Wednesday, July 29, 2009

debaran

UPM tutup seminggu. Selsema binatang tu la. Ini bermakna aku kena balik Manjung. Berat hati nak balik. Berat kaki aku nak tekan pedal kura-kura putih. Berat tangan aku nak kona kona stereng. Berat mata aku nak fokus kat jalan. Berat punggung aku nak landing lama-lama atas seat. Sungguh berat kepala aku nak fikirkan semua nih.

***

Berat berat pun aku pergi juga cek kura-kura putih. Bagi minum air sikit bagi makan angin sikit. Esok pagi pagi aku ajak dia gerak. Dalam 5 jam kami sampai la. Doakan aku selamat sampai. Entri ini ada berbaur sirius. Tak tahu kenapa.

***

Berdebar menanti dugaan dan cabaran sepanjang berada di Manjung. Aku harap aku dan Tokei akan kembali seperti dulu.

Tuesday, July 28, 2009

membelit

"Woi kawan-kawan, night rig kena pakai stokin hitam ke coklat ni?"

Sedang aku terkucar kacir mencari stokin lagi sebelah, ada suara di sebalik pintu berbunyi macam ni;

"Kuat membelit ni budak ni. Sampai jadi senior pun tak tahu apa lagi. Siap kau. Lepas balik Angkasapuri ni kau datang bilik aku. Kita beramah mesra." Jemputan seorang subby yang terdengar perbualan aku dengan member aku tadi. Kecut perut.

***

Ciss, sakit habis semua otot otot badan aku yang manja ini. Dah lama aku tak suruh otot bergerak aktif tapi malam ni semua terkejut masa sesi ramah mesra tadi. Pagi-pagi tadi dah mengaum sebab kaki cramp.

***

Mai sini seorang tok guru handalan tolong bagi training tahap panglima kat aku. Jum bertapa sebulan. Tolong ajar aku complete set jadi panglima terus boleh? Siapa ajar aku ajaran sesat aku tempeleng.

Monday, July 27, 2009

gasoline

"Jom pergi makan Gasoline!"

"Kau nak mampus ke makan minyak gas??!"

***

Gambar tak lawa pakai camera handphone zaman kanak kanak dulu.

sayang punya pasal

"Woi akak! Selasa ni hari jadi Senah. Jangan buat buat tak ingat pula. Cepat pos hadiah. Murah-murah tak main ok! Ok chow. Tuuuuut.."

Budak-budak zaman sekarang memang berfikiran millenium bak kata brader PdausAhmad ni. Hadiah hari jadi pun nak kena minta dengan gaya Yakuza kutip hutang ke? Ok Senah, aku pos kat kau Mini Cooper sebijik. Esok sampai. Aku tak berkira sangat dengan adik beradik ni. Selamat Hari Lahir yang ke-17 Senah. Aku tetap sayang adik adik aku.

***

"Hello akak. Munah ni. Munah dapat nombor 3 exam percubaan UPSR haritu. Bak sini handphone satu! Ok bye."

Kes kedua budak budak millenium. Woi kamu semua ingat aku ni cop duit ke?? Dah la aku belajar lagi. Bukannya ada bisnes sendiri, duit sentiasa masyuk. Duit pun pinjam kat Encik Pt. Tapi semua tu aku jerkah dalam hati saja. Handphone dah pergi survey dah pun semalam. Kejap lagi nak pergi angkat satu. Congrats Munah! Aku tetap sayang adik adik aku.

***

"Assalamualaikum akak. Gayah tak ada apa nak bagitahu tapi Gayah nak cakap yang Gayah pun nak handphone juga. Sebab Munah dapat, Gayah nak juga. Tak kira macam mana sekali pun. Ok bye!"

Ok. Ini memang kritikal. Aku dulu darjah tiga tak reti apa pun. Mentaliti budak budak zaman sekarang memang kena dibetulkan. Balik hometown nanti siap, aku basuh sorang-sorang. Kejap lagi aku kena keluarkan duit lebih sikit sebab nak angkat dua handphone. Ciss, untung besar tokei kedai handphone tu. Aku akan start berpuasa setiap hari lepas ni. Aku tetap sayang adik adik aku.

Sunday, July 26, 2009

cool!!

Ok. Pekan Frinjan memang cool. Khabar-khabar angin beserta gosip panas itu semua betul. Berpandukan GPS manual, kami selamat sampai ke menara jam yang begitu gah sekali. Jam dia sebijik macam jam kat rumah aku. Setelah setengah jam mencari car park, kami terdiri daripada aku, Kak Lilin, Sang Bobo dan juga Tokcu Afique bersesat-sesat pula di dalam bangunan Plaza Alam Sentral yang macam kedai runcit kampung aku. Nasib baik nampak ada seorang budak kecil sesat menangis kat depan main entrance. Kalau tidak, tak tahu la nak pusing ke mana lagi nak cari exit.



GPS manual kami. Dari Hospital Serdang sampai Masjid Shah Alam. Hebat juga aku dapat baca GPS ni dengan tepat sekali.

Keluar je terus menerjah ke arah menara jam. Sebelah menara jam ada booth untuk orang bersuara merdu dan enak nyanyi-nyanyi dan puisi-puisi. Di bahagian kanan pula booth jualan live. Belakang booth ada kedai minum. Dari jauh nampak si Pipi. Yang aku kenal pun dia seorang saja la. Aku usya dia, dia usya awek lain. Tak apa lah. Aku teruskan kepada usyaan buku buku dan baju baju. Maghrib kami sekali lagi bersesat-sesatan dalam mall tu nak cari surau.

Lepas maghrib kami makan lepas tu bersila kat tepi kolam tengok orang nyanyi-nyanyi dan puisi-puisi. Nak pergi sembang dengan Pipi aku takut makwe makwe lain jeles pula. Aku pergi berdiri sebelah dia saja cukuplah. Untuk aku yang baru first time datang memang rasa nak lompat-lompat je. Excited sikit. Tapi orang lain macam santai je so aku cover la juga. Aku rasa aku dah jatuh cinta kat brader yang nyanyi sorang-sorang tu pakai t-shirt dengan seluar kargo. Ternganga aku tengok dia nyanyi. Macam nak pergi duduk kat depan dia je. Suara memang style! Crowd dah ramai bersantai kat depan tu. Ada seorang tu baca puisi bawa anak kecil sangat comel.


Barang barang aneh yang sempat aku curi di situ.

Aku akan bawa duit lebih lepas ni untuk borong semua buku buku kat situ. Semalam aku bawa duit cukup cukup untuk tambang flight pergi Pekan Frinjan tu. Menyesal tak sudah. Bukan senang nak cari buku buku tu kat Manjung. Next event aku bawa dalam 2 riban cukup tak agak-agak? Aku tak ingat nama dan tak kenal sangat penghulu serta komuniti masyarakat pekan ini tapi apa yang pasti Pekan Frinjan sangat COOL! Lepas ni aku takkan miss.

***

Tapi member-member aku ajak main batu seremban kat tengah-tengah tu pula. Layan saja lah. Seronok juga main batu seremban dalam gelap. Beberapa kali juga batu landing baik atas dahi aku. Pencapaian terbaik aku dapat 8 markah.


Kami. Aku tak mampu mendongak akibat tergeliat leher bermain batu seremban.

Tuesday, July 21, 2009

pekan frinjan??

Aku ada dengar gosip gosip panas pasal Pekan Frinjan. Apa jadahnya pun aku tak tahu. Tapi hati aku macam berminat ke arah situ. Kat mana dan bila masa pun aku tak dapat info. Siapa-siapa yang terlebih ilmu pengetahuan pasal Pekan Frinjan tu jangan malu dan segan untuk membuat presentation slide show depan aku. Aku belanja air kelapa 5 bungkus. 5 bungkus tu beb!! Peluang keemasan apa tunggu lagi.

fit

Aku sudah pulang. Tok guru yang khabarnya sangat hebat hanyalah bahan gurauan semata-mata. Ilmu beliau sekadar runcitan biasa sahaja. Aku cancel program pertapaan. Kalau setakat nak bagi ceramah cinta, aku beli dvd pasang kat rumah goyang kaki sambil minum iced lemon tea tengok lagi sedap.

Masa di gua haritu, ada juga aku buat yoga seround dua. Tok guru punya pasal la ni sampai aku boleh sangkut kaki kat leher. Balik kolej, aku nak try test tahap kecargasan badan aku. Setakat yoga-yogi tu semua orang boleh buat. Slo-mo je. Aku kasi up sikit dengan mencabar badan sendiri untuk berlari lari di sekitar kolej. Kasi kencang sikit paru-paru bergerak. Baru la remaja beb!

Roomate aku gerak bangun Subuh dah dekat pukul 7. Terima kasih diucapkan kerana jikalau tiada gerakan dan sentuhan kasar beliau aku pasti burn je Subuh tu. Lepas Subuh aku termenung sekejap untuk memotivasikan diri. 2 minit aku siap berpakaian ala Son of Rambow sambil cucuk earphone kat telinga buka lagu kuat kuat untuk memastikan kadar pendengaran aku bertambah mantop 20 tahun akan datang. Kasut aku pilih yang 'luck'. Kasut Power kesayangan. Mahal jugak aku beli haritu. Dalam 40riban.

Sudah stretch up apa yang patut, aku mulakan langkah dengan Bismillah. Barulah berkat. Langkahan pertama memang selalu terrbaik. Start langkah kedua rasa lain macam. Langkah ketiga tiba-tiba rasa sayu. Langkah kelima kaki dah lembik! Ciss, tok guru mana bagi ajaran sesat kat aku sampai kaki asyik nak naik ke leher saja ni??!

***

Badan dah tak fit. 2bulan setengah terperap kat rumah tanpa aktiviti lasak membuatkan aku jadi malas. Gemuk jangan cakap. Tahap anak gajah sudah. Esok aku marathon dari Serdang sampai Lumut. Tengok fit tak fit punya berangan!

Monday, July 20, 2009

tiada apa

Tiada entry baru buat seketika. Aku away pergi bertapa di sebuah gua di hujung kampung menuntut ilmu mengusya pakwe dengan lebih berkesan. Siapa-siapa ada pesanan sila tinggalkan selepas bunyi tuuut walaupun aku tahu tak ada siapa nak pesan apa-apa. Tuuuut!

Wednesday, July 15, 2009

budi bahasa budaya kita

Aku : Lu pehal??

Member aku : Kau kenapa?? (Lepas tu dia merepek meraban apa aku buat tak dengar. Sorry la kak.)

***

Ok. Bahasa aku agak tak stabil. Bercakap dengan orang-orang yang lebih tua perlu beretika tinggi.

i'm taking back my love

Sesi YM dengan member sekolah pagi tadi. Ikuti butir bicara kami.

Ulip : I'm taking back my love?

Aku : Yup. Tu yang tercatat kat caption aku.

Ulip : Taking back from who?

Aku : Enrique Iglesias. Hahaha

Ulip : Then nak bagi kat siapa love tu?

Aku : Nak simpan dulu. Berehat sebentar. Penat la asyik giving love. Hahaha

Ulip : Betul tu. Relax dulu. Tak lama nanti ada la orang yang kau boleh bagi. Chill.

Aku : Yeah right.. Huhuhu

***

Poyo bukan? Ok. Aku tahu aku akan kena kutuk esok kat kelas. Tak rock la beb! Apa barang jiwang jiwang??!

makan dengan beretika

Menari terlompat-lompat dan terkinja-kinja di ruang tamu rumah jiran sebelah. Penangan nasi kerabu yang melampau itu berjaya membawa aku ke alam hyperactive. Semua penghuni rumah itu pada mulanya tercengang dan membuat muka kurius tetapi menyambung suapan nasi bungkus masing-masing semula seketika kemudian tanpa memberi perhatian kepada aku.

Tarian dan lompatan sudah perlahan akibat daripada rampasan air tin gedegang dari tangan salah seorang penghuni rumah itu, Nada. Aku seperti melihat Nada terkumat-kamit bila ambil air dia balik. Dia terus minum laju laju sampai habis dan kemudian senyum dengan penuh sarkastik.

Hyperactive menyerang pada suapan kedua. Muka penghuni-penghuni rumah itu sudah bertukar hijau. Instin aku dapat merasakan sesuatu yang amat dasyat bakal berlaku lepas ini.

Gedegangg!! Pintu rumah itu dihempas kuat. Aku dapati aku sudah bersila di depan pintu. Nasi kerabu dah berterabur.

***

"Weh, boleh tak makan beretika sikit? Orang lain pun nak makan juga. Bising betul!" Satu suara garang sambil tangan yang penuh dengan nasi dihayun-hayunkan depan muka aku.

"Kau kalau setakat nak makan nasi kerabu yang tak pedas langsung tu lepas tu nak terkinja-kinja kat sini baik tak payah. Pergi balik rumah sendiri la hantu! Kau keluar sekarang. Datang balik esok." Satu lagi suara gerun bertempik.

Aku kaku. Air hidung mengalir pantas. Pedasss!!

Tuesday, July 14, 2009

jangan pandang belakang

Sesi berjalan hujung minggu aku laksanakan dengan jayanya minggu ini. Seperti biasa aku lone ranger je. Penat pusing satu mall sampai kaki rasa lembik, aku ambil port baik nak rehatkan punggung sambil mengusha pakwe pakwe yang lalu lalang. Ada yang hensem, ada yang muka baik tak kurang juga ada yang membuatkan mata aku kebas kebas bila tengok. Tapi aku teruskan aktiviti ini dengan berhemah. Sesekali buat buat seperti sedang membalas mesej padahal haram siapa pun tak mesej. Sekali sekala buat buat gelak, tak ada siapa berani nak duduk kat seat sebelah. Tiba tiba aku kaku. Ada seorang pakwe kat bangku kat depan tengah pandang tepat ke arah aku. Aku bab-bab eye contact ni memang gagal sikit. Dari dulu tak pernah pass with flying colors bak kata orang putih. Aku melarikan pandangan mata aku yang ayu ini ke arah kaki aku. Tunduk. Cis, kasut kotor la pulak. Dah tiga tahun tak pernah basuh. Tak enak langsung untuk jamahan mata aku yang ayu ni.

Aku pandang ke atas semula. Kononnya nak double check. Dalam hati berdebar juga tapi muka maintain cool. OMG! Pakwe tu pandang aku lagi la.

Aku tunduk. Sengih sengih kucing. Sah la dia tengah usya aku. Malu la pula. Tak boleh kalah ni. Aku pandang dia balik. Dia pandang aku balik. Senyum pula! Tiba tiba rasa macam elektrik dari mata ke mata macam dalam drama cina dulu-dulu tu. Orang orang macam berhenti statik. Tak bergerak. Jam di tangan pun berhenti. Kaku.

Dua saat lepas tu baru lah orang orang bergerak seperti biasa. Tak larat la aku nak tahan nafas lama lama. Keadaan sekeliling menjadi normal seperti biasa. Baru aku rasa macam nak kucar kacir. Beg kat tangan dah habis dipintal pintal. Peluh bukan main. Aku hapuskan syak wasangka aku cepat cepat. Aku yakin zip seluar aku ok, butang baju ok, tudung tak senget, seluar tak singkat sebelah, kasut aku sepasang sama, maskara tak comot, kuku dah potong pendek, aku pakai perfume aku harini bukan perfume ayah aku, senang cerita, dress up terbaik la harini. Tak perlu diragui lagi. Aku cuba nak tengok pakwe tu lagi. Nak buat conformation sikit. Pakwe tu pandang aku lagi! Haishh, rasa macam tengah terbang.

Tiba tiba pakwe tu bangun dari bangku. Perlahan-lahan dia menapak. Aku syak dia nak blah tapi kenapa makin lama makin dekat dengan aku pula. Dalam kepala aku tengah rewind nombor telefon 74 kali dah. Takut terlupa. Parkinson pun macam bagi signal nak menyerang je. Aku plan nak jerit je nombor telefon aku lepas tu terus lari. Malu la beb kalo nak bersembang tapi Parkinson menyerang. Mulut pun gigil. Dia makin dekat. Dekat sangat dah ni. Aku pejam mata. Ready nak kasi jerit. 1 2 3...

Aku buka mata. Kenapa senyap? Kenapa tiada suara say hi? Pakwe hensem dah hilang.

***

Aku pandang belakang air mata aku berguguran. Pakwe hensem tengah berkepit dengan makwe cun dan blah sambil gelak gelak syaitan kedengaran samar-samar. Ni yang aku malas prank prank jalanan ni. Runcit runcit pun aku boleh terkena? Tipah tertipu. Lain kali jangan pandang belakang.

Friday, July 10, 2009

sailormoon

1995, Kelas 1B

Cikgu Rubiah tak masuk kelas lagi. Inilah saat paling indah bagi murid-murid kelas 1B sebab boleh buka cerita pasal Sailormoon semula. Aku seperti biasa dengan geng Sailormoon rancak memilih gaya serangan terbaru menentang musuh. Tapi harini aku rasa lain macam. Feeling nak bergaya dah lari. Dari bahagian kiri kelas kelihatan si Apek dah mendengus kasar. Buku-buku conteng di atas meja habis semua dilemparkan ke sana sini. Aku syak ini mesti ada kaitan dengan si Jefriden kat belakang. Sekilas pandang aku lihat Jefriden dah mencicit menyorok bawah meja. Apek bangkit tangkas sambil mengangkat tegak kolar baju sekolah putih dia itu, berjalan dengan penuh amarah ke arah Jefriden. Tangan dah genggam jadi penumbuk yang kecil saja. Member-member lain buat tak ambil port. Sembang kuat gelak kuat pasal Sailormoon lagi best.

Dalam beberapa saat kemudian, kedengaran suara Jefriden mengaduh. "Aduh!" dan "Auuw!" dan juga "Ouchh!". Suara si Apek pula begitu lancar menuturkan carut carut darjah satu. Aku tengok si Jefriden dah terkulai tak berdaya. Si Apek masih laju menumbuk-numbuk perut dan pipi Jefriden tanpa belas kasihan.

Panas. Badan aku tiba-tiba rasa panas. Tangan kecil aku tiba-tiba membesar dan berketul-ketul menggenggam penumbuk dengan mantap. Sebelah lagi pegang tongkat sakti. Kaki aku menjadi panjang, aku membesar secara tiba-tiba. Ala-ala Hulk tetapi lebih bergaya dengan memakai pinafore. Aku yakin dan pasti bahawa aku telah diberi kuasa itu. Ya! Kuasa Sailormoon sudah menyerap dalam diri. Laju berlari ke belakang kelas, mendepakan tangan mengambil tempat di antara Apek dan Jefriden, seraya berkata,

"Dengan kuasa bulan, aku menghukum kau. Jangan pukul Jefriden lagi!"

Gedebushh!

Aku terduduk. Tangan dan kaki mengecil dengan laju. Balik ke bentuk asal. Tongkat sakti bertukar kepada pembaris 20sen. Ada tapak kasut di perut. Suara tak mampu dikeluarkan lagi. Senak. Nak bangun pun menggigil lutut. Butir-butir mutiara sudah bertakung di mata.

"Kau duduk diam-diam. Ini urusan budak lelaki macho saja. Kau tu perempuan. Jangan masuk campur!" Jerkah si Apek betul-betul depan muka aku. Aku boleh nampak anak tekak dia bergerak-gerak. Dalam hati aku berikrar takkan kawan dengan Apek sampai bila-bila. Tak nak kawan! Petang ni nak pergi rumah Cik Nor nak mengadu pasal anak dia terajang perut aku. Cik Nor selalu menangkan aku.

Cikgu Rubiah masuk kelas. Apek dan Jefriden sudah bersurai duduk tempat masing-masing. Cikgu Rubiah terus mengajar eja perkataan 'SAKIT'. S A K I T. Air mata aku berguguran. Cikgu Rubiah panik.

***

Balik rumah aku terus minta mak aku beli seluar biru gelap. Esok nak pakai seluar dengan kemeja pergi sekolah. Rambut minta potong pendek.

***

Sampai sekarang aku still contact dengan Apek. Bestfriend lagi tu. Jefriden pula buat-buat tak kenal haritu jumpa dekat bank. Dia mungkin dah lupa siapa itu Sailormoon Kelas 1B. Dan satu lagi, semua cikgu aku panggil Cikgu Rubiah masa darjah satu.

Wednesday, July 8, 2009

pakgad

Pakgad Hensem itu babai aku??!

Adakah ini mimpi atau ilusi atau hanya mainan minda atau prank edisi terbaru pakgad?

Tapi yang pastinya pakgad itu babai kat aku tadi. Bukan bayangan.

***

Sem 2 Tahun Pertama, 2008

Aku tengah menggelabah biawak sebab lambat untuk berbaris kat kolej KOSASS. Ada muster pula. Perjalanan naik kura-kura putih aku akan mengambil masa dalam 20minit untuk bergerak dari kolej K-17 ke kolej KOSASS. Aku amat pasti rakan-rakan seperjuangan aku tengah berada dalam keadaan push-up sementara menantikan kehadiran aku sambil beramai-ramai memaki seranah aku. Sorry la member, aku bukan sengaja lambat. Ada kelas tadi.

Nak ke kolej KOSASS kena menempuh pelbagai halangan dan dugaan. Terutama sekali pakgad gate area dekat stadium. Pakgad pakgad situ bukan calang-calang pakgad. Pakgad terbaik punya. Jangan sekali-kali sebut gaji buta depan mereka. Buat muka tak cukup sen pun jangan harap nak layan. Sekali kena tahan jangan harap nak lepas tanpa saman. Sampai saja kat gate, aku arahkan kura-kura slow down. Nak pecut tak boleh pula, ada tiga bonggol. Mau terbalik kura-kura ni. Pakgad aku tengok dari jauh dah ready pegang lampu kelip-kelip merah. Makin dekat makin laju pula kelipan lampu tu. Komfem kena punya. Aku pun berhenti sambil mengayuh pedal tingkap laju. Sistem stereo gempak aku kasi off terus. Riak muka automatik berubah mode sen-sen. Pakgad muda menghampiri. Hensem juga orangnya. Ok itu adalah ayat bodek.

Pakgad Hensem : Assalamualaikum. Student ke ni?

Aku : Waalaikumsalam. Ye saya student.

Pakgad Hensem : Student tahun berapa ni?

Aku : First year encik.

Pakgad Hensem : Awak tahu kan yang student tahun pertama tak dibenarkan bawa kenderaan.

Aku : Tahu encik.

Pakgad Hensem : Habistu kenapa bawa? Awak ada lesen? Kalau nak bawa kenderaan kena ada sticker.
Pelajar tahun akhir saja yang dibenarkan membawa kereta. Awak ni baru tahun pertama dah bawa kereta. Ini peraturan keselamatan universiti. Saya boleh saman awak ni.

Aku : Err. Sebenarnya encik, ini kereta makcik saya. Saya pinjam sebab saya dah terlambat nak ke KOSASS. Saya ada perbarisan. Saya memang tak berniat pun nak susahkan pihak encik. Tapi ni sebab saya ada hal penting. Kalau naik bas memang dah tak sempat ni. Saya minta maaf sangat-sangat. Kali ini saja saya masuk. Lepas ini saya tak buat lagi.

Pakgad Hensem: Oh,awak ada training ke? Bukan apa, saya hanya menjalankan tugas. Saya faham tapi lepas ini jangan buat lagi tau. Parking kereta awak ni kat tempat yang dibenarkan sahaja. Kalau saya jumpa park kat tepi-tepi jalan saya clamp. Ok. Bawa kereta elok-elok.

Aku : Terima kasih encik. Jasamu dikenang!

Dengan muka kasi up riban-riban sikit aku bergerak teruskan perjalanan. Ketawa aku simpan dalam hati. Nanti jumpa rakan-rakan seperjuangan baru la seronok bergelak. Kereta makcik jadahnya, makcik aku mana ada extra kereta nak sedekah kat aku pula. Oh lupa nak bagitahu, sebelum ni aku masuk gate guna identiti pelawat, siap isi borang pelawat. Alamat rumah No. 13, Bandar Baru Kajang. Ada ke? Rumah siapa-siapa aku hentam tulis. Aku yakin pakgad tak ambil port pun bab-bab alamat. Tapi hari ini aku dah lambat. Pakai uniform pula tu. Tak menarik langsung kalau nak menyamar jadi pelawat. Dialog aku dengan pakgad tu aku dah ringkaskan untuk menjimatkan tenaga mata anda semua. Janji aku lepas gate.

Sampai di KOSASS, aku tengok kosong je dataran. Mana rakan-rakan aku? Yang kelihatan adalah kelibat seorang Leftenan Muda yang gerenti ketar lutut kalau tengok muka dia. Aku saspek malam ni malam menarik. Memang habuan lumayan aku la malam tu, berguling la aku seorang kat dataran sampai muntah. Rakan-rakan seperjuangan hanya sengih melihat dari jauh. Leftenan Muda itu tersenyum puas dapat melaksanakan aktiviti menaji terbaik malam ni.

***

Sem 4 Tahun Kedua, 2009

Aku sebagai driver kura-kura tanpa sticker tegar meluncur dengan penuh bangga setiap kali tiba di gate-gate kolej. Semua pakgad dah cam muka aku. Tiada lagi lampu kelip-kelip merah menghantui perjalanan merentasi gate. Apa yang ada hanyalah green light. Ini memang indah bagi student seperti aku. Masuk kolej pukul 3pagi lepas lepak uptown pun tak kena tahan beb. Memang aku respek dengan dedikasi para pakgad kolej aku. Aku tahu mereka memberi kepercayaan mereka kepada aku. Akan aku jaga kepercayaan itu dengan baik. Tak mahu la buat benda-benda tak elok. Dress up ala sekretari. Berbaju kurung paling terbaik. Jangan sesekali bergaya ala minah rempit.Sekali tercalar reputasi aku, macam mana nak dapat green light lagi?

Satu hari yang indah, tiba-tiba ada call untuk berbaris. Dalam mode on-call, aku berlagak steady dalam kencang bersiap untuk ke KOSASS la mana lagi. Seperti biasa di gate aku buat muka berlagak macam biasa. Dah ready senyuman untuk pakgad beruniform saja. Yang pakai lekeh jangan harap. Sampai je di gate nak keluar dari kolej aku, aku baru perasan ade lampu kelip-kelip merah. Takkan kena tahan kot? Pakgad nak cari nahas ke ni? Dua orang pakgad menghampiri kura-kura putih. Kura-kura dah slow sikit bunyi, takut agaknya.

Pakgad 1 : Aku kenal budak ni!

Pakgad 2 : Aku tahu. Budak ni la ni. Betul la dia.

Aku (dalam hati) : Apa jadah pula ni? Aku tak kenal seorang pun. Eh, Pakgad Hensem! Aduh, jangan la kena lagi.

Baru aku teringat. Pakgad Hensem yang pernah tahan aku setahun lepas. Macam mana dia boleh ingat kat aku lagi? Punya lah ramai student kat sini, macam mana muka aku boleh kena tag?

Pakgad Hensem : Awak lagi. Saya pernah tahan awak kan? Mana sticker awak?

Aku : Err, saya tak apply sticker lagi. Lagipun saya pinjam je kereta ni. Saya nak pergi training ni tapi dah terlambat tu yang saya pinjam sekejap kereta. Lepas ni saya hantar balik kereta ini kepada makcik saya.

Pakgad Hensem : Haha. Dah berapa lama awak pinjam kereta ni? Hari-hari saya tengok kereta ni ada dalam kolej. Bila awak nak apply sticker ni? Kali ni betul-betul nak kena saman ni.

Aku : Encik saya dah terlambat ni, ada training. Boleh tak encik lepaskan saya. Saya janji tak bawa lagi kereta ni. Lepas ni saya terus pulangkan. Boleh la encik.

Pakgad Hensem : Ok saya lepaskan. Tapi ingat, kali ini saja. Saya bagi tempoh sebulan dari sekarang. Sebulan lepas ni saya cek kereta awak. Kalau tak ada sticker saya saman terus. Ok?

Aku : Baik encik! (sambil salute 1231!)

Parkinson aku dah berkurangan berbanding masa dengar perkataan saman dari mulut pakgad tu tadi. Sudah boleh tukar gear tak sangkut. Tadi sangkut 3 kali masa nak mula gerak, menggigil beb. Boleh pula kena tahan hari ini. Aku saspek ada unsur tidak puas hati dari pakgad tersebut. Maklumlah, aku baru je basuh kereta. Kilat bukan main. Aku akan ingat muka pakgad tu sampai bila-bila. Kalau jumpa kat jalan memang aku kasi race sama dia. Jangan main-main dengan kuasa kura-kura aku tu. Tapi jangan bagi bukit. Paling ekstrim pun 40 km/j je dapat.

Sampai je KOSASS aku kena guling. Immune sudah.

***

Sem 5 Tahun Ketiga, 2009

Aku dari KOSASS ada program berdialog dengan pegawai koordinasi baru. Jam dah menunjukkan pukul 11.26 pm. Seperti biasa kura-kura bergerak lancar sambil kadang-kadang tersedak bila langgar lopak. Aku berkira-kira nak tunjuk skill drift kat pakgad bila sampai kat gate kolej aku nanti. Baru la up sikit reputasi. Sampai je di gate, aku lihat sesusuk tubuh seorang yang amat dikenali. Oh demm! Pakgad Hensem! Angan-angan aku terkubur. Kura-kura terpaksa di slow kan. Aku amat pasti dan yakin aku dalam tahanan lagi malam ni.

***

Pakgad Hensem itu babai aku??!

Adakah ini mimpi atau ilusi atau hanya mainan minda atau prank edisi terbaru pakgad?

Tapi yang pastinya pakgad itu babai kat aku tadi. Bukan bayangan.

***

Esok aku nak pergi apply sticker cepat-cepat!

rindu

Baru balik Serdang 4 hari dah terasa rindu kat Tokei. Cis masa kat rumah panas punggung la sangat. Bosan la. Boring la. Jemu la.Siap ber'wrestling' lagi dengan Tokei. Sekarang padan muka dah rindu.

Sunday, July 5, 2009

kepulangan

4 Julai 2009

6.30 a.m.
Awal gile aku bangun harini. Semangat nak balik kolej membuak-buak di dada. Ok tu aku tipu je. Punya lah liat kaki nak bergerak ke bilik air. Tangan tak payah cakap. Barang-barang jangan harap la nak packing elok-elok. Semua campak je dalam kereta. Tak payah la beg-beg macam nak pergi naik kapal terbang. Plastik sampah hitam tu pun dah cukup bagus buat isi baju-baju. Selesai dengan baju, kura-kura putih (kereta) aku tu pula kene check. Nasib baik ayah dah tolong pergi hantar servis semalam. Nak harap kat aku, enjin pun aku tak tahu kat mana letaknya. Haritu ade bunyi pommm sikit aku dah menggelabah call kedai kereta. Padahal bunyi belon adik aku letak kat seat belakang meletop. Sengaja nak dajal kot. Sebelum balik kene singgah kat si Senah pula di sekolah SEMESTI. Bawa pusing-pusing Teluk Intan dua tiga round cukup lah. Kalau tak singgah nanti dia menangis lagi. Nak pujuk bukan senang. KFC atau McD kena dibawa menghadap. Tak apa aku sayang adik-adik aku.



9.30 a.m.
Baru nak check air kura-kura putih. Demm boleh pula tertidur. Pukul berapa nak sampai Serdang ni? Kelam kabut campak saki baki mee goreng ke dalam perut kura-kura putih, main minyak dua tiga pam, terus pecut. Woii! Tak salam mak ayah dulu ke? Aku buat drift macam biasa la kat depan surau. Patah balik salam peluk cium semua cekau duit 2-3sen masuk poket terus jalan. Senah dah call 48 kali suruh singgah. Dengan nak round Teluk Intan lagi dah habis berapa jam. Kura-kura putih aku kasi order suruh pecut paling laju. Memang terangkat juga lah bukan selalu kasi laju-laju ni. Dengan 68 km/j aku memecut hebat di jalan raya. Nasib baik trafik lancar.

10.30 a.m.
Sampai sekolah Senah. Ciss dia ada kelas pula. Boleh outing pukul 11. Ini bikin panas punggung. Aku dah main aci sep tiang seorang-seorang. Senah dah habis kelas aku terus pecut. Nasib baik makgad harini tak kejar. Selalunya kena kejar sebab tak hantar kad outing kat pondok dia. Harini betul-betul lancar. Terpesona sekejap. Pusing Teluk Intan seround je, beli ayam kat Giant, beli kopi kat OldTown, hantar Senah balik sekolah. Oh lupa nak bagitahu, kami ada beli roti Giant kat makgad atas budi baik dia harini.

2.00 p.m.
Ciss dah pukul 2 baru nak gerak,pukul berapa nak sampai Serdang? Karenah birokrasi kolej dah terbayang-bayang dalam kotak fikiran. Aku target sebelum pukul 5 mesti kena sampai kolej kalau tak mesti kena dengan makcik-makcik admin kolej nanti. Kura-kura putih aku pujuk suruh laju sikit lagi. Dapat la pecut dalam 70 km/j. Tu kira pencapaian terbaik kura-kura aku buat masa ni. Respek! Dua tiga kali melelong juga sebab mengantuk. Panas tak payah cakap. Air-cond memang out. Tak apa aku tetap sayang kat kura-kura putih aku ini.


Kura-kura Putih Kesayangan
(Gambar dua tahun lepas, tapi sekarang pun sama je. Habuk je bertambah banyak. Karat apatah lagi.)

4.45 p.m.
Sampai je terus drift masuk parking. Lari-lari anak pergi ofis kolej. Demm dah tutup. Mana mahu tidur malam ni? Aku nampak seorang makcik melenggang dari jauh. Operasi dimulakan.

"Makcik,tolong saya makcik. Tolong la saya. Saya tiada tempat untuk beradu malam ni. Macam mana ni makcik. Boleh la bagi saya daftar. Saya seorang saja ni. Makcik tolong la saya." Agak dramatik juga la aku berlakon. Ok boleh masuk audition Anak Wayang.

"Yang kamu balik lambat siapa suruh? Padan muka ofis dah tutup. Datang esok je la. Dah la tu saya dah penat. Cukup la pendaftaran hari ini sampai sini saja. See you tomorrow!" Ciss dia boleh speaking pula. Ini tak boleh jadi. Aku taknak tidur kat koridor raya.

"Makcik tolong la saya. Mak bapak saya hantar saya dengan penuh harapan agar saya jadi anak bangsa berguna. Dengan penginapan kolej yang bagus,pelajaran saya tidak terganggu. Boleh la saya berjuang membangunkan bangsa dan negara. Kalau result saya jatuh, makcik tak rasa bersalah ke? Konsentrasi saya agak terganggu dengan tak ada tidur dan rehat yang mencukupi. Saya tak mahu makcik berasa guilty di masa hadapan. Makcik tolong la saya. Dengan pertolongan makcik, sebenarnya makcik juga telah menyumbang ke arah pembangunan anak bangsa dan negara makcik sendri tau. Boleh la makcik bagi kunci bilik saya ye?" Penat juga berlakon. Patut la artis-artis demand. Baru aku tahu betapa susahnya menjadi seorang pelakon yang penuh penghayatan.

"Ambil lah ni. Malas nak melayan kamu ni." Bersinar-sinar cahaya dari muka makcik tu aku tengok. Dia ikhlas la tu. Yang penting aku dapat kunci bilik. Yess!!

6.30 p.m.
Buka pintu bilik debuuummm tido terus atas katil. Tak kira la habuk ke apa. Mata dah tak larat nak buka. Tiba-tiba telefon nada dering polifonik bergetar dan berbunyi dengan nyaring. Oh man! Terlupa bekalan untuk Aunty Yana. Goreng pisang dan ubi getuk. Orang mengandung memang teringin macam-macam. Goreng pisang dari Perak pun boleh order sampai ke Nilai. Tak apa aku tetap sayang aunty aku.

9.00 p.m.
Balik dari Kajang makan sate dengan aunty and uncle. Tiba-tiba mata jadi fresh. Baru teringat, aku seorang je kat dalam rumah ni. Yang lain smua balik esok. Demm. Cari penyapu letak sebelah katil baru rasa selamat sikit kot. Tiba-tiba aku rasa macam kat dalam dunia lain. Oh dah mimpi la tu.

***

Lega sebenarnya dapat balik kolej. Banyak sangat buat konflek kat rumah. Tak apa aku tetap sayang ibu dan ayah aku.

Wednesday, July 1, 2009

27 oktober 2008

Cuba anda semua semak semula kalendar anda untuk tarikh di atas.

Tarikh ini merupakan satu tarikh keramat dan memberi makna yang amat mendalam pada diri aku. Tarikh ini juga telah menduga tahap kesabaran dan keimanan aku. Tarikh puaka ini jugalah yang menguji tahap ketahanan mental dan fizikal apatah lagi spiritual aku. Tarikh tersebut juga membuatkan kusyen kereta aku koyak untuk kali yang pertama. Tarikh itu juga yang membuatkan aku menyedari siapa diri aku sebenarnya. Apa banyak tarikh daa..

27 Oktober 2008. Aku genap hidup di dunia ni 20 tahun. Buat dosa saja 19 tahun setengah.

***

Pagi-pagi aku bangun dengan penuh semangat. Dalam kepala dah start kira-kira hadiah dah. Aku tau housemates aku ingat punya. Mereka selalu buat-buat tak tahu sampai la dah nak dekat malam baru nak wish dan bagi hadiah. Rasa teruja memang tak bolah nak cakap dah. Tapi aku stay cool. Apa barang nk gelabah tak tentu pasal. Rilek sudah. Aku bagi senyuman paling manis kepada orang pertama yang aku lihat. Ada kat dalam cermin tu. Housemates aku tidur lagi. Biasalah hari Isnin. Hari-hari biasa memang mereka bangun pukul 10. Kalau hujung minggu mereka bangun awal. Mandi wangi-wangi dress up lawa-lawa pergi dating la apa lagi.

Aku siap mandi wangi-wangi dress up ala komunis dan bersedia untuk pergi ke kelas. Tapi pelik kenapa housemates aku tak bangun-bangun lagi. Woi kelas pukul 8 la harini! Aku jerit dalam hati. Aku pergi kat bilik member, ketuk dua tiga harakat terus masuk. Oopss. Nasib baik tidur pakai baju. Aku kejutkan seorang-seorang. Masing-masing buat liat. Gedeganggg!! Aku sepak katil pakai spike boot aku, baru nak terhegeh-hegeh bangkit tenyeh mata.

"Woi, kau apehal?" Zira dengan air liur basi penuh kat pipi terus sound aku.

"Bangunlah sayang. Kelas harini pukul 8. Sekarang dah pukul 8.26 dah." Aku berlembut untuk memujuk hamba-hamba Allah ini bangun. Aku kena berlembut ini hari untuk memastikan hadiah aku cukup bila aku kira nanti.

"Tipah, hari ini kan cuti sayang. Lupa ke?" Kaka yang masih berbungkus kemas dalam selimutnya itu bijak menyusun ayat.

Aku start berlari-lari sambil mengundur masuk ke bilik aku. Kotak tak ada pula nak buat tutup muka. Cepat-cepat tukar baju ala drakula untuk sambung tidur balik. Cilakak macam mana aku tak tahu hari ini cuti?

Tiba-tiba dari luar bilik aku dengar kecoh-kecoh. Apahal pula ni? Aku dengar orang berbisik-bisik. Kejap-kejap gelak. Kejap-kejap bisik lagi. Lepas tu gelak. Kali ini aku dengar makin ramai yang join kelab gelak tu. Aku dengar semua suara housemates aku. Aku bermimpi kot. Layan saja la.

Gedegannggg!!

Kurangasam punye member! Mereka terajang pintu bilik aku sambil gelak-gelak. Memang nak kena sembelih seorang-seorang. Tak ada manner betul.

"Woi Tipah bangun! Bangun!"

Cilakak! Menggigil satu badan aku terkejut. Aku memang hangin kalau bab-bab terkejut ni. Parkinson cepat je menyerang. Aku kalut betulkan rambut dan pakaian agar tampak segak.

"Kau apehal??!" Aku sound direct kat semua. Sunyi sebentar. Tadi siapa suruh buat kat aku. Kan dah kena balik. Puas hati.

"Woi cepatlah dress up baik punya. Harini hari besar. Ramai orang nak celebrate untuk kau ni. Cepat lah siap!" Kaka memberi arahan. Entah kenapa aku ikut saja. Suka pun ada. Mereka nak buat surprise kat aku. Teruja betul!

Selesai dress up baik punya aku pun tunggu la kat ruang tamu. Aku tengok member-member aku semua rilek pakai pijama lagi. Kaka datang kat aku.

"Tipah, kenapa tak pakai sari?" Apa dajal minah ni suruh aku pakai sari?

"Woi harini Deepavali la. Cepat siap pergi kuil sana. Ramai geng kau dah tunggu nak sambut kau tu. Kalung bunga bukan satu. Dah berlori aku tengok dari semalam mereka angkut. Warghkakakakakakakakkakakakaakakakah!!!" Zira si kecik bersuara di ikuti gelak syaitan satu rumah.

"Aku rasa mak kau tertukar anak la masa kat hospital beranakkan kau. Dia terambil anak meenachi mana wey? Kahkahkah!" Lagi satu gelak syaitan berkumandang.

"Tarikh cantik la harini. Memang sesuai untuk birthday kau. Congrats!" Macam celaka.

SMS kat telefon dah banyak masuk. Bloodyhell! Semua wish "Happy Deepavali" sambil letak smiley kat hujung.

***

Demmit!! Satu hadiah je aku dapat. Kalung bunga melur. Air mata menitis selari dengan titisan embun pagi kat cermin kereta. Aku tetap sayang kawan-kawan aku.


(Sorry kawan-kawan. Banyak word kasar entry ni. Have a nice day!)