Sunday, February 13, 2011

barang baik



Kisah ketagihan ini bermula dua hari yang lepas. Orang kata, kalau tak nak ketagih jangan ambil overdose. Tapi gua jenis rebel, mana nak dengar kata orang. Gua ambil juga dua bungkus. Barang baik lah katakan. Untuk manusia normal, satu bungkus pun dah lebih dari cukup. Ada yang tak larat nak habiskan pun.

***

Dua hari lepas, gua bersama konco-konco gua dengan beraninya mencabar mental dan fizikal masing masing untuk memanjat Bukit Broga. Bukan calan calang orang yang boleh tackle bukit ini. Dengan ketinggian seribu tujuh ratus meter, masing masing mula pucat apabila mendengar nama Bukit Broga ini. Namun, di atas keazaman yang tinggi, kami gagahkan jua diri untuk bangun seawal empat pagi dan menunggu seorang lagi sekutu yang kiranya terbabas ke pukul sembilan. Walaupun seorang telah kecundang, kami tidak gentar untuk mendaki juga hingga ke puncak Bukit Broga.

Agenda seterusnya adalah dengan mencari pasal di Sungai Tekala. Mana tak cari pasal, dah tahu kaki krem panjat bukit, lagi nak pergi mandi air terjun sejuk sejuk tu. Oh ya, sekutu yang tertinggal tadi tiba tiba munculkan diri sambil membawa dua puluh bungkus 'barang baik'. Gua terus sambar nak makan. Alasan paling bernas yang otak gua dapat hasilkan adalah gua nak topup balik energy dan gua nak panaskan badan sebelum terjun ke lembah kesejukan tu. Hangpa nak mandi, mandilah dulu. Setelah sekian lama tak pekena barang baik tu, gua terus bedal dua bungkus. Pehhh dia punya nikmat tak dapat diulas dengan kata kata. Bermulanya ketagihan di hari pertama.

Walaupun dua bungkus gua ambil, namun energy yang terhasil tak dapat mengcounter kesejukan air terjun Sungai Tekala. Gua mengalami simptom simptom seperti blurred speeches, cramps, tremors, hypothermia dan juga urtikaria. Tapi gua hadapi semua itu dengan cool je. Tak macho la kalau nangis! Gua sambung mandi manda walaupun sekali sekala gua kena stretch kaki hilangkan cramps.

Kaki krem dan kereta manual adalah gabungan yang paling tahi sekali dan gua mengalami kekejangan kaki ketika mahu drive pulang. Gua gamble try brek pakai kaki kiri. Gua tengok passengers kat belakang semua main angguk angguk geleng geleng pasrah saja. Sampai ke sudah gua asyik teringat kat barang baik itu saja.


***

Ketagihan di hari kedua.

Semalam, ada member gua ajak pekena barang baik punya dekat Sungai Ramal. Gua tanpa berfikir panjang terus angguk memberi persetujuan. Depa kata barang baik tu kat sini memang terbaik. Gua bercongak congak nak ambil berapa. Disebabkan gua berfikiran logik, gua cuba menenangkan nafsu gua. Kali ni satu bungkus cukup. Cukup! Lagipun dah malam, nanti kalau overdose susah pula gua nak tidur.

***

Pagi pagi lagi gua bangun dah menggigil gigil. Mana tak ketar, siap termimpi mimpi lagi barang baik tu. Gua bangun dengan satu azam, nak cari sampai dapat barang baik tu. Kalau tak dapat juga, gua sanggup buat sendiri. Practice makes perfect, orang putih kata.

Gua cuba mencuba pelbagai taktik, dari menggugel sehinggalah ke mengfesbuk. Budak budak urban memang macam ini punya gaya. Hujung jari je yang bergerak. Mana tak gemuk.

"Petang petang macam ni dapat pekena barang baik orait juga ye."

Gua post di fesbuk. Tak sampai seminit, jiran rumah gua komen. Dia kata dia ada dua. Tapi dah lama, takut tak elok. Gua dengan tangkas terus memanjat koridor ke rumah sebelah nak ambil barang baik. Dapat barang baik di kala ketagihan macam ni merupakan perkara terbaik dalam hidup. Gua peluk cium member gua sebab seronok tak terkata. Elok tak elok belakang cerita. Janji dapat hidu dulu aroma dia pun dah cukup.

Dua bungkus barang baik dah ada depan mata. Air liur gua yang menitis, gua tepis perlahan lahan. Pehh nasib baik elok lagi. Terus hilang ketar ketar gua lepas dapat pekena barang baik ni. Dua bungkus gua telan dalam masa tak sampai lima minit. Hebat bukan?


***

Gua dah betul betul ketagih barang baik ni. Esok gua berazam nak belajar betul betul cara nak buat dia. Jimat sikit. Pehh kalau pekena time dia berasap asap lagi, memang high. Gua tak tipu.












***


Barang baik = Nasi lemak daun pisang.

4 comments:

Black said...

Pesen jakun ke nasik lemak.
Kahkahkahkahkah!

skandaLdariLangit said...

nenek kita jual barang baik pagi2..

fiziskandarz said...

sgt setuju!! hohohoho no one can deny a good nasi lemak. NO ONE! :D

skandaLdariLangit said...

oh. tagline blog hampir sama dengan post entry =="


:)