Monday, June 29, 2009

relax

Aku bangun awal pagi hari ini luar dari kebiasaan. Aku betul-betul bersemangat nak bekerja hari ini. Biasalah hari Isnin, hari paling aku bersemangat lepas dua hari minggu yang amat relax melepak di rumah sambil menggoyang-goyang ibu jari kaki tidak membuat apa-apa. Bosan sebenarnya kalau tak buat apa-apa. Rasa panas punggung.

Aku bangun pagi ini dengan senyuman. Setelah siap apa yang patut,dress up baik punya ala-ala pegawai daerah, dengan langkah segak mendepangkan dada aku menuju pantas ke dapur untuk urusan menyiapkan bahan-bahan mentah. Aku rasa hari ini lain macam sikit lah. Dapur sunyi je. Kelibat Tokei tak kelihatan. Selalunya pagi-pagi Tokei dah kung kang kung kang kat dapur. Yang kedengaran adalah bunyi mesin jahit kesayangan Tokei.

Dalam hati aku dah berbunga. Tokei bagi aku relax harini. Dia nampak kesungguhan aku la tu tiap-tiap hari Isnin. Cubaan aku membodek telah menampakkan hasil. Mesti Tokei dah siapkan semua, apa yang perlu aku buat hanyalah kelam kabut kat gerai je nanti. Wah, hari Isnin yang indah!

Aku menjenguk Tokei kat stor jahitan. Sengih. Tokei sengih balik. Malu-malu aku bertanya,

"Ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu Tokei?" Aku tak sabar nak dengar Tokei suruh relax.

"Pi sidai baju,basuh pinggan,lipat baju yang berlungguk tu,sapu kat depan pastu basuh kereta sekali." Laksana pakcik polis Tokei memberi arahan.

"Habistu pisang siapa nak belah ni?" Aku terpaksa bertanya untuk memastikan tanggungjawab yang jawatan aku galas ni tidah diperkotak-katikkan nanti.

"Hari ini tak meniaga la sayang."

***

Sudah semestinya aku takkan dapat komisyen hari ini apatah lagi gaji. Relax.. (punggungku panas lagi)

Sunday, June 28, 2009

award..?thanks!


Terima Kasih Daun Pandan To : RobinHood Sebab Bagi Award Nie Kat Syalala!

Setiap blogger mesti menyatakan 10 "AUTA" diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya :

1. aku tak sabar-sabar nak balik kolej next week

2. aku lebih suka orang hipokrit dari orang yang jujur

3. aku selalu mengharap komisyen dari Tokei.setiap hari aku pastikan aku akan bodek baik punya

4. ada orang cakap muka aku macam Elyana tapi versi kegelapan dan aku amat bersetuju (haktuih!)

5. aku memang layan habis la konsert-konsert realiti melayu kat tv tuh. siap dress up baik punya sambil pegang sepanduk

6. aku rajin memasak, kemas rumah, lipat baju

7. aku teramat suka bila keluar dengan member-member tapi semua aku support (minyak kereta aku,makan aku belanje,tiket wayang aku bayar,jajan pun aku belikan)

8. aku suka sangat berkawan dengan backstabbers! demn suka gila!

9. aku memang berani buat kenyataan-kenyataan panas kat kawan-kawan aku. tak takut kene pukul pun

10. aku paling suka sekali bila aku jadi mangsa prank. memang heaven!

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

1. nada
2. quistina
3. sapik
4. siapa-siapa saja.aku hadiahkan untuk semua!

tu je la kot.aku tak ramai kawan.hahah siapa-siapa lagi mahu award ni boleh claim dari aku ye. banyak lagi auta nak tulis tapi boleh tangkap muat 10 je nak buat macam mana. haha have a nice day!

Wednesday, June 24, 2009

lengkong ke cincau?

Aku tengah kelam-kabut. Dress up dah cincai habis. Tudung dah senget benget. Aku baru perasan selipar aku sebelah kaler lain masa dalam kereta. Aku terus buat drift kat depan surau kampung aku sambil terdengar bunyi sreeeetttt kat bonggol tu. Melambung aku. Kepala cecah bumbung. Aku syak bawah kereta aku dah macam tapak selipar adik aku ni. Aku sempat menjeling kat Pak Imam kat surau tu, dia terkumat-kamit jampi apa tak tahu la sambil urut dada. Nanti raya aku pergi minta maaf.

Tadi Tokei call cakap dengan dialog yang agak menyentap jiwa tapi di'translate'kan dengan ayat yang lebih mudah difahami macam ni la,

"Hang nak datang pukul berapa ni? Aku tengah kalut macam lipas hilang anak, hang boleh pula buat datang lambat-lambat? Gaji potong! Nanti singgah beli cincau satu bungkus. Jangan lupa tu!" Pap terus dia letak. Tak sempat aku nak bagi salam. Nak tergelak pun ada, boleh pula dia buat lawak peribahasa.

Sampai kat kedai runcit sebelah Kedai Pak Man Kudung, aku terus tarik handbreak. Perghh bunyi mengancam siut. Sreeeeeeeeeetttttttttt. Kali ni panjang lagi. Aku terus masuk dengan terkocoh-kecah sambil mengorder dari jauh.

"Bagi cincau satu!"

"Cincau tak ada. Dah pi balik la."

Oh man! Kat mana lagi aku nak cari cincau ni. Jam dah pukul berapa. Kat gerai nanti aku pasti kena kaw-kaw punya dengan Tokei. Nak menggigil pun ada. Kedai lain ambil masa 8 minit. 8minit beb. Time is money!

"Cincau tak ada. Lengkong ada la. Nak satu ke?" Pak Sood bersuara tiba-tiba diiringi gelak hinggut-hinggut.

Aku patah balik pergi ke kereta. Buka semua laci yang ada. Cari bawah tikar getah lapik kaki, kotak kecil macam ashtray kat pintu, kat dalam kereta hot wheels 4 biji kat atas dashboard. Semua aku kutip. Satu pun aku tak tinggal.

Pelepaaanngg! Aku baling duit syiling sepuluh sen penuh, ada la dalam seringgit setengah kat meja Pak Sood. Nak mencarut tak baik pulak Pak Sood dah tua. Lagipun aku tau dia nak bergurau. Apa yang mampu aku cakap,

"WTF!!" Tapi dalam hati je la. Aku start kereta, main-main minyak sikit bagi berasap satu kedai pastu pecut. Tapi pelik kenapa slow je.

Dem! Aku tak turunkan handbreak!

Sepanjang perjalanan semua orang pandang-pandang aku. Lagi-lagi kat trafik light. Peduli apa aku. Kusyen seat co-pilot dah hancur aku cakar. Stereng dah agak bengkok. Aku pun tau bengang jugak.

***

Sampai kat gerai Tokei diam je tak berani cakap sepatah lepas tengok kereta aku jadi macam tu. Siap hulur air kelapa segelas. Nasib baik ada Tokei yang berjiwa memahami.

taktik

Hari ini aku pergi ke gerai dengan semangat berkobar-kobar. Kenapa tak tahu la dari pagi tadi lagi rase macam berdebar-debar je. Tak senang duduk. Kerja-kerja prepare barang kat rumah laju je aku siapkan. Tapak tangan rasa gatal-gatal je. Tokei cakap kalau gatal tapak tangan, nak dapat banyak duit tuh. Lagi bersemangat aku dengar kata-kata Tokei tu.

Sampai je di gerai semua benda aku setel laju-laju. Tokei pun macam impress je tengok ketangkasan dan keazaman aku.

"Eh, PTI!" Kuat jugak aku cakap. Aku buat-buat terkejut. PTI stands for Physical Training Instructor tak silap aku.

"Kau ni siapa?" PTI buat-buat muka hairan. Eh PTI ni, jangan la sabotaj aku pula hari ni.

"Ala PTI ni, takkan tak ingat kat saya ni? Saya haritu training kt KDSI. PTI la yang bagi exercise cangkung lejang tanpa henti-henti tu. Macam nak mati rasanya. Nasib baik ada lagi ni. PTI beli la banyak sikit pisang goreng ni."

Ayat akhir tu aku tekan sikit. Pitching baik punya. Bersungguh-sungguh aku cuba mengembalikan memori PTI. Yes! Aku amat pasti tanpa was-was lagi aku bakal merasa komisyen lebih dari Tokei kali ni. Senyuman aku teramat lebar.

"Alamak, saya tak perasan la kat kamu. Ramai sangat PALAPES datang training haritu. Saya kerja bagi je exercise sampai ada sorang dua yang tumbang.Haha seronok betul! Mana la saya nak ingat muka sorang-sorang." PTI gelak jahat.

PTI hulur not RM2 kat Tokei. RM2 je?

***

Ciss..tak menjadi pulak taktik aku harini. Tak apa, esok aku pasang strategi baru. Tokei senyum lebar.

Saturday, June 20, 2009

blog kosong

"Woi, apesal blog kau macam blog pembunuh?!"

"Hah?! Kau baik-baik sikit cakap. Aku dah berhempas pulas menghasilkan blog kesayangan ni. Nak bunuh siapa? Setakat menamatkan riwayat hidup pisang hari-hari ada lah. Aku tak main bunuh-bunuh orang. Aku adalah hamba Allah yang baik."

"Blog ko penuh kegelapan. Satu hapak pun tak ada. Harap entri je hari-hari masuk. Widget-widget lain semua tak ada. Tak menarik langsung. Baik kau bungkus je blog kau tu. Simpan dalam stor. Nak visit pun macam bosan je."

Aku terkesima. Mana lah aku reti!! Nak edit layout pun fail!! Mai seorang arkitek tolong design kat aku. Aku bagi upah air tebu lima bungkus.

Friday, June 19, 2009

bungkus air

Kes 1

"Kak, bagi air tebu dua.Ikat mati tau!"

Tangan aku terhenti. Aku pandang brader tu. Brader tu pandang aku. Keningnya diangkat dua kali. Aku bersedia.

"Bang, sian kat air ni bang. Abang suruh ikat dia mati."

Brader tu sengih. Dalam hati mesti dia cakap, faham-faham je la. Nak buat lawak pulak minah ni. Kalau aku tokei dah lama aku fired je.

"Ok siap! Satu ringgit please!"

Brader tu bayar dan terus buat wheely motor dia sedas kat depan gerai.

***

Kes 2

"Kak, bagi air tebu dua bungkus. Jerut tau."

Tangan aku terhenti. Tokei dah gelak. Dia dah dapat detect apa yang bakal aku ucapkan.

"Sampai hati abang suruh saya jerut air ni. Air ni tak bersalah bang. Abang tak kesian ke?"

Brader tu terus bagi kata-kata hikmat slang utara free-free kat aku. Nasib baik dia dah bayar dah.

***

Kes 3

"Kak, bagi air tebu tiga!"

"Ni nak bungkus biasa ke? Bungkus biasa-biasa je la ye."

Eh,eh akak ni. Dia tanya, dia pulak yang jawab. Sesuka hati pulak dia decide kat aku. Aku agak ini adalah ayat-ayat terbitan hati brader tu.

"Ada bungkus yang luar biasa ke kak? Kahkahkah!" Brader dengan member dia gelak sakan.

Aku bungkus laju-laju pastu campak kat kereta brader tu. Nasib baik masuk ikut tingkap yang terbuka. Aku sambung membelah pisang.

***

Apa kes ni??

Thursday, June 18, 2009

lastik

2008

Kepakaran tugas aku di gerai adalah membungkus dan membelah. Membungkus sos goreng pisang dan air. Membelah pisang-pisang. Oleh itu Tokei telah memberi watikah pelantikan tugas-tugas tersebut kepada aku.

Sedang pergelangan tangan aku rancak bergelek memusing-musingkan getah oren untuk membungkus sambal, tiba-tiba..

"Pap!"

Alamak terputus pulak dah. Dah la tengah ramai customer ni. Habislah lepas ni diorang tak impress dah dengan skill yang aku tayang-tayangkan selama ni. Anak mata aku menyoroti hasil terbangan getah tadi. Nak stopkan dah terlambat. Ape yang aku bole doakan adalah agar getah tu tidak mencederakan siapa-siapa.

***

Getah oren betul-betul landing baek punye kat dahi seorang customer yang sedang enak menjamah air tebu. Tersedak dia.

"Eh bang. Sorry sorry saya tak sengaja. Saya betul-betul mintak maaf!"

Tokei dah pegang perut gelak sakan. Member-member kepada customer tadi join club Tokei. Aku dah berape kali ruku' mintak maaf cara orang Jepun. Nak tutup muka, kotak tak ada pula.

"Tak apa. Tak apa. It's ok." Brader tu senyum. Kat dahi dia ade line merah. Pedih tu. Nasib baik brader tu cool. Kalau tak, mau berdrama pulak aku harini. Tokei dah bagi kad kuning dah tadi.

Esok dan hari-hari seterusnya brader tu datang lagi. Senyum tak lekang. Bila kontrak aku tamat, Tokei cerita kat aku yang brader tu asyik tanye pasal aku. Kene lastik pun berani lagi nak tanya pasal aku?

***

Lama dah tak nampak muka brader tu. Banyak lagi peristiwa memalukan antara aku dengan customer tapi ini la yang paling aku ingat. Adeke patut lastik customer?

semut

Aku paling tak suka bila cuti lepas habis training. Nak balik rumah segan sebab muka memang melegam, berkilat abes. Kalah anak meenachi. Nak kata tak pakai sunblock, sekali training mau 5 botol sunblock aku bedal. Ini sebab aku ikut nasihat seorang member aku. Dia kata kalau taknak gelap pakai la sunblock.

Tapi kulit aku ni suka betul untuk transform ke arah kegelapan. Aku tak boleh nak buat apa. Lumrah alam. Aku selalu kene halau dgn housemates kat kolej aku. Bila habis training, diorang tak kenal aku. Kata mereka, "Kami tak ada housemate berbangsa India."

Dugaan beb.

Nak tak nak aku kene balik juga rumah. Kalau tak, nak makan apa? Kat rumah makan free. Tokei tak charge duit makan. Kalau balik rumah, automatik aku kene buat part time kt gerai. Aku suka tolong Tokei kt gerai. Sebab Tokei selalu bagi komisyen lebih kalau aku buat-buat rajin sikit. Tapi bila kegelapan menyerang, Tokei pun seakan-akan malu nak mengaku aku ni biological daughter dia. Aku segan la sikit. Position aku adalah di hujung-hujung corner gerai sambil muka tunduk sepanjang 6jam duty. Aku merayu kat Tokei jangan bagi aku watch duty atau serve duty. Tapi kadang-kadang man power tak cukup, terpaksa aku menebalkan lagi kegelapan muka aku.

Macam-macam krim pemutih aku beli tetapi semuanya di reject mentah-mentah oleh Tokei. Tokei cakap jangan pakai apa-apa krim kat muka. Belum cukup umur. Pakai bedak sejuk cukup. Aku akur. Aku tambah ingredient masa nak pakai bedak sejuk. Aku bancuh dengan susu tepung yang ada kat dalam peti ais. Sebab aku tengok kt tv dia cakap pakai susu cepat putih. Aku pakai sebelum tidur.

***

Esok pagi muka aku bersemut!

Wednesday, June 17, 2009

hero ke heroin?

"Kak, air tebu dua please!"

"Siap!"

Aku pusing belakang cakap dengan tokei. "Lemah lembut betul la minah tadi. Tipah segan la plak. Yela, Tipah kan kasar. Tapi muka dia besar la, ada lain macam sikit."

Tokei tergelak kecil. "Tu hero la Tipah. Dah bertukar jadi heroin la tu. Takkan la tak nampak kot?"

***

Aku sambung membelah pisang.

aku baru 21 la

"makcik, air tebu satu!"

***

Nasib baik budak sekolah lagi. Kalau adik-adik aku, dah lame makan hikmat karate aku. Aku baru 21 la tahun ni!!

Monday, June 15, 2009

shhh...

sunyi. diam. sepi. senyap. tiada kata-kata terungkap.

harini adalah hari paling senyap dalam sejarah aku part time kt gerai ni.

***

oh..patutlah.. tokei marah kt aku la tu

pakcik polis itu lagi

Dari jauh kelihatan sebuah Nissan Xtrail warna putih ada tulisan 'POLIS' besar-besar datang menghampiri gerai. Aku tiba-tiba rasa tak tentu arah sambil tangan masih steady membungkus sos cicah (sambal). Tokei perasan.

"Yang kamu menggelabah semacam ni kenape? Ada buat salah ke?"

Aku menggeleng seraya tersengih. "Oh, yang semalam tu."

Brader otai terus mengorder seperti semalam. Tambahan kredit pujian goreng pisang sini sedap lah diberikan pada hari ini.

Brader otai dah get ready nak masuk kereta apabila aku sempat mengilas pandangan ke arah mereka sambil tersengih dan berkata,

"Pakcik, harini tak nak beli pinggan pulak ke?"

***

Keesokkan harinya, brader otai and the gang datang lagi. Semua senyum. Oh patutlah, minggu ni ada perasmian Pejabat Polis Daerah Manjung tu.

Sunday, June 14, 2009

pakcik polis

Dari jauh kelihatan sebuah Nissan Xtrail warna putih ada tulisan 'POLIS' besar-besar datang menghampiri gerai. Aku tiba-tiba rasa tak tentu arah sambil tangan masih steady membungkus sos cicah (sambal). Tokei perasan.

"Yang kamu menggelabah semacam ni kenape? Ada buat salah ke?"

Aku menggeleng seraya tersengih. Seorang brader beruniform biru segak turun. Aku tengok banyak sangat paku atas bahu dia. Aku syak dia ni otai. Aku tunduk. Brader-brader beruniform putih adela dalam 2-3 orang join dari belakang brader otai tadi.

"Pisang goreng bagi RM3 kak.". Suaranya garau. Aku terus tunduk. Tokei dengan tangkas membungkus pisang goreng ke dalam plastik.

"Oops..oops!Cukup!Cukup!Banyak tu kak. Berapa ringgit tu?Saya mintak tiga ringgit je." Gaya brader otai tu macam nak soal siasat penjenayah.

"Ini baru dua ringgit dik. Mai nak tambah lagi seringgit."

"Cukup lah tu. Dekat tempat saya tiga ringgit bukan banyak ni.Ha..bagi ubi bulat ni dua ringgit. Lepas tu bagi air empat bungkus." Betul-betul berkaliber brader otai ni memberi arahan.

Tokei bagi isyarat matanya tu. Aku faham sangat lalu dengan tangkas aku membungkus air tebu sebanyak empat bungkus.

"Dah siap!" Aku serahkan kepada brader otai tapi yang menyambut adalah brader-brader kurang otai tadi. Sebaliknya, brader otai terus mencapai dua biji gelas kosong kat atas meja.
"Hah, kira semua sekali. Dengan gelas-gelas ni skali.'

Buat lawak pulak brader otai ni. "Aik, takkan gelas pun nak beli?" Aku dengan gaya nak berjenaka juga cuba mendapatkan kepastian.

"Kira saja lah. Saya mampu bayar semua sekali."

***

GGPM tidak menyediakan penjualan pinggan mangkuk. Harap maklum.

Saturday, June 13, 2009

jagalah kebersihan

"Kak, bagi air tebu 6. 5 ikat, 1 tak payah ikat."

Mulut makcik yang berbadan agak gempal itu lancar mengorder. Senah pun dengan tangkas dan cekap membungkus air tebu sebanyak yang dipinta. Senyumannya tidak lekang di mulut. Sedang Senah asyik membungkus tiba-tiba makcik tadi terus merampas satu bungkus air tebu dari tangan Senah. Senah terpana. Senyumannya hilang terus.

"Satu ni tak payah ikat."

"Oh..", Senah mengerti sekarang.

Selesai bungkusan terakhir, Senah menyerahkan kepada makcik tadi. Makcik bayar RM5 dan Senah memulangkan belen sebanyak RM2.

"Pelepow!". Dengan muka yang amat bersahaja, makcik tadi mencampakkan bungkusan air tebu yang telah diteguk sehingga kering ke bawah meja, betul-betul sebelah tong sampah yang telah disediakan oleh manager, merangkap tokei Gerai Goreng Pisang Morni (GGPM) ni.

Dalam kepala aku dah bergunung pelbagai macam persoalan. Adakah makcik tadi tersasar lambungan plastiknya itu? Atau adakah dia saja mencampakkan di situ kerana berasa malas untuk bergerak seinci ke depan sikit? Atau beliau sengaja mahu menguji tahap kesabaran aku yang dari tadi mengusha dia? Atau adakah kamera tersembunyi untuk merakam kempen terbaru menjaga kebersihan dan moraliti customer pada masa kini?

"Senah, tolong kutip sampah tu masukkan ke dalam tong sebelah tu." Senah dengan muka yang disengetkan sebelah tetap akur dengan arahan aku. Dalam hatinya menggunung maki-makian, aku dapat rasakan. Tokei sempat menjeling ke arah aku dan Senah.

"Terima kasih kepada warga Malaysia yang sentiasa menjaga kebersihan walau di mana anda berada."

Friday, June 12, 2009

ilmu mesti banyak

"oit,mane blog kau? kosong je aku tengok. demyu bagi aku blog kosong!", seorang ahli kimia berkata seraya tangannya menumbuk-numbuk keyboard komputer ofis beliau.

"aku tak tau nak tulis ape la"

"orang nk tulis blog nih kene banyak ilmu. tengok macam Pipi tuh. nampak macam zero je tapi knowledge superb tuh. ko jangan main-main beb!"

"ok macam ni la. tunggu ilmu aku penuh di dada baru aku start tulis", sambil aku tekan button publish.

1st entry

semalam aku gelak kat adik aku, Senah. orang nak buat blog,dia pun nak buat blog. hahaha. pagi-pagi ni aku dah kene gelak kaw-kaw. orang nak buat blog, dia pun nak buat blog! hampeh aku kene balik