Thursday, July 29, 2010

mata kuat

"Weh mata kau merah. Semua urat urat mata merah. Kenapa ni?"

"Mata dia kuat tu. Semua urat timbul."


***

Demm. Mata gua selalu kering la. Sensitip. Perlukan belaian manja setiap hari.

Tuesday, July 27, 2010

beach vs. bitch

"Nasib baik gua dah makan ubat cacing haritu. Gua tak takut dah nak main kat pantai. Best woo gua main kat pantai haritu."

"Hey, kan bitch tak boleh pergi beach. Kenapa lu pergi jugak?"


***

Ada rasa lapaq penampaq tak, Nado?

wangi

Lepas mandi, masuk bilik. Tengok tengok ada member seorang tengah godek godek laptop. Gua ngendeng-ngendeng kat sebelah dia. Mengada.

"Wangi betul lu ni. Pakai sabun apa ni?"

"Wangi ke? Cium la. Cium la. Cium la."


*Pang*


***

Tula siapa suruh mengada lagi. Kehkehkeh.

Sunday, July 25, 2010

pisang goreng ganja

"Makcik, saya datang dari jauh nak beli pisang goreng ganja ni makcik."

"Weh, ni lah pisang goreng ganja tu."

"Makcik, sorry la semalam saya tak datang. Ada kerja sikit. Sehari tak pekena pisang goreng ganja ni memang tak senang duduk saya."

"Awat pisang goreng ni buat saya ketagih no? Makcik letak apa ni?"

"Ni hang pakai ayat apa ni. Ada pakai pelaris ka? Awat la tak berhenti-henti orang mai ni.."


***


Antara ayat ayat bukan rekaan malah benar belaka kat gerai Tokei. Pisang goreng ganja? Tokei gelak saja. Nak buat macam mana. Tokei berniaga dengan jujur serta ikhlas dari hati dengan tujuan mencari rezeki. Tak pernah nak pakai pelaris pelaris bende jadahnya. Hello people, jangan la kampung sangat. Sekarang ni urban la beb, tak pakai la benda benda ortodoks tu. Janji muka manis, hati ikhlas serta senyuman menawan sudah cukup memadai.


***


"Kalau nak berniaga, jangan kedekut sangat." - Tokei.

Friday, July 23, 2010

insomnia

Kenapa? Kenapa susah nak tidur 2-3 hari ni? Kenapa asyik teringat tentang benda yang sama je?
Kenapa tak boleh vanish memory macam tu saja? Kenapa performance tak bagus ni? This is sick!


Ciss..gua dah macam awek awek layan drama korea la pulak. Emo semacam! Kehkehkeh. Mari kita kembali kepada kehidupan asal yok! Uuuulalalala~

Wednesday, July 21, 2010

im so sorry

For making you fall for me.
For making your life miserable.
For making your heart feel like burst out.
For making you cry in the middle of the night.
For making you hate girls from now on.
For making you become like this.

Im so sorry for everything..



***


Congratulation Sya. You finally became a HEARTBREAKER! Fuck.

Tuesday, July 20, 2010

kelas fun!

"Jenayah ilmiah!"

"Nak seronok boleh. Tapi pilihlah keseronokan yang membawa kebaikan."

"Chronic = menahun"

"Masyarakat itu merasakan bahawa dia bukan masyarakat."


***


Gua berazam tak nak tuang kelas Dr. Malina. Sumpah fun!

si penggila bubur

Aku gila bubur. Memang gila. Bubur nasi. Sangat gila. Ni dah masuk 5 mangkuk bubur aku makan. Ni pun tengah makan lagi sambil taip taipan. Gila. Macam amek dadah. Dia punya high..perghh.. Nak sikit? Bukan bubur, aku tanya nak sikit gila tak?

perkara perkara takut

Kadang kadang aku rasa takut
Rasa yang amat takut

Bila lecturer tengah bercakap kat depan
Aku takut lecture hall runtuh

Bila berada dalam lif
Aku takut lif putus

Bila berada dalam ruang kecil
Aku takut dinding dinding itu menghimpit

Bila nak tidur pandang siling
Aku takut siling jatuh

Bila tengah drive Scott
Aku takut jadi eksiden

Bila ingin berpasangan
Aku terlalu takut akan perpisahan

Kadang kadang saja lah. Bukan selalu.


***

Langsung tak kena! Lenggok ayat tunggang langgang. Mampuih pi la. Gua tak reti. Tapi ini memang dari gua.


Lagi satu, gua terlalu takut nak baca paper 'metroseksual' tu sebab hari hari ada berita orang buang anak.

Sunday, July 18, 2010

stupid for love


Bukan semua aku buat. Gila ka nak beli sex toys?? Tapi memang pernah jadi stupid for love. Stupid sikit saja.



***


Apehal banyak sangat entry ini hari?? Heh

balik kampung

Perkara perkara marveles:

Bihun sup power
Ketam rebus makan ratah ratah
Sambal petai udang (udang superb size xxl)
Sotong fresh
Pengat pisang + ubi
Bubur kacang hijau + durian
Kek batik
Buah salak
Buah manggis
Buah durian
Main boling
Masuk base
Tudung baru
Ruang tamu baru
Almari baru
Syiling baru
Basikal adik gua yang bakal dirembat oleh gua
Hari hari hujan



Yang paling syiok, dapat tengok muka sorang sorang kat rumah ni.
Kesimpulannya, balik kampung adalah perkara paling indah untuk single lady macam gua. Hahaha!


***

Don't worry Mommy and Daddy. Minggu depan I balik lagi mengabehkan boreh. Weeehoooo!

lelaki tinggi kacak pula

Wow! Gua cepat mellow bila nampak lelaki tinggi kacak pula tu. Betul tak tipu.

tulisan tangan

"Weh Nado, cuba tengok tulisan gua. Macam budak kecik tak?"

"Tak lah. Macam tulisan budak sekolah menengah."








Ha-ha.

Friday, July 16, 2010

naik minyak!

Semalam punya cerita.

Gua terbaca pasal minyak naik.

Lekas lekas gua ajak Scott pergi minum kat Shell.

Apa pasal tak ramai pun beratur nak pergi isi minyak? Gua tanya Scott. Scott diam.




Ohh, naik 5sen je. Apeadehal?!




***

Gua blanje Scott minum sampai full. 5sen tak 5sen. Duit tu duit! Gua dah la budak sekolah lagi. Hari hari kena catu makan la kalau ini macam.

Harini Scott nak kena teman gua balik Manjung.

Wednesday, July 14, 2010

botol air cantik

Pagi tadi pergi beli botol air cantik. Cantik sangat. Murah pulak tu.

Tayang sana. Tayang sini. Eksyen sana. Eksyen sini.



Bila petang botol air cantik sudah hilang. Demm!






*Nak buat entry pendek pendek la pulak. Macam comel saje. Macam NizamSani.