Thursday, February 10, 2011

creepy sangat ke?

Babak pertama.

Gua tengah syiok duduk dalam CC (baca : cybercafe) ni, tiba tiba owner dia datang slow slow je kat gua. Gua saspek dia nak halau gua keluar. Mana tak halau, gua tak pernah bayar pun sepanjang gua melepak kat cc dia ni.

Tapi sangkaan gua meleset. Owner cc boleh pula cakap kat gua,

"Weh, tolong sikat rambut kau boleh tak? Seram aku tengok."


Demm. Kucar kacir gua cari sikat.

"Bak sini nak pinjam sikat. Gua tak ada sikat rambut." Gua meminta jasa baik owner cc sambil sengih.


"Gua takut sikat gua patah je." Dia jawab sambil tangan terketar ketar hulur sikat dia kat gua.

Demm!


***

Babak kedua.

Gua tengah asyik melayan video video baik punya di YouTube hasil nukilan brader AnwarHadi dalam cc ni, tiba tiba ada member gua datang sembang sembang dengan owner. Gua pun nak mencelah juga. Tak nak kalah orang kata.

Gua pun pusing la kepala gua nak menghadap depa ni. Tiba tiba member yang datang tu melompat terus nak pitam. Sikit lagi nak berbuih mulut.

Terkejut tengok gua. Alasan dia, dia tak perasan gua wujud di situ sebab baju gua hitam, rambut macam Hermione (baca : Hagrid), lepastu melekat kat dinding dan tiba tiba menoleh macam dalam scary movies. Creepy!


Demm!


***

Babak ketiga.

Gua kena sound selepas dua babak tadi. Bukan ini kali pertama kena sound. Lalu gua capai getah rambut wayar telefon lalu mencuba nak ikat rambut.

Pap! Terputus pula. Nak menangis woi getah putus. Gua mana ada getah lain. Ini pun getah curi adik gua punya.



Kan semua orang dah lari! Creepy sangat ke woi??


Demm!!!



3 comments:

Amalina dan Benda Kecil said...

cuma nak bagitahu.
aku pernah gelak di sini.
satu ketika dulu.
cubaan untuk ko buktikan ko hodoh, sangat gagal.

Black said...

Hagrid?
Gua terbayang Albert Einstein.

Amal said...

creepy tak creepy. aku tengok follower kau kalau tambah satu lagi nombor enam memang aku cium kau sampai lemas.