Wednesday, August 18, 2010

balik Mencester

Minggu ni gua plan baek punya nak balik Mencester. Gua rasa macam nak revenge pasal minggu lepas gua tak dapat balik. Adik gua punya gurau kasar jugak minggu lepas time dia balik Mencester. Siap esemes bagitahu semua jenis lauk pauk nak berbuka. Sahur pun sama. Tak ke menangis gua berbuka seorang kat perantauan ni.

Gua punya semangat nak balik memang melampau kali ini. Kain baju semua dah siap masuk beg hari Isnin lagi. Gua punya schedule untuk aktiviti kat rumah semua dah siap draft elok-elok dalam buku nota kecil. Otak gua dah tune feeling balik kampung. Radio Scott gua dah pasang frekuensi radio radio Melayu. Nak dengar lagu raya stail macam kat pasar raya sekarang ni.

Dari minggu lepas gua dok call Ibu gua hari-hari bagitau yang gua nak balik Mencester minggu ni. Ibu gua sampai dah hafal skrip gua. Gua siap buat list-to-do yang sangat sangat rare bagi seorang gua. Punyalah semangat nak balik macam esok nak raya sangat dah.

Ni baru sikit. Belambak lagi gua tak list down. Macam tak balik setahun!


Gua cadang nak buat dokumentari perjalanan gua sepanjang nak balik Mencester ni. Lepas tu tambah lagi dengan aktiviti aktiviti menarik sepanjang gua di sana. Nak buat ala-ala blog HapaCrita. Macam syiok je dia buat. Gua teringin jugak. Kehkehkeh.

Lagi satu, doakan gua selamat sampai dan selamat kembali. Minggu depan gua nak balik lagi. Weehoooo!


***

Celah mana dapat nama Mencester? Lu orang bacalah blog Nado.

No comments: