Thursday, April 8, 2010

Mr. Bean

This morning I went for a short jog. Yeah, short. It is just because of my big ass and a bunch of fat on my tummy and also the lazzinesss...Bla bla bla..

Ahhh! Gua tak reti la nak english english sangat. Gua kadang-kadang teringin nak pandai tulis dan cakap omputih fluently. Pakai bahasa dia dengan indah indah. Tapi tengok la sendiri. Ayat berterabur. Vocab lah grammer lah apejadah semua haram tak menjadi. Gua tahu gua kurang membaca. Kalau nak menulis,ilmu kena penuh di dada. Ingat tu!

Ok ok kembali kepada cerita asal. Pagi tadi gua konon konon nak berjogging. Konon saja lah. Baru dua round gua dah pancit. WTF?! Dengan muka belemuih tak mandi lagi, gua meneruskan usaha memerah peluh dan menghancurkan lemak lemak degil di sekeliling pinggang. Alah, setakat dua round, lemak celah gigi pun tak terbakor!

Ok ok itu bukan perkara utama. Apa yang gua nak kabo kat sini adalah..Jeng jeng jeng.. Perghh saspen tak? Heh!

Ok ok ok. Ini betul betul punya. Gua jumpa Mr. Bean pagi tadi woooh! Betul nih. Tak tipu punya. Memang Mr. Bean!

Deng! Pagi pagi lagi gua dah mengekek gelak. Apehal lu Mr. Bean sangat, Mister? Muka dah same, sekali perangai pun lebih kurang. Tak sangka kat kolej gua ada seorang Mr. Bean. The world is just awesome! Heh

Tuesday, April 6, 2010

pelancaran ke perlancaran?

Gua dah laksanakan misi-hari-ini gua. Kehkehkeh..Harap-harap menjadi lah projek baru gua tu. Lantak pi lah kalau lu orang nak kata gua syok sendiri. Ada gua kesah? Keh keh keh

saving

Gua ade 'ter'usya satu blog mamat ni. Dia buat blog tu untuk rekodkan perbelanjaan harian dia. Gua rasa gua nak tiru dia punya style la. Agak-agak hari yang gua spend banyak, gua insaf la buang sehari dua. Pehh macam akauntan la pulak. Baru la gua dapat saving money buat beli rumah lepas ni!

Monday, April 5, 2010

nightmare

Semalam gua post something about stabbing and cursing kat facebook (omputih sikit!). Malam tadi gua tidur mimpi kena tikam sungguh! Sakit bai. Tikam kat perut pula tu. Pakai pisau rambo pulak tu. Darah dah menjejeh jejeh keluar tapi gua masa tu nak pergi tengok teater dengan adik gua, Senah. Gua tahan darah pakai tangan. Gua kasi lap dengan kain lampin siapa tah gua rembat. Senah pun kena stab juga tapi dia lagi teruk. Dah macam nyawa-nyawa ikan tapi tetap nak pergi tengok itu teater. Gua yang heret dia. Last-last kena masuk ambiulen. Melepas nak tengok Azhan Rani atas pentas. Deng!


Teet Teet Teet


Alarm telefon gua berbunyi. Gua kasi campak ke lantai dan gua sambung tidur. Ah tiba-tiba kena pergi berperang pulak. Berperang dengan zombie pulak tu. Memang tak into langsung. Gua dah la meluat dengan perangai zombie. Adeke patut buat-buat muka huduh nak takutkan orang? Tapi gua memang takut dewa punya lah tadi. Dan-dan tu jugak la gua kena tukar uniform askar. Ingat senang ke nak tukar baju masa tangan sedang menggigil baek punye? Cilakak!


Dang Dang Dang


Bunyi roommate gua tengah bergusti dengan selimut. Gua lekas-lekas buka mata sambil baca doa bangun tidur. Nasib baik tak kena lawan dengan zombie. Lagi satu, gua tak tahu apa pasal kena gua dengan Senah kena stab. Apa punya mimpi lah!

Saturday, April 3, 2010

riben

Semalam gua pergi bersuka ria berjoget sakan berlumba lari bermain jongkang jongket serta buaian di Lumut bersama family gua. Seronoknya tak payah cerita lah. Tapi gua cerita juga. Seronok weh! Lagi-lagi bila jongkang jongket tu jahanam ditunggang dua makhluk giant yang masing-masing mewakili berat sebanyak 60kg serta rakus dan ganas. Vandalisma tiada dalam kamus hidup diorang ni. Selepas acara sesi lawan jongkang-jongket-tanpa-pegang-handle berlalu, kami terus menghangatkan malam kami dengan acara lumba lari. Acara dimulakan dengan penyingkiran peserta sakit kaki. Cehh..dan dan nak sakit kaki orang ajak lumba lari. Kau jadi tukang kira 1 2 3, GO! je lah..

Bilamana hujan semakin lebat, ibu ayah gua dah kalut ajak balik. Seperti biasa, gua jadi pilot. Walaupun mata gua dah pedih-pedih sebab lense kering gua tak drop eye mo setitis dua, gua tatap fokus semasa memandu. Perjalanan yang mengambil masa yang agak lama iaitu selama 15minit berjaya ditempuh dengan selamat tanpa was-was.

Sampai je depan rumah sebelum keluar kereta, ayah gua semacam kalut mencari sesuatu. Disebabkan tahap kuriositi gua yang tinggi, gua lantas bertanya kat ayah.

'Weh ayah, lu cari apa?'

'Nampak tak spek riben ayah? Ayah rasa ayah letak dalam kereta lu.'

Spek riben? Sejak bila askar pencen seorang ni suka pakai riben riben ni? Gua monolog dalam hati la. Kang kalau cakap kuat-kuat mau makan penaboh pulak. Sambil sambil gua mencari jugak spek 'riben' dia tu.

'Nampak tak spek riben ayah? Lu tolong la ayah cari sat!'

***



Spek RayBan ayah! RayBan! Pandai juga ayah gua melawak.

Monday, March 29, 2010

quotes

"Cepatlah tangkap gambar gua kandid kandid!"

"Takpelah..Gua tunggu dengan ikhlas je.."

"Lu orang pergi cafe buat apa?"

"Siapa-siapa yang nak pergi menyaka, sila rojer gua skali."

"Jodoh mana jodoh?"

***

Banyak lagi sebenarnya quote gua tapi terpaksa ditapis keselamatan masa nak tekan button publish. Kang tak pasal-pasal kene flag pulak. Agak-agak nak buh penaboh tak?

Monday, March 22, 2010

budak jahat

Semalam gua tak ada aktiviti gua ajak Aisyah merayau. Tiba-tiba je sampai ke PWTC. Tengok macam ramai-ramai je, kami orang pun join saja lah. Ya Rabbi..Pesta Buku rupanya. Punyalah ramai manusia. Masuk dalam berhimpit-himpit bersesat-sesat baik kami orang chow dulu. Ingatkan nak dapat lah jodoh sorang dua, tapi hampa..

Sambil merayau-rayau tanpa hala tuju bersama Scott tersayang, kami orang berborak-borak sepatah dua. Semakin lama semakin rancak. Perempuan biasalah kalau tak mengumpat tak sah. Tiba-tiba Aisyah bukak cerita pasal gua masa dulu-dulu. Gua pun pelik, apa pasal ada cerita pasal gua pulak? Padahal gua baru baik dengan diorang ni tahun lepas kot. Gua layan saja lah. Aisyah pun memulakan cerita.


'Wey, hang nak tau satu cerita dak? Mai nak habaq pi kat hang.' Aisyah ni budak Kedah.

'Apa dia..' Gua fokus sambil pegang tangan Scott. Dalam hati terloncat-loncat nak tau.

'Dulu kan..masa kita first year kan..semua orang dok mengata hang.'

Gua angkat kening sebelah.

'Ya la..dulu hang ingat dak hang selalu keluaq malam malam. First year dah pandai keluaq malam-malam dengan boyfriend. Hang buat apa dengan boyfriend hang?' Aisyah tanya dengan muka kerek.

'Gua jalan-jalan la dengan boyfriend gua. Hahah! Mesti lu orang pandang serong dengan gua kan?Kan?Kan?' Gua tertawa kecil.

'Hoi, bukan setakat serong lagi dah. Herot senget terbalik tunggang langgang siap! Semua orang duk kutuk-kutuk hang tau dak? Hang dah la berani buat perangai keluaq malam tak balik. Hang ni nak jadi apa weh? Hang nak masuk neraka ka weh?'

'Kahkahkah! Woi lu ingat gua ni setan ka hapa? Gua bukan buat kerja tak elok. Pegang tangan pun takut takut woi. Gua tak buat benda jahat lah! Gila hape nak meromen romen. Gua tahu dosa masuk neraka woi. Kami orang pergi berjalan-jalan makan-makan je. Merayau-rayau itu kan hobi gua. Kahkahkah!'

'Kalau lagu tu takpa. Aku rasa lega. Heee..' Aisyah senyum saja.

***

Perghh gua penah di cop 'budak jahat' bai. Kahkahkah. Funny lah you ni. Muka gua memang ganas beb. Tapi dalam hati ada taman..

abang motor besar

Pergi ke pasar malam Sri Serdang memang menjadi satu kewajipan bagi gua serta rakan taulan gua. Pasar malam Sri Serdang akan menjelma setiap hari Isnin dan juga Jumaat. Dan pada hari-hari tersebut maka datanglah gua serta konco konco gua menyerbu pasar malam lalu memborong segala jenis makanan bagai tiada hari esok. Rakus memang rakus. Biasalah perempuan kan banyak nafsu.

Masa kat traffic light depan UPM tu ada satu motor besaar punyaa warna putih lalu sebelah. Ter'wow' jugak lah mulut gua tatkala melihat abang motor besar itu punyalah macho bawak motor. Dia pakai baju putih. Kat belakang ada backpack. Ok teruskan perjalanan kita ke pasar malam ye.

Checklist aku seperti biasa lah. Mukadimah keropok lekor crispy diselang-selikan dengan air kelapa. Kemudian beratur pula nak dapatkan Medulla Oblongata dan seterusnya mencari-cari mi ayam yang pada awalnya disangkakan mi udang. Ok. Bila cukup kaki masih bertenaga untuk pusing seround lagi. Selalu dalam tiga kali tawaf baru selesai upacara menjamu nafsu.

Hari ini punya lain cerita. Masa aku tengah berbaris tunggu Medulla Oblongata tiba-tiba zaaassssssss! Abang baju putih tangan sebelah pegang helmet putih kat belakang ada backpack pandang gua! Gua statik sekejap. Jantung pun mestilah berdenyut. Kalau tak dah lama la gua tumbang. Lepas tu membe gua cepat cepat petik jari depan mata gua tanya "Sya, are you alright?" Dia memang suka cakap omputih. Gua jawab simple, "I'm all rise!".

Tapi dalam hati siapa tahu. Harini satu kali round saja gua dah rasa nak balik. Sebenarnya berat ke arah nak cari abang motor besar tu kat parking. Tapi tak jumpa juga. Oh abang motor besar!

***

Hari ni memang sedih la. Pagi-pagi dah ada berita sedih. Bawak ke petang. Malam pun macam muram jugak je. Harap-harap esok lebih ceria!

jb best jugak weh!

Tajuk sudah menggambarkan entry. So tak payah susah susah lah nak tulis entry. Kehkehkeh

Wednesday, March 17, 2010

delete

Kau pernah tak mengalami situasi ini? Situasi di mana kawan kau delete kau dari friendlist dia semata-mata tak sanggup tengok shoutout kau. Kasihan dengan shoutout kau sampai terpaksa mendelete kau. Tak sanggup lagi dia mahu membaca keluh kesah kau kerana masih lagi tercari-cari jodoh. Shoutout yang selalu menyatakan kesedihan dan kehampaan mencari cinta hati. Shoutout yang selalu menceritakan kelemahan diri dan juga membawa seribu erti. Kau pernah?

***











Aku pernah! Dia cakap shoutout aku kesian. Desperate gila kan aku? Kahkahkah

Tuesday, March 16, 2010

ini celita talak tipu woo

Bila si kakak marah teramat sangat pada si ibu kucing, maka keluarlah ayat ayat hyperbola dan tidak boleh diterima tanpa gelak besar. Contohnya :

'Hoi, pi la bagi anak hang isap tek nuh! Ni keja nak angkut pi sana pi sini ja! Hishh aku geram betoi. Sat lagi aku yang isap tek hang baru tau kot!!!'


***

Funny bukan? (Nak tahu tak siapa yang cakap dialog di atas? Nak tak? Nak tak?)

Monday, March 15, 2010

skirt

Gua dikenali sebagai 'Penjalan Pantas' dan sewaktu dengannya. Dari dulu gua suka jalan pantas dan cantas. Gua pantang betul ada orang jalan lambat lambat depan gua. Cepat je gua rasa nak potong. Nasib baik jalan kaki tak payah ada signal. Kalau tak nanti mesti terconfuse nak pasang signal ke wiper. Kalau lu orang tanya kawan-kawan gua, mesti ramai yang tak puas hati bila jalan dengan gua pasai gua jalan laju menonong. Gua bukan apa, gua rasa macam orang 'selembom' bila jalan lambat lambat ni. Gua pun ada belajar, 'brisk walking' ni banyak faedahnya. Contoh ; bakar lemak, improve cardiovascular system, increase metabolism and so on. (Ecewah cakap omputih pulak aih!)

Sebagai Penjalan Pantas, gua memang yakin dan pasti la tentang kehadiran gua ke kelas takkan lewat punye. Gua dah set time, gua ambil masa 3 minit saja dari hostel gua nak speed sampai ke kelas. So gua boleh rilek rilek lagi bilamana member gua kalut mekap mekap. Gua buat muka steady je tengok diorang kalut sarung kasut mahupun selipar. Gua buat muka sinis je tengok diorang berlenggang pergi ke kelas. Apeadehal? Gua kan pantas. Layan fesbuk dulu buang seminit dua.

Tatapi hari ini mencatat sejarah juga lah. Gua macam biasa rilek-rilek sampai pukul 2.57pm. 3minit gua speed dah sampai lecture hall gua yakin. Lepas elok-elok gua sarung kasut baru beli semalam kat Sunway, gua mulakan langkah panjang gua. Zrasss zrasss apahal macam pendek pula langkah gua harini? Macam tersekat-sekat pula tu. Gua cuba pakai gear rendah. Tak juga jauh kaki gua melangkah. Besar baby steps je gua rasa. Nak kata kaki gua gemuk, memang tak pernah kurus pun. Gua hairan sambil angkat kening sebelah. Lu boleh angkat kening sebelah?

***

Gua tahu gua lain hari ni. Jalan tersekat-sekat, terjungkit-jungkit macam orang tak betul. Lain kali kalau gua pakai skirt gua pergi kelas setengah jam awal ok!

siapa nak jadi baju

Gua ada satu habit pelik. Peliklah gua rasa. Lu orang nak rasa apa lu orang punya suka. Kehkehkeh. Habit pelik gua ni sebenarnya tak ada lah pelik mana gua rasa. Gua rasa la. Lu orang nak tahu tak apa habit pelik gua tu? Nak tak? Nak tak? *pang!*

Ok lah. Straight to the point. Mukadimah dah macam mintak penampar kan. Bila gua lipat kain baju, gua suka cium baju tu. Gua suka bau dia. Bau after laundry. Fresh. Bulu hidung gua menari hawaii bila gua cium baju baru basuh. Bau panas tetapi segar lepas jemur pada hari yang cerah. Asal gua nak lipat je gua cium dulu. Gua cium gua lipat. Gua cium gua lipat.













Siapa nak jadi baju baju gua? Kehkehkeh

Sunday, March 14, 2010

hitam itu menawan

Ah sudah sudah la dengan cerita jodoh. Gua dah call TokJah dan memang pasti gua kena bambu.

***

Mood rajin gua datang bukan selalu. Dalam setahun ada la dalam dua tiga kali. Minggu ni mood rajin datang kembali. Gua terkejut bilamana roomate gua terkejut tengok gua kemas bilik. Dia hairan sambil angkat kening sebelah. Gua jadi lebih hairan lah bila gua angkat dua belah kening sekaligus. Gua kasi kemas semua sekali sampai bawah loker sikit habuk pun tarak! Jangan main main sama itu mood.

Gua punggah semua baju baju dalam loker kasi lipat elok elok balik. Mak aii! Banyak juga baju gua, cakap gua dalam hati. Nak cakap kuat kuat nanti orang dengar semua nak pinjam baju gua. Gua kasi lipat dan lipat. Makin lama makin kabur mata gua. Gua prejudis sebentar. Nak kata mengantuk, tak juga. Gua baru bangun tido. Nak kata rabun, spekmata kat mata gua. Tapi makin gua lipat makin gelap pandangan gua. Jangan kata hati gua sudah gelap sudah. Subhanallah.. Ini tidak boleh jadi. Gua kena buat sesuatu!

***

Hujung minggu depan gua nak pergi shopping baju. Checklist semua dah siap. Tinggal angkat saja. Kepada Pa&Ma Co., silalah melabur dalam akaun gua. Gua dah sengkek. Gua sikit lagi saja nak jadi MetalHitam. Baik gua insaf cepat cepat. Gua kena beli baju baru!

***

Baju gua ada nisbah. 10 warna HITAM nisbah 1 warna lain lain. 10 : 1 tu beb. Patut la ramai orang tak perasan gua bila selisih bahu. Double cisss!

Tuesday, March 9, 2010

jodoh mana jodoh

Minggu ni minggu pelik.

Gua cakap ni bukan cakap tanpa sebab. Ada kisah yang gua rasa menarik pada pandangan gua. Kalau lu orang pandang tak menarik pun tak apa. Gua kesah ke?

***

Mula-mula Gondol bagi kad jemputan kahwin beliau dengan gadis pujaan hatinya zee avi. Kami berjumpa di Pekan Frinjan itu hari. Gua berfikir agak lama jugak lepas membaca kad itu untuk..’Syalala & partner’

Abrakadabra mane nak cari partner ni?20 hb dah minggu depan.Gua dah set mata gua ke mencari-jodoh-mode. Zassss..tiba2 ade seorang jejaka berbaju merah itu lalu depan gua. Ternganga beb. Mata gua tak berkedip. Air liur dah meleleh. Jodoh tu jodoh!! Jerit hati gua. Akal gua dah agak tak berfungsi.

Gua usha dia,dia x usha gua. Gua amek port sebelah dia, dia tak nampak gua. Gua follow kemane saje dia pergi, dia tak pasan gua. Gua dah macam stalker pulak rasanya. Gua stay belakang Paan konon nak sembunyi sambil usha. Tapi usaha gigih gua gagal. Tiada respon langsung. Gua putus harapan. Sekali lagi gua melepas. Gua tau gua ckp belakang memang lebat. Depan depan kecut. Chicken!!

***

Walaupun gua masih teringat sama itu brader, gua terpaksa juga buat buat macam biasa. Tiba tiba masuk esemes kat telefon bernombor diji gua. Fyi, nombor diji gua ni tak ramai org tahu. Family dan kawan dekat je sebab gua guna ni unutk emergency je (bila takde kredit maxis le ape lg). Pelik benor sebab telefon ni tak pernah masuk esemes. Gua pun steady je la bace. Yang buat gua melatah astaghfirullah bilamana gua baca ayat ‘Do you want to be my love’ terpapar kat skrin telefon. Gua kucar kacir nak reply ke tidak. Last last gua reply ala ala brader ‘Sape ni??’

Makhluk mane sesat esemes kat gua ni? Dah la unrecognised number. Hati gua dah kelam kabut. Nak bergurau pun jangan macam ni. Bencik!

***

Lepas kes esemes misteri gua sambung buat kerja. Ok tipu. Gua sambung main fesbuk la ape lagi budak budak universiti suka melabur masa. Tiba tiba mak gua call. Gua punya la eksaited jawab,bukan senang mak gua nk call, selalu gua yang call. Gua angkat terus mak gua tanye, ‘ Akak bila nak kahwin ni?’

Gulp!

Gua pesen steady je walaupun hati berdegup kencang. Gua tanya baik baik dari pucuk pangkal ape cerita semua. Lepas mak gua kasi eksplen, gua macam konpius sikit. Macam mane gua nak setel ni? Orang kampung dah bising. Kalut semua nak tanye bila aku nak kenduri. Gua pening.

***

Nenek gua (gua panggil Tok Jah) call mak gua tanye bila gua nak kahwin? Sape tak kenal Tok Jah gua? Mai sini gua nak kenalkan. Tok Jah gua mempunyai mulut yang bagai music box yang sentiasa mengalunkan irama irama sarkastik tanpa henti. Dia punya semangat memang macam orang muda. Siapa nak berdebat dengan dia jangan harap sangat kemenangan. Sekali kena angin dia datang, baik korang duduk diam menikus cepat cepat. Kali ni gua kena. Tok Jah kata gua memilih sangat. Dah ada yang ok haritu pun taknak. Bile masa gua ade yang ok tah la. Mak gua iye kan saja. Penat mak gua back up gua tapi tak menjadi. Last skali dia bagi warning kat mak gua ‘ Kalau Lala call, suruh dia call Tok Jah. Nak bagi basuh sikit otak dia.’

Mak gua pesan pada gua jangan call dia laig dalam 2-3 hari ni. Tunggu sejuk sikit baru call. Gua dah kecut perut. Mak gua sengih je cakap, 'Ibu tak tahu.Akak deal la sendiri dgn Tok’

Tunggu lah bulan depan baru gua call TokJah.

***

Apakehal berat ke arah jodoh jodoh saja minggu ni?

Sunday, February 28, 2010

boneka

keyakinan yang pudar menghalang diri untuk meluahkan segalanya
menjadi seperti patung bodoh yang hanya terpaku begitu sahaja
membiarkan segala peluang berlalu pergi
membendung segala gejolak di hati
menangkis semua kata-kata dengan menyepi sayu
dan aku kembali kaku






gelak la gelak. gua memang tak berseni sangat. tapi hati gua memang hati tisu.

ya Allah, tenangkanlah hatiku ini

Friday, February 26, 2010

iblis

Gua jatuh cinta denga 'IBLIS' itu..bukan kerna keiblisan wataknya..tetapi kerana niat hatinya

Tuesday, February 9, 2010

mamun

1. Gua terpelecok masa balik pasar malam tadi kat depan pakgad. Gua steady je mula-mula. Gua kan dah biasa jatuh jatuh ni. Gua jadi auto segan bilamana member member gua cakap pakgad tu gelak kat gua. Ciss

2. Gua punya semangat belajar berkobar-kobar ini malam. Gua tulis balik nota nota kasi kemas senang gua nak baca balik. Selalunya gua tak dapat baca balik tulisan gua. Lu orang tengok la sendiri apa yang gua buat ni.Cuba baca betul betul. Part yang gua buat bulat kaler merah tu lu orang nak tau ape terjadi pada saat itu?








Gua terkentut. Kehkehkeh

Monday, February 1, 2010

en. hasrul

Muscle tension. Boleh tegang boleh kendur. Kerja ramas-ramas. Bila otak bagi isyarat angkat, kita pun angkat.

Mata gua jadi auto segar. Dalam kepala dah macam-macam punya fikir.

***

Apesal kelas Ergonomic Dr. Sam tadi gua fikir benda lucah je semua?? Ini semua salah En. Hasrul. Entah ape tiubmerah dan geng geng sewaktu dengannya dah merebak dalam kepala aku ni. Ah nak kena layan 'tutorial' lagi nampaknya!

kau tak tahu malu ke?

Apesal gua suka memalukan diri sendiri? Apesal setiap kali pergi mall gua tiba-tiba menjadi 'Auto Clown'? Oh damn!

***

Nampak je orang pelik lalu lalang kau gelak-gelak. Pelik la Biggest Loser la perut buncet la jalan kelakar la semua kau nak komplen.


Last-last kau sendiri pergi tayang perut buncit+pusat kau kat orang apehal??

***

Oh hari ini hari yang memalukan!