Friday, January 15, 2010

kau kurus ke?

Hai semua. Sudah lama tidak bertemu, ada yang rindu pada saya? Ik ik ik..(macam comel la pulak gelak macam ni)

Esok saya nak pulang ke Manjung. Dengan siapa? Dengan siapa lagi kalau bukan Rufus. Nasib baik ade mamat seekor ni. Kalau tak, mau jalan kaki bai balik rumah..Esok jangan merajuk rajuk ye wahai Mr. Rufus. Kita berdua je tau esok.

Sebenarnya macam-macam benda nak cerita (blog gua telah mentransform menjadi blog gadis-gadis ayu seketika, sila jangan hairan) tatapi, akibat flexion dan extension muscle jari-jemari saya yang tidak stabil menghasilkan kemalasan bertindak untuk mempublish entry baru. So, saya akan merajin-rajinkan pergerakan otot-otot jari saya selepas ini ye.

Masa kelas tadi ada belajar pasal anatomy. Semua muscles kena la belajar. Tiba-tiba saya rasa macam budak medic pulak (Aminah, gua boleh belagak sikit dah dengan lu lepas ni..kihkihkih). Dr. Aris ada cakap pasal ape tah saya tak perasan sebab tengah tengok youtube bukan redtube ye kat belakang kelas. Yang saya dengar dia cakap macam ni, "Kalau orang kurus boleh nampak muscle extension dia." Saya teruskan la dengan aktiviti surfing saya sambil buat macam Dr. Aris cakap tadi, kot kot la ada rasa muscle timbul. Tiba-tiba saya terdengar ada suara dari depan berbunyi..


"Woi, kau kurus ke? Kahkahkah! "

***

Malam ni gua nak dancing pakai lu punya Dance Mania sampai rabak. Kita tengok siapa kurus dulu. Siap la lu!

No comments: