Tuesday, March 9, 2010

jodoh mana jodoh

Minggu ni minggu pelik.

Gua cakap ni bukan cakap tanpa sebab. Ada kisah yang gua rasa menarik pada pandangan gua. Kalau lu orang pandang tak menarik pun tak apa. Gua kesah ke?

***

Mula-mula Gondol bagi kad jemputan kahwin beliau dengan gadis pujaan hatinya zee avi. Kami berjumpa di Pekan Frinjan itu hari. Gua berfikir agak lama jugak lepas membaca kad itu untuk..’Syalala & partner’

Abrakadabra mane nak cari partner ni?20 hb dah minggu depan.Gua dah set mata gua ke mencari-jodoh-mode. Zassss..tiba2 ade seorang jejaka berbaju merah itu lalu depan gua. Ternganga beb. Mata gua tak berkedip. Air liur dah meleleh. Jodoh tu jodoh!! Jerit hati gua. Akal gua dah agak tak berfungsi.

Gua usha dia,dia x usha gua. Gua amek port sebelah dia, dia tak nampak gua. Gua follow kemane saje dia pergi, dia tak pasan gua. Gua dah macam stalker pulak rasanya. Gua stay belakang Paan konon nak sembunyi sambil usha. Tapi usaha gigih gua gagal. Tiada respon langsung. Gua putus harapan. Sekali lagi gua melepas. Gua tau gua ckp belakang memang lebat. Depan depan kecut. Chicken!!

***

Walaupun gua masih teringat sama itu brader, gua terpaksa juga buat buat macam biasa. Tiba tiba masuk esemes kat telefon bernombor diji gua. Fyi, nombor diji gua ni tak ramai org tahu. Family dan kawan dekat je sebab gua guna ni unutk emergency je (bila takde kredit maxis le ape lg). Pelik benor sebab telefon ni tak pernah masuk esemes. Gua pun steady je la bace. Yang buat gua melatah astaghfirullah bilamana gua baca ayat ‘Do you want to be my love’ terpapar kat skrin telefon. Gua kucar kacir nak reply ke tidak. Last last gua reply ala ala brader ‘Sape ni??’

Makhluk mane sesat esemes kat gua ni? Dah la unrecognised number. Hati gua dah kelam kabut. Nak bergurau pun jangan macam ni. Bencik!

***

Lepas kes esemes misteri gua sambung buat kerja. Ok tipu. Gua sambung main fesbuk la ape lagi budak budak universiti suka melabur masa. Tiba tiba mak gua call. Gua punya la eksaited jawab,bukan senang mak gua nk call, selalu gua yang call. Gua angkat terus mak gua tanye, ‘ Akak bila nak kahwin ni?’

Gulp!

Gua pesen steady je walaupun hati berdegup kencang. Gua tanya baik baik dari pucuk pangkal ape cerita semua. Lepas mak gua kasi eksplen, gua macam konpius sikit. Macam mane gua nak setel ni? Orang kampung dah bising. Kalut semua nak tanye bila aku nak kenduri. Gua pening.

***

Nenek gua (gua panggil Tok Jah) call mak gua tanye bila gua nak kahwin? Sape tak kenal Tok Jah gua? Mai sini gua nak kenalkan. Tok Jah gua mempunyai mulut yang bagai music box yang sentiasa mengalunkan irama irama sarkastik tanpa henti. Dia punya semangat memang macam orang muda. Siapa nak berdebat dengan dia jangan harap sangat kemenangan. Sekali kena angin dia datang, baik korang duduk diam menikus cepat cepat. Kali ni gua kena. Tok Jah kata gua memilih sangat. Dah ada yang ok haritu pun taknak. Bile masa gua ade yang ok tah la. Mak gua iye kan saja. Penat mak gua back up gua tapi tak menjadi. Last skali dia bagi warning kat mak gua ‘ Kalau Lala call, suruh dia call Tok Jah. Nak bagi basuh sikit otak dia.’

Mak gua pesan pada gua jangan call dia laig dalam 2-3 hari ni. Tunggu sejuk sikit baru call. Gua dah kecut perut. Mak gua sengih je cakap, 'Ibu tak tahu.Akak deal la sendiri dgn Tok’

Tunggu lah bulan depan baru gua call TokJah.

***

Apakehal berat ke arah jodoh jodoh saja minggu ni?

6 comments:

maslina said...

hahhahaha...berjaya la misi ko nampknye sya....nenek tolong carikan jodoh....

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

ahh tak berani lagi gua nak call TokJah gua..esok esok la

en.hasrul said...

oo nenek tolong carikkan?? abih la lu..kompom datuk mane dia angkat..

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

dato' ok gak..datuk cucu 24org xmo laaa

si buta warna said...

lu pikir jodoh ke muda-muda ni?

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

heshh..mane ade pikir sangat..







pikir sangat-sangat je! ;p