Tuesday, August 31, 2010

sweet!

Aku pergi ke Mines seorang diri hari ini. Sekali lagi. Semata-mata mahu makan Subway. Yup, I've been craving it for the whole day. Budak-budak rumah offer nasi, aku tolak mentah-mentah. Ya, aku kan orang Mencester. I'm sorry guys!

With a plain black t-shirt and a pair of seasoned jeans and of course the gray shawl, I drove to the Mines with Scott. Scott tak pernah hampakan aku, buat masa ini lah. Aku baru bercerita dengan Kak Lilin tentang makan berseorangan. Yeah, I admit it. It is so pathetic to eat out alone. Tapi kenapa hari ini aku rasa aku mahu berseorangan.

Seorang diri naik lif. Seorang diri beratur. Seorang diri duduk. Seorang diri makan. But for today, I don't feel like pathetic. Sebelum makan, aku telefon adik aku. Dua belah tangan pegang sandwich. Kepala lentok tekap telefon. Gelak-gelak. Pelepuk! Telefon jatuh. Gelak kuat! Orang sekeliling semua pandang. Aku senyum.

Usai bersembang, aku perhatikan orang. Nasib baik dapat meja cantik. Wide view. Macam-macam orang. Macam-macam ragam. Thanks for making me laugh watching you guys. Ada yang muka kelakar. Ada tiga orang lesbian. Salah seorang tu asyik pandang aku. Aku rasa lah. Ada mat mat arab. Sekali lalu meniggalkan bau yang boleh buat aku berhenti makan. Ada pasangan-pasangan romantis. Ada pasangan-pasangan tak berapa romantis. Ada pasangan yang lelaki lagi rendah dari teman wanitanya. Ada ibu bapa bersama anak kecil yang teruja melihat bot-bot Mines Cruise.

Semua itu membuat aku tergelak. Kecuali yang satu ini. Seorang bapa muda yang membawa dua orang anak perempuan yang kecil-kecil lagi. Tak ada kerja, aku ikut mereka dari belakang.


Sweet!

2 comments:

Farhan Azahan said...

cilakak tak ajak. blah la kau.

nazir27 said...

haha..aku biase wat cam ko..bila ada 1 masa ko nak berseorangan, ko akan rase best makan & jalan2 sorang2..