Monday, March 22, 2010

abang motor besar

Pergi ke pasar malam Sri Serdang memang menjadi satu kewajipan bagi gua serta rakan taulan gua. Pasar malam Sri Serdang akan menjelma setiap hari Isnin dan juga Jumaat. Dan pada hari-hari tersebut maka datanglah gua serta konco konco gua menyerbu pasar malam lalu memborong segala jenis makanan bagai tiada hari esok. Rakus memang rakus. Biasalah perempuan kan banyak nafsu.

Masa kat traffic light depan UPM tu ada satu motor besaar punyaa warna putih lalu sebelah. Ter'wow' jugak lah mulut gua tatkala melihat abang motor besar itu punyalah macho bawak motor. Dia pakai baju putih. Kat belakang ada backpack. Ok teruskan perjalanan kita ke pasar malam ye.

Checklist aku seperti biasa lah. Mukadimah keropok lekor crispy diselang-selikan dengan air kelapa. Kemudian beratur pula nak dapatkan Medulla Oblongata dan seterusnya mencari-cari mi ayam yang pada awalnya disangkakan mi udang. Ok. Bila cukup kaki masih bertenaga untuk pusing seround lagi. Selalu dalam tiga kali tawaf baru selesai upacara menjamu nafsu.

Hari ini punya lain cerita. Masa aku tengah berbaris tunggu Medulla Oblongata tiba-tiba zaaassssssss! Abang baju putih tangan sebelah pegang helmet putih kat belakang ada backpack pandang gua! Gua statik sekejap. Jantung pun mestilah berdenyut. Kalau tak dah lama la gua tumbang. Lepas tu membe gua cepat cepat petik jari depan mata gua tanya "Sya, are you alright?" Dia memang suka cakap omputih. Gua jawab simple, "I'm all rise!".

Tapi dalam hati siapa tahu. Harini satu kali round saja gua dah rasa nak balik. Sebenarnya berat ke arah nak cari abang motor besar tu kat parking. Tapi tak jumpa juga. Oh abang motor besar!

***

Hari ni memang sedih la. Pagi-pagi dah ada berita sedih. Bawak ke petang. Malam pun macam muram jugak je. Harap-harap esok lebih ceria!

5 comments:

aBoi said...

handsome tak abang moto besar tu?

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

boleh la..moto pun dah hensem dah

Hamba Malam said...

asal moto besar, hensem..
betul la hipotesis aku..
motor menambahkan lagi kehenseman yang sedia ada pd tuannya..

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

ecewah! tau la dia ade moto besar jugak..weh bila nak angkat superbike satu??

Anonymous said...

moto aku kecik je..
aku?angkat superbike??
nak tunggu valentino rossi hadiahkan kat aku jela..
hehe..

HambaMalam