Thursday, April 8, 2010

Mr. Bean

This morning I went for a short jog. Yeah, short. It is just because of my big ass and a bunch of fat on my tummy and also the lazzinesss...Bla bla bla..

Ahhh! Gua tak reti la nak english english sangat. Gua kadang-kadang teringin nak pandai tulis dan cakap omputih fluently. Pakai bahasa dia dengan indah indah. Tapi tengok la sendiri. Ayat berterabur. Vocab lah grammer lah apejadah semua haram tak menjadi. Gua tahu gua kurang membaca. Kalau nak menulis,ilmu kena penuh di dada. Ingat tu!

Ok ok kembali kepada cerita asal. Pagi tadi gua konon konon nak berjogging. Konon saja lah. Baru dua round gua dah pancit. WTF?! Dengan muka belemuih tak mandi lagi, gua meneruskan usaha memerah peluh dan menghancurkan lemak lemak degil di sekeliling pinggang. Alah, setakat dua round, lemak celah gigi pun tak terbakor!

Ok ok itu bukan perkara utama. Apa yang gua nak kabo kat sini adalah..Jeng jeng jeng.. Perghh saspen tak? Heh!

Ok ok ok. Ini betul betul punya. Gua jumpa Mr. Bean pagi tadi woooh! Betul nih. Tak tipu punya. Memang Mr. Bean!

Deng! Pagi pagi lagi gua dah mengekek gelak. Apehal lu Mr. Bean sangat, Mister? Muka dah same, sekali perangai pun lebih kurang. Tak sangka kat kolej gua ada seorang Mr. Bean. The world is just awesome! Heh

1 comment:

Firol said...

patut bergambar sekali