Tuesday, January 4, 2011

rupa cantik bertukar menjadi setan setan setan


Siapa suruh masuk tentera
Kalau tahu begini jadinya
Lebih baik duduk di kampung
Tanam ubi dan tanam jagung

Yang pertama Tentera Udara, Air Force!
Ramai orang yang tidak suka
Terbang tinggi di angkasa raya
Silap silap jatuh dalam paya

Yang kedua Tentera Laut, Navy!
Ramai orang yang kecut perut
Kapal pecah tak sempat paut
Silap silap jerung nganga mulut

Yang ketiga Tentera Darat, Army!
Ramai orang yang tidak larat
Buat kerja yang berat berat
Silap silap putus urat saraf

Yang keempat pasukan ROTU, PALAPES!
Hari hari tangan makan batu
Rasa sakit hatiku pilu
Orang cuti, kita belum tentu

Ku ambil rumput di padang
Ku jadikan penyamaran
Rupa cantik bertukan menjadi setan setan setan
Agar tak dapat dikesan






***


Pehh semangat patriotik gua jangan bawa main main. Luar je nampak rebel, bengap, blur, tak tau apa apa. Dalam jiwa siapa yang tahu. Kahkahkah!


Gua baca entry Sun yang ni buat gua teringat zaman zaman melantong banyak dulu. Gua punya version lain sikit dari lu. Tapi gua yakin rentak dan irama dia sama. Calit ibu jari sikit!


Sebenarnya panjang lagi lagu ni. Termengah mengah juga nak sing along sambil lari. Kalau gua, memang tak keluar suara la. Pakai kaedah miming saja. Semput noks! Yang selebihnya gua tak ingat. Siapa terer, boleh gugel.


***


Rindu nak guling guling padang kawad sampai termuntah hijau! Kahkahkah



8 comments:

MATAHARI said...

meh calit.hehe


aku pun. rindu gile nak guling2.

tapi aku tak penah muntah ijau.

HiSaM ! ! ! said...

gua caya sama lu....leftenen muda syalala

Si Kachak Suparjo said...

Gua kasik tabik pada budak Palapes.

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

Sun : Gua pun tak pernah muntah. Saja buat2 muntah so boleh skip guling dan duduk tepi padang sambil tengok member lain kena guling. Terer tak?

Icam acim : Lt.Muda hanya pada nama..

Si Hensem : Budak PALAPES ni manja2. Tak payah tabik2 lah. Lu PALAPES juga kan?

Si Kachak Suparjo said...

Masa belajar dulu, kekawan gua sibuk meracun gua masuk ROTU, pasal badan gua sasa dan muka gua kacak serupa panglima tinggi angkatan tentera.

Tapi gua tolak. Gua setia dengan kelab caklempong.

MATAHARI said...

gila terer, bole pura2 muntah. aku xmampu muntah.hehe

Shaiful (Jang) said...

canggihla pantun!!

Anonymous said...

komando mane??

yg keempat tentera komando,
cogankatanya pantang undur,
abang buat abang yg tanggung,
itulah perinsip komando.....

hehehehe

HambaMalam