Wednesday, February 16, 2011

suara sedap



Roomate gua kata suara gua sedap..dalam telefon.









Kalau tak percaya, cubalah.





Ihiksss.




Sunday, February 13, 2011

barang baik



Kisah ketagihan ini bermula dua hari yang lepas. Orang kata, kalau tak nak ketagih jangan ambil overdose. Tapi gua jenis rebel, mana nak dengar kata orang. Gua ambil juga dua bungkus. Barang baik lah katakan. Untuk manusia normal, satu bungkus pun dah lebih dari cukup. Ada yang tak larat nak habiskan pun.

***

Dua hari lepas, gua bersama konco-konco gua dengan beraninya mencabar mental dan fizikal masing masing untuk memanjat Bukit Broga. Bukan calan calang orang yang boleh tackle bukit ini. Dengan ketinggian seribu tujuh ratus meter, masing masing mula pucat apabila mendengar nama Bukit Broga ini. Namun, di atas keazaman yang tinggi, kami gagahkan jua diri untuk bangun seawal empat pagi dan menunggu seorang lagi sekutu yang kiranya terbabas ke pukul sembilan. Walaupun seorang telah kecundang, kami tidak gentar untuk mendaki juga hingga ke puncak Bukit Broga.

Agenda seterusnya adalah dengan mencari pasal di Sungai Tekala. Mana tak cari pasal, dah tahu kaki krem panjat bukit, lagi nak pergi mandi air terjun sejuk sejuk tu. Oh ya, sekutu yang tertinggal tadi tiba tiba munculkan diri sambil membawa dua puluh bungkus 'barang baik'. Gua terus sambar nak makan. Alasan paling bernas yang otak gua dapat hasilkan adalah gua nak topup balik energy dan gua nak panaskan badan sebelum terjun ke lembah kesejukan tu. Hangpa nak mandi, mandilah dulu. Setelah sekian lama tak pekena barang baik tu, gua terus bedal dua bungkus. Pehhh dia punya nikmat tak dapat diulas dengan kata kata. Bermulanya ketagihan di hari pertama.

Walaupun dua bungkus gua ambil, namun energy yang terhasil tak dapat mengcounter kesejukan air terjun Sungai Tekala. Gua mengalami simptom simptom seperti blurred speeches, cramps, tremors, hypothermia dan juga urtikaria. Tapi gua hadapi semua itu dengan cool je. Tak macho la kalau nangis! Gua sambung mandi manda walaupun sekali sekala gua kena stretch kaki hilangkan cramps.

Kaki krem dan kereta manual adalah gabungan yang paling tahi sekali dan gua mengalami kekejangan kaki ketika mahu drive pulang. Gua gamble try brek pakai kaki kiri. Gua tengok passengers kat belakang semua main angguk angguk geleng geleng pasrah saja. Sampai ke sudah gua asyik teringat kat barang baik itu saja.


***

Ketagihan di hari kedua.

Semalam, ada member gua ajak pekena barang baik punya dekat Sungai Ramal. Gua tanpa berfikir panjang terus angguk memberi persetujuan. Depa kata barang baik tu kat sini memang terbaik. Gua bercongak congak nak ambil berapa. Disebabkan gua berfikiran logik, gua cuba menenangkan nafsu gua. Kali ni satu bungkus cukup. Cukup! Lagipun dah malam, nanti kalau overdose susah pula gua nak tidur.

***

Pagi pagi lagi gua bangun dah menggigil gigil. Mana tak ketar, siap termimpi mimpi lagi barang baik tu. Gua bangun dengan satu azam, nak cari sampai dapat barang baik tu. Kalau tak dapat juga, gua sanggup buat sendiri. Practice makes perfect, orang putih kata.

Gua cuba mencuba pelbagai taktik, dari menggugel sehinggalah ke mengfesbuk. Budak budak urban memang macam ini punya gaya. Hujung jari je yang bergerak. Mana tak gemuk.

"Petang petang macam ni dapat pekena barang baik orait juga ye."

Gua post di fesbuk. Tak sampai seminit, jiran rumah gua komen. Dia kata dia ada dua. Tapi dah lama, takut tak elok. Gua dengan tangkas terus memanjat koridor ke rumah sebelah nak ambil barang baik. Dapat barang baik di kala ketagihan macam ni merupakan perkara terbaik dalam hidup. Gua peluk cium member gua sebab seronok tak terkata. Elok tak elok belakang cerita. Janji dapat hidu dulu aroma dia pun dah cukup.

Dua bungkus barang baik dah ada depan mata. Air liur gua yang menitis, gua tepis perlahan lahan. Pehh nasib baik elok lagi. Terus hilang ketar ketar gua lepas dapat pekena barang baik ni. Dua bungkus gua telan dalam masa tak sampai lima minit. Hebat bukan?


***

Gua dah betul betul ketagih barang baik ni. Esok gua berazam nak belajar betul betul cara nak buat dia. Jimat sikit. Pehh kalau pekena time dia berasap asap lagi, memang high. Gua tak tipu.












***


Barang baik = Nasi lemak daun pisang.

tak puas hati ke?

Kahkahkah. Gua dah kata dah. Benda benda social network, blog blog ni banyak buat orang bergaduh saja.




Kahkahkah!



Thursday, February 10, 2011

creepy sangat ke?

Babak pertama.

Gua tengah syiok duduk dalam CC (baca : cybercafe) ni, tiba tiba owner dia datang slow slow je kat gua. Gua saspek dia nak halau gua keluar. Mana tak halau, gua tak pernah bayar pun sepanjang gua melepak kat cc dia ni.

Tapi sangkaan gua meleset. Owner cc boleh pula cakap kat gua,

"Weh, tolong sikat rambut kau boleh tak? Seram aku tengok."


Demm. Kucar kacir gua cari sikat.

"Bak sini nak pinjam sikat. Gua tak ada sikat rambut." Gua meminta jasa baik owner cc sambil sengih.


"Gua takut sikat gua patah je." Dia jawab sambil tangan terketar ketar hulur sikat dia kat gua.

Demm!


***

Babak kedua.

Gua tengah asyik melayan video video baik punya di YouTube hasil nukilan brader AnwarHadi dalam cc ni, tiba tiba ada member gua datang sembang sembang dengan owner. Gua pun nak mencelah juga. Tak nak kalah orang kata.

Gua pun pusing la kepala gua nak menghadap depa ni. Tiba tiba member yang datang tu melompat terus nak pitam. Sikit lagi nak berbuih mulut.

Terkejut tengok gua. Alasan dia, dia tak perasan gua wujud di situ sebab baju gua hitam, rambut macam Hermione (baca : Hagrid), lepastu melekat kat dinding dan tiba tiba menoleh macam dalam scary movies. Creepy!


Demm!


***

Babak ketiga.

Gua kena sound selepas dua babak tadi. Bukan ini kali pertama kena sound. Lalu gua capai getah rambut wayar telefon lalu mencuba nak ikat rambut.

Pap! Terputus pula. Nak menangis woi getah putus. Gua mana ada getah lain. Ini pun getah curi adik gua punya.



Kan semua orang dah lari! Creepy sangat ke woi??


Demm!!!



Wednesday, February 9, 2011

merenguih



"Hang ni pasai apa tiba tiba nak merenguih semacam ja ni? Emo tak pasai pasai? Awat dak tau?"


"Gua pun tak tau. Tiba tiba nak emo. Angin apa entah datang hari ini."


"Dah la pi tempik habih kat orang. Pakat lari menderu semua. Hang ni pasaipa?"


"Ish, gua kata tak tau, tak tau la! Pehh, emo balik. Kahkahkah."


"Hang ni, tak baik tau dok merenguih lagu tu saja. Tiba tiba nak marah, ingat orang lain suka ka?"


"Gua tau orang tak suka, tapi gua bukan sengaja. Emotionally unstable orang putih kata. Dah dah gua tak emo dah. Buat apa emo emo, buat orang duk mengata kat gua balik saja. Kehkehkeh."


"Tau pun. Dah pi gelak gelak balik. Toksah la dok muncung sangat mulut tu. Huduh sangat aih."







***



Jangan tanya gua borak dengan siapa. Bladihell betul tiba tiba nak emo!



Eh, mana ada emo dah. Hehe mana ada..





pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas


Kalau orang pecah kereta, curi semua duit seringgit seringgit dan syiling yang gua letak bersama kad Touch'N'Go dalam laci bawah radio tapi dia tinggal kad Touch'N'Go tu kat atas seat co-pilot, lepas tu dia ambil sekali spek RayBan sembilan ringgit sembilan puluh sen yang gua letak bersebelahan dengan spek Elle gua yang bukan tiruan itu tapi dia tinggal spek Elle tu, nak kata dia ni bodoh ke bengap? Kahkahkah! Lawak la diorang ni. Sumpah lawak.

Lagi satu, kalau orang pecah kereta, tapi tak ada satu apa pun yang pecah (contoh : tingkap), dipanggil pecah kereta juga ke?













Ye, Scott terlupa untuk dikunci pada malam kejadian tu. Suspek masih dicari.




Monday, January 31, 2011

limau



Gua pergi sana sini mesti ada orang hulur limau. Aunty Sylvia bagi limau. Apek hensem kedai handphone bagi limau. Ada stranger mana entah hulur kat gua limau. Memang tanpa ragu ragu gua sapu semua. Limau sedap kot. Siapa tak makan limau memang kodi.



Gua dengar dengar, orang yang selalu diberi limau ni sebab dia lawa. Betui ka?





Kahkahkah! (*Pang!*)




movie best



The Way Back : Terbaik!


Sekian terima kasih.






event kereta kecik



Ok gua mulakan cerita menarik ini dengan mukadimah yang sesuai. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua masyarakat sekalian.


Gua bangun awal pada pagi hari Ahad yang indah yang disertai dengan salji salji halus yang mula turun dari langit. Gua macam tak sangka juga gua bangun awal.

"Wow, gua bangun awal!", gua mula bersembang dengan kucing ni, gua secara rasmi menamakan beliau Cik Piah. Dah tak ada siapa kat rumah, sesi bersembang dengan Cik Piah mula mengambil tempat. Cik Piah ni pun satu, sikit pun dia tak bagi respon dengan apa yang gua kata. Dia buat hal dia je. Macam bercakap dengan kucing je!

Gua bangun awal bukan sebab apa, nak tutup kipas. Sejuk dia sampai bernafas pun keluar asap asap. Serius gua tipu. Sejurus selepas itu gua terus pakai baju bulu beruang lalu sambung tidur kembali. Ya, gua tipu lagi. Yang sebenarnya gua tak boleh sambung tidur lalu gua bangun, kemas katil, sapu bilik, makan koko krunch dengan susu stoberi lalu mandi. Ya, yang ni gua tak tipu.

Selepas selesai berkemas dan berbau harum, barulah selesa nak buat kerja. Gua sambung pencarian untuk kerja sekolah gua di enjin enjin pencarian terkemuka negara, Google, UPM Library, ScienceDirect dan sebagainya. Pehh dah macam nak tulis script ucapan rasmi gayanya ni.

Then, gua baru teringat. Ada member gua nak datang KL. Ada event kereta kecik katanya. Dia kata nak jumpa gua. Gua lantas mengesemes beliau untuk bertanyakan lokasi beliau. Cilakak. Ini dah betul betul karangan PMR Bahasa Melayu sudah ni!

Ok gua sambung balik. Din ajak gua pergi sekali event kereta kecik tu. Gua segan juga mula mula. Yela, gua haram tak tahu satu benda pasal kereta kereta ni. Yang gua tahu cek air, cek minyak hitam, hantar servis dan tukar tayar saja. Tak ke malu nak join event orang pro pro ni?

Oh tidak. Gua memang tak tahu malu. Gua lantas mengejoinkan diri gua dengan mereka. Ada tujuh orang semua dari JB. Yang gua tahu nama, Din, Timmy, Jimbo, Farid dan Ahmad. Yang lagi dua orang, gua segan nak bertanya. Pehh kucar kacir juga gua. Last last gua jadi batu kat seat co-pilot. Segan bai! Orang tanya sepuluh patah, gua jawab sepatah. Event dekat Wangsa Maju. Dari Serdang ke Wangsa Maju tu dalam hati gua gelabah tak tentu hala. Gua nak borak apa pun tak tahu. Gua ambil keputusan berdiam diri. Nasib baik depa ni sempoi saja. Gelak tak kira masa. Timmy memang menjadi bahan tetap untuk dibahan. Padan muka, siapa suruh cakap umur gua 39. Kahkahkah.

Sampai kat lokasi event, salji masih turun renyai renyai. Nasib baik gua dah biasa dengan kehidupan Mencester. Sejuk sikit apadehal beb. Gua tengok Timmy dah bersweater dah. Biasalah, orang South East Asia. Masuk ke dalam tempat event, gua mula ternganga. Serius ternganga. Event macam ni bukan event main main. Punyalah banyak kereta kecik pelbagai jenama dan saiz serta warna. Ok gua tak tahu nak explain pasal spec sebab gua tak tahu apa apa pasal kereta. Tapi gua tetap ternganga.


Tangkap curi ni. Malu pakai camera phone je. Ini baru sikit. Dekat row kiri kanan beratur lagi kereta kecik, workshop kecik, moto kecik, spanar kecik. Tu truck kecik pun ada. Van Bob Marley pun ada.


Yang paling legend, workshop. Pehh detail habis! Gua respek gila orang yang main scene kecik kecik ni. Penyabor, orang kata. Gua teramazing juga (teramazing?) dengan kerja tangan diorang ni. Art beb! Tangan gua dah menggigil gigil tahan nak sentuh kereta kereta tu. Nak sentuh tak berani. Takut ada cap jari. Mengamuk pula owner dia nanti. Gua terasa rugi sebab tak bawa camera. Tapi kalau bawa pun, memang gua tak keluarkan dari beg la. Segan kot. Otai otai photog semua ada di sekeliling.

Organizer event ni nama dia Ah Kit. Parents dia terbaik! Ramah sangat. Segala benda cerita kat gua. Gua pun dan dan nak cerita segala benda kat diorang. Yang paling buat gua rasa malu malu sikit bila Aunty Sylvia asyik cakap gua cantik. Sembang sikit, dia stop sebab nak cakap gua cantik. Kehkehkeh. (Caih perasan!)

Gua sambung perjalanan event gua dengan sesi bersembang dengan uncle and aunty. Kami berborak macam dah lama kenal. Punyalah peramah diorang ni. Gua mestilah tak nak kalah. Dan dan gua pandai peramah. Pasal hometown aunty kat Ipoh, pasal uncle and aunty pernah kerja di Lumut dulu, pasal anak anak aunty and uncle, pasal ibu ayah gua, pasal bisnes aunty and uncle, pasal Lin Dan menang, pasal nama gua start huruh S dan nama aunty pun start huruf S, pasal taik lalat gua, pasal awet muda aunty, pasal sekolah gua, pasal safety officer, pasal mechanical and electrical, sehinggalah ke pasal love life gua, semua terkeluar. Pehh, ramah bukan?

Makan minum toksah cakap. Sepanjang masa ada depan mata. Ada nasi lemak lah, nasi goreng lah, limau lah, kerepek lah, biskut raya lah air oren lah. Aunty siap pegang perut gua tanya lapar ke tak. Bapaklah malu, tak sempat nak cover buncit!

Tak habis di kedai, ke rumah pula kami menyambung event. Semua bergerak ke rumah Ah Kit sebab dia nak tunjuk special collection dia. Uncle awal awal lagi dah pesan,

"Jangan takut, ada dua anjing garang sikit saja."

Gua dah get ready. Nak takut apa, garang sikit saja. Sampai depan pagar, gua rasa nak cabut lari. Bukan main garang lagi kot anjing anjing dia. Gua baru ingat nak pat kepala depa tadi. Terus cancel. Jalan jauh jauh je. Nasib baik kena tied up. Kalau tak, sumpah gua takkan turun kereta.

Masuk saja bilik Ah Kit, rahang gua rasa nak tercabut jatuh tergolek golek atas lantai. Banyak gila collection kereta kecik. Gundam pun ada. Orang kecik pun ada. Besball bat pun ada. Pedang kayu pun ada. Hair dryer pun ada. Lampu lip lap lip lap disco pun ada. Bantal dolphin pun ada. Diorang estimate Ah Kit ni boleh jadi jutawan kalau jual semua collection dia tu. Yang rare pun banyak. Bagi gua semua rare, sebab gua tak tahu apa apa. Kehkehkeh. Gua terfikir juga, tak ke membazir main mainan kecik kecik ni? Lepas tu gua teringat kata kata Aunty Sylvia tadi,

"Lebih baik bagi dia main macam ni. Daripada membazir pergi pub tak tentu hala. Dia dapat ramai kawan lo main kereta kecik kecik ini."

Pehh! Betul juga tu. Banyak otai otai yang datang tadi. Gua tengok diorang main kereta kecik ni bukan calang calang. Penuh art kot! Gua kagum. Ah Kit juga ada buat demo polish (gua rasa) kereta. Sekali lagi gua ternganga.

Sebelum balik kami bergambar beramai ramai di rumah Ah Kit. Then terus drop gua kembali ke negeri UPM ni. Sebelum tu ada sesi temuramah dengan abang gad dulu (sekarang kena panggil abang gad).

"Bang, saya nak masuk dalam kolej boleh ke? Boleh tolong bukakan barrier gate tu tak?" Gua tanya.

"Ada banyak barang ke?" Dia tanya gua balik.

"Yup. Ada banyak barang dalam van ni." Gua menjawab.

"Banyak ke barang tu? Sampai satu van?" Dia cuba membuat lawak.

"A ah. Penuh satu van barang barang." Balas gua sambil buat buat gelak.

Kaching! Palang dibuka. Terer juga skill gua ni ye. Boleh praktikkan selalu. Habis perjalanan event gua hari ini. Sampai je kolej, gua menjadi seperti biasa lah, keseorangan. Nasib baik ada Cik Piah. Boleh juga buat cium cium. Esok gua nak bangun awal nak jadi student balik.



***


Terima kasih kawan kawan bawa gua event kereta kecik. Legend kot.











***


Updated :


Gua baru teringat, semalam masa tengah ralit tengok kereta kecik, gua perasan sesuatu. Gua terlupa zip seluar. Demmit! Dari bila gua tak zip pun gua tak tau. Harap harap tak ada orang lain perasan. Gua dan scene terlupa zip seluar memang tak dapat dipisahkan. Demm lagi sekali!








Saturday, January 29, 2011

lost


Okay. I admit it. I'm lost.



Find me please?




Thursday, January 20, 2011

panas



Cilake!! Dah tulis panjang panjang, sekali semua hilang. Dah la speaking bagai. Konon nak omputih sikit. Damn!

Sunday, January 16, 2011

rindu ibu



Petang tadi family aku datang dari Mencester untuk ke Bandar Baru Bangi menghadiri satu majlis perkahwinan kawan ayah aku yang bernama Ikhlas. Aku selalu tersilap panggil dia dengan nama Jujur. Wife dia sangat cun, orang Sabah ba.

Selesai makan nasi minyak tambah dua kali, tapai pulut dua bungkus, semangkuk cendol, serta dua cawan jelly kelapa, kami satu family bergerak ke Putrajaya menyaksikan keindahan alam. Sambil sambil camwhoring la apa lagi. Kehkehkeh.

Tengah duduk di tepi jambatan, ibu aku tiba tiba buka beg dia dan keluarkan perfume dia. Lalu dia spray sikit ke pergelangan tangan dia. Dan juga dia spray sikit ke baju aku. Wangi. Seronok. Aku suka perfume dia. Rasa macam nak peluk dia sepanjang masa.





Dan sekarang aku simpan baju tadi elok elok dalam closet. Taknak basuh. Nanti rindu ibu boleh peluk baju. Ok sekarang nak pergi peluk baju tu. Dah start rindu.



Tuesday, January 11, 2011

handphone

Semalam gua pergi berjumpa dengan supervisor projek tahun akhir gua. Gua tahu gua bakal kena hamun sebab tak pernah pergi jumpa dia padahal orang lain hari hari jumpa supervisor. Dah berapa kali dia call, gua tak jawab. Setiap kali dia call, mesti ditakdirkan gua tertinggal handphone di bilik. Bukan gua saja saja tak nak jawab. Siriyes, tak tipu. Sebab setiap kali ada misscall, gua call dia balik.

Lalu gua pun berjumpalah dengan dia. Pung pang pung pang punya bersembang memang tak ingat waktu lunch. Banyak gua kena sembur la. As expected..Kehkehkeh.

Selesai sesi kaunseling dan motivasi, Dr. Supervisor gua mula tanya soalan cepu cemas.

"Awak memang selalu tak bawa handphone ke? Bukan ke handphone tu untuk hand. Kenalah bawa ke mana mana."

"Hehe. Saya memang selalu tertinggal handphone doctor. I'm so sorry."

"Saya suggest awak apply home line saja lah. Baru betul tak payah bawa ke mana mana. Kahkahkah."


***



Okay, lepas ni gua try tak tinggal handphone. Kang tak pasal pasal gua kena usung sana sini telefon rumah.

Wednesday, January 5, 2011

public phone 2


Banyak betul cerita masa gua balik Mencester. Sampai terlupa setengah. Ni gua nak kasi satu cerita. Hari tu mak gua suruh gua pergi kedai jahit nak jahit tepi tudung orang tempah kat mak gua. Gua dengan pantas dan tangkas terus grab kunci Kura Kura Putih sebab Scott tak ada road tax. Tanpa toleh kiri dan kanan gua terus menyusup masuk ke dalam kereta.

Gua teruskan perjalanan secara steady. Ah bawa laju laju pun bukan best nak round pekan Mencester ni. Pemanduan secara steady amatlah berbaloi baloi untuk tujuan mencuci mata gua ni. Tapi gua perasan suasana yang agak pelik. Jalan lengang. Sunyi saja. Orang tua lepak kedai kopi pun tak ramai. Budak budak sekolah baru nak naik pun tak ada meronda ronda main basikal. Mat rempit apatah lagi. Sepi.

Sampai di kedai jahit kegemaran mak gua, gua pun parking baik baik. Takkan parking kancil pun nak senget senget kot. Buat malu saja. Gua pandang ke kedai, automatik gua terus masuk gear reverse. Damn. Kedai tutup. Gua cuba ke kedai jahit kegemaran nombor dua mak gua. Jaraknya dalam 5km juga. Sekali lagi gua termencarut di dalam hati. Tutup juga. Macam mana gua nak kabor kat mak gua ni?

Gua seluk poket kanan, tak ada. Gua seluk poket kiri, tak ada. Gua cari dalam laci kecil bawah radio, tak ada juga. Gua cari dalam dashboard, masih lagi tak jumpa. Kali ni gua nekad. Gua tunduk cari bawah seat. Bling! Mata gua bersinar sinar tertancap pada satu benda bulat kecil. Jumpa!

Hati gua berasa amat teruja. Rasa macam nak melompat saja tapi control tetap control beb. Terima kasih wahai sepuluh sen. Lu memang penyelamat di saat gua memerlukan.

Langkah seterusnya, cari public phone la apa lagi! Kahkahkah.


***

Dah tau 01.01.2011 lagi mahu cari kedai. Memang tak dapat la. Lepas tu buat perangai bijak lagi dengan purse tak bawa, handphone tak bawa, duit syiling yang penuh poket pula tiba tiba kosong. Bijak bukan?


*Updated*


Gua tak tahu nak pakai public phone rupa rupanya. Menggelabah juga nak tekan tekan nombor.



Tuesday, January 4, 2011

rupa cantik bertukar menjadi setan setan setan


Siapa suruh masuk tentera
Kalau tahu begini jadinya
Lebih baik duduk di kampung
Tanam ubi dan tanam jagung

Yang pertama Tentera Udara, Air Force!
Ramai orang yang tidak suka
Terbang tinggi di angkasa raya
Silap silap jatuh dalam paya

Yang kedua Tentera Laut, Navy!
Ramai orang yang kecut perut
Kapal pecah tak sempat paut
Silap silap jerung nganga mulut

Yang ketiga Tentera Darat, Army!
Ramai orang yang tidak larat
Buat kerja yang berat berat
Silap silap putus urat saraf

Yang keempat pasukan ROTU, PALAPES!
Hari hari tangan makan batu
Rasa sakit hatiku pilu
Orang cuti, kita belum tentu

Ku ambil rumput di padang
Ku jadikan penyamaran
Rupa cantik bertukan menjadi setan setan setan
Agar tak dapat dikesan






***


Pehh semangat patriotik gua jangan bawa main main. Luar je nampak rebel, bengap, blur, tak tau apa apa. Dalam jiwa siapa yang tahu. Kahkahkah!


Gua baca entry Sun yang ni buat gua teringat zaman zaman melantong banyak dulu. Gua punya version lain sikit dari lu. Tapi gua yakin rentak dan irama dia sama. Calit ibu jari sikit!


Sebenarnya panjang lagi lagu ni. Termengah mengah juga nak sing along sambil lari. Kalau gua, memang tak keluar suara la. Pakai kaedah miming saja. Semput noks! Yang selebihnya gua tak ingat. Siapa terer, boleh gugel.


***


Rindu nak guling guling padang kawad sampai termuntah hijau! Kahkahkah



tak dikenali


Balik Mencester hari tu, semua orang pakat tak kenal aku. Kurus katanya.





Kahkahkah.




Saturday, January 1, 2011

azam baru?







Fuuhhh. Tahun 2010 gua paling loser dalam soal bercinta. Gua malas nak berazam azaman lagi pasal jodoh. Setiap tahun sama saja. Rilek rilek sudah..








Thursday, December 30, 2010

mengantuk

Semalam, sedang gua lena diulit mimpi mimpi kabur, dengan tiba tiba ibu menggerakkan gua dari tidur. Aduh, ayat mukadimah kucar kacir. Lantaklah.

"Akak, nak ikut ibu pergi kedai tak?"

Gua lantas angguk kepala dan melompat bangun untuk menukar baju. Setelah kelihatan cun, gua ready nak keluar rumah. Gua tengok ibu dah tunggu dalam kereta. Tapi di seat sebelah pilot. Gua dengan penuh kurius bertanya pada ibu,

"Kenapa ibu tak drive?"






"Ibu tiba tiba mengantuk. Dah, jom lah."



***



Ah kedai tak sampai lima minit punya perjalanan, dan dan mengantuk. Saja nak bermanja dengan gua la tu.





Tuesday, December 28, 2010

public phone

Gua suka hari Isnin. Kenapa suka? Gua pun tak tahu. Hari Isnin hari untuk senyum. Bukan selalu lah. Hari Isnin juga ada pasar malam di area KDSK. Dekat area Mencester la juga.


Hari Isnin ini gua pergi ke pasar malam KDSK. Bersama ibu gua. Okay sangat seronok! Cakap saja nak apa, semua dapat. Gua tak perlu bawa purse pun.


Ibu nak beli nasi lemak kukus. Singgah ke kedai nasi lemak kukus. Ibu nak lauk sotong. Nak janggut janggut. Bila time nak bayar, total RM5.20. Tokei tanya ada dua posen tak? Ibu geleng. Tokei nampak terdesak. Gua dengan tenang menyeluk paket seluar-jeans-lusuh-dah-pakai-tiga-tahun-tapi-basuh-seminggu-sekali gua itu. Gua keluarkan segenggam duit syiling pelbagai saiz dan nilai. Lalu gua hulurkan dua posen kepada tokei.



"Hamboi! Dok bergayut dengan boyfriend pakai public phone ka selalu?"







***



Lepas ni paket seluar jeans gua pasti kempis. Serta ringan. Azam tahun baru!



Gua suka hari Isnin..



Monday, December 27, 2010

another chapter




Tak habis habis lagi rupanya cerita kau dalam hidup aku.
Dan sekarang kau mula panggil ibu aku dengan panggilan "Ibu".
Jangan salahkan aku bila aku tanya,


"Kau tak ada ibu ke?"




Wednesday, December 22, 2010

data collection

Itu hari, gua pergi tolong member gua collect data untuk FYP beliau. Maka pergilah kami berempat ke bangunan pentadbiran untuk mencari staff staff yang baik hati serta budiman untuk menjadi responden kajian ini.

Babak Satu

“Cik,kami pelajar dari FPSK ingin buat kajian tahun akhir yang bertajuk Sindrom Terowong Karpus Di Kalangan Pekerja Komputer Pejabat Di UPM. Masalah Sindrom Terowong Karpus atau dalam english, Carpal Tunnel Syndrome ini selalu terjadi kepada staff yang bekerja menggunakan komputer. Masalah ini terjadi bilamana saraf yang melalui terowong karpus ini mengalami tekanan yang berpanjangan. Antara simptom simptomnya adalah kebas di hujung jari, hilang deria rasa di hujung jari, kekuatan genggaman akan menjadi lemah dan sakit di pergelangan tangan. Ada juga yang dilaporkan mengalami masalah gangguan tidur.”


“Masalah gangguan tidur? Kami akan menaip dalam tidur ke? Kahkahkah.”


Bermacam karenah staff dekat BHEP ni. Sporting yaww!



Babak Dua

“Puan, boleh saya tahu umur puan berapa?”


“Saya dah 55. Dah nak pencen dah.”


Setelah selesai membuat Phalen Test, untuk menguji simptom sindrom terowong karpus, gua bertanya,


“Puan ada rasa kebas kebas di hujung jari? Ada rasa sakit di pergelangan tangan tak?”


“Tak ada pula.”


“Ok ini bermaksud puan tak ada simptom simptomnya.”


“Tapi saya sampai sekarang tak boleh buat push ups. Saya hairan betul macam mana orang boleh buat push ups. Saya jogging boleh la. Tangan saya tak kuat la nk buat push ups.”



Omg! Gua yang muda bergetah lagi ni pun tak boleh nak buat push ups. Jogging satu round pun dah semput. Sumpah malu! Lepas ni gua berazam tahun baru nak jadi fit macam Olivia Wilde. Pehhh!


***


Seronok betul siap dapat makan tauhu goreng sedap serta dapat tilik tilik tarikh lahir. Memang staff staff dekat BHEP ni sporting semuanya!




Monday, December 20, 2010

mission failed








Oh gagal lagi.


Mari ramai ramai gelakkan saya!


Kahkahkah!








Friday, December 17, 2010

bukan cerita lucah

Gua nak mencarut tapi masih dalam kempen "Taknak Mencarut" anjuran geng kami. Tapi terlepas juga carut-marut ni selepas tengok Tron tadi. Tak tahan kot. Cerita macam gampang punya boring. Member gua syok dok gelak kat gua yang sedang bengang bengang tak tentu pasal. Pehh emo semalam sampai ke hari ni dia punya pergi.





Balik rumah, roommate gua mula menyoal siasat gua seperti biasa. Biasalah, roommate sejati.

"Kau pergi mana tadi?"

"Aku tengok Tron."

"Apa?? Pergi tengok porn pakai baju kurung???!"





"Gedegang!" Gua campak laptop.





"Woi, gua pergi tengok Tron la Tron! Cilakak. Muka gua gersang sangat ke bai??"



Selepas sesi dialog di atas, maka terjadi lah babak babak bertumbuk serta bergusti juga wrestling bersama roommate sejati. Semua aksi terpaksa ditapis untuk kanak kanak 25 tahun ke bawah.




***


Pesanan khidmat masyarakat : Sila jangan pergi tengok Tron. Cerita dia sangatlah gampang serta boring. Tidak seperti apa yang dijangkakan. Gua siap tertidur. Okthxbye.



Wednesday, December 15, 2010

tak fit

Status Facebook :

"Nampaknya kandungan lemak telah menggagalkan sesi beriadah pagi ini."



***

Cilakak! Baru satu round dah semput. Gagal! (Satu round jogging ye. Sila jangan fikir bukan bukan.)

***

Nampak gayanya gua kena look back in anger. Baru datang balik spirit nak menjalani cara hidup aktif. Esok gua cuba lagi. Kalau terbangun awal macam hari ini la. Kehkehkeh



Tuesday, December 14, 2010

kawad 2

Disebabkan kasut kesayangan gua koyak serta surat surat permohonan gua masih tiada jawapan, gua telah membuat keputusan untuk keluar berjimba menghabiskan duit. Alah, ke Alamanda je pun. What more can you expect?

Setelah ke hulu ke hilir bertawaf di sekeliling Alamanda dalam empat pusingan, gua letih. Mata tertancap ke sepasang kasut yang tak kurang hebat lawanya. Gua mulakan bersembang dengan adik promoter kedai Nose ni. Gua tak faham kenapa kedai kasut bagi nama hidung. Gua panggil dia adik walaupun gua tau dia lagi tua sebab nak jek je. Senang nanti nak kawtim.

Ah saiz sembilan pula tak ada. Kasut dah cantik saiz pula tak ada. Ini merupakan salah satu trauma dalam kehidupan seharian para giant yang mempunyai kaki sepanjang perahu macam gua. Gua tak kira. Saiz lapan pun lapan lah. Ketat sikit. Cantik punya pasal. Sanggup sakit. Baru true fashionista!

Gua draw money, terus gua angkat. Buat apa banyak fikir, angkat saja. Esok tak ada duit baru fikir mana nak cari duit. Pemikiran macam tak sekolah tinggi tinggi betul!


Sebelum balik menginsafi diri, gua sempat melencong ke pasar malam Putrajaya. Tujuan utama nak mencari apam balik gerai Abang Hensem dan juga kuih peneram terbaik. Dua benda tu hanya ada di pasar malam sini saja.

"Pehh, kalau macam ini punya ramai, senang nak cari jodoh gomen ni." Getus hati gua. Mata gua tak fokus pada gerai gerai pun. Punyalah semangat kot kot terjumpa jodoh di pasar malam. Rare juga kisah percintaan macam ini.

Dari jauh gua terlihat kelibat budak staff kolej gua. Dalam kepala dah fikir nak tegur dia lepas tu mintak belanja. Ah tipu je la. Tegur sudah.


"Hoi Farizal! Datang dengan siapa?" Gua tegur dengan cara baik baik.

"Ah patut la macam kenal je. Woi kat sini pun berkawad ke? Kahkahkah!"










"Cilakak, mana ada gua kawad!"



Kalau lah tak ada orang, memang dah kena paranawei mamat ni. Tapi gua orang baik baik. Gua senyum je sambil berlalu pergi. Tangan gua kasi diam diam kat dalam poket.


***

Dah banyak kali juga orang dok kata gua jalan macam berkawad. Siap jerit kiri kanan kiri kanan dari jauh pun ada. Lepas ni gua nak pergi daftar kelas catwalk.


Friday, December 10, 2010

penat je nebes nebes 3

Dari semalam gua dok key in segala macam jenis password. Tapi tetap tak boleh log in juga. Mau kena campak juga laptop kalau gua ni jenis bukan penyabar orangnya. Tidur memang tak selena bayi. Makan memang tak ingat dunia. Mandi dah tiga kali hari ini saja.

Gua try lagi sekali key in password. Dari tarikh lahir gua hinggalah ke tarikh lahir ibu ayah gua semua gua bedal. Satu pun tak lepas!

Gua hilang sabar. Gua buka fesbuk. Mana tahu ada jejaka pujaan say hi hari ini. Dapat juga senyum walaupun nipis.

Tiba tiba icon notification menyala. Gua lekas lekas kasi klik satu kali. Sepantas itu juga gua rasa nak smackdown laptop.



'PENGUMUMAN :
Keputusan Peperiksaan Semester Pertama Sesi 2010/2011 akan diumumkan pada 17 Disember 2010. Semakan boleh dibuat melalui url
www.esmp.upm.edu.my'
















Cilakak! Semalam kata Jumaat dah boleh cek. Hari ini kata lain. Macam kap lam ya nga betul la Universiti Pujaan Meleiss ni.

Penat je gua nebes nebes!


penat je nebes nebes 2

Rasa sedih menyelubungi diri bila terpaksa ke klinik seorang diri. Demam demam macam ni memang mood nak lari tune saja. Telefon ibu pun nak nangis nangis. Jiwa tak kental langsung!

Gua mula karang cerekarama depan doktor. Gua cerita pasal MAHA, pasal gua mandikan Scott, pasal semalam hujan lebat ondewei balik Serdang, dan juga pasal gua pergi menonton Narnia di Alamanda tadi adalah sangat boring.

Doktor kemudian bertanya kepada gua,


"Awak sakit apa ye?"

"Ehehe saya demam semalam. Selsema dan sakit tekak juga."

"Nurse, cek temperature dia."

"36 degree, doctor."

Gua cuba congak balik. 36 adalah normal. Gua senyum je kat doctor. Gua ada lagi satu agenda sebenarnya.

"Doktor, saya sebenarnya nak minta ubat cacing sekali. Hehe."


"Awak ada main cacing ke? Awak ada berkebun ke?Hehe."

***

Ala doktor ni, jangan la cakap macam tu. Malu taww.

Gua dah lama tak makan ubat cacing. Itu je.


***


Gua sebenarnya nak pergi scaling gigi saja. Tapi Dr.K kegemaran gua tak ada pula. Misi suruh datang hari isnin pula. Menggigil juga nak jumpa dentist ni ye. Nasib baik tak jadi. Hilang ketaq. Gua patah balik, ambil nombor, tunggu 10 minit, dekat bilik nombor 10, misi panggil gua masuk bilik sambil bagi salam. Sambung cerita macam kat atas.

Penat je gua nebes nebes.

penat je nebes nebes 1

Haritu masa balik Mencester gua sempat tolong tokei kat gerai. Tiba tiba datang seorang akak. Bukanlah tiba tiba sangat. Memang gerai akan didatang customer la kan. Dari jauh akak ni gua tengok dia pandang gua kecik besar kecik besar je. Gua menten senyum. Customer kena layan elok elok,tokei pesan. Dia minta air kelapa 2 dan goreng pisang dua ringgit. Gua pantas capai cawan untuk isi air. Tokei kalut capai plastik untuk isi pisang goreng.

Gua masih lagi rasa lain macam. Akak tu masih pandang gua. Demm! Jangan cakap gua terlupa zip seluar macam haritu. Gua gugup sebentar. Sambil kaver line,gua tengok bawah. Eh, ok je zip. Baju pun ok tak terangkat ke kotor ke. Sebelum akak tu blah, dia senyum sambil berkata kat gua;

"Adik, tahi lalat kita sama lah. Hehe."

"Eh, ye la! Hehehe."






Cehh, penat je gua nebes nebes. Finally, ada juga insan panggil gua adik kat gerai. Selama ni asyik dapat title makcik je.

Tuesday, December 7, 2010

MAHA 2010

Gua nak buat review sikit pasal MAHA tahun ini. Pada pendapat gua, 'kick' dia tak ada. Mana pergi semangat MAHA yang dulu itu? Setiap hari sanggup pergi semata-mata nak collect bag. Tahun ini punya MAHA, satu beg pun tak dapat.

Lagi satu, sepanjang tour ke pameran lembu dan kambing, gua asyik lapar. Dalam kepala terbayang bayang lamb chop dan beef steak saja. Geram tengok lembu kambing dia gemuk gemuk.

Lagi satu, first time gua pekena fish spa kat situ. RM 5 untuk 15 minit. Sumpah geli. Macam kaki kau kebas kebas. Gua rasa macam nak mati tahan geli. Gua agak kurius kenapa ikan ikan tu suka cium kaki orang.

Lagi satu, gua jumpa susu kambing perasa stoberi terbaik. Sampai sekarang dok termimpi mimpi lagi. Mana nak cari lagi susu tu? Sumpah sedap!

Lagi satu, kali ini gua pergi MAHA sebanyak 5 kali. Tapi kali kelima tu memang terpenat sungguh! Ain cakap dia macam nak jalan pakai lutut saja. Punyalah penat.

Itu saja untuk kali ini. Diharap kita berjumpa lagi untuk review next MAHA. Kthnxbye (semua orang buat, gua pun nak juga).

Malaysian Cheese

"Ibu, what's that?"


"This is Malaysian Cheese. Hahahahaha!"





***


Ok. Boleh tahan juga penangan speaking dia ni. Mak gua dah pandai speaking semenjak ada omputih selalu datang gerai beli goreng pisang seringgit setiap hari.


Malaysian Cheese yang dimaksudkan adalah seketul belacan.



Friday, December 3, 2010

rezeki (2)


Khabarnya, Ain nak datang minggu ni. Oh yes, memang gua tak sabar sabar nak berjalan sakan dengan Ain ni. Memang best kalau dapat berjalan dengan Ain sebab..




Sebab gua rasa macam gua yang adik, Ain yang kakak. Tak percaya tengok lah gambar ni.




Itu namanya rezeki kalau adik lagi tinggi dari kakak. Rasa muda siot! Kehkehkeh.


***





Psst Ain trip kali ini semua pakai duit Ain dulu ye. Akak takde duit sekarang. Heee

Thursday, December 2, 2010

kisah baby comel dan kakak cantik

Hari ini ke MAHA lagi. Siapa tak tahu MAHA memang dia kampung. Sekampung Kampung Permatang gua, dia lagi kampung. Kali ketiga menapakkan kaki ke MAHA ini walaupun gua tau sebab dan akibat yang bakal diterima. Pertama, bersesak sesak dengan pelbagai jenis orang. Kedua, duit habis walaupun tak shopping apa. Makanan mahal. Kalau sedap gua boleh consider. Ini kena yang tak berapa nak pergi dengan tekak, stress juga. Ketiga, penat. Siapa taknak penat tak payah berjalan lah. Duduk rumah diam diam.

Hari ini gua dan Nooraini dah target nak cari fish spa walau apa jua yang berlaku. Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk membuktikan kebijaksanaan adalah terus pergi ke kaunter informasi. Di situ kami dapat map untuk memudahkan perjalanan ke mana saja di dalam kompleks MARDI ini. Mengikut map itu, kami perlu menaiki bas dan transit di bahagian lembu dan kambing untuk mengambil trem pula untuk ke bahagian aquaculture. Agak mencabar juga perjalanan kali ini. Dah macam tourist pula rasanya dengan map di tangan serta kamera muncung tergantung di leher. Nooraini lah tu, gua pakai baju kurung pegang compact camera saja.

Semasa menaiki bas, memang terpaksalah berhimpit dengan pelbagai jenis orang. Mujur sekali di sebelah gua ada seorang baby yang teramat comel tapi nak cubit pipi dia tak boleh sebab tangan kalut pegang kerusi bas sebab takut tergolek bila bas berhenti. Lebih kurang 5-6 months old I guess. Mula mula dia tengok gua, gua tengok dia. Tiba tiba tangan dia main main baju gua. Dan selepas itu dia menjadi terlampau eksaited sambil terlompat lompat di riba mamanya sambil tergelak gelak. Ya Allah, comel yang amat sangat baby tu! Rupa rupanya dia nak bersembang. Tapi kesian, dia asyik terlangut (terdongak) nak pandang gua. Gua tak nak main dengan dia, tak sampai hati pula. Gua cuba rendahkan badan, mama dia pula dukung baby tu tinggi sikit. Sampai mamanya kata begini,


"Sayang. Sikit sikit saja lah sayang. Kesian sayang mama dah lenguh kepala tu asyik nak pandang kakak. Kecil kecil dah pandai mengorat kakak cantik ni ye. Kakak cantik ada tahi lalat. Cantik kakak ni."










Bukan gua yang cakap. Mama baby tu yang cakap.



***





Tak apa baby, kakak tunggu sampai baby besar taw! Mmuahh!


rezeki

Semalam pergi makan Mix Lamb Chop di Chop & Steak. Tujuan utama bukan untuk makan. Ya, gua ulang, bukan untuk makan. Tujuan utama untuk mengusha Brader Chef itu. Ya, gua ulang, Brader Chef yang HOT itu.

Brader Chef pujaan hati selalu pakai reggae cap. Uniform dia t-shirt hitam tertulis CREW kat belakang. Tangan dan badan nampak gagah. Dia tinggi. Haritu terserempak di pasar malam, dia senyum. Terus melt. Lepas tu habis satu kolej gua cerita Brader Chef senyum kat gua.

Kembali ke lokasi asal. Sepanjang masa gua tak tenang makan. Asyik usha dia masak masak sampai terlupa nak potong daging dengan pisau dan cucuk pakai garfu dan suap ke mulut. Seat pula terbaik. Direct nampak muka dia saja. Member gua, Nooraini mula naik muak dengan perilaku gua. Mungkin kerana dia beranggapan gua tak memberi sepenuh perhatian tentang apa yang dia ceritakan. Walaupun gua memang dengar dengan sepenuh perhatian, cuma mata saja lirik lirik kepadanya. Ewah!

Tiba-tiba dunia menjadi sepi. Segalanya macam terhenti. Pause. Yang kedengaran hanyalah degupan jantung gua macam baru lepas lari lari main tuju selipar. Nafas tercungap cungap. Berdebor bukan main. Tangan gua dah beku. Bulu roma semua tegak. Brader Chef semakin datang menghampiri. Semakin menghampiri. Semakin sangat menghampiri...

Eh, tiba-tiba hilang? Gua toleh kiri. Gua toleh kanan. Gua pusing belakang. Cehh. Jumpa kawan rupanya. Buat penat gua berdebor saja.





Gua teruskan sesi usha mengusha bila brader hot masuk dapur kembali. Bila bertentangan mata, gua automatik tertunduk. Kali kedua, gua beranikan diri keraskan leher supaya tak tertunduk. Kali ketiga, dia senyum, gua tersenyum nipis. Berpeluh peluh dia memasak kat dapur tu. Berpeluh peluh lagi gua yang duduk saja ni. Tiba tiba dia angkat baju dia lap muka dia dengan gaya yang amat macho dan dia pandang gua dan dua pandang dia dan kalau dah angkat baju tu nampak apa lagi..









Gua blackout terus. Nasib baik sambil senyum. Kehkehkeh rezeki weh rezeki!



Wednesday, December 1, 2010

memilih (2)




Dan akhirnya gua memilih...Subway.




Kahkahkah. Today is Wednesday maa..

Tuesday, November 30, 2010

memilih

Hidup ini dilalui dengan membuat pelbagai pilihan. Pilih untuk jadi baik atau nakal. Yang mana batil yang mana hak. Peramah atau pendiam. Iphone atau Blackberry. Populariti atau low profile. Duit atau nyawa. Dan sebagainya.

Bukan senang nak membuat pilihan sebenarnya. Dengan aktiviti pemilihan ini, kita akan berperang dengan perasaan serba salah, ingin tahu serta debaran di dada. Ada pula pilihan pilihan yang disertai dengan cofounder. Kalau pilih ini dapat itu sekali. Kalau pilih itu, dapat ini sekali. Orang tua tua kata selalu kata, janganlah memilih sangat..

Ada pelbagai simptom ketika membuat pemilihan. Dehydration, anxiety, aggression, spastic chorea. Ah ini bahana tengok House sampai 10 episodes sekali gus. Terus boleh fasih sebut simptom simptom untuk diagnosis. Marathon katanya.

Ada yang diakhiri dengan keputusan yang menggembirakan. Ada juga yang diakhiri dengan kekecewaan. Namun kita tetap perlu membuat pilihan kerana tak ada pilihan lain lagi selain 'memilih'.




Sekarang ni gua sedang mengalami simptom simptom memilih ni. Susah juga ya nak pilih antara Subway atau Secret Recipe ni. Kahkahkah


disaster (2)

Kau pernah tak tengah sedap tidur, dapat mimpi makan sedap sedap? Marveles okayh! Semua makanan yang terlintas dalam kepala kau muncul depan kau. Dan kau begitu rakus melahap semuanya bagaikan tak cukup dua tangan. Bagaikan 100 hari mencari makanan.










Dan pooooff! Tiba tiba kau terjaga dari tidur dan bantal kau dibanjiri air liur basi yang melimpah ruah dan kau amat panik takut member nampak.










Aku pernah. Kahkahkah.
Aku dah basuh dah sarung bantal tu. Don't worry be happy.

Sunday, November 28, 2010

food for brain







Don't feed your brain with too much of fairy tales.







Friday, November 26, 2010

stoned


Thanks Quistina. This is soooooo damn true!


***



Dua tiga hari ini rasa macam stoned saja. Aku tak ambil dadah pun. Caffeine ada lah sikit sikit.



Tuesday, November 23, 2010

jatuh dan bangkit semula cepat cepat

Melangkah ke alam remaja ni memang mencabar. Perasaan memberontak, tidak yakin, ingin mencuba sesuatu yang baru serta pengaruh rakan sebaya amat memberi kesan yang mendalam dalam menghadapi liku-liku hidup seorang remaja. Kalau lu orang perasan, gua ada guna perkataan alam. Ini tiada apa apa kaitan dengan filem 2Alam okay.

Semasa menyusuri kehidupan seorang remaja juga kita perlu mencari identiti tersendiri dengan menggunakan kaedah eksperimentasi. Ada pelbagai gaya yang menjadi ikutan. Sebagai contoh; punk, skinhead, emo, nerd, computer geek, romeo, mat rempit, minah solehah ataupun keep low profile macam gua. Steady je.

Zaman remaja merupakan satu platform untuk kita membina kualiti diri di antara peringkat hidup kanak kanak dan dewasa. Perubahan hormon juga memainkan peranan penting dalam memanipulasikan mainan emosi. Didikan agama yang sewajarnya harus diambil perhatian yang sewajarnya oleh ibu bapa atau penjaga. Supaya para remaja tidak bercomolot di khalayak ramai, contohnya (berapa banyak contoh daa..).

Kehidupan remaja juga tidak boleh lari daripada pelbagai masalah. Contohnya masalah yang dari ketika kecil. Masalah yang tidak pernah selesai daripada kecil dan dibawa sehingga remaja. Sebagai contoh, masalah suka jatuh tangga. Masalah ini amat kronik apabila ia menjadi satu isu apabila gua meningkat remaja. Seperti sekarang ni, gua pantang nampak tangga, apatah lagi escalator. Suka sangat jatuh tangga apasal?





Sakit tau! Malu toksah cerita la..

Monday, November 22, 2010

saiz apa?

Gua berlari lari anak bila mana mendapat panggilan kecemasan dari Nada. Rasa cemas campur berdebar debar juga sepanjang perlarian ke pejabat kolej.

"Woi, pakej kolej dah dapat. Mai ofis cepat. Bawa resit sekali."

Kucar kacir juga mahu cari resit pembelian. Mana taknya, dah habis satu semester gua genggam, sampai lunyai resit tu. Pakej kolej tak dapat dapat juga. Gua bukan nak berkira sangat, tapi kalau dah bayar RM60 untuk sehelai baju badut dan sebuah topi bangla, tak padan kalau gua nak buat tak tahu saja. Dengan RM60 gua boleh berjoli sakan tiga hari tiga malam. Tapi berbekalkan semangat cintakan kolej (baca : hipokrit), gua berlari juga untuk mengambil pakej yang gua tunggu tunggu itu. Oh ya, resit pembelian gua jumpa celah lipatan kaki seluar jeans gua.

Sesampainya di pejabat kolej, ada seorang brader rambut kusut muka tak mandi serta mulut berbau hapak menegur gua.

"Nak juga ke?"

"Nak nak nak!" Gua jawab cargas. Lepas tu gua pusing belakang sebab tak tahan nak termuntah dengan bau dia.

"Nak saiz apa?"

Gua berfikir sejenak. Ah tanya saiz pun nak fikir panjang ke? Gua ambil jalan ringkas. Gua tanya Nada.

"Kau ambil saiz apa Nada?"

"Saiz M." Ringkas dan padat.

"Ok bang. Bagi saya saiz M juga."




"Oii, stop stop stop. Kau kan gemuk. Muat ke saiz M dengan kau?Kahkahkah."



***





Nasib baik lokasi dekat dalam pejabat kolej. Kalau tak dah lama makan paranawei budak ni.

Wednesday, November 17, 2010

what hurts the most

I can take the rain on the roof of this empty house
That don't bother me
I can take a few tears now and then and just let them out
I'm not afraid to cry every once in a while
Even though going on with you gone still upsets me
There are days every now and again I pretend I'm ok
But that's not what gets me

What hurts the most
Was being so close
And having so much to say
And watching you walk away
And never knowing
What could have been
And not seeing that loving you
Is what I was tryin' to do

It's hard to deal with the pain of losing you everywhere I go
But I'm doin' It
It's hard to force that smile when I see our old friends and I'm alone
Still Harder
Getting up, getting dressed, livin' with this regret
But I know if I could do it over
I would trade give away all the words that I saved in my heart
That I left unspoken

What hurts the most
Is being so close
And having so much to say
And watching you walk away
And never knowing
What could have been
And not seeing that loving you
Is what I was trying to do

What hurts the most
Is being so close
And having so much to say
And watching you walk away
And never knowing
What could have been
And not seeing that loving you
Is what I was trying to do

Not seeing that loving you
That's what I was trying to do
Ooohhh....



***









This song was suddenly came out of nowhere. And all about this song is soooo true right now. Hahah




Monday, November 15, 2010

tidak ada kaitan













Hey kamu. Jangan harapkan aku akan melayan kamu sebaik aku melayan kekasihku bilamana kamu telah menjadi seorang bekas kepadaku.















Baibai. Gua nak pergi mencari kekasih baru. Kahkahkah


Wednesday, November 10, 2010

malang memang tak berbau

Babi. Siapa langgar kereta gua ni? Siapa nak menjawab dengan mak gua ni?







Time tengah pokai ni lah macam macam nak jadi. Fuck.

disaster

"Rupa aku lepas bangun tidur, DISASTER!" aku berkata.






"Rupa kau lepas mandi lagi DISASTER." katanya.






Pause.











Kahkahkah!

Tuesday, November 9, 2010

kata kata

"When I see people with their couples or partners, it is so natural. It's like they have an instruction book imprinted in their genes. Maybe I just didn't get a copy."







Ayat curi dari source yang dah lupa di mana.


***


Ah boring lah asyik nak berjiwang saja! Kahkahkah

Sunday, November 7, 2010

mimpi

Ah sampai dalam mimpi pun dia datang. Apa cerita ni?


Kak Te'ah pulak dah menujum aku.
"Akak ni ada awek." katanya..


Sudah sudah la tu. Tak larat la nak tahan sakit yang tak ada ubat ni. Eh, ada kot? Entah..


***


Merepek apa ni wey? Pi study la!

Saturday, November 6, 2010

waffle


Pagi pagi sarapan pekena waffle baru lah Mencester katanya.









Waffle beli semalam baru nak makan harini. Apa ada hal?!

Thursday, November 4, 2010

pathetic

Haih. Sakit juga rasa suka kat orang ni ye. Sampai tak boleh buat apa. Kerja pun tak jalan. Badan tak sedap. Kepala stoned. Fuck.



Bak kata kawan aku, nak kena cium bontot dulu ke baru nak bagi sign? Single lama lama ni pun tak bagus juga kan. Yup, PATHETIC!



Ah dan dan nak emo. Pasal dekat nak exam la tu. Lepas tu salahkan hormon. Piiiraah! Kahkahkah.



***


Nak suka lagi ke nak stop? Mana boleh stop kalau dah suka woi. Dah, pergi baca buku!

Tuesday, November 2, 2010

bubur lagi

Rare tak rare gua makan bubur lauk timun. Tak percaya? Ini buktinya;


Cubalah kalau berani.


Apasal entry pasal makan makan je ni? Nampak sangat perut tong! Kahkahkah

my sub of the day

Hari ni teringin nak makan Subway. Tapi Sub of the Day tak sedap. Pusing pi pusing mai pi pebaik spek kat kedai spek lepas tu masuk giant. Beli roti beli tuna mayonis beli timun beli salad beli tomato. Balik. Buat sub of the day sendiri lah.






Ok harini kita belajar buat sandwich ye. Jangan terkejut, saya memang pakar.


Mula mula lampirkan dua helai roti sebelah menyebelah. Jangan jauh jauh sangat nanti orang kata depa bergaduh pula.


Roti pakcik Slocumn bersebelahan di atas pinggan.



Kemudian, letakkan timun di atas sehelai roti itu tadi. Suka hati nak pakai timun apa. Tapi saya suka timun jepun ni sebab rangup rangup.

Timun jepun. Bila gigit bunyi krup krup.


Selepas itu letakkan pula tomato yang telah dihiris senget benget itu ye.

Gaya macam mana pun tak apa. Tomato makan banyak banyak untuk awet muda.


And then, campakkan pula salad yang telah di cincang halus mulus itu.

Letak kasi menimbun.


Sapukan tuna mayonis pada roti bersebelahan. Portion ikut perut masing masing. Anda juga boleh menambah aksesori lain seperti black pepper, cheese, sos thousand island dan sebagainya mengikut kewujudan barang barang tersebut di dapur anda.

Menyelerakan bukan?


Akhir sekali, satukan mereka bersama sama. Maka terhasil lah sandwich kegemaran disukai ramai. Tadaa!

Terlupa nak snap selepas siap. Dah gigit baru teringat. Punyalah pelahap.


Walaupun luaran nampak biasa biasa saja, sekali gigit memang luar biasa! Sedap dia mengalahkan pija hat. Saya memang terer bab bab memasak ni. Malas nak tayang je. Ni baru sikit. Banyak lagi saya boleh buat. Semuanya marveles! Saya juga menyediakan khidmat membuat sandwich. Jangan risau, sekeping sandwich hanya berharga RM5.70 sahaja. Murah bukan? Kepuasan dijamin. Siapa nak boleh beratur ye.


***


Ah tengah tak ada duit la baru nak masak sandwich. Kahkahkah!

Saturday, October 30, 2010

pelakon terbaik

Di luar hu-ha hu-ha ketawa saja.

Di dalam hati, siapa tahu?

Friday, October 29, 2010

macam mana nak kaya

Tengah sibuk sibuk belajar tentang Linear Regression, ANNOVA, Binary Logistic dan sebagainya tentang statistik, Prof. datang perlahan-lahan menghampiri meja gua. Laju tangan gua tutup window facebook dan buka window SPSS tadi.

Dalam otak tengah kucar kacir nak mencari alasan dan mengalak kena tanya. Gua mula tanya macam macam sebelum Prof tanya gua. Taktik tu taktik.

Gua ubah topik sebab gua tengok Prof pun macam nak lari tajuk saja. Tiba tiba dia tanya asal gua mana. Gua cakap la Lumut. Pehh boleh sama pula kampung halaman! Dia orang Segari. Gua balas balik tanya dia duduk mana sekarang ni. Dia jawab, Bandar Baru Bangi.

"Jangan main main. Bangi tu tempat elit. Sepuluh kali kau ludah, sembilan kena kepala professor. Kiri kanan rumah aku semua profesor."

Kahkahkah. Boleh tahan juga gaya Prof ni bersembang. Nama pun Profesor. Gua kembali ke jalan yang asal. Mendalami ilmu statistik kembali.

Usai sesi Regression, Prof sambung berhujah. Bukan di depan kelas. Tapi di sebelah gua. Pasal saham, Wall Street, bunuh diri, mati muda, eksiden, isra' mikraj, seluar jeans dan macam macam lagi.

"Aku kalau start ceramah tak boleh berhenti."

Gua layankan ceramah Prof ni. Seronok juga kadang kadang melayan idea dan pandangan berbeza ye idak?

Tapi gua tertarik dengan satu benda. Saham. Mata gua auto bling bling bila dengar tentang saham.

"Toksah la dok main saham. Haram tu." Sambil dia sambung dengan hujah hujah yang agak bernas juga.

Gua tak puas hati. Gua nak kaya. Gua nak hidup senang. Lalu gua lontarkan soalan terbaik kepada Prof.

"Then, macam mana nak kaya Prof?"




"Apa susah. Baca ayat seribu dinar. Sekali baca dapat seribu dinar. Kahkahkah!"



***


Prof, you are the best! Calit tangan sikit!

29/10/2010

6.44 am


Ayah : Wake up, wake up wake up 2day 22years 01 day. Sorry not wiah U yeaterday bzs 2 bussy Happy birth day

Translation : Wake up, wake up wake up 2day 22years 01 day. Sorry not wish U yesterday bcs too busy. Happy birthday


Aku : Woke up already and im 22yo and 02 days la...thanx ayah. love you!




***



Banyak benor writing error. Comel.



***


Apasal ibu ayah boleh lupa tarikh lahir anak kesayangan depa tahun ni?

kfc

"Adik, bagi Snack Plate satu."


"Adik, bagi air spicy, ayam stroberi ye."


"Apa kak??"


"..............."


***


Kalau dah salah cakap tu mengaku je lah. Kahkahkah!