Saturday, March 10, 2012

ombak besar



Ianya bermula bila ayah dapat jemputan ke family day di atas The Scorpion, kapal tentera paling besar milik Tentera Laut Di Raja Malaysian. Ayah merupakan orang penting juga. Sangat komited dengan karier dia sehingga tiada masa dengan family. Mungkin dia terima jemputan itu atas dasar nak spend some quality time with us. Mungking atas dasar kerja. 

Kami sampai di pelabuhan pada pukul 7 pagi. Lagi lima belas minit untuk belayar. Oh ya, family day kali ini disambut dengan pelbagai aktiviti termasuklah belayar ke sebuah private island. Di sana kami akan menikmati percutian secara esklusif, kinda like a special place for Navy family.

Kapal bergerak, hon dibunyikan, doa telah dibaca. Aku mencari ayah. I saw him so busy with the captain. Yup, datang sini demi kerja sebenarnya. Cuma bawa kami satu keluarga untuk tutup mulut saja. Aku tak puas hati. Dalam ramai ramai adik beradik, aku yang paling degil. I always question him why he dont have time for the family. Aku yang paling bermasalah. Sekolah selalu kena gantung. Emo. Selalu usik adik adik. Selalu peningkan kepala mak aku. Yup, mungkin dengan cara tu dapat gain attention ayah. Trust me, it never works out.

Dah sampai kat pulau tu, aku buat hal sendiri. Malas nak campur dengan family members yang lain. Aku jalan jalan pusing satu kapal. Lama aku jalan. Besar kapal ni. I'm just like a little dot kalau tengok dari atas. Aku berjalan dan terus berjalan sampai di bahagian paling depan kapal. Macam dalam cerita Titanic tu. And I'm all alone. Tiba tiba rasa sunyi. Sunyi yang amat sangat. Macam tiada siapa siapa. Semua orang terdiam.

Aku pelik. Kapal dalam dock. Terasa bergerak ke bawah. Rupa rupanya air laut kering. Satu dalam fikiran aku, LARI! Aku dengar ada orang jerit lari! lari! Orang lain yang tadi semua berhenti senyap kerana hairan mula berlari laju. Berpusu pusu turun dari kapal. Hanya ada tiga laluan. Semua orang berebut nak keluar dari kapal dan menyelamatkan diri. Aku hanya mampu berselawat dan berdoa di dalam hati. Dengan bismillah, aku cuba untuk lompat dari depan tu ke atas tanah. Sekuat hati aku berlari dan melonjak, aku lompat! Kaki aku akhirnya berpijak pada tanah. Di hadapan ada sebuah bukit kecil. Memang kecil, aku tak pasti dapat selamatkan aku atau tidak. Atau, masihkah ada lagi ruang untuk aku di situ. 

Sambil berlari aku lihat ada seorang bapa sedang mendukung dua orang anak kecil. Aku pergi ke arah dia dan tolong dukung anak dia seorang dan teruskan lari dan memanjat bukit. Aku kena cepat. Sebelum sampai puncak bukit aku tengok di belakangku ada ombak besar sedang menghala. Tingginya ombak itu lagi tinggi dari kapal aku naik tadi. Orang menjerit  di sana sini. Aku panik. Yang aku tahu hanyalah untuk panjat lagi dan lagi ke tempat lebih tinggi.

Tiba tiba ada orang menjerit, "Tengok!" sambil tunjuk ke sekeliling. Ombak datang dari seluruh arah. Astaghfirullah! Aku terkedu. Aku pandang belakang, kapal sudah terbalik ke tepi. Masih ramai lagi yang terperangkap di dalam tu. Macam mana nasib keluarga aku? Aku tak mampu berbuat apa apa. Dengan keadaan terkejut macam tu, aku tak boleh berfikir. Kemudian, dunia senyap kembali.

Air kembali surut dan kering. Aku tahu. Ada lagi satu. People start climbing the tree and ties themselves to something untuk tak hanyut. I have nothing in my mind. I don't know where to go and what to do. Aku hanya mampu berdiri di situ dan melihat semua nya terjadi di depan mata aku.

Woooosh!!! Ombak lagi besar dari tadi memukul ke arah aku. Kapal yang tadi terbalik ke sebelah sisi, diangkat dan diterbalikkan upside down. Atas kepala aku. Aku perlu lari. Barang barang dalam kapal mungking akan jatuh ke atas ku. Aku lari untuk keluar dari kawasan kapal. Puk! Puk! Puk!

Bunyi orang jatuh. Disertai bunyi jeritan dan remukan tulang tulang dalam badan mereka. Depan mata aku. Ya Allah! Selamatkanlah aku dan keluarga aku!

Mayat bergelimpangan. Pasukan penyelamat baru tiba. Tetapi shorthanded. Mengharapkan bantuan dari sesiapa saja yang bernyawa pada masa itu. Terlampau banyak kemusnahan dan kematian. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah untuk temukan aku dengan femily aku. Aku terduduk di sauh kapal sambil melihat orang ramai sedang mengorek tanah untuk mencari mangsa yang terperangkap. Bau busuk menyelimuti setiap ruang.






Terkejut. Aku buka mata. Air mata sudah pun mengalir laju. Walaupun ianya mimpi, ia bagaikan realiti. Tersangat jelas. Aku boleh rasa, boleh bau, boleh dengar semuana dengan jelas walaupun dalam mimpi. Aku tak sanggup jika mengalami kejadian macam tu. Macam mana kalau aku yang mati? Sempat kah nak minta pengampunan di atas dosa dosa yang aku buat selama ni dengan Yang Maha Esa? Sempat kah mahu bertaubat? 

3 comments:

Encik Pacak said...

Diberi peluang merasa dlm mimpi. Rezeki tu

Amalina said...

aku selalu mimpi yang panjang macam menonton filem tapi susah nak ingat balik setelh bangun.

outbound training di malang said...

kunjungan gan.,.
bagi" motivasi.,.
Kegagalan tidak seharusnya membuat kita rapuh .,.
tapi justru itulah cambuk kita menuju kesuksesan.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,