Thursday, August 13, 2009

berhenti

Aku rasa aku kena tutup mulut. Bukan pakai topeng. Tapi tutup mulut. Cover sikit bila nak bercakap. Fikir dulu sebelum berkata-kata. Jangan ikut suka hati bila nak berbicara. Aku dengar orang cakap kata-kata tu boleh jadi lebih tajam dari pedang. Aku pun selalu dengar orang cakap manusia ni selalu lupa. Lupa diri. Lupa daratan.

Aku juga ada mendengar ura-ura yang perang bakal berlaku. Tak tahu mana silap pentadbiran kerajaan princess, segala-gala akan musnah sekelip mata kalau perang tercetus. Hasil pemikiran para cendiakawan dan bijaksanawan kerajaan princess telah mencetuskan idea idea yang bercanggah di antara satu sama lain yang menyebabkan perang akan berlaku. Hasil salah faham diantara satu sama lain juga bakal membawa kepada percakaran dah perkelahian.

Oleh itu dengan ini aku umumkan bahawa aku akan berhenti. Berhenti mengutarakan kata-kata yang boleh membawa kepada percanggahan idealis-idealis. Berhenti dari mengemukakan pemikiran sendiri yang boleh disalah ertikan oleh siapa saja. Aku berhenti. Semoga dengan pemberhentian aku ini akan mengembalikan suasana kerajaan princess seperti sedia kala.

***

Berhenti tulis blog mungkin? Oh tidak!

4 comments:

nada said...

ala..tak syok la macam ni. kerajaan princess perlukan cabaran dan kritikan. salah faham tu biasa la kan. saya mohon maaf ye saudari

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

no.its ok la nada
aku yg patut mintak maaf
aku x buat lg dah
im sory

RobinHood said...

Telur yang dah dipecahkan....
dah x boleh nak masukan balik@dibaiki@dikembalikan ke bentuk asal...

macam tula tiap kata2 yang keluar dari mulut manusia....

sebab tuw kita kena berpikir lebih dari sekali sebelum berkata2....
apatah lagi kalau kata2 tuw dpt menguris seseorang....

p/s: bagus la kalau da bermaap maapan.... ;p

Anonymous said...

xpa22 teman seusrah sntesa sokong..
besa la tuh..sma la kita,aku nih lg la kn..
mcm2 dh kata2 nista aku bg..
tp lntak ah,depa deserve for it..