasa agak lama juga gua ambil masa di dalam toilet tersebut. Setelah setel apa yang patut, gua keluar sambil tersenyum puas. Dekat luar rupa rupanya dah ada yang menunggu. Seorang kakak dengan anak perempuan dia umur 4 tahun macam tu la. Gua senyum kat budak tu sebab comel. Dia senyum balik. Sambil gua jalan melepasi mereka gua terdengar budak comel tu cakap;

"Besarnya orang tu mama."

Mata gua otomatik mengerling ke arah dia dan gua lihat jari telunjuknya sedang menghala ke gua. DASHUNDERSCOREDASH!









Mulai minggu depan gua janji gua diet!


Yang benar,
KAKAK BESAR








Thursday, October 27, 2011

Today




Despite of having a very bad day, I came home smiling when I saw a cake in the kitchen.

Having a mini celebration with my family even though some get hurts, really means to me. I'm sorry Ibu. Thanks Ayah.






Happy Birthday to me.

Thursday, September 22, 2011

Wednesday, August 24, 2011

cakap bye



Sesiapa yang call aku ataupun aku yang call, sila cakap bye before nak hang up.


Sekian.






*Bukan susah pun kan cakap bye. Hehe.



toksah duk buat perangai



Aku perasan lately aku berjiwa tersangatlah tisu. Maksud aku, ada benda yang usik sikit emosi aku cepat je nak menangis. Buat perangai. Menangis diam diam okay lagi. Kalau dah sampai meraung raung melalak depan orang ramai..

Aku pun tak tau kenapa jadi macam ni. Aku cuba figure out juga tapi baru fikir separuh jalan, aku dah fikir pasal benda lain pula. Makanan contohnya. Bulan puasa ni kerja fikir pasal makan je. Aku punya perangai tak tahu malu tu aku develop baru baru ni je aku rasa. Aku pelik juga dengan diri sendiri, makin besar makin tak tahu malu pula nak keryau depan orang ramai. Banyak kes dah jadi macam ni.

Kes pertama. Masa tu aku kat Mencester tengah syok goyang kaki. Ada kawan kawan mak aku datang rumah ambil baju tempahan. Depa tengah bersembang kat ruang tamu. Aku duk landing baik punya depan tivi. Tiba tiba ayah aku call. Dia suruh aku siap. Lagi 15 minit datang ofis dia. Ada interview. Aku macam 'what the????!!'

Interview dalam 15 minit?? Dengan attire apa jadah pun aku tak ada. Dengan sijil sijil semua aku tinggal kat kolej. Dengan tak study apa pun lagi. Dengan tak mandi lagi. Dengan kelam kabut baru nak gugel soalan soalan interview. Tiba tiba aku meraung sorang sorang. Adik adik aku dah lari masuk bilik semua. Mak aku dengan kawan kawan dia bantai gelak. Mak aku sambil sambil tu kelam kabut carikan baju kat aku diselang seli dengan gelak juga la. Aku dah keryau macam apa. Otak dah jem. Duduk depan laptop sambil nangis nangis. Aku call ayah aku balik cakap aku taknak pergi. Dia bantai gelak. Dia kata, "Relax la. Takkan nak interview pun nak nangis? Tak cool la. Kahkahkahkah!"

Ye, dia gelak kahkahkah kat aku. Yang aku ni baru teringat ada kawan mak aku kat depan tu. Baru kelam kabut nak masuk bilik. Dah malu.

Aku pi interview dengan pakai baju kurung adik aku dengan mata bengkak. Balik je sengih sebab tak ada apa pun interview tu. Gabra je lebih!


Kes kedua. Haritu memang hari yang agak stress untuk aku. Dengan adik aku terhantuk tingkap sampai kepala berdarah la. Dengan masalah aku yang tak setel setel lagi tu. Tiba tiba ada member aku bawa aku pergi Jalan Tar. Nak shopping katanya. Jalan Tar tempat paling terakhir aku nak pergi kot untuk shopping apa apa pun. Lagipun aku memang tak nak shopping raya pun tahun ni. Sampai kat sana aku ada sedikit argue apa ntah dengan member aku tu. Aku malukan dia depan orang ramai. Dia mula cakap something bad kat aku. Mula lah terusik emosi aku. Hati mula la nak lembik. Air mata mula dah bergenang. Aku cuba tahan. Tak dapat der. Depan depan orang aku melalak. Dari petang sampai ke malam aku melalak. Dalam kereta aku mengamuk macam orang gila. Tak peduli apa dah. Punya lah sakit hati aku sampai aku lupa diri mengamuk macam dah kena rasuk. Lepas tu kitorang nampak ada kereta terbakar kat tepi jalan, masing masing diam dan terus cari jalan nak balik.

Tapi itu first time dalam hidup aku menangis melalak sampai macam tu sekali. Tak boleh nak digambarkan dengan kata kata. Horror.



Ada banyak lagi kes kes minor mahupun major yang buat aku tak malu nak melalak depan orang ramai sekarang ni. Tu belum kira aku menangis tak reti reti nak berhenti depan roommate aku hari hari sampai dia pun naik muak dah aku rasa.

Aku rasa aku kena cuba kawal sikit emosi liar aku tu. Malu aih badan besaq gajah tapi duk keryau huwa huwa depan orang.


Tuesday, July 19, 2011

ketap gigi







I discovered something today. Some sort of a habit. Aku rasa aku suka ketap ketap gigi. Ketap gigi? Sounds weird but I can't find the right word. It's like you're chewing but nothing inside your mouth. Get it? No?

Anyway, I found out that habit when I was walking alone at a mall yesterday. Waktu tu aku berfikir macam macam. Macam saintis. Fikir sampai terlanggar orang. Fikir sampai tersadung dekat eskelator (typical me). Fikir sampai kerut kerut dahi (or maybe I just have a frown face). Mungkin bila aku berfikir, aku ketap gigi. Berfikir tentang masa depan. Berfikir tentang kehidupan. Berfikir tentang pegangan. Berfikir tentang keluarga aku. Berfikir mahu menjadi penulis.

Aku juga perasan aku akan ketap gigi bila sedang takut. Ketakutan. Takut sakit. Takut kena marah. Takut bila menipu. Takut mati. Takut fast driving. Sekarang, aku mula perasan aku ketap gigi bila bila masa saja. Maksudnya aku berfikir kuat. Atau aku terlampau takut? Eh?

Susah juga nak menyatakan apa yang dalam fikiran. Kalau lah ada projector direct dari otak, kan senang. Bila bila masa saja boleh tunjukkan apa dalam fikiran. Kadang kadang aku hilang arah bila bercakap. Tak tahu nak mencari ayat yang betul, ayat yang bagus. Dan selalu perkataan perkataan yang keluar dari mulut aku disalahertikan oleh orang lain. Salah sendiri, siapa suruh tak pandai berkata kata? So I chose to be silent.






Or maybe I'm just lost. Lost in my own scary world.









Saturday, July 2, 2011







"I've told you what I feel and what I want. Perhaps I shouldn't do that. It just makes thing worst."






Thursday, June 9, 2011

nyamuk




Gua rasa gua ada gene nyamuk la dalam badan gua. Ada sebab kenapa gua cakap macam ni. Bukan saja saja nak cari publisiti.


Sebab pertama.

Nyamuk suka sangat gigit gua. Bayangkan tengah ramai ramai dalam satu bilik, nyamuk tetap pilih gua. Kawan kawan gua rilek je kunyah kuaci goyang kaki sikit pun tak kena kacau dengan nyamuk. Apa yang sedap sangat darah gua ni pun gua tak pasti. Yang pasti, ada orang cakap gua berdarah manis. Sebab tu nyamuk suka.



Sebab kedua.

Disebabkan nyamuk pantang nampak gua, gua amalkan penggunaan ridsek mat. Ala yang macam chewing gum dentyn tu. Tapi yang anehnya, bila gua pasang, dengan gua sekali mabuk. Tak boleh langsung gua bau ubat nyamuk tu. Mula lah rasa nak pening pening. Rasa nak mabuk mabuk.




Amacam? Cukup mutant tak gua? Agak agak boleh pakai tak alasan ni nak join kelab X-men tu?







Tuesday, June 7, 2011

ubat batuk



*cough! cough!*


Kawan gua batuk. Dah banyak hari dia batuk. Selalunya gua ada stok ubat batuk menimbun kat belakang rumah. Tapi jualan laris sangat. Stok habis.

Gua suggest dekat dia ubat batuk paling mujarab dan disukai ramai. Ubat batuk ni selalu disebut sebut di kalangan member sekolah gua.

"Awak pergilah beli ubat batuk."

"Ye lah. Saya memang nak pergi beli pun."

"Awak try brand Helix. Semua orang cakap bagus. Sekali minum terus lega."

"Helix?? Awak nak bunuh saya ke apa?!"

"............................"


Dia tiba tiba tunduk dan ambil botol minyak enjin Shell Helix.

Gua terkedu.








***









Dah sampai rumah dah keluar kereta, baru gua teringat.



"Hurix la! Hurix!"




Banggg! Gua hempas pintu kereta sambil berlalu pergi. Segan sebenarnya.







Monday, June 6, 2011

kembang

I finally discovered why I'm being 'kembang' day by day.



It is because I've been living around Sri Kembangan for four years! No wonder I'm so kembang!
Got it? Sri Kembangan and kembang? No?












Okay tak lawak juga. Bye.















Thursday, June 2, 2011

bestfriend

Ayat pertama bila kawan terbaik aku jumpa aku harini adalah,

"Sya, why you look so sad?"



Bestfriend always knows.

Wednesday, May 25, 2011

hey, grow up!

I really hate this situation.

Situasi di mana orang kata jangan, tapi aku lagi nak buat. Rebellious. Kalau benda baik, bagus lah. Kalau benda tak baik, bodoh lah aku. Aku tak suka sifat yang satu ni tapi masih lagi mengamalkan selalu. Tak bagus. Tak bagus untuk diri sendiri. Tak bagus untuk orang sekeliling juga.

Sebagai contoh, orang kata jangan try shisha. Tak elok. Lagi membuak buak perasaan aku nak cuba. Orang kata jangan drive laju laju. Aku pernah try 160 km/h sorang sorang. Orang kata jangan keluar, duduk rumah study. Aku start kereta pergi tengok movie sorang sorang. Orang kata jangan makan banyak, kau tu dah gemuk. Depan depan aku control, belakang belakang aku bedal makan tiga meal sekali gus.

Tak bagus.


I have to change. Only me can change myself. Hey, grow up!





***

No more funny post ey? Period.

Tuesday, May 10, 2011

confused




I don't feel anything but why my eyes keep pouring tears?






Tuesday, May 3, 2011

stress?



Kalau gua tengah stress, gua cuba membuat sesuatu untuk distract gua punya attention kat stress tu. Sama ada aktiviti mengeluarkan peluh atau tidak, itu terpulang kepada keadaan. Yang penting, benda yang gua selalu buat adalah spontan. Takde plan. Tiba tiba terus jalan je. Sebagai contoh, aktiviti yang gua selalu buat di kala stress adalah:

1. Berlari sampai rasa penat nak mati.
2. Cuci kereta.
3. Meronda-ronda dengan Scott tanpa hala tuju.
4. Tengok movie yang tak ada orang tengok.
5. Jalan jalan kat mall sorang diri sambil usha orang orang pelik.
6. Cuci toilet dengan sungguh sungguh.
7. Tidur. (Yang di jarang dapat gua buat sebab bila banyak sangat fikir gua tak dapat tidur sangat)



Dan gua baru lepas cuci toilet dengan bersungguh sungguh. Haha. Tak tak stress lagi dah :)



***


Btw, benda paling afdhal sekali bila stress..kita minta tolong Tuhan. Kan?




Sunday, April 10, 2011

vintage



Vintage tak vintage, handbag aku ni dah 15 tahun juga lah dengan aku.






Tuesday, April 5, 2011

perli



Roommate : Kau dah mandi ke?

Aku : Kenapa?

Roommate : Eh, kau dah mandi la. Lawa je aku tengok.

Aku : Grrr! *Sambil ambil towel terus lari pergi mandi*






Sunday, April 3, 2011

today



Today is totally not my day.


Pehh berapa kali dah aku duk ulang quote yang sama satu hari ni. Memang mencabar betul hari ni. Sampai rasa macam orang yang sangat tak bijak dalam dunia.

Masalah lain pun berlambak lambak lagi nak fikir. Nak share dengan siapa pun tak tahu. Tak pa lah. Simpan sendiri sudah!

Esok lah aku sambung cerita.





Sekarang nak pergi dengar ceramah Ustad Kazim. Bye.





Friday, April 1, 2011

balik Mencester 2



Gua suka buat last minute plan dan tadi gua buat last minute plan lagi sekali. Plan nak balik Mencesterr. Gua dah siap siap pakai baju lawa, sembur perfume dua tiga das, gua pun call la ibu gua. Nak bagitahu la bahawasanya anak kesayangan dia ni nak balik menghadap. Malas nak buat surprise, nanti ibu tak prepare masak best best kat rumah.

Gua pun call la. Tuut tuut tuut tuut. Lama benor nak angkat telefon. Sekali gua dengar suara lelaki angkat. Terkejut juga gua sebab macam suara KakLimah sikit sikit. Tapi lepas tu gua cool je sebab gua tahu tu ayah gua. Beliau memang suka buat lawak aprilful tak kira masa. Lepas tu kasi gelak kahkahkah sedas. Gua tanya mana ibu? Ayah gua mula nak merajuk.

"Amboi, taknak cakap dengan ayah dah ke?" Dah mula perangai merajuk dia.

"Eh tak tak..Ni nak cakap dengan ayah la ni. Heee." Gua mula kucar kacir.
"Akak nak balik boleh ke?"

"Balik lah."

"Tapi sekejap je nak balik. Banyak kerja."

"Kalau banyak kerja, tak payah la balik."

"Alaaaaa. Nak balik jugak. Nak makan derian!"

"Bertuah punya anak. Balik nak makan derian rupanya. Ingatkan rindu kat ayah."

"Eh rindu kat ayah la nak balik. Sekali la dapat makan derian. Hehehe."

"Hah ayah nak pi beli derian la ni. Bila nak balik ni?"

"Sekarang la. Dah nak gerak dah ni."

"Hah? Sekarang? Dengan siapa?"

"Sorang la macam biasa. Loner..."

"Tak boleh. Bahaya balik malam malam ni. Balik esok je. Pagi pagi bangkit awai sikit gerak lah. Balik esok je lah na.."

"Huuu..Ye la.." Gua iyekan saja sambil tahan esak. Sedih kot.


Gua punya lah nak balik malam ni jugak. Gua tak nak putus asa. Gua call ibu lagi sekali. Gua harap kali ni ibu yang jawab. Kalau ayah yang angkat, jenuh juga gua nak berdalih.

Tuuut tuuut...Tuuut tuuut..

"Hello, ibu."

"Hello, waalaikumsalam."

"......................................."

"Akak tak bagi salam pun lagi ibu.."

Kahkahkah!



Sampai ke sudah kami gelak je. Sumpah lawak. Sampai tak boleh nak bercakap dah. Masing masing penat gelak. Ibu pandai betul buat lawak!


Kesimpulannya, gua kena balik esok pagi la jawabnya!



Wednesday, March 30, 2011

seringgit



Scott dah lip lap lip lap tunjuk tanda dia dah nak mati kehausan. Gua mula lah panik. Selalunya kalau dah tinggal dua bar pun gua dah menggelabah habis. Inikan dah berkelip kelip. Macam mana gua boleh tak perasan pun gua tak pasti. Yang gua pasti, gua memang cuak habis. Kalau setakat tukar tayar, gua champion lagi. Tapi kalau dia mati tengah jalan, siapa nak tolong tolak Scott ni?

Gua pun mula memecut mencari petrol station. Malangnya petrol station dari tempat gua agak jauh juga. Gua tak peduli apa, terus pecut secara berhemah. Sampai je di situ, gua mula gagau sana sini cari duit. Dalam drawer, dalam dashboard, bawah seat, celah lipatan baju. Kumpul punya kumpul jumpa lah dalam sepuluh ringit. Phew, nasib ada.

Gua pun pergi lah ke kaunter nak bayar. Gua cakap kat kakak tu, pump number 6 sepuluh ringgit. Gua pun pass la duit lalu patah balik nak isi minyak.

Gua pull the trigger orang putih kata tapi dia punya slow memang kaw kaw! Apahal dah seminit pun baru masuk lima puluh sen? Gua sabar. Maybe pam ni slow sikit kot. Dah dua minit, baru lapan puluh sen. Hey, mula gua naik hairan. Tiba-tiba, pupp! Berhenti dah. Aik, takkan seringgit je dah jem pam ni?

Gua ketuk ketuk ala kadar, gua letak pam tu kat tempat dia balik, lepas tu gua angkat balik, gua try lagi. Tak keluar juga. Gua mula panas. Hari pula memang agak panas. Ketiak gua tak payah cakap lah dia punya lebat berhujan. Gua dengan cepat jalan menuju ke kaunter tadi.

"Kak, awat pump tu rosak ka?"

"Rosak? Eh, okay je ni adik."

"Awat dia masuk seringgit je kak? Saya duk try dari tadi tak boleh boleh pun."

"Eh, yeke? Awak bagi berapa tadi?"

"Sepuluh ringgit kak."

"Okay, nak balance. Sembilan ringgit."


Pelepoww!


Gua terajang cermin kaunter tu sedas! Okay part ni gua tipu je.






***





Gua pergi cakap baik baik dengan kakak tu. And then dia suruh gua pump balik lagi sembilan ringgit. Buat lawak pula dia!




Friday, March 25, 2011

sucker punch is awesome!











Disebabkan best sangat cerita ni, dan gua dapat tiket pada harga RM6 sahaja, gua nak jerit;



"Sucker Punch B E S T!!!!!"









Siapa tak pergi tengok, rugi.















Emily Browning sangatkah HOT! Phewww. Gua jeles.







Tuesday, March 22, 2011

home






Comel!

Saturday, March 19, 2011

benda benda lawak

Harini penuh dengan gelak saja. Asyik gelak huha huha saja. Dari petang bawa ke malam. Macam macam benda jadi yang buat gua tergelak bahak bahak kecil.

First, gelak sebab langgar bumper jalan sampai calar Scott. Sumpah lawak. Sebab masing masing terus diam lepas tu. Pucat je muka. Gua rasa macam bawak empat orang vampire je dalam kereta. Itu pun sebab berebut taknak bagi seorang vampire tu tengok benda rahsia dalam kotak tu. Padahal mana ada pun. Over sangat sampai tak nampak bumper terus langgar. Lepastu masing masing diam. Gua je hinggut hinggut bahu tahan gelak.

Kahkahkah!

Second, benda lawak ni jadi masa gua nak pergi rumah member gua. Nak pulangkan berodben dia. Gua pinjam dah enam bulan lupa nak pulang balik. Gua baru je buka pintu bilik dia, tiba tiba gua nampak kerusi dia bergerak gerak. Yang gua sempat nampak, tangan dia tarik kerusi tu. Ya, dia cuba bermain cak cak bawah meja. Lepas tu dia boleh duduk diam je bawah meja tu. Bajet orang tak perasan la tu. Padahal gua sampai tergolek golek dah bantai gelak.

Kahkahkah!

Third, ni lagi satu benda buat gua gelak sampai menitis air mata. Gua punya gelak kahkahkah sampai roommate gua terjaga. Sorry babe. Tapi ini sumpah lawak. Memang champion lah orang putih kata. Jangan eksyen sangat dude. Terhuyung hayang juga kena campak.

KAHKAHKAH!







***



Orang tua tua kata tak elok gelak banyak sangat. Nanti menangis. So kawal sikit pergelakkan anda. *Pesanan untuk diri sendiri*

Thursday, March 17, 2011

nombor dua

Semalam gua pergi swimming. Pergi swimming pun dapat duit, siapa taknak, ye idak? Tapi semalam tak ramai yang swimming. Tak ramai perempuan. Tapi lelaki ramai. Hehe. Tapi semua junior la pula. Baru ingat nak peewit peewit.

Sebelum masa tamat, geng lelaki ni buat challenge. Gua tanpa segan silu terus accept the challege! Sebelum wisel bunyi, gua baru perasan yang gua seorang je perempuan yang join. Patut lah masing masing duk pandang pandang je aku.

"Ah, sudah tentu lah gua akan kalah. Berenang pun terkedek kedek. Dah la budak budak ni macam power je semua. Masing masing buat muka bengis je." Gua bermonolog dalam hati. Tapi gua tetap cool dalam ketar.


Feeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettt!


Wisel buatan mulut member gua berbunyi. Lonjakan pertama gua tak berapa kemas. Kucar kacir juga nak balance balik posisi badan yang dinamik. Tapi gua acting cool je. Senior lah katakan.

Sampai je kat hujung kolam, gua terus berhenti ambil nafas panjang. Cungap cungap perkara biasa lah bila dah lama tak training. Gua tengok seorang budak dah patah balik.

"Woi, kena patah balik ke?" Tanya gua dekat member gua selaku wisel tadi.

"Hai, takkan dah give up kot?" Dia balas.

Gua tengok ramai budak budak lain kat tengah tengah lagi. Tapi gua tak pasti menghala ke mana. Disebabkan kalut, gua terus terjun patah balik.

Kecepuh kecepah kecepuh kecepah sampai juga gua ke tempat start tadi. Sepanjang perjalanan tadi, gua sempat berfikir. Multitasking juga gua ni. Sambil berenang boleh berfikir sejenak. Gua fikir, tak apa kalau kalah. Depa takkan gelak punya. Gua kan senior. Gua dah ready terima kebenaran.

Gua angkat muka je. Gua tengok ada gua dengan seorang budak yang laju tadi tu saja. Eh? Eh? Eh?!

Gua nombor dua?!

Gua nombor dua!!





Kehkehkeh. Power juga gua ni. Tak sangka. Senior lah katakan.



***


Masa gua tahu gua dapat tempat nombor dua, gua punya lah eksaited. Siap jerit yeeeehaaaa! Tapi semua orang pun buat tak tahu je. Malu lah juga. Gua kan senior..

Monday, March 14, 2011

goodnight goodnight





Videografik yang cantik. Aku harap dapat buat satu video yang cantik macam ni. Tapi aku tak berapa kreatif. Maybe boleh praktis. Siapa nak join projek aku ni sila angkat tangan.

i do






Lagu yang ceria untuk hari Isnin yang ceria.





To Uncle Gedek, I think this song suits your butwearenotalone blog. Hehe. Check this out!

Saturday, March 5, 2011

ibu dan ayah




Semalam gua balik Mencester. Tapi balik ikut highway PLUS. Dah lama juga tak pekena scene highway ni. Selalu gua ikut jalan bawah saja. Seronok sikit usha pakwe suburb. Tapi disebabkan semalam gua balik nak kena ambil adik gua sekali kat matrik Gopeng, gua tune kepala ke arah highway highway lah juga.

Gua balik Mencester sebab ada sebab. Sebab nak celebrate birthday ibu dan ayah gua. Ibu gua satu Mac, ayah gua tiga Mac. Tapi ayah gua tua lima tahun. Setiap tahun wajib belikan depa hadiah, kalau tak nanti sampai ke tahun depan kena ungkit. Lepas tu baru kalut nak belikan macam macam tapi semua di reject sebab tak bagi time birtday celebration. So semalam gua dah ready dengan dua hadiah, perfume untuk ibu, tshirt untuk ayah.

Gua tahu. Gua tahu gua anak yang baik. Terima kasih. *pang!*

Sebelum sampai rumah, gua dengan adik gua singgah lah ke Resepi Rahsia untuk membeli sebiji kek. Punyalah pening tak tahu nak beli kek apa. Kali ini kononnya tak nak beli ciskek lagi sebab setiap harijadi wajib beli ciskek. Gua try beli kek Macademia Butterscotch. Dekat Resepi Rahsia boleh pula terjumpa dengan famili kawan ayah gua. Salam salam sikit. Bersembang kejap.

"Cik Usop makan ke?" Adik gua buat buat bertanya walaupun dah nampak Cik Usop tengah suap spegeti carbonara dalam mulut dia.

"A ah. Tengah makan la ni. Kamu beli kek ke?" Cik Usop pula bertanya setelah nampak kami duk pilih pilih kek tadi. Tipikal betul borak borak macam ni.

"A ah. Nak celebrate ibu dengan ayah."

"Oohh. Anniversary ke?" Cik Usop semakin berminat.

"Eh, takde lah. Birthday depa. Minggu yang sama."

"Alololo suwitnya kamu. Nak buat surprise la kononnya ni?"

"Hehe. Takde lah surprise sangat Cik Usop. Biasa biasa je. Ok lah kami nak balik dulu."

"Okay kirim salam kat mak ayah ye."

Lepas salam salam sikit, kami pun pulang ke rumah. Sampai je kat rumah, kek kami sembunyi dulu dalam kereta. Eh mana ada surprise, sikit sikit je. Sikit apa sampai cair kek tu.

Tak sempat nak buka tudung, mak gua dah ajak keluar balik. Pergi makan. Lapar katanya. Kami pergilah makan di kedai biasa. Sebab bajet gua sudah habis. Kehkehkeh.

Masa kat kedai, tengah syok sembang sembang, adik gua tiba tiba mencelah.

"Ayah, Ibu, Cik Usop kirim salam. Tadi jumpa dia."

Ayah gua dah buat muka kurius.

"Jumpa kat mana?"

"Err..err..Kat kedai makan tadi."

"Eh, kedai makan mana? Dah makan ke tadi?"

"Alaaa ayah ni..Baru nak buat surprise. Kan dah tak jadi!" Gua jadi emo tiba tiba dan seterusnya membocorkan sedikit surprise yang kami plan tu. Padahal ayah tak kata apa pun.

"Kahkahkah! Dah bocor rahsia!" Okay ayah menang. Fine!

Balik je rumah, gua pun terus je bawa kek keluar letak depan ibu dan ayah suruh setup sendiri tempat. Sebab gua merajuk.

Tak ada lah. Tipu je.

Gua dengan adik adik gua setup meja. Pasang lilin. Paksa ibu dengan ayah duduk rapat rapat sikit sambil sama sama pegang pisau. Ibu dengan ayah tersangat lah bermacam macam perangainya malam tu. Mengantuk lah. Boring lah. Nak baring lah. Nak tengok tivi lah. Dan dan!


Tengok tu. Ibu time time ni nak tidur. Ayah pula nak pegang pisau sorang sorang. Sila abaikan lighter tu.

Baju ayah gua pakai tu baju yang gua bagi. sampai ke hari ni tak nak tukar. Pagi pagi tadi gua tengok dia terus pakai baju tu balik. Ibu pula taknak pakai perfume. Takut habis katanya.




Comel!


***


Petang ni dah nak balik Serdang balik. Siapa nak teman jalan empat jam??





Friday, March 4, 2011

hari yang aneh



Hari yang aneh ini dimulakan pada waktu petang tadi. Ada sesi beramas mesra di antara pihak scholarship dengan students. Ada gua, dan juga kawan kawan gua. Gua namakan seorang sebagai Senah dan seorang lagi Ramelah.

Sebelah gua Ramelah. Tengah tengah sesi dia boleh buat kelakar bila tiba tiba sakit perut. Bukan itu saja, bertambah kelakar bila sakit perut tu berjangkit dengan gua dan Senah sekali.

Aneh bukan?

Jadi, berpusu pusu lah kami ke tandas untuk melepaskan hajat yang terpendam.

Usai berurusan, kami bertiga pulang ke tempat duduk masing masing. Suasana semakin muram. Kelopak mata masing masing mula melayu. Tiba tiba muncul satu permainan baru. Permainan 'cacing kerawit'.

Aneh bukan?

Lalu kami bermain dengan bahagianya.

Setelah selesai sesi beramas mesra, perut masing masing mula mendayu dayu. Kami ambil keputusan yang paling bernas untuk ke pasar malam. Kami pergi naik Morad. Morad ni kepunyaan Senah. Macho gila gua cakap lu! Turun je kereta, kami nampak makcik pakai tudung dengan meksi singkat paras lutut.

Aneh bukan?

Tapi kami membeli belah dengan gembiranya.

Balik kolej, terus parking Morad kasi cantik cantik lalu masing masing kalut nak melahap hasil shopping tadi. Terus lah ke rumah Senah dan Ramelah. Kami bersila beramai ramai dan ready untuk makan. Tiba tiba ada ketukan gung gung gung kat pintu rumah. Suddenly ada sesi terjah menerjah pula.

Aneh bukan?

Tapi kami ketawa-sepuas-puasnya-tak-boleh-berhenti sampai ke malam.

Bila malam menjelma, kami mula bergossip sakan. Rakan rakan artis yang lain mula atur tempat untuk meet up. Sesi bergossip pun bermula. Pung pang pung pang bergossip, kami pun mahu pulang. Sebab gua punya esaimen bahasa arab belum siap lagi. Study tetap study beb. Sebelum pulang ada sesi kejar mengejar pula dengan Senah.

Aneh bukan?

Sampai je di kamar, masing masing kalut buka fesbuk la apa lagi. Yang agak demm di situ bila mana si Senah berjaya meng'hack' akaun gua. Mula la timbul status status yang agak psiko di wall gua dan wall orang lain juga. Mula mula gua layankan saja. Lepas tu gua sendiri dah rasa macam ada split personality, gua terus pergi ambush Senah sambil mengugut nak buat benda jahat dekat dia. Tiba tiba ada seekot burung kelicap sesat masuk rumah. Kepala dia terkena kipas lepas tu terbang macam pening pening. Gua berjaya mempamerkan pelbagai aksi menarik juga semasa nak tangkap burung tu nak lepaskan kat luar.

Aneh bukan?





What a weird day. But everyone has a good laughter at the end of the day.




***


Penat juga kalau hari hari jadi hari yang aneh macam hari ni ye.



Thursday, March 3, 2011

benda benda cool






Okay, sekarang gua rasa cool balik. Gua suka bila gua rasa cool.



***


Gua suka lelaki yang berambut afro. Sekian terima kasih.







Wednesday, March 2, 2011

giant



Kalau dah nama pun giant, tak perlu lah nak pakai high heels bila nak berjalan dengan member yang comel comel.




Kan dah kena halau. Jalan jauh jauh sikit, depa kata. Kahkahkah



***



Gua teringin juga kadang kadang nak pakai heels..



when is my turn?



Setelah mengetahui kebenaran, aku mula rasa tak cool.






Aku rasa L O S E R !





Tuesday, March 1, 2011

jom baca doa




Jom baca doa jangan malas malas!


***




Gua rasa semakin hari semakin malas, lupa diri lepas tu menyesal, lepas tu buat balik. Maybe because I'm just too far from Him..

baru beli sikat

Semalam beli sikat. Teruja!


Setelah empat tahun tak pernah beli sikat.






Teruja!



Heeee :)
(Letak smiley sikit sebab tersangat teruja)




***



Jangan nak komplen komplen pasal rambut gua lagi ok!

Monday, February 28, 2011

but..we are not alone





Specially dedicated for Sir Gedek. Ha ha.


Amacam? Sad face anyone?


***


Cuba teka kat mana gua jumpa sad face ni? Siapa betul dia terer.








no string attached

Bila sembilan orang singles berkumpul tergolek golek terlompat lompat terlari lari termenyanyi termenari terpakai mask termakan terminum dan tertidur sekali, dalam satu rumah comel..



Ini lah yang dinamakan 'No String Attached'.





Kami bahagia. Weeehooooo!

Saturday, February 26, 2011

get me high


Suara dia buat gua high. Apa pasal gua terlambat tahu pasal minah ni?

Thursday, February 24, 2011

cave = gua

Tergelak juga gua baca blog gua lepas di-gugel-translate-kan.



Cave cave apa? Gua la, gua! Kahkahkah!


ultrasound


Kelam kabut juga gua cari senarai klinik panel untuk staf UPM ni. Setiap klinik di kawasan Serdang, Sri Kembangan, Bandar Baru Bangi serta Putrajaya habis semua gua call. Semua nak tanya pasal benda yang sama, perkhidmatan ultrasound. Dekat 30 buah klinik juga yang berjaya gua call.


Teet teet..teet teet..(bunyi telefon)

Orang klinik : Hello boleh saya bantu?

Gua : Hello. Boleh saya tahu, kat klinik ni ada perkhidmatan ultrasound tak?

Orang klinik : Ultrasound untuk scan baby ke kak?

Gua : Ya untuk scan baby.

Orang Klinik : blablalbablabla (dia terangkan pasal tarikh dan waktu)

Gua : Okay, itu saja saya nak tahu. Terima kasih.


***



Letak telefon je gua terus pegang perut. Woii, gua belum pregnant lagi la!


Itu untuk survey projek gua la..



***

Okay semua panggil gua akak. Gua kan akak! Grrrr..



Wednesday, February 23, 2011

disaster (3)



Kalau di Mencester, rutin harian gua bangun pagi mandi gosok gigi cuci rambut serta buang air besar. Selepas itu macam biasa, rambut yang basah gua biarkan bebas untuk kering secara semula jadi dengan cuaca di Mencester. Gua nak rambut gua membesar secara semula jadi. Baru lah dapat hasil yang rare.


Seperti kebiasaan juga, gua suka mengendeng kat adik adik gua. Saja cari pasal. Dekat depan mata, gua nampak Ain. Gua terus pergi kat dia lalu kibas kibaskan rambut gua depan muka dia.


"Cantik kan rambut I? Call me Hermione. Call me Hermione. Call me Hermione, please."





"Hi Hagrid!"






Damn!



***


Faham faham sendiri lah apa yang terjadi kat Ain selepas tu. Gua kan akak.


Tuesday, February 22, 2011

hawt models








Bukan selalu buat kerja gila.

Panjat Broga pakai kebaya, contohnya.





***

Semua model di atas adalah professional. Sila percaya.



Wednesday, February 16, 2011

suara sedap



Roomate gua kata suara gua sedap..dalam telefon.









Kalau tak percaya, cubalah.





Ihiksss.




Sunday, February 13, 2011

barang baik



Kisah ketagihan ini bermula dua hari yang lepas. Orang kata, kalau tak nak ketagih jangan ambil overdose. Tapi gua jenis rebel, mana nak dengar kata orang. Gua ambil juga dua bungkus. Barang baik lah katakan. Untuk manusia normal, satu bungkus pun dah lebih dari cukup. Ada yang tak larat nak habiskan pun.

***

Dua hari lepas, gua bersama konco-konco gua dengan beraninya mencabar mental dan fizikal masing masing untuk memanjat Bukit Broga. Bukan calan calang orang yang boleh tackle bukit ini. Dengan ketinggian seribu tujuh ratus meter, masing masing mula pucat apabila mendengar nama Bukit Broga ini. Namun, di atas keazaman yang tinggi, kami gagahkan jua diri untuk bangun seawal empat pagi dan menunggu seorang lagi sekutu yang kiranya terbabas ke pukul sembilan. Walaupun seorang telah kecundang, kami tidak gentar untuk mendaki juga hingga ke puncak Bukit Broga.

Agenda seterusnya adalah dengan mencari pasal di Sungai Tekala. Mana tak cari pasal, dah tahu kaki krem panjat bukit, lagi nak pergi mandi air terjun sejuk sejuk tu. Oh ya, sekutu yang tertinggal tadi tiba tiba munculkan diri sambil membawa dua puluh bungkus 'barang baik'. Gua terus sambar nak makan. Alasan paling bernas yang otak gua dapat hasilkan adalah gua nak topup balik energy dan gua nak panaskan badan sebelum terjun ke lembah kesejukan tu. Hangpa nak mandi, mandilah dulu. Setelah sekian lama tak pekena barang baik tu, gua terus bedal dua bungkus. Pehhh dia punya nikmat tak dapat diulas dengan kata kata. Bermulanya ketagihan di hari pertama.

Walaupun dua bungkus gua ambil, namun energy yang terhasil tak dapat mengcounter kesejukan air terjun Sungai Tekala. Gua mengalami simptom simptom seperti blurred speeches, cramps, tremors, hypothermia dan juga urtikaria. Tapi gua hadapi semua itu dengan cool je. Tak macho la kalau nangis! Gua sambung mandi manda walaupun sekali sekala gua kena stretch kaki hilangkan cramps.

Kaki krem dan kereta manual adalah gabungan yang paling tahi sekali dan gua mengalami kekejangan kaki ketika mahu drive pulang. Gua gamble try brek pakai kaki kiri. Gua tengok passengers kat belakang semua main angguk angguk geleng geleng pasrah saja. Sampai ke sudah gua asyik teringat kat barang baik itu saja.


***

Ketagihan di hari kedua.

Semalam, ada member gua ajak pekena barang baik punya dekat Sungai Ramal. Gua tanpa berfikir panjang terus angguk memberi persetujuan. Depa kata barang baik tu kat sini memang terbaik. Gua bercongak congak nak ambil berapa. Disebabkan gua berfikiran logik, gua cuba menenangkan nafsu gua. Kali ni satu bungkus cukup. Cukup! Lagipun dah malam, nanti kalau overdose susah pula gua nak tidur.

***

Pagi pagi lagi gua bangun dah menggigil gigil. Mana tak ketar, siap termimpi mimpi lagi barang baik tu. Gua bangun dengan satu azam, nak cari sampai dapat barang baik tu. Kalau tak dapat juga, gua sanggup buat sendiri. Practice makes perfect, orang putih kata.

Gua cuba mencuba pelbagai taktik, dari menggugel sehinggalah ke mengfesbuk. Budak budak urban memang macam ini punya gaya. Hujung jari je yang bergerak. Mana tak gemuk.

"Petang petang macam ni dapat pekena barang baik orait juga ye."

Gua post di fesbuk. Tak sampai seminit, jiran rumah gua komen. Dia kata dia ada dua. Tapi dah lama, takut tak elok. Gua dengan tangkas terus memanjat koridor ke rumah sebelah nak ambil barang baik. Dapat barang baik di kala ketagihan macam ni merupakan perkara terbaik dalam hidup. Gua peluk cium member gua sebab seronok tak terkata. Elok tak elok belakang cerita. Janji dapat hidu dulu aroma dia pun dah cukup.

Dua bungkus barang baik dah ada depan mata. Air liur gua yang menitis, gua tepis perlahan lahan. Pehh nasib baik elok lagi. Terus hilang ketar ketar gua lepas dapat pekena barang baik ni. Dua bungkus gua telan dalam masa tak sampai lima minit. Hebat bukan?


***

Gua dah betul betul ketagih barang baik ni. Esok gua berazam nak belajar betul betul cara nak buat dia. Jimat sikit. Pehh kalau pekena time dia berasap asap lagi, memang high. Gua tak tipu.












***


Barang baik = Nasi lemak daun pisang.

tak puas hati ke?

Kahkahkah. Gua dah kata dah. Benda benda social network, blog blog ni banyak buat orang bergaduh saja.




Kahkahkah!



Thursday, February 10, 2011

creepy sangat ke?

Babak pertama.

Gua tengah syiok duduk dalam CC (baca : cybercafe) ni, tiba tiba owner dia datang slow slow je kat gua. Gua saspek dia nak halau gua keluar. Mana tak halau, gua tak pernah bayar pun sepanjang gua melepak kat cc dia ni.

Tapi sangkaan gua meleset. Owner cc boleh pula cakap kat gua,

"Weh, tolong sikat rambut kau boleh tak? Seram aku tengok."


Demm. Kucar kacir gua cari sikat.

"Bak sini nak pinjam sikat. Gua tak ada sikat rambut." Gua meminta jasa baik owner cc sambil sengih.


"Gua takut sikat gua patah je." Dia jawab sambil tangan terketar ketar hulur sikat dia kat gua.

Demm!


***

Babak kedua.

Gua tengah asyik melayan video video baik punya di YouTube hasil nukilan brader AnwarHadi dalam cc ni, tiba tiba ada member gua datang sembang sembang dengan owner. Gua pun nak mencelah juga. Tak nak kalah orang kata.

Gua pun pusing la kepala gua nak menghadap depa ni. Tiba tiba member yang datang tu melompat terus nak pitam. Sikit lagi nak berbuih mulut.

Terkejut tengok gua. Alasan dia, dia tak perasan gua wujud di situ sebab baju gua hitam, rambut macam Hermione (baca : Hagrid), lepastu melekat kat dinding dan tiba tiba menoleh macam dalam scary movies. Creepy!


Demm!


***

Babak ketiga.

Gua kena sound selepas dua babak tadi. Bukan ini kali pertama kena sound. Lalu gua capai getah rambut wayar telefon lalu mencuba nak ikat rambut.

Pap! Terputus pula. Nak menangis woi getah putus. Gua mana ada getah lain. Ini pun getah curi adik gua punya.



Kan semua orang dah lari! Creepy sangat ke woi??


Demm!!!



Wednesday, February 9, 2011

merenguih



"Hang ni pasai apa tiba tiba nak merenguih semacam ja ni? Emo tak pasai pasai? Awat dak tau?"


"Gua pun tak tau. Tiba tiba nak emo. Angin apa entah datang hari ini."


"Dah la pi tempik habih kat orang. Pakat lari menderu semua. Hang ni pasaipa?"


"Ish, gua kata tak tau, tak tau la! Pehh, emo balik. Kahkahkah."


"Hang ni, tak baik tau dok merenguih lagu tu saja. Tiba tiba nak marah, ingat orang lain suka ka?"


"Gua tau orang tak suka, tapi gua bukan sengaja. Emotionally unstable orang putih kata. Dah dah gua tak emo dah. Buat apa emo emo, buat orang duk mengata kat gua balik saja. Kehkehkeh."


"Tau pun. Dah pi gelak gelak balik. Toksah la dok muncung sangat mulut tu. Huduh sangat aih."







***



Jangan tanya gua borak dengan siapa. Bladihell betul tiba tiba nak emo!



Eh, mana ada emo dah. Hehe mana ada..





pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas


Kalau orang pecah kereta, curi semua duit seringgit seringgit dan syiling yang gua letak bersama kad Touch'N'Go dalam laci bawah radio tapi dia tinggal kad Touch'N'Go tu kat atas seat co-pilot, lepas tu dia ambil sekali spek RayBan sembilan ringgit sembilan puluh sen yang gua letak bersebelahan dengan spek Elle gua yang bukan tiruan itu tapi dia tinggal spek Elle tu, nak kata dia ni bodoh ke bengap? Kahkahkah! Lawak la diorang ni. Sumpah lawak.

Lagi satu, kalau orang pecah kereta, tapi tak ada satu apa pun yang pecah (contoh : tingkap), dipanggil pecah kereta juga ke?













Ye, Scott terlupa untuk dikunci pada malam kejadian tu. Suspek masih dicari.




Monday, January 31, 2011

limau



Gua pergi sana sini mesti ada orang hulur limau. Aunty Sylvia bagi limau. Apek hensem kedai handphone bagi limau. Ada stranger mana entah hulur kat gua limau. Memang tanpa ragu ragu gua sapu semua. Limau sedap kot. Siapa tak makan limau memang kodi.



Gua dengar dengar, orang yang selalu diberi limau ni sebab dia lawa. Betui ka?





Kahkahkah! (*Pang!*)




movie best



The Way Back : Terbaik!


Sekian terima kasih.






event kereta kecik



Ok gua mulakan cerita menarik ini dengan mukadimah yang sesuai. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua masyarakat sekalian.


Gua bangun awal pada pagi hari Ahad yang indah yang disertai dengan salji salji halus yang mula turun dari langit. Gua macam tak sangka juga gua bangun awal.

"Wow, gua bangun awal!", gua mula bersembang dengan kucing ni, gua secara rasmi menamakan beliau Cik Piah. Dah tak ada siapa kat rumah, sesi bersembang dengan Cik Piah mula mengambil tempat. Cik Piah ni pun satu, sikit pun dia tak bagi respon dengan apa yang gua kata. Dia buat hal dia je. Macam bercakap dengan kucing je!

Gua bangun awal bukan sebab apa, nak tutup kipas. Sejuk dia sampai bernafas pun keluar asap asap. Serius gua tipu. Sejurus selepas itu gua terus pakai baju bulu beruang lalu sambung tidur kembali. Ya, gua tipu lagi. Yang sebenarnya gua tak boleh sambung tidur lalu gua bangun, kemas katil, sapu bilik, makan koko krunch dengan susu stoberi lalu mandi. Ya, yang ni gua tak tipu.

Selepas selesai berkemas dan berbau harum, barulah selesa nak buat kerja. Gua sambung pencarian untuk kerja sekolah gua di enjin enjin pencarian terkemuka negara, Google, UPM Library, ScienceDirect dan sebagainya. Pehh dah macam nak tulis script ucapan rasmi gayanya ni.

Then, gua baru teringat. Ada member gua nak datang KL. Ada event kereta kecik katanya. Dia kata nak jumpa gua. Gua lantas mengesemes beliau untuk bertanyakan lokasi beliau. Cilakak. Ini dah betul betul karangan PMR Bahasa Melayu sudah ni!

Ok gua sambung balik. Din ajak gua pergi sekali event kereta kecik tu. Gua segan juga mula mula. Yela, gua haram tak tahu satu benda pasal kereta kereta ni. Yang gua tahu cek air, cek minyak hitam, hantar servis dan tukar tayar saja. Tak ke malu nak join event orang pro pro ni?

Oh tidak. Gua memang tak tahu malu. Gua lantas mengejoinkan diri gua dengan mereka. Ada tujuh orang semua dari JB. Yang gua tahu nama, Din, Timmy, Jimbo, Farid dan Ahmad. Yang lagi dua orang, gua segan nak bertanya. Pehh kucar kacir juga gua. Last last gua jadi batu kat seat co-pilot. Segan bai! Orang tanya sepuluh patah, gua jawab sepatah. Event dekat Wangsa Maju. Dari Serdang ke Wangsa Maju tu dalam hati gua gelabah tak tentu hala. Gua nak borak apa pun tak tahu. Gua ambil keputusan berdiam diri. Nasib baik depa ni sempoi saja. Gelak tak kira masa. Timmy memang menjadi bahan tetap untuk dibahan. Padan muka, siapa suruh cakap umur gua 39. Kahkahkah.

Sampai kat lokasi event, salji masih turun renyai renyai. Nasib baik gua dah biasa dengan kehidupan Mencester. Sejuk sikit apadehal beb. Gua tengok Timmy dah bersweater dah. Biasalah, orang South East Asia. Masuk ke dalam tempat event, gua mula ternganga. Serius ternganga. Event macam ni bukan event main main. Punyalah banyak kereta kecik pelbagai jenama dan saiz serta warna. Ok gua tak tahu nak explain pasal spec sebab gua tak tahu apa apa pasal kereta. Tapi gua tetap ternganga.


Tangkap curi ni. Malu pakai camera phone je. Ini baru sikit. Dekat row kiri kanan beratur lagi kereta kecik, workshop kecik, moto kecik, spanar kecik. Tu truck kecik pun ada. Van Bob Marley pun ada.


Yang paling legend, workshop. Pehh detail habis! Gua respek gila orang yang main scene kecik kecik ni. Penyabor, orang kata. Gua teramazing juga (teramazing?) dengan kerja tangan diorang ni. Art beb! Tangan gua dah menggigil gigil tahan nak sentuh kereta kereta tu. Nak sentuh tak berani. Takut ada cap jari. Mengamuk pula owner dia nanti. Gua terasa rugi sebab tak bawa camera. Tapi kalau bawa pun, memang gua tak keluarkan dari beg la. Segan kot. Otai otai photog semua ada di sekeliling.

Organizer event ni nama dia Ah Kit. Parents dia terbaik! Ramah sangat. Segala benda cerita kat gua. Gua pun dan dan nak cerita segala benda kat diorang. Yang paling buat gua rasa malu malu sikit bila Aunty Sylvia asyik cakap gua cantik. Sembang sikit, dia stop sebab nak cakap gua cantik. Kehkehkeh. (Caih perasan!)

Gua sambung perjalanan event gua dengan sesi bersembang dengan uncle and aunty. Kami berborak macam dah lama kenal. Punyalah peramah diorang ni. Gua mestilah tak nak kalah. Dan dan gua pandai peramah. Pasal hometown aunty kat Ipoh, pasal uncle and aunty pernah kerja di Lumut dulu, pasal anak anak aunty and uncle, pasal ibu ayah gua, pasal bisnes aunty and uncle, pasal Lin Dan menang, pasal nama gua start huruh S dan nama aunty pun start huruf S, pasal taik lalat gua, pasal awet muda aunty, pasal sekolah gua, pasal safety officer, pasal mechanical and electrical, sehinggalah ke pasal love life gua, semua terkeluar. Pehh, ramah bukan?

Makan minum toksah cakap. Sepanjang masa ada depan mata. Ada nasi lemak lah, nasi goreng lah, limau lah, kerepek lah, biskut raya lah air oren lah. Aunty siap pegang perut gua tanya lapar ke tak. Bapaklah malu, tak sempat nak cover buncit!

Tak habis di kedai, ke rumah pula kami menyambung event. Semua bergerak ke rumah Ah Kit sebab dia nak tunjuk special collection dia. Uncle awal awal lagi dah pesan,

"Jangan takut, ada dua anjing garang sikit saja."

Gua dah get ready. Nak takut apa, garang sikit saja. Sampai depan pagar, gua rasa nak cabut lari. Bukan main garang lagi kot anjing anjing dia. Gua baru ingat nak pat kepala depa tadi. Terus cancel. Jalan jauh jauh je. Nasib baik kena tied up. Kalau tak, sumpah gua takkan turun kereta.

Masuk saja bilik Ah Kit, rahang gua rasa nak tercabut jatuh tergolek golek atas lantai. Banyak gila collection kereta kecik. Gundam pun ada. Orang kecik pun ada. Besball bat pun ada. Pedang kayu pun ada. Hair dryer pun ada. Lampu lip lap lip lap disco pun ada. Bantal dolphin pun ada. Diorang estimate Ah Kit ni boleh jadi jutawan kalau jual semua collection dia tu. Yang rare pun banyak. Bagi gua semua rare, sebab gua tak tahu apa apa. Kehkehkeh. Gua terfikir juga, tak ke membazir main mainan kecik kecik ni? Lepas tu gua teringat kata kata Aunty Sylvia tadi,

"Lebih baik bagi dia main macam ni. Daripada membazir pergi pub tak tentu hala. Dia dapat ramai kawan lo main kereta kecik kecik ini."

Pehh! Betul juga tu. Banyak otai otai yang datang tadi. Gua tengok diorang main kereta kecik ni bukan calang calang. Penuh art kot! Gua kagum. Ah Kit juga ada buat demo polish (gua rasa) kereta. Sekali lagi gua ternganga.

Sebelum balik kami bergambar beramai ramai di rumah Ah Kit. Then terus drop gua kembali ke negeri UPM ni. Sebelum tu ada sesi temuramah dengan abang gad dulu (sekarang kena panggil abang gad).

"Bang, saya nak masuk dalam kolej boleh ke? Boleh tolong bukakan barrier gate tu tak?" Gua tanya.

"Ada banyak barang ke?" Dia tanya gua balik.

"Yup. Ada banyak barang dalam van ni." Gua menjawab.

"Banyak ke barang tu? Sampai satu van?" Dia cuba membuat lawak.

"A ah. Penuh satu van barang barang." Balas gua sambil buat buat gelak.

Kaching! Palang dibuka. Terer juga skill gua ni ye. Boleh praktikkan selalu. Habis perjalanan event gua hari ini. Sampai je kolej, gua menjadi seperti biasa lah, keseorangan. Nasib baik ada Cik Piah. Boleh juga buat cium cium. Esok gua nak bangun awal nak jadi student balik.



***


Terima kasih kawan kawan bawa gua event kereta kecik. Legend kot.











***


Updated :


Gua baru teringat, semalam masa tengah ralit tengok kereta kecik, gua perasan sesuatu. Gua terlupa zip seluar. Demmit! Dari bila gua tak zip pun gua tak tau. Harap harap tak ada orang lain perasan. Gua dan scene terlupa zip seluar memang tak dapat dipisahkan. Demm lagi sekali!








Saturday, January 29, 2011

lost


Okay. I admit it. I'm lost.



Find me please?




Thursday, January 20, 2011

panas



Cilake!! Dah tulis panjang panjang, sekali semua hilang. Dah la speaking bagai. Konon nak omputih sikit. Damn!

Sunday, January 16, 2011

rindu ibu



Petang tadi family aku datang dari Mencester untuk ke Bandar Baru Bangi menghadiri satu majlis perkahwinan kawan ayah aku yang bernama Ikhlas. Aku selalu tersilap panggil dia dengan nama Jujur. Wife dia sangat cun, orang Sabah ba.

Selesai makan nasi minyak tambah dua kali, tapai pulut dua bungkus, semangkuk cendol, serta dua cawan jelly kelapa, kami satu family bergerak ke Putrajaya menyaksikan keindahan alam. Sambil sambil camwhoring la apa lagi. Kehkehkeh.

Tengah duduk di tepi jambatan, ibu aku tiba tiba buka beg dia dan keluarkan perfume dia. Lalu dia spray sikit ke pergelangan tangan dia. Dan juga dia spray sikit ke baju aku. Wangi. Seronok. Aku suka perfume dia. Rasa macam nak peluk dia sepanjang masa.





Dan sekarang aku simpan baju tadi elok elok dalam closet. Taknak basuh. Nanti rindu ibu boleh peluk baju. Ok sekarang nak pergi peluk baju tu. Dah start rindu.



Tuesday, January 11, 2011

handphone

Semalam gua pergi berjumpa dengan supervisor projek tahun akhir gua. Gua tahu gua bakal kena hamun sebab tak pernah pergi jumpa dia padahal orang lain hari hari jumpa supervisor. Dah berapa kali dia call, gua tak jawab. Setiap kali dia call, mesti ditakdirkan gua tertinggal handphone di bilik. Bukan gua saja saja tak nak jawab. Siriyes, tak tipu. Sebab setiap kali ada misscall, gua call dia balik.

Lalu gua pun berjumpalah dengan dia. Pung pang pung pang punya bersembang memang tak ingat waktu lunch. Banyak gua kena sembur la. As expected..Kehkehkeh.

Selesai sesi kaunseling dan motivasi, Dr. Supervisor gua mula tanya soalan cepu cemas.

"Awak memang selalu tak bawa handphone ke? Bukan ke handphone tu untuk hand. Kenalah bawa ke mana mana."

"Hehe. Saya memang selalu tertinggal handphone doctor. I'm so sorry."

"Saya suggest awak apply home line saja lah. Baru betul tak payah bawa ke mana mana. Kahkahkah."


***



Okay, lepas ni gua try tak tinggal handphone. Kang tak pasal pasal gua kena usung sana sini telefon rumah.

Wednesday, January 5, 2011

public phone 2


Banyak betul cerita masa gua balik Mencester. Sampai terlupa setengah. Ni gua nak kasi satu cerita. Hari tu mak gua suruh gua pergi kedai jahit nak jahit tepi tudung orang tempah kat mak gua. Gua dengan pantas dan tangkas terus grab kunci Kura Kura Putih sebab Scott tak ada road tax. Tanpa toleh kiri dan kanan gua terus menyusup masuk ke dalam kereta.

Gua teruskan perjalanan secara steady. Ah bawa laju laju pun bukan best nak round pekan Mencester ni. Pemanduan secara steady amatlah berbaloi baloi untuk tujuan mencuci mata gua ni. Tapi gua perasan suasana yang agak pelik. Jalan lengang. Sunyi saja. Orang tua lepak kedai kopi pun tak ramai. Budak budak sekolah baru nak naik pun tak ada meronda ronda main basikal. Mat rempit apatah lagi. Sepi.

Sampai di kedai jahit kegemaran mak gua, gua pun parking baik baik. Takkan parking kancil pun nak senget senget kot. Buat malu saja. Gua pandang ke kedai, automatik gua terus masuk gear reverse. Damn. Kedai tutup. Gua cuba ke kedai jahit kegemaran nombor dua mak gua. Jaraknya dalam 5km juga. Sekali lagi gua termencarut di dalam hati. Tutup juga. Macam mana gua nak kabor kat mak gua ni?

Gua seluk poket kanan, tak ada. Gua seluk poket kiri, tak ada. Gua cari dalam laci kecil bawah radio, tak ada juga. Gua cari dalam dashboard, masih lagi tak jumpa. Kali ni gua nekad. Gua tunduk cari bawah seat. Bling! Mata gua bersinar sinar tertancap pada satu benda bulat kecil. Jumpa!

Hati gua berasa amat teruja. Rasa macam nak melompat saja tapi control tetap control beb. Terima kasih wahai sepuluh sen. Lu memang penyelamat di saat gua memerlukan.

Langkah seterusnya, cari public phone la apa lagi! Kahkahkah.


***

Dah tau 01.01.2011 lagi mahu cari kedai. Memang tak dapat la. Lepas tu buat perangai bijak lagi dengan purse tak bawa, handphone tak bawa, duit syiling yang penuh poket pula tiba tiba kosong. Bijak bukan?


*Updated*


Gua tak tahu nak pakai public phone rupa rupanya. Menggelabah juga nak tekan tekan nombor.



Tuesday, January 4, 2011

rupa cantik bertukar menjadi setan setan setan


Siapa suruh masuk tentera
Kalau tahu begini jadinya
Lebih baik duduk di kampung
Tanam ubi dan tanam jagung

Yang pertama Tentera Udara, Air Force!
Ramai orang yang tidak suka
Terbang tinggi di angkasa raya
Silap silap jatuh dalam paya

Yang kedua Tentera Laut, Navy!
Ramai orang yang kecut perut
Kapal pecah tak sempat paut
Silap silap jerung nganga mulut

Yang ketiga Tentera Darat, Army!
Ramai orang yang tidak larat
Buat kerja yang berat berat
Silap silap putus urat saraf

Yang keempat pasukan ROTU, PALAPES!
Hari hari tangan makan batu
Rasa sakit hatiku pilu
Orang cuti, kita belum tentu

Ku ambil rumput di padang
Ku jadikan penyamaran
Rupa cantik bertukan menjadi setan setan setan
Agar tak dapat dikesan






***


Pehh semangat patriotik gua jangan bawa main main. Luar je nampak rebel, bengap, blur, tak tau apa apa. Dalam jiwa siapa yang tahu. Kahkahkah!


Gua baca entry Sun yang ni buat gua teringat zaman zaman melantong banyak dulu. Gua punya version lain sikit dari lu. Tapi gua yakin rentak dan irama dia sama. Calit ibu jari sikit!


Sebenarnya panjang lagi lagu ni. Termengah mengah juga nak sing along sambil lari. Kalau gua, memang tak keluar suara la. Pakai kaedah miming saja. Semput noks! Yang selebihnya gua tak ingat. Siapa terer, boleh gugel.


***


Rindu nak guling guling padang kawad sampai termuntah hijau! Kahkahkah



tak dikenali


Balik Mencester hari tu, semua orang pakat tak kenal aku. Kurus katanya.





Kahkahkah.




Saturday, January 1, 2011

azam baru?







Fuuhhh. Tahun 2010 gua paling loser dalam soal bercinta. Gua malas nak berazam azaman lagi pasal jodoh. Setiap tahun sama saja. Rilek rilek sudah..