Wednesday, July 8, 2009

pakgad

Pakgad Hensem itu babai aku??!

Adakah ini mimpi atau ilusi atau hanya mainan minda atau prank edisi terbaru pakgad?

Tapi yang pastinya pakgad itu babai kat aku tadi. Bukan bayangan.

***

Sem 2 Tahun Pertama, 2008

Aku tengah menggelabah biawak sebab lambat untuk berbaris kat kolej KOSASS. Ada muster pula. Perjalanan naik kura-kura putih aku akan mengambil masa dalam 20minit untuk bergerak dari kolej K-17 ke kolej KOSASS. Aku amat pasti rakan-rakan seperjuangan aku tengah berada dalam keadaan push-up sementara menantikan kehadiran aku sambil beramai-ramai memaki seranah aku. Sorry la member, aku bukan sengaja lambat. Ada kelas tadi.

Nak ke kolej KOSASS kena menempuh pelbagai halangan dan dugaan. Terutama sekali pakgad gate area dekat stadium. Pakgad pakgad situ bukan calang-calang pakgad. Pakgad terbaik punya. Jangan sekali-kali sebut gaji buta depan mereka. Buat muka tak cukup sen pun jangan harap nak layan. Sekali kena tahan jangan harap nak lepas tanpa saman. Sampai saja kat gate, aku arahkan kura-kura slow down. Nak pecut tak boleh pula, ada tiga bonggol. Mau terbalik kura-kura ni. Pakgad aku tengok dari jauh dah ready pegang lampu kelip-kelip merah. Makin dekat makin laju pula kelipan lampu tu. Komfem kena punya. Aku pun berhenti sambil mengayuh pedal tingkap laju. Sistem stereo gempak aku kasi off terus. Riak muka automatik berubah mode sen-sen. Pakgad muda menghampiri. Hensem juga orangnya. Ok itu adalah ayat bodek.

Pakgad Hensem : Assalamualaikum. Student ke ni?

Aku : Waalaikumsalam. Ye saya student.

Pakgad Hensem : Student tahun berapa ni?

Aku : First year encik.

Pakgad Hensem : Awak tahu kan yang student tahun pertama tak dibenarkan bawa kenderaan.

Aku : Tahu encik.

Pakgad Hensem : Habistu kenapa bawa? Awak ada lesen? Kalau nak bawa kenderaan kena ada sticker.
Pelajar tahun akhir saja yang dibenarkan membawa kereta. Awak ni baru tahun pertama dah bawa kereta. Ini peraturan keselamatan universiti. Saya boleh saman awak ni.

Aku : Err. Sebenarnya encik, ini kereta makcik saya. Saya pinjam sebab saya dah terlambat nak ke KOSASS. Saya ada perbarisan. Saya memang tak berniat pun nak susahkan pihak encik. Tapi ni sebab saya ada hal penting. Kalau naik bas memang dah tak sempat ni. Saya minta maaf sangat-sangat. Kali ini saja saya masuk. Lepas ini saya tak buat lagi.

Pakgad Hensem: Oh,awak ada training ke? Bukan apa, saya hanya menjalankan tugas. Saya faham tapi lepas ini jangan buat lagi tau. Parking kereta awak ni kat tempat yang dibenarkan sahaja. Kalau saya jumpa park kat tepi-tepi jalan saya clamp. Ok. Bawa kereta elok-elok.

Aku : Terima kasih encik. Jasamu dikenang!

Dengan muka kasi up riban-riban sikit aku bergerak teruskan perjalanan. Ketawa aku simpan dalam hati. Nanti jumpa rakan-rakan seperjuangan baru la seronok bergelak. Kereta makcik jadahnya, makcik aku mana ada extra kereta nak sedekah kat aku pula. Oh lupa nak bagitahu, sebelum ni aku masuk gate guna identiti pelawat, siap isi borang pelawat. Alamat rumah No. 13, Bandar Baru Kajang. Ada ke? Rumah siapa-siapa aku hentam tulis. Aku yakin pakgad tak ambil port pun bab-bab alamat. Tapi hari ini aku dah lambat. Pakai uniform pula tu. Tak menarik langsung kalau nak menyamar jadi pelawat. Dialog aku dengan pakgad tu aku dah ringkaskan untuk menjimatkan tenaga mata anda semua. Janji aku lepas gate.

Sampai di KOSASS, aku tengok kosong je dataran. Mana rakan-rakan aku? Yang kelihatan adalah kelibat seorang Leftenan Muda yang gerenti ketar lutut kalau tengok muka dia. Aku saspek malam ni malam menarik. Memang habuan lumayan aku la malam tu, berguling la aku seorang kat dataran sampai muntah. Rakan-rakan seperjuangan hanya sengih melihat dari jauh. Leftenan Muda itu tersenyum puas dapat melaksanakan aktiviti menaji terbaik malam ni.

***

Sem 4 Tahun Kedua, 2009

Aku sebagai driver kura-kura tanpa sticker tegar meluncur dengan penuh bangga setiap kali tiba di gate-gate kolej. Semua pakgad dah cam muka aku. Tiada lagi lampu kelip-kelip merah menghantui perjalanan merentasi gate. Apa yang ada hanyalah green light. Ini memang indah bagi student seperti aku. Masuk kolej pukul 3pagi lepas lepak uptown pun tak kena tahan beb. Memang aku respek dengan dedikasi para pakgad kolej aku. Aku tahu mereka memberi kepercayaan mereka kepada aku. Akan aku jaga kepercayaan itu dengan baik. Tak mahu la buat benda-benda tak elok. Dress up ala sekretari. Berbaju kurung paling terbaik. Jangan sesekali bergaya ala minah rempit.Sekali tercalar reputasi aku, macam mana nak dapat green light lagi?

Satu hari yang indah, tiba-tiba ada call untuk berbaris. Dalam mode on-call, aku berlagak steady dalam kencang bersiap untuk ke KOSASS la mana lagi. Seperti biasa di gate aku buat muka berlagak macam biasa. Dah ready senyuman untuk pakgad beruniform saja. Yang pakai lekeh jangan harap. Sampai je di gate nak keluar dari kolej aku, aku baru perasan ade lampu kelip-kelip merah. Takkan kena tahan kot? Pakgad nak cari nahas ke ni? Dua orang pakgad menghampiri kura-kura putih. Kura-kura dah slow sikit bunyi, takut agaknya.

Pakgad 1 : Aku kenal budak ni!

Pakgad 2 : Aku tahu. Budak ni la ni. Betul la dia.

Aku (dalam hati) : Apa jadah pula ni? Aku tak kenal seorang pun. Eh, Pakgad Hensem! Aduh, jangan la kena lagi.

Baru aku teringat. Pakgad Hensem yang pernah tahan aku setahun lepas. Macam mana dia boleh ingat kat aku lagi? Punya lah ramai student kat sini, macam mana muka aku boleh kena tag?

Pakgad Hensem : Awak lagi. Saya pernah tahan awak kan? Mana sticker awak?

Aku : Err, saya tak apply sticker lagi. Lagipun saya pinjam je kereta ni. Saya nak pergi training ni tapi dah terlambat tu yang saya pinjam sekejap kereta. Lepas ni saya hantar balik kereta ini kepada makcik saya.

Pakgad Hensem : Haha. Dah berapa lama awak pinjam kereta ni? Hari-hari saya tengok kereta ni ada dalam kolej. Bila awak nak apply sticker ni? Kali ni betul-betul nak kena saman ni.

Aku : Encik saya dah terlambat ni, ada training. Boleh tak encik lepaskan saya. Saya janji tak bawa lagi kereta ni. Lepas ni saya terus pulangkan. Boleh la encik.

Pakgad Hensem : Ok saya lepaskan. Tapi ingat, kali ini saja. Saya bagi tempoh sebulan dari sekarang. Sebulan lepas ni saya cek kereta awak. Kalau tak ada sticker saya saman terus. Ok?

Aku : Baik encik! (sambil salute 1231!)

Parkinson aku dah berkurangan berbanding masa dengar perkataan saman dari mulut pakgad tu tadi. Sudah boleh tukar gear tak sangkut. Tadi sangkut 3 kali masa nak mula gerak, menggigil beb. Boleh pula kena tahan hari ini. Aku saspek ada unsur tidak puas hati dari pakgad tersebut. Maklumlah, aku baru je basuh kereta. Kilat bukan main. Aku akan ingat muka pakgad tu sampai bila-bila. Kalau jumpa kat jalan memang aku kasi race sama dia. Jangan main-main dengan kuasa kura-kura aku tu. Tapi jangan bagi bukit. Paling ekstrim pun 40 km/j je dapat.

Sampai je KOSASS aku kena guling. Immune sudah.

***

Sem 5 Tahun Ketiga, 2009

Aku dari KOSASS ada program berdialog dengan pegawai koordinasi baru. Jam dah menunjukkan pukul 11.26 pm. Seperti biasa kura-kura bergerak lancar sambil kadang-kadang tersedak bila langgar lopak. Aku berkira-kira nak tunjuk skill drift kat pakgad bila sampai kat gate kolej aku nanti. Baru la up sikit reputasi. Sampai je di gate, aku lihat sesusuk tubuh seorang yang amat dikenali. Oh demm! Pakgad Hensem! Angan-angan aku terkubur. Kura-kura terpaksa di slow kan. Aku amat pasti dan yakin aku dalam tahanan lagi malam ni.

***

Pakgad Hensem itu babai aku??!

Adakah ini mimpi atau ilusi atau hanya mainan minda atau prank edisi terbaru pakgad?

Tapi yang pastinya pakgad itu babai kat aku tadi. Bukan bayangan.

***

Esok aku nak pergi apply sticker cepat-cepat!

2 comments:

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

aku baca balik entry ni baru tersedar betapa panjangnya cerita yang di dedikasi khas untuk pakgad.

pelik~

nada said...

yes..dah kenal dah pak gad ni.
tak tahan kte pun td kn sya