Sunday, March 11, 2012
where is my pills?
Adududududu sakit perut pulak. Gastrik datang menyerang. Dan dan la satu hari ni macam macam nak datang.
Ujian dari Tuhan.
Minta doa banyak banyak. Amin.
Saturday, March 10, 2012
ombak besar
Ianya bermula bila ayah dapat jemputan ke family day di atas The Scorpion, kapal tentera paling besar milik Tentera Laut Di Raja Malaysian. Ayah merupakan orang penting juga. Sangat komited dengan karier dia sehingga tiada masa dengan family. Mungkin dia terima jemputan itu atas dasar nak spend some quality time with us. Mungking atas dasar kerja.
Kami sampai di pelabuhan pada pukul 7 pagi. Lagi lima belas minit untuk belayar. Oh ya, family day kali ini disambut dengan pelbagai aktiviti termasuklah belayar ke sebuah private island. Di sana kami akan menikmati percutian secara esklusif, kinda like a special place for Navy family.
Kapal bergerak, hon dibunyikan, doa telah dibaca. Aku mencari ayah. I saw him so busy with the captain. Yup, datang sini demi kerja sebenarnya. Cuma bawa kami satu keluarga untuk tutup mulut saja. Aku tak puas hati. Dalam ramai ramai adik beradik, aku yang paling degil. I always question him why he dont have time for the family. Aku yang paling bermasalah. Sekolah selalu kena gantung. Emo. Selalu usik adik adik. Selalu peningkan kepala mak aku. Yup, mungkin dengan cara tu dapat gain attention ayah. Trust me, it never works out.
Dah sampai kat pulau tu, aku buat hal sendiri. Malas nak campur dengan family members yang lain. Aku jalan jalan pusing satu kapal. Lama aku jalan. Besar kapal ni. I'm just like a little dot kalau tengok dari atas. Aku berjalan dan terus berjalan sampai di bahagian paling depan kapal. Macam dalam cerita Titanic tu. And I'm all alone. Tiba tiba rasa sunyi. Sunyi yang amat sangat. Macam tiada siapa siapa. Semua orang terdiam.
Aku pelik. Kapal dalam dock. Terasa bergerak ke bawah. Rupa rupanya air laut kering. Satu dalam fikiran aku, LARI! Aku dengar ada orang jerit lari! lari! Orang lain yang tadi semua berhenti senyap kerana hairan mula berlari laju. Berpusu pusu turun dari kapal. Hanya ada tiga laluan. Semua orang berebut nak keluar dari kapal dan menyelamatkan diri. Aku hanya mampu berselawat dan berdoa di dalam hati. Dengan bismillah, aku cuba untuk lompat dari depan tu ke atas tanah. Sekuat hati aku berlari dan melonjak, aku lompat! Kaki aku akhirnya berpijak pada tanah. Di hadapan ada sebuah bukit kecil. Memang kecil, aku tak pasti dapat selamatkan aku atau tidak. Atau, masihkah ada lagi ruang untuk aku di situ.
Sambil berlari aku lihat ada seorang bapa sedang mendukung dua orang anak kecil. Aku pergi ke arah dia dan tolong dukung anak dia seorang dan teruskan lari dan memanjat bukit. Aku kena cepat. Sebelum sampai puncak bukit aku tengok di belakangku ada ombak besar sedang menghala. Tingginya ombak itu lagi tinggi dari kapal aku naik tadi. Orang menjerit di sana sini. Aku panik. Yang aku tahu hanyalah untuk panjat lagi dan lagi ke tempat lebih tinggi.
Tiba tiba ada orang menjerit, "Tengok!" sambil tunjuk ke sekeliling. Ombak datang dari seluruh arah. Astaghfirullah! Aku terkedu. Aku pandang belakang, kapal sudah terbalik ke tepi. Masih ramai lagi yang terperangkap di dalam tu. Macam mana nasib keluarga aku? Aku tak mampu berbuat apa apa. Dengan keadaan terkejut macam tu, aku tak boleh berfikir. Kemudian, dunia senyap kembali.
Air kembali surut dan kering. Aku tahu. Ada lagi satu. People start climbing the tree and ties themselves to something untuk tak hanyut. I have nothing in my mind. I don't know where to go and what to do. Aku hanya mampu berdiri di situ dan melihat semua nya terjadi di depan mata aku.
Woooosh!!! Ombak lagi besar dari tadi memukul ke arah aku. Kapal yang tadi terbalik ke sebelah sisi, diangkat dan diterbalikkan upside down. Atas kepala aku. Aku perlu lari. Barang barang dalam kapal mungking akan jatuh ke atas ku. Aku lari untuk keluar dari kawasan kapal. Puk! Puk! Puk!
Bunyi orang jatuh. Disertai bunyi jeritan dan remukan tulang tulang dalam badan mereka. Depan mata aku. Ya Allah! Selamatkanlah aku dan keluarga aku!
Mayat bergelimpangan. Pasukan penyelamat baru tiba. Tetapi shorthanded. Mengharapkan bantuan dari sesiapa saja yang bernyawa pada masa itu. Terlampau banyak kemusnahan dan kematian. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah untuk temukan aku dengan femily aku. Aku terduduk di sauh kapal sambil melihat orang ramai sedang mengorek tanah untuk mencari mangsa yang terperangkap. Bau busuk menyelimuti setiap ruang.
Terkejut. Aku buka mata. Air mata sudah pun mengalir laju. Walaupun ianya mimpi, ia bagaikan realiti. Tersangat jelas. Aku boleh rasa, boleh bau, boleh dengar semuana dengan jelas walaupun dalam mimpi. Aku tak sanggup jika mengalami kejadian macam tu. Macam mana kalau aku yang mati? Sempat kah nak minta pengampunan di atas dosa dosa yang aku buat selama ni dengan Yang Maha Esa? Sempat kah mahu bertaubat?
Thursday, January 19, 2012
apa yang terjadi?
Aku dengan Ain mengambil keputusan untuk ponteng meniaga pada hari itu. Kami berjalan jalan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur. Sampai di sebuah dataran, we've decided to sit down and watch all the street performances. We're sitting on the stairs and Ain cannot sit still. Tangan dia ke sana ke sini. Segala benda dia nak sentuh.
She discovered a hidden container at the stairs. Ain excited beritahu aku. I just ignore her and keep watching many faces and reaction of the people in front of me. Suddenly ada seorang lelaki datang and tutup container tu and keep bersembang dengan Ain to distract her. Aku perasan something yang mencurigakan tentang lelaki ini.
We've had so much fun by hangout like this. I had fun. Antara banyak banyak orang yang aku perhatikan, orang yang bersembang dengan Ain tu memang mencurigakan. When suddenly he stop talking and pandang ke depan. Then dia bangun dan keluarkan sebuah beg besar dari container tu dan berjalan ke belakang, ke arah jalan raya. He stops there.
"Ini untuk keadilan!!!" He shouted.
Dia melemparkan sesuatu dari tangannya. People are confused at first including us, untill they thought it was just a show when suddenly..
KABOOOM!!
Telinga aku berdesing. Tanah bergegar. Mata aku berpinar. I'm not sure what just happened. Someone grabbed my hands and pull me to the shops. Aku boleh dengar sayup sayup suara orang menjerit dan berlari ke sana sini. Aku kaku. Otak aku kaku. I just cannot process that. What just happened?
Sampai dia satu kedai, aku diarahkan untuk duduk diam and bersembunyi. Ramai orang dalam kedai tu. Pendengaran aku semakin pulih. Aku tanya seorang pak cik apa yang berlaku. Dia hanya mampu kata "Bom! Bom!", dengan muka yang amat ketakutan.
Ain hilang! Aku muka panik. Aku keluar kedai. Semua orang menjerit panggil aku masuk balik. But I have to find Ain first. Aku berjalan ke melawan arah ombakan orang ramai sedang berlari. Aku menjerit nama Ain. Suddenly someone hug me from behind. It was her. Dia menangis ketakutan. I said it is okay I'm right here. We ran together when suddenly ada sebiji botol jatuh betul betul di hadapan kami. Bom buatan. And it is sizzling. The terrified feeling ever.
Kami berlari ke sana sini tanpa arah di saat berpuluh puluh bom yang jatuh di hadapan kami. It was like they are hunting us. Aku hanya berdoa agar bantuan sampai. Hari makin gelap. It is balckout. Macam suasana perang. This cannot be happening. I just cannot believe my eyes. Ramai badan bergelimpangan di tengah jalan as I looked back. They're not dead, are they?
We keep running and running untill it was so dark. We cannot see anything. Hanya mengharapkan cahaya bulan. It is weird because badan kami makin ditenggelami air. This is become worst. Banjir.
Aku dengan Ain mencari tempat yang tinggi untuk survive. Air makin sejuk. Suddenly ada satu trak bomba yang sangat besar lalu sambil membuat pengumuman,
"Head count! Head count! Sila pergi ke dewan yang berhampiran anda untuk headcount! This is compulsory!"
Dalam perjalanan mencari dewan, aku terserempak dengan Shake. Dia seorang diri. Dia duduk di dalam satu rumah terbiar yang tinggi sikit so she don't get wet. Dia ajak bersembunyi di situ. I ask her to join us to the hall for headcount. Dia taknak ikut. Dia paksa kami stay dengan dia. Dia kata nanti kat dewan tu kalau ada pengebom tu sekali macam mana? We're all dead.
Ain termakan hujah dia. She insist to stay with her. I cannot say more. I walk alone through the lane to the hall when I found out that there are so many people in there. Semuanya terapung mengharapkan pautan pada meja yang terapung sahaja.
Di dalam tu aku terjumpa Ika, Kak Fiza, Kak As dan ramai lagi kawan kawan aku. Aku peluk mereka semua. Semuanya ketakutan. The firemen have started the headcount. I now can breathe easily and stay calm in this hall when suddenly,
KABOOOOOOM!!!!!
Aku terjaga dari mimpi yang super realistic punya ngeri ini.

Tuesday, December 27, 2011
Saturday, December 24, 2011
perfect weekend
Tak ada kereta. Tak ada duit. Tak ada kredit.
Harap harap aku boleh survive sampai habis weekend ni. Chill :)
Sunday, December 18, 2011
larian kitar semula
First time gua masuk marathon macam ni. Penat macam nak mati.
Yang pasti gua akan masuk lagi. Jyeah!
Monday, November 21, 2011
Sunday, November 13, 2011
kakak besar
Hari ini teringin makan American Breakfast. Rindu masakan kampung halaman lah katakan. Gua ajak member gua melantak di Oldtown Bangi. Gua order set American Breakfast la apa lagi kan beserta xi mut tea kegemaran gua. Sebenarnya gua tak berapa berkenan sangat nak makan kat kopitiam kopitiam ni. Mahei sangat. Masak sendiri lagi berbaloi baloi kot. Tapi disebabkan keterbangunan lambat beserta kelaparan terpaksa juga mengorder je semua.
Baru dua tiga suap, perut gua dah pandai main mainkan perasaan gua. Ada juga melepaskan angin angin lalu tapi jangan bimbang sebab angin tersebut tak membawa kepada sebarang syak wasangka. Suapan keempat, gua minta excuse untuk ke toilet. Hehe.
Gua rasa agak lama juga gua ambil masa di dalam toilet tersebut. Setelah setel apa yang patut, gua keluar sambil tersenyum puas. Dekat luar rupa rupanya dah ada yang menunggu. Seorang kakak dengan anak perempuan dia umur 4 tahun macam tu la. Gua senyum kat budak tu sebab comel. Dia senyum balik. Sambil gua jalan melepasi mereka gua terdengar budak comel tu cakap;
"Besarnya orang tu mama."
Mata gua otomatik mengerling ke arah dia dan gua lihat jari telunjuknya sedang menghala ke gua. DASHUNDERSCOREDASH!
Mulai minggu depan gua janji gua diet!
Yang benar,
KAKAK BESAR
Thursday, October 27, 2011
Today
Despite of having a very bad day, I came home smiling when I saw a cake in the kitchen.
Having a mini celebration with my family even though some get hurts, really means to me. I'm sorry Ibu. Thanks Ayah.
Happy Birthday to me.
Thursday, September 22, 2011
Wednesday, August 24, 2011
cakap bye
Sesiapa yang call aku ataupun aku yang call, sila cakap bye before nak hang up.
Sekian.
*Bukan susah pun kan cakap bye. Hehe.
toksah duk buat perangai
Aku perasan lately aku berjiwa tersangatlah tisu. Maksud aku, ada benda yang usik sikit emosi aku cepat je nak menangis. Buat perangai. Menangis diam diam okay lagi. Kalau dah sampai meraung raung melalak depan orang ramai..
Aku pun tak tau kenapa jadi macam ni. Aku cuba figure out juga tapi baru fikir separuh jalan, aku dah fikir pasal benda lain pula. Makanan contohnya. Bulan puasa ni kerja fikir pasal makan je. Aku punya perangai tak tahu malu tu aku develop baru baru ni je aku rasa. Aku pelik juga dengan diri sendiri, makin besar makin tak tahu malu pula nak keryau depan orang ramai. Banyak kes dah jadi macam ni.
Kes pertama. Masa tu aku kat Mencester tengah syok goyang kaki. Ada kawan kawan mak aku datang rumah ambil baju tempahan. Depa tengah bersembang kat ruang tamu. Aku duk landing baik punya depan tivi. Tiba tiba ayah aku call. Dia suruh aku siap. Lagi 15 minit datang ofis dia. Ada interview. Aku macam 'what the????!!'
Interview dalam 15 minit?? Dengan attire apa jadah pun aku tak ada. Dengan sijil sijil semua aku tinggal kat kolej. Dengan tak study apa pun lagi. Dengan tak mandi lagi. Dengan kelam kabut baru nak gugel soalan soalan interview. Tiba tiba aku meraung sorang sorang. Adik adik aku dah lari masuk bilik semua. Mak aku dengan kawan kawan dia bantai gelak. Mak aku sambil sambil tu kelam kabut carikan baju kat aku diselang seli dengan gelak juga la. Aku dah keryau macam apa. Otak dah jem. Duduk depan laptop sambil nangis nangis. Aku call ayah aku balik cakap aku taknak pergi. Dia bantai gelak. Dia kata, "Relax la. Takkan nak interview pun nak nangis? Tak cool la. Kahkahkahkah!"
Ye, dia gelak kahkahkah kat aku. Yang aku ni baru teringat ada kawan mak aku kat depan tu. Baru kelam kabut nak masuk bilik. Dah malu.
Aku pi interview dengan pakai baju kurung adik aku dengan mata bengkak. Balik je sengih sebab tak ada apa pun interview tu. Gabra je lebih!
Kes kedua. Haritu memang hari yang agak stress untuk aku. Dengan adik aku terhantuk tingkap sampai kepala berdarah la. Dengan masalah aku yang tak setel setel lagi tu. Tiba tiba ada member aku bawa aku pergi Jalan Tar. Nak shopping katanya. Jalan Tar tempat paling terakhir aku nak pergi kot untuk shopping apa apa pun. Lagipun aku memang tak nak shopping raya pun tahun ni. Sampai kat sana aku ada sedikit argue apa ntah dengan member aku tu. Aku malukan dia depan orang ramai. Dia mula cakap something bad kat aku. Mula lah terusik emosi aku. Hati mula la nak lembik. Air mata mula dah bergenang. Aku cuba tahan. Tak dapat der. Depan depan orang aku melalak. Dari petang sampai ke malam aku melalak. Dalam kereta aku mengamuk macam orang gila. Tak peduli apa dah. Punya lah sakit hati aku sampai aku lupa diri mengamuk macam dah kena rasuk. Lepas tu kitorang nampak ada kereta terbakar kat tepi jalan, masing masing diam dan terus cari jalan nak balik.
Tapi itu first time dalam hidup aku menangis melalak sampai macam tu sekali. Tak boleh nak digambarkan dengan kata kata. Horror.
Ada banyak lagi kes kes minor mahupun major yang buat aku tak malu nak melalak depan orang ramai sekarang ni. Tu belum kira aku menangis tak reti reti nak berhenti depan roommate aku hari hari sampai dia pun naik muak dah aku rasa.
Aku rasa aku kena cuba kawal sikit emosi liar aku tu. Malu aih badan besaq gajah tapi duk keryau huwa huwa depan orang.
Tuesday, July 19, 2011
ketap gigi
I discovered something today. Some sort of a habit. Aku rasa aku suka ketap ketap gigi. Ketap gigi? Sounds weird but I can't find the right word. It's like you're chewing but nothing inside your mouth. Get it? No?
Anyway, I found out that habit when I was walking alone at a mall yesterday. Waktu tu aku berfikir macam macam. Macam saintis. Fikir sampai terlanggar orang. Fikir sampai tersadung dekat eskelator (typical me). Fikir sampai kerut kerut dahi (or maybe I just have a frown face). Mungkin bila aku berfikir, aku ketap gigi. Berfikir tentang masa depan. Berfikir tentang kehidupan. Berfikir tentang pegangan. Berfikir tentang keluarga aku. Berfikir mahu menjadi penulis.
Aku juga perasan aku akan ketap gigi bila sedang takut. Ketakutan. Takut sakit. Takut kena marah. Takut bila menipu. Takut mati. Takut fast driving. Sekarang, aku mula perasan aku ketap gigi bila bila masa saja. Maksudnya aku berfikir kuat. Atau aku terlampau takut? Eh?
Susah juga nak menyatakan apa yang dalam fikiran. Kalau lah ada projector direct dari otak, kan senang. Bila bila masa saja boleh tunjukkan apa dalam fikiran. Kadang kadang aku hilang arah bila bercakap. Tak tahu nak mencari ayat yang betul, ayat yang bagus. Dan selalu perkataan perkataan yang keluar dari mulut aku disalahertikan oleh orang lain. Salah sendiri, siapa suruh tak pandai berkata kata? So I chose to be silent.
Or maybe I'm just lost. Lost in my own scary world.
Saturday, July 2, 2011
Thursday, June 9, 2011
nyamuk
Gua rasa gua ada gene nyamuk la dalam badan gua. Ada sebab kenapa gua cakap macam ni. Bukan saja saja nak cari publisiti.
Sebab pertama.
Nyamuk suka sangat gigit gua. Bayangkan tengah ramai ramai dalam satu bilik, nyamuk tetap pilih gua. Kawan kawan gua rilek je kunyah kuaci goyang kaki sikit pun tak kena kacau dengan nyamuk. Apa yang sedap sangat darah gua ni pun gua tak pasti. Yang pasti, ada orang cakap gua berdarah manis. Sebab tu nyamuk suka.
Sebab kedua.
Disebabkan nyamuk pantang nampak gua, gua amalkan penggunaan ridsek mat. Ala yang macam chewing gum dentyn tu. Tapi yang anehnya, bila gua pasang, dengan gua sekali mabuk. Tak boleh langsung gua bau ubat nyamuk tu. Mula lah rasa nak pening pening. Rasa nak mabuk mabuk.
Amacam? Cukup mutant tak gua? Agak agak boleh pakai tak alasan ni nak join kelab X-men tu?
Tuesday, June 7, 2011
ubat batuk
*cough! cough!*
Kawan gua batuk. Dah banyak hari dia batuk. Selalunya gua ada stok ubat batuk menimbun kat belakang rumah. Tapi jualan laris sangat. Stok habis.
Gua suggest dekat dia ubat batuk paling mujarab dan disukai ramai. Ubat batuk ni selalu disebut sebut di kalangan member sekolah gua.
"Awak pergilah beli ubat batuk."
"Ye lah. Saya memang nak pergi beli pun."
"Awak try brand Helix. Semua orang cakap bagus. Sekali minum terus lega."
"Helix?? Awak nak bunuh saya ke apa?!"
"............................"
Dia tiba tiba tunduk dan ambil botol minyak enjin Shell Helix.
Gua terkedu.
***
Dah sampai rumah dah keluar kereta, baru gua teringat.
"Hurix la! Hurix!"
Banggg! Gua hempas pintu kereta sambil berlalu pergi. Segan sebenarnya.
Monday, June 6, 2011
kembang
I finally discovered why I'm being 'kembang' day by day.
It is because I've been living around Sri Kembangan for four years! No wonder I'm so kembang!
Got it? Sri Kembangan and kembang? No?
Okay tak lawak juga. Bye.
Subscribe to:
Posts (Atom)