Monday, February 28, 2011

but..we are not alone





Specially dedicated for Sir Gedek. Ha ha.


Amacam? Sad face anyone?


***


Cuba teka kat mana gua jumpa sad face ni? Siapa betul dia terer.








no string attached

Bila sembilan orang singles berkumpul tergolek golek terlompat lompat terlari lari termenyanyi termenari terpakai mask termakan terminum dan tertidur sekali, dalam satu rumah comel..



Ini lah yang dinamakan 'No String Attached'.





Kami bahagia. Weeehooooo!

Saturday, February 26, 2011

get me high


Suara dia buat gua high. Apa pasal gua terlambat tahu pasal minah ni?

Thursday, February 24, 2011

cave = gua

Tergelak juga gua baca blog gua lepas di-gugel-translate-kan.



Cave cave apa? Gua la, gua! Kahkahkah!


ultrasound


Kelam kabut juga gua cari senarai klinik panel untuk staf UPM ni. Setiap klinik di kawasan Serdang, Sri Kembangan, Bandar Baru Bangi serta Putrajaya habis semua gua call. Semua nak tanya pasal benda yang sama, perkhidmatan ultrasound. Dekat 30 buah klinik juga yang berjaya gua call.


Teet teet..teet teet..(bunyi telefon)

Orang klinik : Hello boleh saya bantu?

Gua : Hello. Boleh saya tahu, kat klinik ni ada perkhidmatan ultrasound tak?

Orang klinik : Ultrasound untuk scan baby ke kak?

Gua : Ya untuk scan baby.

Orang Klinik : blablalbablabla (dia terangkan pasal tarikh dan waktu)

Gua : Okay, itu saja saya nak tahu. Terima kasih.


***



Letak telefon je gua terus pegang perut. Woii, gua belum pregnant lagi la!


Itu untuk survey projek gua la..



***

Okay semua panggil gua akak. Gua kan akak! Grrrr..



Wednesday, February 23, 2011

disaster (3)



Kalau di Mencester, rutin harian gua bangun pagi mandi gosok gigi cuci rambut serta buang air besar. Selepas itu macam biasa, rambut yang basah gua biarkan bebas untuk kering secara semula jadi dengan cuaca di Mencester. Gua nak rambut gua membesar secara semula jadi. Baru lah dapat hasil yang rare.


Seperti kebiasaan juga, gua suka mengendeng kat adik adik gua. Saja cari pasal. Dekat depan mata, gua nampak Ain. Gua terus pergi kat dia lalu kibas kibaskan rambut gua depan muka dia.


"Cantik kan rambut I? Call me Hermione. Call me Hermione. Call me Hermione, please."





"Hi Hagrid!"






Damn!



***


Faham faham sendiri lah apa yang terjadi kat Ain selepas tu. Gua kan akak.


Tuesday, February 22, 2011

hawt models








Bukan selalu buat kerja gila.

Panjat Broga pakai kebaya, contohnya.





***

Semua model di atas adalah professional. Sila percaya.



Wednesday, February 16, 2011

suara sedap



Roomate gua kata suara gua sedap..dalam telefon.









Kalau tak percaya, cubalah.





Ihiksss.




Sunday, February 13, 2011

barang baik



Kisah ketagihan ini bermula dua hari yang lepas. Orang kata, kalau tak nak ketagih jangan ambil overdose. Tapi gua jenis rebel, mana nak dengar kata orang. Gua ambil juga dua bungkus. Barang baik lah katakan. Untuk manusia normal, satu bungkus pun dah lebih dari cukup. Ada yang tak larat nak habiskan pun.

***

Dua hari lepas, gua bersama konco-konco gua dengan beraninya mencabar mental dan fizikal masing masing untuk memanjat Bukit Broga. Bukan calan calang orang yang boleh tackle bukit ini. Dengan ketinggian seribu tujuh ratus meter, masing masing mula pucat apabila mendengar nama Bukit Broga ini. Namun, di atas keazaman yang tinggi, kami gagahkan jua diri untuk bangun seawal empat pagi dan menunggu seorang lagi sekutu yang kiranya terbabas ke pukul sembilan. Walaupun seorang telah kecundang, kami tidak gentar untuk mendaki juga hingga ke puncak Bukit Broga.

Agenda seterusnya adalah dengan mencari pasal di Sungai Tekala. Mana tak cari pasal, dah tahu kaki krem panjat bukit, lagi nak pergi mandi air terjun sejuk sejuk tu. Oh ya, sekutu yang tertinggal tadi tiba tiba munculkan diri sambil membawa dua puluh bungkus 'barang baik'. Gua terus sambar nak makan. Alasan paling bernas yang otak gua dapat hasilkan adalah gua nak topup balik energy dan gua nak panaskan badan sebelum terjun ke lembah kesejukan tu. Hangpa nak mandi, mandilah dulu. Setelah sekian lama tak pekena barang baik tu, gua terus bedal dua bungkus. Pehhh dia punya nikmat tak dapat diulas dengan kata kata. Bermulanya ketagihan di hari pertama.

Walaupun dua bungkus gua ambil, namun energy yang terhasil tak dapat mengcounter kesejukan air terjun Sungai Tekala. Gua mengalami simptom simptom seperti blurred speeches, cramps, tremors, hypothermia dan juga urtikaria. Tapi gua hadapi semua itu dengan cool je. Tak macho la kalau nangis! Gua sambung mandi manda walaupun sekali sekala gua kena stretch kaki hilangkan cramps.

Kaki krem dan kereta manual adalah gabungan yang paling tahi sekali dan gua mengalami kekejangan kaki ketika mahu drive pulang. Gua gamble try brek pakai kaki kiri. Gua tengok passengers kat belakang semua main angguk angguk geleng geleng pasrah saja. Sampai ke sudah gua asyik teringat kat barang baik itu saja.


***

Ketagihan di hari kedua.

Semalam, ada member gua ajak pekena barang baik punya dekat Sungai Ramal. Gua tanpa berfikir panjang terus angguk memberi persetujuan. Depa kata barang baik tu kat sini memang terbaik. Gua bercongak congak nak ambil berapa. Disebabkan gua berfikiran logik, gua cuba menenangkan nafsu gua. Kali ni satu bungkus cukup. Cukup! Lagipun dah malam, nanti kalau overdose susah pula gua nak tidur.

***

Pagi pagi lagi gua bangun dah menggigil gigil. Mana tak ketar, siap termimpi mimpi lagi barang baik tu. Gua bangun dengan satu azam, nak cari sampai dapat barang baik tu. Kalau tak dapat juga, gua sanggup buat sendiri. Practice makes perfect, orang putih kata.

Gua cuba mencuba pelbagai taktik, dari menggugel sehinggalah ke mengfesbuk. Budak budak urban memang macam ini punya gaya. Hujung jari je yang bergerak. Mana tak gemuk.

"Petang petang macam ni dapat pekena barang baik orait juga ye."

Gua post di fesbuk. Tak sampai seminit, jiran rumah gua komen. Dia kata dia ada dua. Tapi dah lama, takut tak elok. Gua dengan tangkas terus memanjat koridor ke rumah sebelah nak ambil barang baik. Dapat barang baik di kala ketagihan macam ni merupakan perkara terbaik dalam hidup. Gua peluk cium member gua sebab seronok tak terkata. Elok tak elok belakang cerita. Janji dapat hidu dulu aroma dia pun dah cukup.

Dua bungkus barang baik dah ada depan mata. Air liur gua yang menitis, gua tepis perlahan lahan. Pehh nasib baik elok lagi. Terus hilang ketar ketar gua lepas dapat pekena barang baik ni. Dua bungkus gua telan dalam masa tak sampai lima minit. Hebat bukan?


***

Gua dah betul betul ketagih barang baik ni. Esok gua berazam nak belajar betul betul cara nak buat dia. Jimat sikit. Pehh kalau pekena time dia berasap asap lagi, memang high. Gua tak tipu.












***


Barang baik = Nasi lemak daun pisang.

tak puas hati ke?

Kahkahkah. Gua dah kata dah. Benda benda social network, blog blog ni banyak buat orang bergaduh saja.




Kahkahkah!



Thursday, February 10, 2011

creepy sangat ke?

Babak pertama.

Gua tengah syiok duduk dalam CC (baca : cybercafe) ni, tiba tiba owner dia datang slow slow je kat gua. Gua saspek dia nak halau gua keluar. Mana tak halau, gua tak pernah bayar pun sepanjang gua melepak kat cc dia ni.

Tapi sangkaan gua meleset. Owner cc boleh pula cakap kat gua,

"Weh, tolong sikat rambut kau boleh tak? Seram aku tengok."


Demm. Kucar kacir gua cari sikat.

"Bak sini nak pinjam sikat. Gua tak ada sikat rambut." Gua meminta jasa baik owner cc sambil sengih.


"Gua takut sikat gua patah je." Dia jawab sambil tangan terketar ketar hulur sikat dia kat gua.

Demm!


***

Babak kedua.

Gua tengah asyik melayan video video baik punya di YouTube hasil nukilan brader AnwarHadi dalam cc ni, tiba tiba ada member gua datang sembang sembang dengan owner. Gua pun nak mencelah juga. Tak nak kalah orang kata.

Gua pun pusing la kepala gua nak menghadap depa ni. Tiba tiba member yang datang tu melompat terus nak pitam. Sikit lagi nak berbuih mulut.

Terkejut tengok gua. Alasan dia, dia tak perasan gua wujud di situ sebab baju gua hitam, rambut macam Hermione (baca : Hagrid), lepastu melekat kat dinding dan tiba tiba menoleh macam dalam scary movies. Creepy!


Demm!


***

Babak ketiga.

Gua kena sound selepas dua babak tadi. Bukan ini kali pertama kena sound. Lalu gua capai getah rambut wayar telefon lalu mencuba nak ikat rambut.

Pap! Terputus pula. Nak menangis woi getah putus. Gua mana ada getah lain. Ini pun getah curi adik gua punya.



Kan semua orang dah lari! Creepy sangat ke woi??


Demm!!!



Wednesday, February 9, 2011

merenguih



"Hang ni pasai apa tiba tiba nak merenguih semacam ja ni? Emo tak pasai pasai? Awat dak tau?"


"Gua pun tak tau. Tiba tiba nak emo. Angin apa entah datang hari ini."


"Dah la pi tempik habih kat orang. Pakat lari menderu semua. Hang ni pasaipa?"


"Ish, gua kata tak tau, tak tau la! Pehh, emo balik. Kahkahkah."


"Hang ni, tak baik tau dok merenguih lagu tu saja. Tiba tiba nak marah, ingat orang lain suka ka?"


"Gua tau orang tak suka, tapi gua bukan sengaja. Emotionally unstable orang putih kata. Dah dah gua tak emo dah. Buat apa emo emo, buat orang duk mengata kat gua balik saja. Kehkehkeh."


"Tau pun. Dah pi gelak gelak balik. Toksah la dok muncung sangat mulut tu. Huduh sangat aih."







***



Jangan tanya gua borak dengan siapa. Bladihell betul tiba tiba nak emo!



Eh, mana ada emo dah. Hehe mana ada..





pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas


Kalau orang pecah kereta, curi semua duit seringgit seringgit dan syiling yang gua letak bersama kad Touch'N'Go dalam laci bawah radio tapi dia tinggal kad Touch'N'Go tu kat atas seat co-pilot, lepas tu dia ambil sekali spek RayBan sembilan ringgit sembilan puluh sen yang gua letak bersebelahan dengan spek Elle gua yang bukan tiruan itu tapi dia tinggal spek Elle tu, nak kata dia ni bodoh ke bengap? Kahkahkah! Lawak la diorang ni. Sumpah lawak.

Lagi satu, kalau orang pecah kereta, tapi tak ada satu apa pun yang pecah (contoh : tingkap), dipanggil pecah kereta juga ke?













Ye, Scott terlupa untuk dikunci pada malam kejadian tu. Suspek masih dicari.