Friday, May 14, 2010

brader jalan laju

Semalan gua balik kerja..Eh silap. Mukadimah tak best macam ini. Okay gua mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.

Gua sebenarnya sudah menjawat jawatan agak tak tinggi mana di sebuah syarikat di Pasir Gudang. Jangan main main woh syarikat ni besaar punyee. Gua kena tinggal Scott kat luar pagar and then kene berjalan kaki masuk ke ofis gua dalam jarak 1 kilometer jugak la hari-hari. Itu masuk kerja. Balik kerja pun 1 kilometer juga gua rasa. Gua ingat gua bakal kurus namun bekal makanan yang telah dibekalkan bakal menghapus cita-cita kurus gua itu. Makan nak sedap-sedap je setiap hari. Banyak pulak tu. Syukur dengan rezeki kurniaan Tuhan. Terima kasih kat Kak Ina, hari-hari bangun pukul 5pagi masak kat kami.

Ini gua mahu kabor semalam punya cerita. Semalam gua rushing nak balik. Sebelum balik gua kena ambil tandatangan supervisor gua. Tapi itu jam dia bergayut dengan siapa gua lupa nak tanya pulak. Sikit punya lama gua tunggu last last gua cabut macam tu je. Gua pass tugas ambil tanda tangan kat Kak Lilin sebab gua ada urusan yang belum selesai. Gua sebenarnya terlupa nak pulangkan broadband si Taufiq, senior trainee kat tempat kerja ni. Dia meses gua tanya bila nak pulang, gua terus panik. Dah la harini dia PMS. Lari tune punya mood. Gua dalam hati berdebor juga. Tapi muka maintain cool.

So gua berjalan setangkas mungkin untuk ke luar. Harini gua berjalan secara solo disebabkan Kak Lilin ada tugas tambahan. Taufiq dah kat luar dia kata tunggu kat pakgad. Gua cakap gua ondewey padahal duk tengah mintak autograf orang lagi. Oh lupa nak habaq pi kat hangpa. Gua kena ambil autograf semua workers kat department QHSE ni. Nak mintak tu pulak macam macam dugaan. Buat setakat ni semua berjalan lancar. Cuma dah nampak tanda-tanda nak kena macam-macam je. Tapi hati gua kental beb. Layan je.

Ok sambung cerita tadi. Gua pun berjalan dengan lajunye. Yang menjadi masalahnya sekarang budak-budak depan gua ni jalan macam haram punye lembab. Gua nak marah gua takut. Diorang pandang gua pun kecik besar kecik besar je. Tiba-tiba gua dengar dari belakang gua ada satu suara menegur.

'Praktikal ke?'

Gua tanpa menoleh laju je jawab, 'Yup! Kat department QHSE.'

'Oh QHSE. Saya kat department kung kang kung kang kung kang..' Gua tak dengar sebenarnya apa dia cakap sebab bising kat plant sebelah tu. Sekali gua pandang dia, walaweh!
Takde lah hensem tapi boleh tahan jugak brader ni. Tak rendah dari gua itu yang penting ecewah!

Lepas tu kitorang sembang macam-macam. Bajet macam dah kenal lama je. Siap bole cerita kat dia pasal gua dapat KFC free for today's lunch bagai. Sampai je kat Guard Post, kami berpisah. Yela, pompuan kene lalu lane pompuan. Takkan dia nak follow gua skali kot. Dia pun tau segan. Tapi gua nak habaq ni la, gua suka kat mamat tu sebab dia jalan laju dowh! Gua suka jalan laju. Sembang pun bole masuk semua. Yang lagi buat gua suka, dia boleh buka jalan kat gua. Budak-budak depan yang jalan lembab semua kena tepis dengan brader ni. Hebat tak hebat gua cakap lu.

Gua harap harini gua jumpe brader tu lagi. Seronok rasanya dapat kawan baru!

Wednesday, May 12, 2010

merepek part 1

Ok harini saya nak cakap pasal hati dan perasaan ye tuan puan. Jangan salah sangka atau ragu ragu kerana ini memang blog saya. Saya tidak berniat untuk mempermain mainkan hati dan perasaan anda semua mahupun hati dan perasaan saya sendiri. Namun ini adalah cetusan gelodak jiwa raga serta mainan minda saya selama ini. Entry ini hanya merupakan satu luahan rasa saya,tidak berniat untuk menyakiti hati atau menghina sesiapa saja. Ok saya faham ada di kalangan anda sudah menyinsing lengan baju sambil mengepal penumbuk jadi saya berhenti menjadi insan menjengkelkan (annoying person) sekarang.

Gua saja je buat entry agak 'berperasaan' kali ni. Mula mula gua nak cakap omputih tapi bila fikir-fikir balik, gua guna mother tounge saja lah. Saja nak bagi meriah barulah 1Malaysia. Sekarang kene ikut trend. Siapa lambat dia tak urban la beb. Takkan nak buat entry sembang kedai kopi je sepanjang masa. Kadang kala elok juga diselang selikan dengan entry ilmiah ,emo, poyo, macam celaka serta banyak lagi yang boleh diungkap dalam bahasa moden-moden ini. Untuk entry ilmiah,gua save dulu. Nanti culture shock habis hangpa semua.

Gua sebenarnya manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesalahan kesalahan kecil mahupun sederhana. Kesalahan kesalahan besar gua tak sentuh. Gua ingat Tuhan beb. Salah satu kesalahan gua...jeng jeng jeng. Lu orang kena teruskan membaca. Barulah surprise! (Palotak!)

Ok kali ini gua nk cakap pasal lelaki. Perghh dengan ini terdeclare lah blog gua macam blog makwe makwe. Ecewah!

Sepanjang gua hidup ni dah ramai laki gua kenal. Ah ayat pembuka perenggan macam celaka pulak gua rasa. Siapa tak kenal ramai laki memang penipu besor. Tapi yang gua maksudkan kat sini ialah lelaki lelaki yang lebih dari sekadar kawan. Alaa nak kene eksplen panjang panjang ke? Faham faham sudah. Kebanyakkan lelaki yang gua kenal, they end up by turning into pigs. Percaya tak? Kalau percaya lu orang gila. Hahaha! (Tapi jadi babi sungguh weh)

Ok sambung. Senang cerita,gua malas nak kaver2 lagi. Susah woh pikir ayat mengkaver. Ok gua pernah rasa bercinta laa. Hah kan senang cakap direct. Apedaa. Cinta pertama memang kelakar habis. Nak cerita pun gua segan. Cinta budak-skolah-pakai-tudung-senget-senget-kain-singkat-baju-selalu-kotor-kena-sambal-masa-makan-kat-dewan-makan. Jangan main main, gua bercinta dengan budak cina wooh! Scorer pulak tu. Lepas tu bermacam-macam jenis cinta jugak gua rasa. Cinta dengan orang kerja ofis. Cinta dengan orang kerja injinier tapi jual dadah. Cinta dengan askor yang macam haram suke menipu. Cinta belum kesampaian antara gua dan artis tu. Dan banyak lagi cerita cinta cinta ni. Malas gua nak elaborate panjang panjang.

Lu orang sendiri tengok gua banyak kisah cinta kan? Tapi semua tak menjadi. Semua tu ada sebab. Mak dengan adik gua serta sebilangan member gua ada cakap gua memilih. Hey kamon la. Kalau gua memilih takkan gua accept si gigi buruk tu, si bulat tu, si askor babi tu, si kepala stoberi tu. Oh lupa nak bagitahu! Semua ex gua ada nama samaran. Gua nak cakap sikit la. Semua ex gua takde rupa. Semua muka pecah. Gemok. Busuk. Pendek. Miskin. Ada jugak yang kayo. Tapi camne gua boleh sangkut gak? Ok persoalan ini kita akan rungkai bersama-sama di bawah ye.

Gua bukan memilih. Gua jenis cepat suka. Cepat cair. Nama pun pompuan beb. Memang gua ada buat list lelaki idaman. Tinggi. Hensem. Kaya. Itu 3 benda wajib. Tetapi, pegi mampos dengan itu list. Mana ada orang macam tu nak kat gua woih. Gua laju-laju pandang cermin sambil beristighfar. Memang harapan untuk Mr. Right tu tinggi menggunung tapi memang mimpi lah gua smpai mati pun takkan jumpa. Cermin diri la woi. Kau dah la hitam huduh pulak tuh. Badan dah la men'giant'. Perasan la gila.

Apa yang gua carik dan pandang sebenarnya hanyalah hati yang ikhlas. Berbudi bahasa. Sopan santun. Hormat mak ayah. Tak kedekut tak berkira. Sentiasa risau, means gua suka bila ada org risau pasal gua. Sentiasa tanya gua buat apa. Ok ke tak. Dah makan ke blum. Understand gua. Not a weirdo. I can be myself whenever im with him. Yang urban urban sikit tapi tak tinggal solat. Boleh lead gua. Gua suka bila ada org suruh gua buat kerja. Gua tak reti buat sesuatu tanpa arahan. Alamatnya gua duduk goyang kaki lah tak buat apa. Tapi jangan smpai asyik suruh gua buat semua macam kuli la pulak. Amboih! *Celake panjang jugak list gua rupanya.

Yang pasal risau tu,gua suka kalau laki tu tanya gua macam macam. Kononnya caring la tu. Gua pernah suka kat laki lembut. Not pondan okay. Gentle guy. Gua suke tengok cara dia. Lemah lembut,teratur tetapi tegas. Sebab gua ni kasor. Ganas. Cakap nak memaki je keje. Gua penah suka kat laki lembut tu smpai dia naik takut dengan gua sebab gua usya pastu suwit2 kat dia. Big mistake! Len kali kalau nak ngorat laki lembut kene ada cara. Gua belum menuntut lagi ilmu tu. Esok esok dah dapat gua turunkan kat lu orang pulak okay.

Gua selalu berangan gua akan terserempak dengan Mr. Right kat mana-mana lepas tu kawen and happily ever after. Itu gua admit pernah berlaku tapi smpai part kawen tu cerita dia terpesong jauh. Banyak yang bila time kenal-kenal orientasi, gua tak jadi diri gua. Faker! Berlakon gila. Letih taw nak berlakon jadi ayu-sopan-kaver2 ni. Tak suke taw! Gua dah penat merasa ketidak ikhlasan hati. Gua dah penat merasa penipuan. Gua dah penat being useless. Gua dah penat jadi pak pandir. Gua dah penat jadi pelakon. Sekarang gua nk duk diam diam lantak pi hangpa nak cakap apa.





Ah ape yang lu orang baca lagi ni? Cepat la pergi lempar laptop masing masing sebab gua merepek je nih. Suka gua la ini blog gua. Kahkahkah!

Choww!

Saturday, May 1, 2010

ah lama sungguh tak update!

Gua malas nak cerita panjang. Lu orang usya sendiri. Ni bestfriend gua.