Monday, March 15, 2010

skirt

Gua dikenali sebagai 'Penjalan Pantas' dan sewaktu dengannya. Dari dulu gua suka jalan pantas dan cantas. Gua pantang betul ada orang jalan lambat lambat depan gua. Cepat je gua rasa nak potong. Nasib baik jalan kaki tak payah ada signal. Kalau tak nanti mesti terconfuse nak pasang signal ke wiper. Kalau lu orang tanya kawan-kawan gua, mesti ramai yang tak puas hati bila jalan dengan gua pasai gua jalan laju menonong. Gua bukan apa, gua rasa macam orang 'selembom' bila jalan lambat lambat ni. Gua pun ada belajar, 'brisk walking' ni banyak faedahnya. Contoh ; bakar lemak, improve cardiovascular system, increase metabolism and so on. (Ecewah cakap omputih pulak aih!)

Sebagai Penjalan Pantas, gua memang yakin dan pasti la tentang kehadiran gua ke kelas takkan lewat punye. Gua dah set time, gua ambil masa 3 minit saja dari hostel gua nak speed sampai ke kelas. So gua boleh rilek rilek lagi bilamana member gua kalut mekap mekap. Gua buat muka steady je tengok diorang kalut sarung kasut mahupun selipar. Gua buat muka sinis je tengok diorang berlenggang pergi ke kelas. Apeadehal? Gua kan pantas. Layan fesbuk dulu buang seminit dua.

Tatapi hari ini mencatat sejarah juga lah. Gua macam biasa rilek-rilek sampai pukul 2.57pm. 3minit gua speed dah sampai lecture hall gua yakin. Lepas elok-elok gua sarung kasut baru beli semalam kat Sunway, gua mulakan langkah panjang gua. Zrasss zrasss apahal macam pendek pula langkah gua harini? Macam tersekat-sekat pula tu. Gua cuba pakai gear rendah. Tak juga jauh kaki gua melangkah. Besar baby steps je gua rasa. Nak kata kaki gua gemuk, memang tak pernah kurus pun. Gua hairan sambil angkat kening sebelah. Lu boleh angkat kening sebelah?

***

Gua tahu gua lain hari ni. Jalan tersekat-sekat, terjungkit-jungkit macam orang tak betul. Lain kali kalau gua pakai skirt gua pergi kelas setengah jam awal ok!

3 comments:

aisyah said...

tekejut aku ko pakai skirt... aku ingt aku salah pndg. xpe lah, ari ni ko jd selembom satu hari.. ko suka kn??? suka kn???

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

jatuh tersungkur tersadung terpeleot perkara biasa jo..selalu sangat dah

hasrul yg loser said...

hohoho..lala pakai skirt siott.best..upoad pic plsss