Sunday, March 14, 2010

hitam itu menawan

Ah sudah sudah la dengan cerita jodoh. Gua dah call TokJah dan memang pasti gua kena bambu.

***

Mood rajin gua datang bukan selalu. Dalam setahun ada la dalam dua tiga kali. Minggu ni mood rajin datang kembali. Gua terkejut bilamana roomate gua terkejut tengok gua kemas bilik. Dia hairan sambil angkat kening sebelah. Gua jadi lebih hairan lah bila gua angkat dua belah kening sekaligus. Gua kasi kemas semua sekali sampai bawah loker sikit habuk pun tarak! Jangan main main sama itu mood.

Gua punggah semua baju baju dalam loker kasi lipat elok elok balik. Mak aii! Banyak juga baju gua, cakap gua dalam hati. Nak cakap kuat kuat nanti orang dengar semua nak pinjam baju gua. Gua kasi lipat dan lipat. Makin lama makin kabur mata gua. Gua prejudis sebentar. Nak kata mengantuk, tak juga. Gua baru bangun tido. Nak kata rabun, spekmata kat mata gua. Tapi makin gua lipat makin gelap pandangan gua. Jangan kata hati gua sudah gelap sudah. Subhanallah.. Ini tidak boleh jadi. Gua kena buat sesuatu!

***

Hujung minggu depan gua nak pergi shopping baju. Checklist semua dah siap. Tinggal angkat saja. Kepada Pa&Ma Co., silalah melabur dalam akaun gua. Gua dah sengkek. Gua sikit lagi saja nak jadi MetalHitam. Baik gua insaf cepat cepat. Gua kena beli baju baru!

***

Baju gua ada nisbah. 10 warna HITAM nisbah 1 warna lain lain. 10 : 1 tu beb. Patut la ramai orang tak perasan gua bila selisih bahu. Double cisss!

2 comments:

aisyah said...

ko mmg bernaseb baek mmpunyai gg yg putih...lalala~!

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

double ciss bedebah kuangasam tambahgaram!