Saturday, April 3, 2010

riben

Semalam gua pergi bersuka ria berjoget sakan berlumba lari bermain jongkang jongket serta buaian di Lumut bersama family gua. Seronoknya tak payah cerita lah. Tapi gua cerita juga. Seronok weh! Lagi-lagi bila jongkang jongket tu jahanam ditunggang dua makhluk giant yang masing-masing mewakili berat sebanyak 60kg serta rakus dan ganas. Vandalisma tiada dalam kamus hidup diorang ni. Selepas acara sesi lawan jongkang-jongket-tanpa-pegang-handle berlalu, kami terus menghangatkan malam kami dengan acara lumba lari. Acara dimulakan dengan penyingkiran peserta sakit kaki. Cehh..dan dan nak sakit kaki orang ajak lumba lari. Kau jadi tukang kira 1 2 3, GO! je lah..

Bilamana hujan semakin lebat, ibu ayah gua dah kalut ajak balik. Seperti biasa, gua jadi pilot. Walaupun mata gua dah pedih-pedih sebab lense kering gua tak drop eye mo setitis dua, gua tatap fokus semasa memandu. Perjalanan yang mengambil masa yang agak lama iaitu selama 15minit berjaya ditempuh dengan selamat tanpa was-was.

Sampai je depan rumah sebelum keluar kereta, ayah gua semacam kalut mencari sesuatu. Disebabkan tahap kuriositi gua yang tinggi, gua lantas bertanya kat ayah.

'Weh ayah, lu cari apa?'

'Nampak tak spek riben ayah? Ayah rasa ayah letak dalam kereta lu.'

Spek riben? Sejak bila askar pencen seorang ni suka pakai riben riben ni? Gua monolog dalam hati la. Kang kalau cakap kuat-kuat mau makan penaboh pulak. Sambil sambil gua mencari jugak spek 'riben' dia tu.

'Nampak tak spek riben ayah? Lu tolong la ayah cari sat!'

***



Spek RayBan ayah! RayBan! Pandai juga ayah gua melawak.

3 comments:

Azuan said...

haha lawak3...aku pun pelik.x pernah dengar pulk pasal spek riben huhuu

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

aku pun tak sangka ayah aku pandai buat lawak

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

hoi azuan. apehal byk sangat link blog lu??gua terkesima serta terharu..kehkehkeh