Saturday, June 13, 2009

jagalah kebersihan

"Kak, bagi air tebu 6. 5 ikat, 1 tak payah ikat."

Mulut makcik yang berbadan agak gempal itu lancar mengorder. Senah pun dengan tangkas dan cekap membungkus air tebu sebanyak yang dipinta. Senyumannya tidak lekang di mulut. Sedang Senah asyik membungkus tiba-tiba makcik tadi terus merampas satu bungkus air tebu dari tangan Senah. Senah terpana. Senyumannya hilang terus.

"Satu ni tak payah ikat."

"Oh..", Senah mengerti sekarang.

Selesai bungkusan terakhir, Senah menyerahkan kepada makcik tadi. Makcik bayar RM5 dan Senah memulangkan belen sebanyak RM2.

"Pelepow!". Dengan muka yang amat bersahaja, makcik tadi mencampakkan bungkusan air tebu yang telah diteguk sehingga kering ke bawah meja, betul-betul sebelah tong sampah yang telah disediakan oleh manager, merangkap tokei Gerai Goreng Pisang Morni (GGPM) ni.

Dalam kepala aku dah bergunung pelbagai macam persoalan. Adakah makcik tadi tersasar lambungan plastiknya itu? Atau adakah dia saja mencampakkan di situ kerana berasa malas untuk bergerak seinci ke depan sikit? Atau beliau sengaja mahu menguji tahap kesabaran aku yang dari tadi mengusha dia? Atau adakah kamera tersembunyi untuk merakam kempen terbaru menjaga kebersihan dan moraliti customer pada masa kini?

"Senah, tolong kutip sampah tu masukkan ke dalam tong sebelah tu." Senah dengan muka yang disengetkan sebelah tetap akur dengan arahan aku. Dalam hatinya menggunung maki-makian, aku dapat rasakan. Tokei sempat menjeling ke arah aku dan Senah.

"Terima kasih kepada warga Malaysia yang sentiasa menjaga kebersihan walau di mana anda berada."

No comments: