Thursday, April 8, 2010

Mr. Bean

This morning I went for a short jog. Yeah, short. It is just because of my big ass and a bunch of fat on my tummy and also the lazzinesss...Bla bla bla..

Ahhh! Gua tak reti la nak english english sangat. Gua kadang-kadang teringin nak pandai tulis dan cakap omputih fluently. Pakai bahasa dia dengan indah indah. Tapi tengok la sendiri. Ayat berterabur. Vocab lah grammer lah apejadah semua haram tak menjadi. Gua tahu gua kurang membaca. Kalau nak menulis,ilmu kena penuh di dada. Ingat tu!

Ok ok kembali kepada cerita asal. Pagi tadi gua konon konon nak berjogging. Konon saja lah. Baru dua round gua dah pancit. WTF?! Dengan muka belemuih tak mandi lagi, gua meneruskan usaha memerah peluh dan menghancurkan lemak lemak degil di sekeliling pinggang. Alah, setakat dua round, lemak celah gigi pun tak terbakor!

Ok ok itu bukan perkara utama. Apa yang gua nak kabo kat sini adalah..Jeng jeng jeng.. Perghh saspen tak? Heh!

Ok ok ok. Ini betul betul punya. Gua jumpa Mr. Bean pagi tadi woooh! Betul nih. Tak tipu punya. Memang Mr. Bean!

Deng! Pagi pagi lagi gua dah mengekek gelak. Apehal lu Mr. Bean sangat, Mister? Muka dah same, sekali perangai pun lebih kurang. Tak sangka kat kolej gua ada seorang Mr. Bean. The world is just awesome! Heh

Tuesday, April 6, 2010

pelancaran ke perlancaran?

Gua dah laksanakan misi-hari-ini gua. Kehkehkeh..Harap-harap menjadi lah projek baru gua tu. Lantak pi lah kalau lu orang nak kata gua syok sendiri. Ada gua kesah? Keh keh keh

saving

Gua ade 'ter'usya satu blog mamat ni. Dia buat blog tu untuk rekodkan perbelanjaan harian dia. Gua rasa gua nak tiru dia punya style la. Agak-agak hari yang gua spend banyak, gua insaf la buang sehari dua. Pehh macam akauntan la pulak. Baru la gua dapat saving money buat beli rumah lepas ni!

Monday, April 5, 2010

nightmare

Semalam gua post something about stabbing and cursing kat facebook (omputih sikit!). Malam tadi gua tidur mimpi kena tikam sungguh! Sakit bai. Tikam kat perut pula tu. Pakai pisau rambo pulak tu. Darah dah menjejeh jejeh keluar tapi gua masa tu nak pergi tengok teater dengan adik gua, Senah. Gua tahan darah pakai tangan. Gua kasi lap dengan kain lampin siapa tah gua rembat. Senah pun kena stab juga tapi dia lagi teruk. Dah macam nyawa-nyawa ikan tapi tetap nak pergi tengok itu teater. Gua yang heret dia. Last-last kena masuk ambiulen. Melepas nak tengok Azhan Rani atas pentas. Deng!


Teet Teet Teet


Alarm telefon gua berbunyi. Gua kasi campak ke lantai dan gua sambung tidur. Ah tiba-tiba kena pergi berperang pulak. Berperang dengan zombie pulak tu. Memang tak into langsung. Gua dah la meluat dengan perangai zombie. Adeke patut buat-buat muka huduh nak takutkan orang? Tapi gua memang takut dewa punya lah tadi. Dan-dan tu jugak la gua kena tukar uniform askar. Ingat senang ke nak tukar baju masa tangan sedang menggigil baek punye? Cilakak!


Dang Dang Dang


Bunyi roommate gua tengah bergusti dengan selimut. Gua lekas-lekas buka mata sambil baca doa bangun tidur. Nasib baik tak kena lawan dengan zombie. Lagi satu, gua tak tahu apa pasal kena gua dengan Senah kena stab. Apa punya mimpi lah!

Saturday, April 3, 2010

riben

Semalam gua pergi bersuka ria berjoget sakan berlumba lari bermain jongkang jongket serta buaian di Lumut bersama family gua. Seronoknya tak payah cerita lah. Tapi gua cerita juga. Seronok weh! Lagi-lagi bila jongkang jongket tu jahanam ditunggang dua makhluk giant yang masing-masing mewakili berat sebanyak 60kg serta rakus dan ganas. Vandalisma tiada dalam kamus hidup diorang ni. Selepas acara sesi lawan jongkang-jongket-tanpa-pegang-handle berlalu, kami terus menghangatkan malam kami dengan acara lumba lari. Acara dimulakan dengan penyingkiran peserta sakit kaki. Cehh..dan dan nak sakit kaki orang ajak lumba lari. Kau jadi tukang kira 1 2 3, GO! je lah..

Bilamana hujan semakin lebat, ibu ayah gua dah kalut ajak balik. Seperti biasa, gua jadi pilot. Walaupun mata gua dah pedih-pedih sebab lense kering gua tak drop eye mo setitis dua, gua tatap fokus semasa memandu. Perjalanan yang mengambil masa yang agak lama iaitu selama 15minit berjaya ditempuh dengan selamat tanpa was-was.

Sampai je depan rumah sebelum keluar kereta, ayah gua semacam kalut mencari sesuatu. Disebabkan tahap kuriositi gua yang tinggi, gua lantas bertanya kat ayah.

'Weh ayah, lu cari apa?'

'Nampak tak spek riben ayah? Ayah rasa ayah letak dalam kereta lu.'

Spek riben? Sejak bila askar pencen seorang ni suka pakai riben riben ni? Gua monolog dalam hati la. Kang kalau cakap kuat-kuat mau makan penaboh pulak. Sambil sambil gua mencari jugak spek 'riben' dia tu.

'Nampak tak spek riben ayah? Lu tolong la ayah cari sat!'

***



Spek RayBan ayah! RayBan! Pandai juga ayah gua melawak.