Thursday, June 18, 2009

semut

Aku paling tak suka bila cuti lepas habis training. Nak balik rumah segan sebab muka memang melegam, berkilat abes. Kalah anak meenachi. Nak kata tak pakai sunblock, sekali training mau 5 botol sunblock aku bedal. Ini sebab aku ikut nasihat seorang member aku. Dia kata kalau taknak gelap pakai la sunblock.

Tapi kulit aku ni suka betul untuk transform ke arah kegelapan. Aku tak boleh nak buat apa. Lumrah alam. Aku selalu kene halau dgn housemates kat kolej aku. Bila habis training, diorang tak kenal aku. Kata mereka, "Kami tak ada housemate berbangsa India."

Dugaan beb.

Nak tak nak aku kene balik juga rumah. Kalau tak, nak makan apa? Kat rumah makan free. Tokei tak charge duit makan. Kalau balik rumah, automatik aku kene buat part time kt gerai. Aku suka tolong Tokei kt gerai. Sebab Tokei selalu bagi komisyen lebih kalau aku buat-buat rajin sikit. Tapi bila kegelapan menyerang, Tokei pun seakan-akan malu nak mengaku aku ni biological daughter dia. Aku segan la sikit. Position aku adalah di hujung-hujung corner gerai sambil muka tunduk sepanjang 6jam duty. Aku merayu kat Tokei jangan bagi aku watch duty atau serve duty. Tapi kadang-kadang man power tak cukup, terpaksa aku menebalkan lagi kegelapan muka aku.

Macam-macam krim pemutih aku beli tetapi semuanya di reject mentah-mentah oleh Tokei. Tokei cakap jangan pakai apa-apa krim kat muka. Belum cukup umur. Pakai bedak sejuk cukup. Aku akur. Aku tambah ingredient masa nak pakai bedak sejuk. Aku bancuh dengan susu tepung yang ada kat dalam peti ais. Sebab aku tengok kt tv dia cakap pakai susu cepat putih. Aku pakai sebelum tidur.

***

Esok pagi muka aku bersemut!

7 comments:

besi karat said...

hitam itu menawan beb..hehe..

nada said...

haha...ko terlalu sweet kot..tu yg dtg semut tu.

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

huh..badak air pun sweet ke nada? aku sedar sape diri aku ni.haha

Anonymous said...

ko tak itam kot,padiapa lagi la.kesian deme,pakai sunblock pon xde kesan.

alamak racist plok.

RobinHood said...

Hahahah Semua Entry Neh Lawak La. . .

KeyrOL Zaman Razak said...

ahaha..
best pe jadi hitam..
hitam-hitam manis..
aku suke!
hehe!

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

hahah!suka ye kau..kau tak tau macam mana perasaan apabila housemates tak mengaku member..haha suka suka