Tuesday, November 2, 2010

my sub of the day

Hari ni teringin nak makan Subway. Tapi Sub of the Day tak sedap. Pusing pi pusing mai pi pebaik spek kat kedai spek lepas tu masuk giant. Beli roti beli tuna mayonis beli timun beli salad beli tomato. Balik. Buat sub of the day sendiri lah.






Ok harini kita belajar buat sandwich ye. Jangan terkejut, saya memang pakar.


Mula mula lampirkan dua helai roti sebelah menyebelah. Jangan jauh jauh sangat nanti orang kata depa bergaduh pula.


Roti pakcik Slocumn bersebelahan di atas pinggan.



Kemudian, letakkan timun di atas sehelai roti itu tadi. Suka hati nak pakai timun apa. Tapi saya suka timun jepun ni sebab rangup rangup.

Timun jepun. Bila gigit bunyi krup krup.


Selepas itu letakkan pula tomato yang telah dihiris senget benget itu ye.

Gaya macam mana pun tak apa. Tomato makan banyak banyak untuk awet muda.


And then, campakkan pula salad yang telah di cincang halus mulus itu.

Letak kasi menimbun.


Sapukan tuna mayonis pada roti bersebelahan. Portion ikut perut masing masing. Anda juga boleh menambah aksesori lain seperti black pepper, cheese, sos thousand island dan sebagainya mengikut kewujudan barang barang tersebut di dapur anda.

Menyelerakan bukan?


Akhir sekali, satukan mereka bersama sama. Maka terhasil lah sandwich kegemaran disukai ramai. Tadaa!

Terlupa nak snap selepas siap. Dah gigit baru teringat. Punyalah pelahap.


Walaupun luaran nampak biasa biasa saja, sekali gigit memang luar biasa! Sedap dia mengalahkan pija hat. Saya memang terer bab bab memasak ni. Malas nak tayang je. Ni baru sikit. Banyak lagi saya boleh buat. Semuanya marveles! Saya juga menyediakan khidmat membuat sandwich. Jangan risau, sekeping sandwich hanya berharga RM5.70 sahaja. Murah bukan? Kepuasan dijamin. Siapa nak boleh beratur ye.


***


Ah tengah tak ada duit la baru nak masak sandwich. Kahkahkah!

6 comments:

Si Kachak Suparjo said...

Ah, buat perangai kapitalis pulak! Nak naik haji cepat ke hape letak harga camtu?

Tapi.. Tapi..
Nape perut aku yg sasa ni ber-kruk~kruk tgk sanwic ko tu?

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

Nak ke? Takpe harga kawan kawan bagi lima ringgit sudah.. Lai lai

Amal said...

hahaa. teringat abang aku. dia suka buat sandwich. :D

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

Aww. Abang kau suka buat sandwich? Dia ada tweeter tak? :p

HiSaM ! ! ! said...

olive mane?pepperoni mane?

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

Kalau tambah olive kena bayar extra RM4. Kalau tambah peperoni kena bayar extra RM7. Nak tak?


Bisnes beb bisnes. Sambil membeli anda juga turut beramal kerana hasil jualan akan disumbangkan sepenuhnya kepada TKSS (Tabung Kebajikan Syalala Syahiza).