Tuesday, September 28, 2010

a piece of thought

Dunia ini sendiri mengandungi pelbagai jenis, bentuk, gaya dan ragam manusia.

Ada orang kurang bersyukur. Bukan tak bersyukur, tapi jarang bersyukur. Sentiasa rasa tidak cukup dengan apa yang mereka ada. Semakin banyak mereka dapat, semakin tak cukup mereka rasa. Elemen tamak suntikan syaitan ini biasa menghantui siapa-siapa juga. Sebagai contoh, lepas parents bagi kereta, handphone pun nak tukar baru juga. Iphone atau Blackberry saja yang ada dalam list. Tengok orang lain pakai DSLR Camera, kita pun nak juga. Lepas tu mula nak create hobby macam orang kaya kaya. Nak kena beli full set gear pula nak main. Lepas tu, macam macam lagi. Ada yang bekerja gaji sampai cecah 50ribu sebulan masih cakap tak cukup. Nak bayar itu, nak bayar ini, nak simpan pun tak dapat. Takkan cukup.

Ada juga orang yang terlalu cepat menilai orang lain. Tanggapan-tanggapan tipikal memang selalu berlegar-legar di ruang diskusi mereka. Sebagai contoh, manusia yang berupa paras cantik, jelita, comel, handsome, manis, seringkali dikatakan baik, sopan, pemalu dan juga peramah. Dipuji sehingga melambung. Sebaliknya kepada golongan yang tak berapa cantik, tak berapa jelita, tak berapa comel, tak berapa handsome, tak berapa manis pula pelbagai andaian jahat dan nakal dilemparkan. Tak ada rupa, sombong, jahat, penyeluk saku, gengster kawasan dan pelbagai kutukan lain. Yang tak bersalah, disalahkan.

Ada orang yang cepat mengeluh. Suka mengeluh. Suka? Yes! Suka mengeluh. Tak ada benda yang sempurna di mata mereka. Hidup tak sempurna, katanya. Selalu mengeluh tentang benda yang tak ada. Yang ada di depan mata, tak nak pula hargai. Selalu mengeluh tentang zaman lampaunya. Kalau nak berborak, tak ada point lain melainkan kenangan-kenangan lepas yang menyedihkan. Kalau bercerita tentang kegembiraan tak apa juga. Kemudian mula menyalahkan individu lain. Kemudian mula memaki-maki individu lain. Emosi mula memenuhi atmosfera. Dude, yang dah lepas tu, lepas la. Move on okay?

Ada juga orang yang kuat semangat. Kuat. Mereka ini tak mudah mengalah. Kalau jatuh, cepat mereka bangun. Mungkin ada darah pahlawan dahulu kala yang mengalir dalam badan, mungkin juga sifat yang dipupuk diri sendiri yang dipengaruhi oleh alam sekeliling. Mereka akan membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Rajin. Walau dalam keadaan genting sekalipun, mereka takkan menyerah kalah. Mereka juga membantu manusia sekeliling untuk bangun sekali. Aura positif mengelilingi hidup mereka. Mereka merupakan juara dalam hidup mereka. Aku perlukan golongan ini ramai dalam hidup aku. Kerana aku tak kuat.


Dunia ini sendiri mengandungi pelbagai jenis, bentuk, gaya dan ragam manusia.

Kita mempunyai kuasa untuk memilih menjadi golongan yang mana. Banyak lagi golongan-golongan di luar sana. Terlalu banyak. Aku hanya menzahirkan secebis pandangan akalku. Tiada niat mempersendakan atau menyakiti jiwa sesiapa. Hanya pesanan buat diri sendiri.









Why so serious? Kah kah kah!

2 comments:

nazir27 said...

yup..agree with that 100%...peringatan buat aku juga..macam2 orang yang aku jumpa..dan orang2 itu boleh jadi lebih dari 1 kategori dari yang telah didiskusikan..kadang-kadang seseorang itu kelihatan kuat dari luaran tapi sebenarnye lemah jauh dari sudut hatinya...

fndrocka said...

dgn wujudnya blog dan fesbuk,semua ni kita boleh perati pakai blog..ye tak..